I b.e.l.i.e.v.e

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe

———

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan

Allah pasti akan berikan hadiahNya. Jika kita bersabar, jika kita sentiasa solat dan memohon dariNya. Dan Allah pasti akan berikan sentuhan-sentuhanNya, kekuatan-kekuatanNya, yang datang dari arah yang tak disangkakan. Kerana dunia realiti inilah, dunia ujian. Dunia pembuktian. Bukan dunia ideal kita. PERCAYALAH!

Spring

Falling in love is like springtime. We feel as though we will be happy forever. We cannot imagine not loving others, especially our mom and our partner. Of course, we love Allah first. It is a time of innocence. Love seems eternal. Everything is perfect and works effortlessly – it’s Magic. We beautifully dance together in harmony and rejoice our good fortune.

Say bye-bye to negative perception, less-benefit debate, sick heart, backbiting ukhuwwah and gloomy winter.

and Hi Sun (Hi Love) !

=)

Allahuma nawwir qulubana bi nuri hidayatika,

kama nawwartal ardha bi nuri shamsika

abadan abada…

Mana satu pilihan hati?

Salam

Kini aku ditanya lagi tentang baitul Muslim.

Benarlah kata seorang sahabatku, bila dah menaiki tangga ini, kongsikanlah pula kisah-kisah baitul muslim untuk dijadikan tauladan.

Jujur aku katakan, kami sendiri masih lagi bertatih dalam menempuhinya dan terlalu banyak tarbiyah yang kami pelajari setelah melangkahnya.

Sebelum saya nyatakan bait seterusnya, suka saya katakan bahawa, perkahwinan ataupun baitul muslim ini, tidaklah seideal yang kita sangkakan. Ianya adalah langkah awal menuju kepada keidealan itu.

Dan menuju ideal itu, sangat perlukan usaha dan kesabaran, dari kedua belah pihak yang sangat memahami dan mahu mendapatkan redha dan barakah dari Allah.

Kita, terutamanya wanita, akan teramat ekstatik memikirkan tentang perkahwinan.

Terkadang teringin sangat nak kahwin, sehinggakan menerima siapa sahaja yang hadir dihadapan pintu rumah kita, walaupun entah siapa ntah dia itu!

Sehingga kita terlupa, ada sesuatu yang lebih besar akan berlaku selepas itu!

Dan kita selalu membayangkan di balik pemikiran kita, akan keindahan-keindahan yang bakal kita nikmati setelah kita berbaitul muslim

Apabila kita melihat pasangan romantis, berpegang tangan dan sering bergurau senda, kita akan mengucap istighfar dengan sabar serta memujuk hati kita.

‘ insyaallah, masa aku akan tiba tak lama lagi, bersabarlah duhai hati’

Ataupun apabila kita melihat rakan-rakan kita, saban tahun beranak dan terus beranak. Kita teramat geram dan sering bertanya diri kita sendiri, bilakah masanya pula kita mahu menimang anak.

Begitu juga tekanan yang kita alami hasil pertanyaan-pertanyaan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita tentang;

Bilakah, bilakah , bilakah lagi mahu memakai baju pengantin , menjadikan emosi kita amat terganggu dan fikiran kita tak mampu berfikir lurus, lantas kita menyatakan:

Oklah, saya kahwin jelah dengan sesiapa sahaja!

Astaghfirullah.. astaghfirullah…

Syaitan akan selalu menggoda dan menjatuhkan kita di titik lemah kita.

Jika kamu membuat keputusan secara emosi, maka binasalah ia, namun jika kamu membuat keputusan dengan rasional serta bersyura dengan ramai, nescaya adanya barakah di situ, iAllah.

“Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada Tuhannya dan mendirikan solat sedang urusan mereka dengan bermesyuarat (syura) sesama mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Al-Syura, 42:38)

Kita bukan berkahwin untuk sehari dua, kita mahu berkahwin untuk selama-lamanya.

Malah, jika kita sesuatu yang buruk dalam perkahwinan kita, yang akhirnya mengakibatkan perpisahan dan penceraian ( apatah lagi yang lebih dahsyat dari situ), kita benar-benar yakin bahawa semua itu adalah yang terbaik untuk kita.

Kerana kita tahu, sejak awal, sejak memulakan langkah perkahwinan kita, kita menjadikan Allah tempat sandaran kita dan sebagai mardhatillah kita. Kerana itu kita yakin, Allah takkan tinggalkan kita, dan telah mentakdirkan kesemua urusan hidup kita untuk kebaikan diri kita sendiri.

Dan kerana itu, kita akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kita yakin, segala kesukaran, kepayahan dan kepahitan dalam baitul muslim ini, Allah akan janjikan sesuatu yang teramat indah di kemudian harinya.

Percayalah.

Namun, ingin saya nyatakan, walaupun kamu memilih ikhwah mahupun akhawat sebagai pasangan hidupmu, mereka tetap manusia biasa.

Seperti mana pasangan-pasangan yang berkahwin sebab cinta pun,struggle dan berselisih faham sesama mereka, tentulah mereka yang tidak bercinta malah tidak langsung kenal sebelum ikatan mitsaqan ghaliza itu, akan mengalami perkara yang sama.

Benar, ada banyak contoh pasangan-pasangan yang sangat ‘sweet,’lovely’, romantis, yang ‘ouccch, bestnya derang tuuhh, tak kenal pun leh sangat loving lepas kahwin!’ namun dalam realitinya, ramai pasangan yang berhadapan dengan masalah selepas berkahwin.

Dan cabaran itu adalah cabaran: penyesuaian diri.

Fasa berpindah dari zaman bujang hingga zaman berkeluarga bukan mudah.

Fasa duduk bersama teman sejenis dengan akhirnya pasangan suami atau pun isteri sangat berbeza.

Kesemuanya itu memerlukan adjustment.

Cara lelaki befikir dan berkomunikasi sangat berbeza dengan wanita.

Bahasa mereka berbeza dan perlakuan pun begitu juga.

Sebab itu mereka dinamakan suami isteri.

Setiap satunya melengkapi sesama sendiri.

Ia takkan sama, namun ia melengkapkan.

Bagaikan enzim dan substrate, bagaikan kunci dan tempat masuk kunci.

Ianya ngam.

Ianya menyejahterakan.

It binds firmly and strongly.

Hattakan mereka yang kahwin sebab cinta, yang dah kenal bertahun-tahun sendiripun ambil masa untuk adapt dan adjust. Apatah lagi mereka yang kahwin tanpa kenal dan cinta

Tentu selepas berkahwin, adanya expectation dari kedua belah pihak.

‘eh, dia bukan ikhwah ke? Patutnya kenelah buat begini begini begini…’

‘ eh, dia itu bukan akhawat ke? Bukan ke patutnya camni camni camni…’

Kesemua itu perlukan adjustment dan masa untuk penyesuaian.

Dan itulah dia proses, proses tarbiyah dalam kekeluargaan.

Ianya memerlukan komunikasi sangat berkesan.

Keterbukaan tiada tara, dan kerendahan hati kedua-dua belah pihak.

Dalam apa2 masalah yang berlaku dalam rumah tangga, kedua-dua pihak perlu bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian terbaik, dan mahu mendapatkan redha Allah pada sebagai matlamat akhirnya.

Di situlah, keharmonian serta kesejahteraan dapat diperolehi. Ketika keduanya benar-benar bergantung pada ALlah, dan mendekatkan diri pada Pencipta.

Bukankah membentuk individu Muslim itu sukar? tentulah membentuk baitul muslim, puluhan kali ganda lebih besar!

Beruntunglah orang yang memilih mereka yang mengikut tarbiyah sebagai pasangan hidupnya.

