Semoga Allah reda…

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Raheem.

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Lama sekali rasanya kita tidak bertegur sapa, kan?

Semoga kita terus saling bertemu dalam doa-doa rabithah kita saban pagi dan petang.

Sejujurnya hati ini sangat rindu pada kalian, namun menantikan batas waktu untuk bersua dan menjalin ukhwah ketika medan bergelut ini begitu menggamit sekali. Afwan ya sahibah fillah, semoga suatu hari kita boleh bertemu mata dan memeluk hangat kasih sayang terbina di atas jalan dakwah ini.

Hari ini ana mahu berkongsi sepotong ayat dari al Quran, buat tatapan kita bersama-sama.

“Barangsiapa menghendaki keuntungan akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat.” (As Syura: 20)

In Team dan Raihan kata,

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah

apakah kita kan sabar?

ataupun sebaliknya…

Kesenangan yang datang selepas kesusahan

Semuanya adalah nikmat dari Tuhan…

Allahuakbar. Susah bukan untuk benar-benar menghidupkan hakikat ini didalam hati? Terutama dalam waktu-waktu sukar dan jerih. Kadang-kadang kita tidak mampu untuk menolak fitrah bahawa kita tetap juga merasa sukar meskipun kita telah berusaha mengatasinya. Bukanlah kita manusia kalau kehidupan kita sempurna saja. Perlu ada jatuh bangunnya, perlu ada tawa dan tangisnya, perlu ada exam dan resultnya. Itulah kehidupan dunia. Semalam menangis, hari ini mungkin ketawa.

Kadang-kadang insensitivity dan inability to response correctly kepada nikmat-nikmat dari Allah menyebabkan kita merasakan bahawa kesusahan yang kita dapat itu lebih besar daripada kesenangan yang sedia ada. Lantas kita mula berkira-kira air-air mata yang kita titiskan seolah-olah Allah tidak mendengar doa kita. Tapi jangan sampai tidak memberi hak kepada hati. Apa guna Allah beri hati kalau kita refuse untuk merasai perasaan-perasaan seorang manusia. Kitalah yang perlu meletakkan sempadan-sempadan kepada perasaan-perasaan tersebut seperti mana Allah sempadankan nikmat syurga Adam dan Hawa dengan meletakkan syarat agar tidak mendekati pohon khuldi.

Seperti mana Adam dan Hawa diizinkan untuk bergembira di taman-taman syurga, makan apa sahaja yang berkenan di hati, berbuat apa sahaja yang diingini asalkan saja mereka tidak mendekati sang Khuldi. Begitulah juga kita. Kalau mahu sedih, sedihlah. Kalau mahu gembira, gembiralah. Kalau mahu berbuat sesuatu, lakukanlah! Asalkan jangan dekati sesuatu yang Allah larang.

Tapi hakikat tidak selalunya semudah itu. Tidak semua sempadan di hati ini jelas kelihatan. Ada waktunya kita manusia, hanya tersedar batasan kita, setelah terlanjur melangkaui sempadan perasaan tersebut. Selepas marah, baru tersedar kesilapan diri. Selepas bersedih dan bersangka buruk pada sesuatu ujian