Kerana keseluruhan aspek kehidupannya dalam berkeluarga , akan dibentuk melalui acuan tarbiyah.

Bayangkan jika kamu memilih calon bukan ikhwah atau akhawat?

Apa akan berlaku?

Siapa yang dapat nasihati pasangan kamu jika kamu berdua bermasalah?

Bagaimana pula dengan tujuan akhir hidupmu?

Bukankah kita mahukan jannah?

Bukankah kita mahukan kehidupan membahagiakan di dunia mahupun di akhirat, bersama-sama dengan suami/isteri tercinta di jalan dakwah ini?

Jika separuh dari dirmu ( your other half) tak mahu bersama kamu di jalan ini, mahukah kamu berjalan sendirian ataupun mengheretnya sekali dalam keadaan kepayahan?

Memang, ada kes-kes di mana pasangan yang tak berada dalam sistem tarbiyah, akhirnya bersama dakwah, setelah berkahwin dengan suami atau isteri yang benar-benar faham dalam dakwah.

Itu berlaku sebelum perkahwinan, di mana janji dimaterikan, untuk membenarkan pasangan masing-masing untuk berada di jalan dakwah ini. Dan pasangan itu kebiasaanya agak jernih dan sudahpun mesra dengan islam dan dakwah.

Akhirnya mampu untuk dibentuk dan dibawa mengenal islam dan tarbiyah oleh pasangan mereka yang berada di atas jalan dakwah.

Namun, bilangan mereka tak ramai. Statistiknya masih sedikit. Dan rata-rata ramai akhawat, struggle untuk membawa suami mereka ( even yang bergelar ikhwah pun), untuk benar2 jatuh cinta dan all out hidup utk dakwah.

Kita , bila kita kahwin, kita nak kekal dalam perkahwinan.

Kita tak mahu berada dalam statistik mereka yang bercerai setiap 15 minit.

Boleh baca lanjut di sini

Bukankah itu pahit?

Bukankah kita melihat masyarakat kita sedang sakit dalam masalah rumah tangga?

Bukankah kita melihat serabutnya hidup seseorang mahupun hancurnya sistem rumah tangga akibat penceraian?

Bila lagi kita akan dapat menjunjung daulah jika masalah masyarakat berleluasa akibat kerapuhan sistem rumah tangga?

Akibat tidak bersedianya kita dan gopohnya kita membuat pilihan tentang pasangan hidup kita?

Ya, tak semua ikhwah atau akhawat sempurna.

Ya, even berkahwin sesama fikrah dan satu jemaah, ada berlaku penceraian.

Ya, walau berkahwin dengan mereka yang faham islam dan dakwah, masih lagi struggle dalam menghidupkan suasana sebuah keluarga Islam.

Namun sekurang-kurangnya kita masih berpeluang untuk mengubah dan berubah. Kita berkahwin dengan orang tarbiyah, mereka yang boleh dilentur dan dibentuk.

Dan kerana Allah pengikat ikatan hati nan abadi.

Perkahwinan atas dasar lillahi taala.

( kerana betapa banyak pasangan berkahwin sebab cinta, dan hanya bersama atas dasar cinta, namun, bila cinta sudah tiada, semuanya merana)

Apa yang berlaku jika ada lelaki meminangmu?

Seperti mana artikel saya sebelum ini, janganlah menolak jika ianya orang soleh.

Jika dia belum berada dalam sistem tarbiyah, target utama kita adalah memasukkannya dalam sistem tarbiyah. Cubalah seadanya !

Namun sebelum membuat keputusan, bersyura, syuralah dengan seramai mungkin manusia. Tanyakan pendapat naqibah kita.

Utamakan mereka yang berada dalam sistem tarbiyah dan dalam jemaah kita yang sama.

Bukan saya taksub, tapi best apabila kita dapat pergi program sama-sama, plan dakwah sama-sama, dan berbicara tentang gerak kerja dakwah yang sama, tanpa perlu menjaga hazar jemaah masing2.

Itulah yang dikatakan sinergi dalam dakwah.

Ia bukan 1+1 =2. ianya 1+1= 10! Malah lebih dari itu!

Jika berlainan jemaah, bukahkah itu sukar? Rata-rata, ramai pasangan akhirnya akan memasuki jemaah lainnya. Dan kebanyakan waktu, isterilah yang biasanya memasuki jemaah suaminya.

( namun, memang betul, jika hati belum2 mantap utk ALlah dan dakwah sebelum kahwin, memang kita (read: wanita) terkadang, mudah sahaja mengorbankan apa sahaja untuk berkahwin)

Mungkin ikhwah yang kita kahwini itu tidak seromantik dan secaring kekasih kita dahulu.

Mungkin akhawat yang kita kahwini kini tidak secantik dan seayu gadis pujaan kita dahulu.

Namun hati kita akan mentaksirkan, bahawa kecintaan kita , bila disandarkan pada Allah, semuanya menjadi kecintaan yang mengindahkan.

Romantik, caring, cantik dan ayu, mampu dibentuk. Elemen itu mampu dibina dan ditarbiyah dengan masa.

Namun, untuk mentarbiyah isteri, mahupun suami sendiri, memahamkan mereka dari menjadi tamhidi, kepada muayyid, kepada level seterusnya….

Benda itu sangat sukar, dan teramat sukar.

Percayalah.

( mendidik anak usrah sendiri pun sukar, apatah lagi pasangan hati kita?)

Kerana itu, kahwinilah seseorang itu kerana dakwah. Walaupun kamu struggle pada awalnya, pengakhirannya pasti sesuatu yang indah, dengan bantuan dari Allah.

Namun jika kamu kahwin sebab ‘dah ada orang lain pinang dulu’ ataupun kerana kepentingan dunia lain, maka kesemua itu akan semu. Sementara sahaja.

Dan kamu akan bertanya pada diri kamu banyak kali di saat kamu ditimpa masalah dalam rumah tangga:

‘ why did i marry this person?!’

Jika kerana Allah, kamu akan kembali pada Allah.

Jika bukan kerana Allah….

Tidak terlambat untuk berpatah semula kepada Allah, meluruskan niat, dan mencari jawapan dariNya.

Mantapkanlah iman dan kefahaman islam yang mapan di dalam hati.

Saya katakan sekali lagi:

MANTAPKANLAH IMAN DAN KEFAHAMAN dalam hati kamu. Perkara ini penting, kerana perkara ini akan menjadi bekalan dalam hidupmu menghadapi hari-hari mendatang yang sukar serta panjang.

Tips dalam memilih pasangan hidup:

1) Mantapkan peribadi sebagai individu muslim yang memahami dakwah dan islam

2)Syuralah dalam membuat pilihan

3) pilihlah mereka yang dapat membantu urusan dakwahmu

4) tawakal serta bergantunglah pada Allah sesungguhnya!

“Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang.” (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Rujuk di sini.

Semoga Allah reda…

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Raheem.

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Lama sekali rasanya kita tidak bertegur sapa, kan?

Semoga kita terus saling bertemu dalam doa-doa rabithah kita saban pagi dan petang.

Sejujurnya hati ini sangat rindu pada kalian, namun menantikan batas waktu untuk bersua dan menjalin ukhwah ketika medan bergelut ini begitu menggamit sekali. Afwan ya sahibah fillah, semoga suatu hari kita boleh bertemu mata dan memeluk hangat kasih sayang terbina di atas jalan dakwah ini.

Hari ini ana mahu berkongsi sepotong ayat dari al Quran, buat tatapan kita bersama-sama.

“Barangsiapa menghendaki keuntungan akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat.” (As Syura: 20)

In Team dan Raihan kata,

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah

apakah kita kan sabar?

ataupun sebaliknya…

Kesenangan yang datang selepas kesusahan

Semuanya adalah nikmat dari Tuhan…

Allahuakbar. Susah bukan untuk benar-benar menghidupkan hakikat ini didalam hati? Terutama dalam waktu-waktu sukar dan jerih. Kadang-kadang kita tidak mampu untuk menolak fitrah bahawa kita tetap juga merasa sukar meskipun kita telah berusaha mengatasinya. Bukanlah kita manusia kalau kehidupan kita sempurna saja. Perlu ada jatuh bangunnya, perlu ada tawa dan tangisnya, perlu ada exam dan resultnya. Itulah kehidupan dunia. Semalam menangis, hari ini mungkin ketawa.

Kadang-kadang insensitivity dan inability to response correctly kepada nikmat-nikmat dari Allah menyebabkan kita merasakan bahawa kesusahan yang kita dapat itu lebih besar daripada kesenangan yang sedia ada. Lantas kita mula berkira-kira air-air mata yang kita titiskan seolah-olah Allah tidak mendengar doa kita. Tapi jangan sampai tidak memberi hak kepada hati. Apa guna Allah beri hati kalau kita refuse untuk merasai perasaan-perasaan seorang manusia. Kitalah yang perlu meletakkan sempadan-sempadan kepada perasaan-perasaan tersebut seperti mana Allah sempadankan nikmat syurga Adam dan Hawa dengan meletakkan syarat agar tidak mendekati pohon khuldi.

Seperti mana Adam dan Hawa diizinkan untuk bergembira di taman-taman syurga, makan apa sahaja yang berkenan di hati, berbuat apa sahaja yang diingini asalkan saja mereka tidak mendekati sang Khuldi. Begitulah juga kita. Kalau mahu sedih, sedihlah. Kalau mahu gembira, gembiralah. Kalau mahu berbuat sesuatu, lakukanlah! Asalkan jangan dekati sesuatu yang Allah larang.

Tapi hakikat tidak selalunya semudah itu. Tidak semua sempadan di hati ini jelas kelihatan. Ada waktunya kita manusia, hanya tersedar batasan kita, setelah terlanjur melangkaui sempadan perasaan tersebut. Selepas marah, baru tersedar kesilapan diri. Selepas bersedih dan bersangka buruk pada sesuatu ujian Allah, baru ternampak hikmahnya. Selepas kehilangan nikmat-nikmatNya, barulah terasa kasih sayangNya… bukankah selalunya begitu?

Mungkin ana perlu lebih banyak bermuhasabah. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka!

Kerana mahu meninggalkan dunia ini kelak dengan sebuah ketenangan dan kepuasan. Bahawa kehidupan dunia ini telah kita laksanakan dengan penuh kemanusiaan. Semoga Allah redha.

Saling mendoakan moga kesejahteraan milik bersama. Salam sayang, semoga Allah memberikan yang terbaik dalam setiap langkah kita demi mencapai reda-Nya semata.

Semuanya tetap indah

Bismillah…

 

Terkadang orang heran dan bertanya, kenapa harus mereka?

Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan..

Aku menjawab.. Karena mereka, lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini..

Ada juga yang bertanya, mengapa harus mereka?

Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan pandangannya.. Bagaimana mereka bisa berbaur…

Aku menjawab.. Tahukah kalian.. bahwa hati mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di jalanan, pada perempuan-perempuan renta yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup mereka adalah sebuah totalitas untuk berkarya di hadapan-Nya.. Bersama dengan siapapun selama mendatangkan manfaat adalah kepribadian mereka.. Untuk itu, aku menjamin mereka kepadamu, bahwa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan yang mereka miliki.. Hati yang bening dan jernih dari mereka telah membuat mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun..

Sering juga kudengar.. Mengapa harus mereka?

Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya sejuta alasan untuk tidak berpacaran.. bagaimana mereka bisa romantis? bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?

Aku menjawab..

Tahukah kamu.. bahwa cinta itu fitrah, karena ia fitrah maka kebeningannya harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah mengantarkan seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah, bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.

Namun, ada satu hal yang membedakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya.. Mereka memiliki cinta yang suci untuk-Nya.. Mereka mencintaimu karena-Nya, berkorban untukmu karena-Nya, memberikan segenap kasihnya padamu juga karena-Nya… Itulah yang membedakan mereka..
Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu, mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu.. Cinta mereka murni.. bening.. suci.. hanya karena-Nya..

Kebeningan inilah yang membuat mereka berbeda… Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata surga yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian cinta mereka akan membuatmu menjadi lelaki paling bahagia..

Sering juga banyak yang bertanya.. mengapa harus mereka?

Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an dibanding ke salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding jalan-jalan ke mall, yang sebagian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, dibanding kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting. Bagaimana mereka merawat diri mereka? bagaimana mereka bisa menjadi wanita modern?

Aku menjawab..

Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan hati mereka untuk jauh dari dunia.. Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada Allah.. Mereka akan menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski materi tak mencukupi mereka, mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun bentuknya, karena dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah menyisihkan sebagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak dibanding menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majelis-majelis ilmu, terbiasa dengan rumah-Nya.

Jangan khawatir soal bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… Mereka tahu bagaimana memperlakukan suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sadar dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua kecantikan itu?

Dan jangan takut mereka akan ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahwa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu pengetahuan.. Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak gampang menyerah jika harus terbentur dengan kondisi akademik. Mereka adalah orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah sebuah keniscayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi dunia.

Dan sering sekali, orang tak puas.. dan terus bertanya.. mengapa harus mereka?

Pada akhirnya, akupun menjawab…

Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan mampu kau pahami sebelum kamu menjadi lelaki yang shalih seperti mereka..

Yang pandangannya terjaga.. yang lisannya bijaksana.. yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah untuk bersama-sama mengenal-Nya, yang siap membimbing mereka, mengarahkan mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…

Kalian yang benar-benar hebat secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah bidadari-bidadari surga yang turun ke dunia, maka Allah takkan begitu mudah untuk memberikan kepadamu yang tak berarti di mata-Nya… Allah menjaga mereka untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni surga… Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah, yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah.. sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan perjuangan.

Allah mempersiapkan mereka untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah lisannya.. namun juga menggetarkan lakunya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-Nya.. yang siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di bumi-Nya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada Allah melebihi kecintaan mereka kepada dunia.. yang akan rela berkorban, dan meninggalkan dunia selagi Allah tujuannya.. Yang cintanya takkan pernah habis meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya.. Allah telah mempersiapkan mereka untuk lelaki-lelaki shalih penghulu surga…

Seberat itukah?

Ya… Takkan mudah.. sebab surga itu tidak bisa diraih dengan hanya bermalas-malasan tanpa ada perjuangan…

 

Wahai Jiwa Yang Tenang

Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga..Menikmati pertemuan indah dan abadi.. Tapi tidak jarang bertemu neraka..Dalam pertarungan tiada berpantai..
–Rabiah al-Adawiyah-

 

Pilih saja..Bagaimana mahumu?

SUATU BUNGA RASA

Hari ini dia kelelahan lagi. Kelelahan kerana rasa itu yang tunda menunda di dalam hati. Suatu bunga rasa yang merobek tangkai jiwa, mencarik-carik segumpal daging bernama hati menjadi cebisan-cebisan kecil. Lantas luka itu dicurah dengan air laut, sungguh pedih, sungguh resah, sungguh lelah!

Entah kali ke berapa rasa itu menyeksa nalurinya. Sungguh galau. Mengapa begini? Hairan sungguh. Seingatnya, dia tidak pernah begini. Rasa itu tidak pernah menyinggah hatinya. Alangkah begininya perasaan itu. Alangkah! Mungkin kecewa dengan diri, atau mungkin sebenarnya lebih dari itu, bahagia dengan kuntuman rindu dan penuh harap.

Ah… akhi itu benar-benar membuatnya cemas dan tewas. Dia tidak pernah berperasaan begini seingatnya. Sudahnya, dia hanya diam sahaja. Biarlah rasa itu dia simpan kemas sendiri…kejap…erat. hanya antara dia dan Allah…dan pada setangkai doa yang diraut diadu diratap di hadapan Allah dalam lena dan dalam jaga.

BULAN BERUBAH WARNA

Hari itu dia kesiangan. 7.30 pagi! Belum pernah dia bangun untuk solat Subuh selewat itu. Dalam penyesalan dan istighfar dia meraup mukanya, lantas mengatur langkah ke bilik air.

“Ya Allah.. apa sudah jadi ni…” bisik hati kecilnya.

Pagi itu, akhirnya Mardhiyyah mengangkat takbir dengan hati yang sebal dan penuh persoalan. Kenapa boleh jadi begini? Biasanya dialah orang pertama yang akan bangun bertahajjud, seterusnya mengejutkan teman sebiliknya, lantas berjemaah di surau kolej. Kebetulan pula Aina Fasihah menghadiri seminar 3 hari di JAKIM, dan Nurin uzur syar’ie.

“Erm.. terlewat bangun ke? Maaf tak kejut.. Biasanya awak bangun awal..” Nurin menggosok-gosok matanya.

“Eh, tak mengapa, bukan salah Nurin. Mungkin sebab tidur lewat semalam..” suara Mardhiyyah kedengaran lemah.

Selebihnya dia bermonolog sendirian dalam diam.

Ya Allah.. mungkinkah disebabkan sebelum tidur tadi aku teringatkan Fawwaz dan tidak mengingati dan menyebut namaMu? Dan aku terlupa membaca Al-Mulk.. Ya Allah..maafkan aku. Bagaimana dengan solat tahajudku? Semenjak hayat kedewasaanku ini, sudah jarang aku meninggalkan solat malam.

Memang semalam dia teringatkan Fawwaz sebelum tidur. Biasanya sebelum tidur dia akan membaca Al-Mulk dan membaca doa-doa serta surah-surah pendek pendinding diri. Namun pulang saja dari meeting semalam, sekitar jam 11.45 malam, khusus membincangkan tentang gerak kerja Pilihan Raya Kampus yang bakal menjelang, dia merasa sungguh letih. Letihnya di tahap luar biasa, dengan kuliah dan tutorial seawal jam 8 pagi. Juga letih serta lelah malah sakit mencengkam lubuk jiwa. Kenapa dalam meeting itu dia harus juga hadir!

Usai sampai ke bilik, dia menghenyakkan tubuhnya ke katil. Sungguh penat dan lelah. Namun Mardhiyyah tersenyum jua. Memandang wajah akhi itu mendatangkan ketenangan ke lubuk jiwanya yang terdalam.
“Sudah dua hari aku tercari-cari wajahnya. Mungkin jodoh aku bertemunya malam ini.” begitu hatinya terdetik.

Sudahnya, dia mengambil mp3 player nya dan menyumbatnya ke telinga. Biasanya tangan mulusnya akan dipetik ke folder bacaan Al-Qur’an. Itu yang biasa dilakukan jika dia tidak dapat melelapkan mata. Menghayati bacaan Syeikh Saad Sa’id Al-Ghamidy atau As-Sudaisy yang menggetarkan dan mengharukan itu, terkadang dia turut larut tenggelam dalam bacaan itu bersama linangan air mata. Atau sekadar melayani celoteh DJ stesyen radio pilihannya, IKIM.fm, dengan info dan tazkirah penyubur jiwa Tapi, tangannya terhenti pada lagu itu. Albi Nadak. Dan bayangan Fawwaz dalam meeting itu menerpa kembali. Seperti biasa, dengan kewibawaannya berhujah dan memberi pendapat. Belum dikira renungan dan senyuman spontannya.

Lik
Ana milkilik…

Alangkah indahnya andai dia menjadi milikku. Dan aku akan mempunyai seorang mujahid yang akan sama-sama berjuang bersamaku. Akan ku kuatkannya tika dia goyah, dan pastinya dia akan selalu membisikkan kata-kata perjuangan buat membakar semangatku. Akan kulahirkan tunas-tunas comel yang akan mewarisi perjuangan kami, bahkan sebenarnya merupakan rintisan perjuangan Baginda S.A.W. Akan kusayangi dia sepenuh jiwa dan ragaku. Kerna pasti aku yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertinya. Akan ku sedaya upaya cuba untuk menghadiahkan ‘solehah’ku padanya, agar sejuk mata hatinya dalam bahtera rumahtangga kami.Tentu sekali aku kan bahagia. Mana mungkin aku tidak kan bahagia. Peribadinya cukup meyenangkan. Senyumannya cukup mendamaikan. Penampilannya sederhana dan memikat kalbu. Sentiasa tawadhuk. Paling kuterpikat pada karakternya yang nampak serius di luar. Namun sebenarnya boleh tahan kelakar. Dan paling mengharukan, dia seorang Hafiz! Apa lagi yang diperlukan dari seorang peribadi bernama Fawwaz. Pendek kata, aku tidak sanggup untuk mencintai orang lain selain darinya. Sungguh hatiku bernyanyi begitu.

Dan nyanyian jiwanya yang sarat itu berlagu-lagu di dalam lenanya.. tanpa dakapan Al-Mulk dan Tiga Qul, tanpa selimut air wudhu’..dan tanpa sinar Qiamullail…

WAHAI JIWAKU YANG TENANG!

Pagi sehening itu, Mardhiyyah mengatur langkah ke surau kolej. Di saat ini hatinya sudah tidak keruan lagi. Kalau ditoreh dengan belati tentu sudah tidak berdarah lagi. Kalau dihempap dengan gunung pun entah bagaimana halnya. Yang ada di fikirannya adalah dia. Hanya dia.

“Ya Allah.. aku rindukan dirinya. Aku inginkan dirinya untukku. Betapa beratnya perasaan ini Ya Allah..”

Dalam sedu sedan istikharah penuh harap, Mardhiyyah mengadu pada Ilahi Rabbi. Air matanya bercucuran merindukan akhi itu. Sudah lama dia tidak melihat Fawwaz. Mengikut cerita teman-teman, dia pulang ke kampung. Ah.. mengapa ramai benar yang suka bercakap tentangnya. Jika namanya terluncur di bibir akhi lain, hatinya bergetar hebat, dan saat namanya disebut di kalangan sahabat muslimatnya, hatinya sungguh hancur dan resah. Mengapa ramai benar yang menyukainya?

Dia berjalan longlai. Usai mandi pagi itu, dia terus mengatur langkah ke surau. Masih awal rupanya. Waktu Subuh belum tiba. Suara unggas-unggas sungguh hening dan hiba, sehiba hatinya yang kerinduan. Sebelum ini, kerap juga dia terserempak dengan akhi itu di hening Subuh begini. Berpapasan ke surau. Di kala begitu, dia melambatkan langkah, biar saja akhi itu mendahuluinya. Ataupun mana-mana muslimin lain. Tidak pantas seorang muslimat untuk berjalan dan buru-buru di hadapan lelaki ajnabi. Biar saja mereka berjalan dulu. Itu lebih afdhal. Seperti halnya yang dilakukan Nabi Musa saat berjalan bersama Shafra yang menjemputnya.

Sesampai di surau, ternyata tiada siapa-siapa. Tiada sahabat muslimin apatah lagi muslimat. Hatinya terasa sunyi dan pilu, sepertimana sunyinya keadaan surau di waktu fajar itu. Dia masuk dan lantas mengambil senaskah Al-Qur’an, lalu duduk bersimpuh. Mardhiyyah memeluk Al-Qur’an itu lantas menciumnya. Matanya terasa panas dan hangat. Dia membuka Al-Qur’an untuk mencari petunjuk. Awal pagi sebelum tidur semula tadi dia usai solat istikharah. Hatinya berkecamuk kerana tiada petanda. Mungkinkah hatinya sungguh berkarat dan berlumut, lalu Allah memberi hijab? Air matanya tumpah. Mengapa murah benar air matanya dua tiga hari ini? Mungkin rindu sungguh. Ah..sungguh penasaran. Hati yang sungguh berkecamuk dan diadun seribu satu rasa. Lantas dia teringat pada coretan ringkas yang dibuat di hujung nota Falsafah Islam semalam.

“..Dua tiga hari ini aku tidak melihatmu.. di mana-mana kucari wajahmu.. namun kau tiada… di mana dirimu? Bagaimana keadaanmu.. lalu aku melalui jalan-jalan kerinduan nan hiba namun kau tiada jua.. Allah sampaikan perasaan ini pada dia.. harapanku..moga benar aku dari rusuknya.. AMIN..”

Dia membuka kitab suci itu secara rawak. Lantas membaca ayat yang dipilih secara rawak mengikut gerak hati. Inilah yang dibiasakannya jika dia dalam kebuntuan dan keresahan. Ternyata hal ini biasa menjadikannya tenang “..Pada hari ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, : “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar”. Ayat ini ternyata menyejukkan mata hatinya. Syurga untuk mukmin laki-laki dan perempuan? Tentu sekali juga untuk suami dan isteri yang berkasih sayang kerana Allah. Bibirnya menguntum senyum sekilas. Lantas dia membelek lagi naskah Al-Qur’an itu mengikut kata hatinya. Dan tangannya terhenti. “..Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang , maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir..” Nalurinya bergetar. Mardhiyyah merasa sungguh terkesan. Neraka? Kehidupan sekarangkah yang kuinginkan? Mengigaukan seseorang yang bukan hak? Ah..dia jadi buntu.

Dan dia membelek buat kali ketiga. Saat ini air matanya semakin galak. Gerun dengan gambaran neraka yang maha azab. Adakah selama ini dia sudah tersasar jauh? Matanya tertancap pada Surah al-Mukmin, ayat 55 “..Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi..”

Ah..serasa pujukan Allah itu mengena jiwanya. Adakah aku sudah salah selama ini? Perasaan yang suci ini adakah sudah tercemar? Mungkinkah aku yang tidak sabar, atau akukah itu yang tidak yakin dengan janji Allah? Tangisannya semakin melebat diikuti esakan kecil. Namun, dia mencuba menahan esakannya, kerana lampu di bahagian lelaki sudah terpasang. Mungkin sudah ada yang datang untuk menjadi imam.

Seketika azan dilaungkan penuh syahdu.. Ini suara yang kurindui selama ini! Air matanya kembali melebat Kenapa sekarang perlu hadir pula. Ya Allah.. apakah maksud dari segala ini? Hatinya berkecamuk dan fikirannya berpusing.

Usai azan, suasana kembali hening. Mardhiyyah mengangkat takbir untuk solat sunat qabliyyah, sambil menyeka air mata yang berbaki. Namun hatinya masih dalam kebingungan bernada riang.

Usai solat qabliyyah, masih tiada jemaah muslimat yang datang. Di bahagian muslimin, turut senyap dan sunyi. Namun itulah fenomena dasawarsa ini pada atmosfera kampus. Tarbiah dan program ilmiah tidak mendapat sambutan. Namun, pada program dan aktiviti berunsur hiburan dan liburan, sungguh ramai warga kampus berpusu-pusu! Suatu kebobrokan intelektualisma dan insaniah!

Tiada laungan iqamat. Aneh.

“Assalamualaikum, erm.. enti dah solat?”

Ya Allah, hatinya tersentak. Itu memang suaranya! Seseorang yang dirindui seputar tiga empat hari ini. Dia seperti mahu menangis semula.

“Waalaikumusslam.. erm.. belum..” Mardhiyyah menjawab dengan baki suara yang ada bercampur nada serak.

“Baguslah, boleh solat jemaah bersama, sebab muslimin lain tak ada..” balasnya.

“Erm..ya..” jawab Mardhiyyah ringkas.

Entah mimpi apa, aku solat jemaah dengannya pagi itu. Bukan tidak selalu aku solat diimamkan olehnya, namun hari ini kami berdua sahaja! Tanpa orang lain. Hatiku berbunga bahagia. Alangkah indahnya solat berjemaah dengan orang yang dicintai! Hanya berdua. Gambaran rumahtangga yang sakinah dan dirahmati terapung di mindaku.

Saat Ahmad Fawwaz Auza’iy mengangkat takbir penuh ketenangan, hati Mardhiyyah al-Hasanah diamuk perasaan yang mencengkam. Sungguh hening keadaan tika itu. Dan tika dia mula membaca Al-Fatihah, Mardhiyyah larut dalam bacaannya yang penuh teratur. Terasa ada hembusan yang sejuk turun dari langit dan menyentuh ubun-ubun, lantas menyelinap ke rongga jiwa. Pada rakaat kedua, Fawwaz membaca surah Al-Fajr. Bacaannya sungguh lembut dan mendamaikan. Sesekali ditekan, menyebabkan sesiapa yang mendengarnya terasa syahdu, dan kelopak mata terasa hangat, bergetar hati dengan bacaan ayat Ilahi.

Dan tiba ke beberapa potongan ayat terakhir, jiwa Mardhiyyah tersentak hebat.

Ya ayyatuhhanafsul muthmainnah
Irji’i ila rabbiki raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhuli fi ‘ibadi
Wadkhuli jannati

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku
Dan masuklah ke dalam syurgaKu

Saat bibirnya lembut menuturkan kalimah ‘Mardhiyyah’, hatiku bertambah derunya. Kalimah itu seolah-olah penuh nasihat yang lembut. Sungguh jiwaku tidak tenang selama ini. Aku menjadi pemburu bayang-bayang yang tidak pasti dapat kugapai. Terkadang aku ke program dan kuliah untuk menjadi pemerhatinya yang setia. Walau dia dekat denganku, namun boleh jadi dia bukan untukku. Terdapat pelbagai kemungkinan yang sedia direncana oleh Allah. Bukankah aku sendiri yang selalu berdoa usai ma’thurat, agar janganlah nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekelip mata cuma. Alangkah jika dia bukan tercipta untukku.. Alangkah.. Lalu, bagaimana pula halnya dengan insan yang haq untukku nanti? Tidak adil untuknya bukan? Seketika itu, air mataku tambah melebat. Dan aku menghabiskan solat fajar itu dengan air mata yang kutahan.

Begitu jua saat akhi itu berdoa tulus, muzakarah usrahku pada hari Selasa yang lepas terngiang-ngiang menerpa.

“Jikalau begitu kak Husna, berdosakah untuk berperasaan sebegitu? Ternyata itu perasaan suci anugerah Ilahi..suatu fitrah insani..” aku pura-pura bertanya secara umum.

“Ya…perasaan yang suci, bernada ujian buat hamba-Nya yang dikasihi. Terserah untuk kita bagaimana. Yang penting, ternyata ketenangan itu tidak ada jikalau kita terlalu menurut hawa nafsu sendiri. Sudahnya kita kelelahan. Hindarilah dari terlalu berharap, bimbang kecewa nanti. Bimbang jika perasaan itu memenuhi ruang lebih dari perasaan kita pada Allah. Yang pastinya, Allah bakal mengabulkan permintaan itu jikalau sememangnya dia pantas untuk kita. Berdoa sahajalah yang terbaik untuk diri, walau siapapun dia. Kita tidak tahu akan rahsia Allah. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang tersirat, siapalah kita yang lemah dan hina ini..”

Begitupun saat akhi itu melantunkan bacaan bernada tarannum usai solat Subuh tersebut, sedang aku menahan esak tangisku di belakang. Dan pagi Ahad yang hening itu, aku beriktikaf di surau sehingga membawa ke waktu Zohor.

“..Pergilah akhi… Biarkan hatiku sendiri.. Maafkan aku akhi… Tak kusangka aku pernah senyum, menangis dan kegelisahan keranamu.. Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku.. walau siapapun engkau, dari mana pun engkau… doakanlah aku di sini.. untuk kuat menyimpan hati ini padamu.. Ya Allah.. penuhkan cintaMu dalam qalbuku..agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku…”

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu..

Dan ternyata hal itu bisa membuatkan dirinya tenang! Dan ikhlas dalam perjuangan!

Oleh Syahadah al~Hafeezah
Majalah I
Mei 2009

Yakinlah, dan pejamkan mata!

iman adalah mata yang terbuka,
mendahului datangnya cahaya
tapi jika terlalu silau, pejamkan saja
lalu rasakan hangatnya keajaiban

Saya tertakjub membaca kisah ini; bahwa Sang Nabi hari itu berdoa.

Di padang Badr yang tandus dan kering, semak durinya yang memerah dan langitnya yang cerah, sesaat kesunyian mendesing. Dua pasukan telah berhadapan. Tak imbang memang. Yang pelik, sebagian mereka terikat oleh darah, namun terpisah oleh ‘aqidah. Dan mereka tahu inilah hari furqan; hari terpisahnya kebenaran dan kebathilan. Ini hari penentuan akankah keberwujudan mereka berlanjut.

Doa itulah yang mencenungkan saya. “Ya Allah”, lirihnya dengan mata kaca, “Jika Kau biarkan pasukan ini binasa, Kau takkan disembah lagi di bumi! Ya Allah, kecuali jika Kau memang menghendaki untuk tak lagi disembah di bumi!” Gemetar bahu itu oleh isaknya, dan selendang di pundaknya pun luruh seiring gigil yang menyesakkan.

Andai boleh lancang, saya menyebutnya doa yang mengancam. Dan Abu Bakr, lelaki dengan iman tanpa retak itu punya kalimat yang jauh lebih santun untuk menggambarkan perasaan saya. “Sudahlah Ya Rasulallah”, bisiknya sambil mengalungkan kembali selendang Sang Nabi, “Demi Allah, Dia takkan pernah mengingkari janjiNya padamu!”

Doa itu telah menerbitkan sejuta tanya di hati saya. Ringkasnya; mengapa begitu bunyinya? Tetapi kemudian, saya membaca lagi dengan sama takjubnya pinta Ibrahim, kekasih Allah itu. “Tunjukkan padaku duhai Rabbi, bagaimana Kau hidupkan yang mati!”, begitu katanya. Ah ya.. Saya menangkap getar yang sama. Saya menangkap nada yang serupa. Itu iman. Itu iman yang gelisah.

Entah mengapa, para peyakin sejati justru selalu menyisakan ruang di hatinya untuk bertanya, atau menagih. Mungkin saja itu bagian dari sisi manusiawi mereka. Atau mungkin justru, itu untuk membedakan iman mereka yang suci dari hawa nafsu yang dicarikan pembenaran. Untuk membedakan keyakinan mereka yang menghunjam dari kepercayaan yang bulat namun tanpa pijakan.

Kita tahu, di Badr hari itu, Abu Jahl juga berdoa. Dengan kuda perkasanya, dengan mata menantangnya, dengan suara lantangnya, dan telunjuk yang mengacung ke langit dia berseru, “Ya Allah, jika yang dibawa Muhammad memang benar dari sisiMu, hujani saja kami dari langit dengan batu!” Berbeda dari Sang Nabi, kalimat doanya begitu bulat, utuh, dan pejal. Tak menyisakan sedikitpun ruang untuk bertanya. Dan dia lebih rela binasa daripada mengakui bahwa kebenaran ada di pihak lawan.

Itukah keyakinan yang sempurna? Bukan. Itu justru kenaïfan. Naif sekali.

Mari bedakan kedua hal ini. Yakin dan naïf. Bahwa dua manusia yang dijamin sebagai teladan terbaik oleh Al Quran memiliki keyakinan yang menghunjam dalam hati, dan keyakinan itu justru sangat manusiawi. Sementara kenaifan telah diajarkan Iblis; untuk menilai sesuatu dari asal penciptaan lalu penilaian itu menghalangi ketaatan pada PenciptaNya. Atau seperti Abu Jahl; rela binasa daripada mengakui kebenaran tak di pihaknya. Atau seperti Khawarij yang diperangi ‘Ali; selalu bicara dengan ayat-ayat suci, tapi lisan dan tangan menyakiti dan menganiaya muslim lain tanpa henti. Khawarij yang selalu berteriak, “Hukum itu hanya milik Allah!”, sekedar untuk menghalangi kaum muslimin berdamai lagi dan mengupayakan kemashlahatan yang lebih besar. Mencita-citakan tegaknya Din, memisahkan diri di Harura dari kumpulan besar muslimin, dan merasa bahwa segala masalah akan selesai dengan kalimat-kalimat. Itu naïf.

Dan beginilah kehidupan para peyakin sejati; tak hanya satu saat dalam kehidupannya, Ibrahim sebagai ayah dan suami, Rasul dan Nabi, harus mengalami pertarungan batin yang sengit. Saat ia diminta meninggalkan isteri dan anaknya berulang kali dia ditanya Hajar mengapa. Dan dia hanya terdiam, menghela nafas panjang, sembari memejamkan mata. Juga ketika dia harus menyembelih Isma’il. Siapa yang bisa meredam kemanusiaannya, kebapakannya, juga rasa sayang dan cintanya pada sesibir tulang yang dinanti dengan berpuluh tahun menghitung hari.

Dan dia memejamkan mata. Lagi-lagi memejamkan mata.

Yang dialami para peyakin sejati agaknya adalah sebuah keterhijaban akan masa depan. Mereka tak tahu apa sesudah itu. Yang mereka tahu saat ini bahwa ada perintah Ilahi untuk begini. Dan iman mereka selalu mengiang-ngiangkan satu kaidah suci, “Jika ini perintah Ilahi, Dia takkan pernah menyia-nyiakan iman dan amal kami.” Lalu mereka bertindak. Mereka padukan tekad untuk taat dengan rasa hati yang kadang masih berat. Mereka satukan keberanian melangkah dengan gelora jiwa yang bertanya-tanya.

Perpaduan itu membuat mereka memejamkan mata. Ya, memejamkan mata.

Begitulah para peyakin sejati. Bagi mereka, hikmah hakiki tak selalu muncul di awal pagi. Mereka harus bersikap di tengah keterhijaban akan masa depan. Cahaya itu belum datang, atau justru terlalu menyilaukan. Tapi mereka harus mengerjakan perintahNya. Seperti Nuh harus membuat kapal, seperti Ibrahim harus menyembelih Isma’il, seperti Musa harus menghadapi Fir’aun dengan lisan gagap dan dosa membunuh, seperti Muhammad dan para sahabatnya harus mengayunkan pedang-pedang mereka pada kerabat yang terikat darah namun terpisah oleh ‘aqidah.

Para pengemban da’wah, jika ada perintahNya yang berat bagi kita, mari pejamkan mata untuk menyempurnakan keterhijaban kita. Lalu kerjakan. Mengerja sambil memejam mata adalah tanda bahwa kita menyerah pasrah pada tanganNya yang telah menulis takdir kita. Tangan yang menuliskan perintah sekaligus mengatur segalanya jadi indah. Tangan yang menuliskan musibah dan kesulitan sebagai sisipan bagi nikmat dan kemudahan. Tangan yang mencipta kita, dan padaNya jua kita akan pulang…

salim a. fillah

Hyperlink to Salim A. Fillah Berbagi Makna

Melangkah jauh

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

 

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, segala puji dan syukur hanya kepada Allah swt. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Masih diberi nikmat peningkatan umur, masih dikekal nikmat Islam & Iman. Ana doakan semoga sahabat seperjuangan juga sentiasa dirahmati Allah swt, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam meniti kehidupan.

Alhamdulillah, di ambang Awal Muharam tiba, semuanya dipermudahkan Allah. Hati yang selalu dibajai dengan kesabaran dan kesyukuran membuahkan ilmu dan amal yang menyejukkan jiwa. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Terasa dekatnya hidayah Allah buat jiwa yang dahagakan kasih sayang-Nya. Alhamdulillah. Allah ArRahmaan ArRaheem sentiasa mencukupkan setiap yang dirasakan sedikit cuma. Subhanallah. Indeed, thank you Allah for everything! I’m blessed.

Coretan kali ini buat tatapan sahabat2 yang dikasihi,

Ana sekarang di penghujung bahagian Public Health, satu department yang agak lengang dan tidak begitu memenatkan atau kata lainnya tidak ‘busy/hectic’ seperti department lain. No oncall. Alhamdulillah. 🙂 Untuk lulus di bahagian ini harus melepasi ujian dengan 3 orang penguji/examiners. Alhamdulillah, aturan Allah begitu indah dan cantik. Doktor yang menguji ana ialah 1 perempuan dan 2 lelaki. Doktor yang perempuan ni  agak ‘strict’ dalam ujiannya, and most of people say ‘be careful and study smart to get exam with her’ mode when i asked how to deal with her. And alhamdulillah yesterday, i’m done with her! 😀 . Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Thanks to other friends yang sangat membantu untuk dapat markah yang baik, 90%.  Syukur alhamdulillah. I think i didn’t help that much but alhamdulillah we all did it great. Hehe. 🙂 Tinggal lagi 2 penguji untuk dihadapi. Semoga Allah permudahkan jalannya juga. InsyaAllah. Doakan ana ya sahabat2. Even public health ni macam biasa2 je tapi impactnya sangat besar dalam dunia kesihatan.

Doktor perempuan yang menguji ana ni ialah ex-Melbourne Univ postgraduate. She just came back here early 2008  if i’m not mistaken. See how she can be so full of manner and strictly like they said? :). Horizon of her thinking and way seeing things are widened by being outside Ind*nesia and i enjoyed myself talk and hear  to her stories. When she told us the Melbourne stories, they remind me of my dear friends down there. Oh, I miss you dear sisters!

Public Health atau Kesihatan Masyarakat ialah ilmu yang mengkaji distribusi  penyakit dan determinan-determinan tentang suatu penyakit serta faktor-faktor yang menyebabkan penyakit itu terjadi. Ada epidemiology, surveillance and etc. Bila berada dalam horizon kesihatan masyarakat ni, kita akan membuka mata seluasnya melihat begitu banyak masyarakat yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza tentang sesuatu penyakit dan cara mereka menghadapinya. Ada orang yang cukup bagus tentang ilmu kesehatan dan kebersihan, ada yang kurang malah tidak tahu.

Seperti kata doktor penguji perempuan tersebut, ‘ This field made us down to earth, we know people from the very low level and top level and what makes they difference and it will sparks us to behave well no matter who are we…’ lebih kurang macam tu la ayatnya but she’s not speaking english all the time. 🙂

Ini mengesankan ana. Indeed. Kita berbicara tentang whole thing, dunia kesihatan tidak hanya melibatkan pesakit yang kaya dan mampu untuk melakukan pembedahan yang mahal2 seperti memakai ‘cincin’ di pembuluh darah ke jantung and etc, dr can suggest option that costly to patient but how many patient can afford that actually? Terdapat begitu ramai pesakit yang miskin dan hanya cukup makan, apatah lagi di negara ini yang semuanya harus dibayar oleh pesakit termasuklah jarum dan cairan infuse! See how grateful people at Malaysia, they don’t have to think how much infuse set cost them.

I can’t say much the environment at Malaysia but here, the specialists (doktor pakar) a bit different. Suasananya terasa sekali apabila kalian berada di dekat horizon specialists, you just have to stand still. Most of them humble but mostly a bit ‘feel good’ with themselves. Respect for them actually didn’t come from the heart, it is an obligation, like a hidden rule, you just have to respect… hehe. Kadang-kadang tengok muka doktor2 pangkat bawah ni kesian pun ada, tertunduk-tunduk macam hormat sangat2 la kat specialist tu. Taktahu hormat atas dasar apa! oh, sungguh kesian! Yes i know, we have to respect but cara mereka respect ni kadang-kadang terlebih-lebih.  Sepertinya terlalu memuja, bukan pada kebiasaannya. Di negara ini, mereka begitu mementingkan status dan darjat. Banyak faktor X yang boleh mempengaruhi hidup anda di sini. Jika anda adalah anak orang kenamaan dan berduit, you’ll be highlighted and mostly you can do whatever you want,  like one of my friend said, “everything is possible in Ind*nesia!”.  Sungguh mendalam maknanya duhai sahabat. Wallahu’alam.

Sesungguhnya muhasabah berada di bahagian Public Health ini begitu banyak. Biarpun muhasabahnya bukan ke arah medicine evidence-based tapi lebih ke arah medicine attitude-based-to-be, ana tetap bersyukur kepada Allah swt kerana membuka mata, hati dan fikiran untuk melihat lebih jauh dan tidak memandang remeh kepada perkara kecil, bi iznillah. Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada sahabat2 yang bersama-sama mengharungi bahagian ini iaitu Azzahra dan Intan. Both of you are just wonderful friends and  beautifully color my life, kalau tak memang akan jadi macam sesetengah yang mereka cakap tentang Public Health ni kan! 😛 . Semoga Allah menjadikan kita doktor yang solehah dan berakhlak mulia, melebihkan akhirat dan insyaAllah dunia akan mengiringi bersama. InsyaAllah. Alhamdulillah ya Allah. I’m truly blessed. 😀

 

Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami…[18:10]

 

I want to share with you this things from a wonderful friend. May it helps you to be a smart and skillful one! InsyaAllah. Enjoy!

May Allah swt, The One that we live for always be with us, insyaAllah. 🙂

 

Wallahu’alam.

 

STUDY SKILLS

  1. Find your own quiet place where you can concentrate on your homework.
  2. Sit in a comfortable chair (not too comfortable, though or you could end up asleep).
  3. Avoid distractions like the TV and try to ignore the telephone. Your friends can leave a message!
  4. Play quiet background music. It might help you stay focused.
  5. Study with a friend or a group of friends. Compare notes and ask each other questions.
  6. Know your learning style and study in a way that best matches it.
  7. Take short but frequent breaks.
  8. Relate what you’re studying to things you already know. This helps you remember information more easily.
  9. Start with the most difficult tasks or assignments to focus maximum brainpower on the toughies. Then move on to the easier tasks.
  10. Plan to spend more time (not less) on the subjects that are harder for you.
  11. Focus on the quality of your study time. It’s much more important than the quantity.
  12. Get into the habit of studying every day.
  13. Determine your best study time and plan to study at that time every day.
  14. Think of homework as practice, not work. It takes practice to get better at sports or music or cheerleading. School is the same.
  15. Ask questions if you’re not sure about something. Asking questions is one of the most effective ways we learn!
  16. After each study session, try to recall the main points and as many details as possible.
  17. Reward yourself when you’re done. Plan a fun activity or just relax.

ORGANIZATIONAL SKILLS

  1. Use outlines, charts, or flashcards to help you organize and learn new material. You’ll be reviewing the material as you make these tools. And, you’ll have them to use later when it’s time to study for tests.
  2. Create a planner to keep track of homework assignments, tests, and projects. Write in your planner every day so it becomes a habit!
  3. Organize your notes and homework assignments by subject in separate notebooks and folders.
  4. Keep a “To Do” list. Write down things you need to do. Then decide what you need to get done right away and what can wait until later.

TIME MANAGEMENT SKILLS

  1. Plan ahead and stick to a schedule.
  2. Decide what you want to accomplish and how long you will spend on each subject or assignment.
  3. Break your workload down into manageable chunks.
  4. Don’t procrastinate (that’s a big word that means putting things off).
  5. Be aware of things that distract you or waste your time, and keep them to a minimum.

TEST TAKING SKILLS

  1. Ask what type of test you’ll be taking (essay, multiple choice, true/ false, matching, etc.). It’s likely that test questions will be similar to homework you have done.
  2. Don’t cram. It’s OK to spend extra time studying but don’t try to learn everything in one night.
  3. Get plenty of rest the night before test day.
  4. Don’t panic. If a question is too hard, skip it and come back to it later.

NOTE TAKING SKILLS

  1. Focus on the main ideas. Don’t try to write down everything the teacher says.
  2. Use your own words.
  3. Keep your notes organized. They will be as important as the textbook.
  4. Review your notes every day. This will make things easier to remember when it’s time to study for the test.

STRESS MANAGEMENT SKILLS

  1. Don’t sweat the small stuff. Prioritize your activities and focus on the most important ones.
  2. Exercise. It takes your mind off things that are bothering you.
  3. Take care of yourself. Eat right and get enough sleep.
  4. Avoid drugs and alcohol. They do not reduce stress—they hide it.

 

 

Wassalam.

Motivational Quotes

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

Kaifahalukum people? May everyone always under blessing of Allah swt. Just a quick note … 🙂

May this entry brighten up your day, insyaAllah.

 

 

Dear friend, we just need to adopt the islamic path in our life.

May Allah swt, The One that we love always be with us! Ameen, insyaAllah.

 

Loads of  love,

Maisarah Shukri. 😀

My Beautiful Life

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

It’s been a while since my last posting… Alhamdulillah, now theres some time to write something here. A lots of things happened and its really a beautiful life with colorful marks. Afwan,  I just don’t have the opportunity and time to share and save the memories written somewhere here. Afwan for those who’ve been waiting for so long!

Alhamdulillah tsummal hamdulillah… Allah forgive me when I whine…


Sekarang ana sudah berada dalam posting pertama untuk final year insyaAllah. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun lebih ana jadi coas ye di sini. Alhamdulillah, sungguh terasa betapa Allah permudahkan segala urusan di sini. Memang ada masanya semangat merudum jatuh, jadi tertekan dengan kerja dan mudah menangis even small matter. Bila hari-hari sugul ini tiba, biasanya ana lebih banyak mendiamkan diri dan muhasabah diri, kita perlukan masa untuk bersendiri dan sentiasa betulkan niat dalam melakukan sesuatu perkara. Every single thing boleh buat hati berbolak-balik, semoga Allah tetap thabatkan hati ini untuk sentiasa memilih jalan kebaikan. Ameen! Kadang2 tu rasa juga nak pergi terbang pulau lain kira je macam refreshkan diri balik la. Medic student need fresh air! 😀

Orang kata, kalau ada teman susah dan senang, kita boleh bercerita dan berkongsi segalanya dengan mereka. Alhamdulillah, Allah kurniakan begitu banyak rafiq yang boleh di ajak untuk berbicara dari hati ke hati, mengingatkan hakikat seorang hamba dan khalifatullah. Jika jauh, kita boleh ym kan, jika dekat boleh pergi rumah dia. Alhamdulillah memang antara nikmat yang kena selalu disyukuri adalah sahabat sejati yang mengingatkan kita kepada Allah swt. Kala gembira dia mengingatkan untuk mensyukuri, kala sedih dia mengingatkan untuk tetap sabar dan tenang. Alhamdulillah. Dear akhawat fillah, you knows when you’ve been there for me, syukran jazilan. Semoga Allah merahmati ukhwah di jalan dakwah dan tarbiyah ini, ameen, insyaAllah. uhibbukum fillah abadan abada. 🙂

Ana sudah banyak berhutang cerita dan perkembangan tentang dunia clinical students di sini sejak di posting Radiology lagi. Semakin lama semakin kurang ana menulis sedangkan ketika posting Radiology dulu, tidaklah sibuk sangat seperti di bagian Anak dan Interna awal-awal dulu. Maaf sangat2 sahabat-sahabat yang dikasihi.

Sekarang ana sudah di fasa kedua clinical years. Department yang ada lebih mencabar dan memerlukan ketabahan tingkat tinggi. We have Public Health (dept ana sekarang), ENT, Ortho, Surgery, Forensics, Eye, Obgyn, Cardio dan Anaest. Hanya kepada Allah disandarkan segala pengharapan dan keyakinan. Jadi doktor bukan kerja senang, jadi zaman belajar pun kena bersungguh-sungguh untuk jadi doktor yang luar dari kebiasaan! Bi iznillah.

Disebabkan tahun lepas memang ana dan sahabat struggle selesaikan dulu fasa pertama coas ni baru rehat sekejap, jadi untuk bagian Public Health di  fasa kedua ni kami decided untuk take a rest di Malaysia. 🙂 So we’ve been home for about two weeks. Alhamdulillah, refreshing and calming down. Settled down few things before starting our busy year 2011 ahead. Alhamdulillah, rasanya sokongan dan dorongan dari big family members dan sahabat2 dekat serta jauh memang begitu mengujakan. Alhamdulillah ya Allah for this blessing! Jadikanlah kami hamba yang bersyukur untuk setiap kurniaan-Mu, ameen!

Esok dan lusa cuti untuk Raya Aidil Adha. Sejak belajar medic ni memang tak pernah sambut Aidil Adha di Malaysia lagi. Semoga hadir harinya nanti, insyaAllah. Tadi jam 6 petang di sini, jemaah haji di Mekah sudah mulakan ibadah wukuf, tiba-tiba hati kecil jadi sangat syahdu… Ya Allah tak pernah rasa kerinduan sebegini untuk bersama mereka mengharap pengampunan dari-Mu, mengharap kesabaran, mengharap diteguhkan pendirianku. Ya Allah izinkan hambamu yang kerdil ini ke sana Ya Allah. Mudahkanlah bagiku. Tolonglah daku ya Allah. Ameen.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengorbanan di sebalik peristiwa Ibrahim a.s dan Ismail a.s, jua ketabahan dan kesabaran Siti Hajar dihayati dengan iman yang mekar kepada Allah swt.

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk dihimpunkan dalam rahmah dan redha-Mu. Ameen. 🙂


This is sooo cute!

Wallahu’alam.

Wassalam.

Minal Aidil wal Faizin

BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah

Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

SALAM AIDILFITRI …

~taqabbalullah minna waminkum  🙂  ameen.

Salam kemenangan. Minal Aidil wal Faizin,

ikhlas,
Maisarah Shukri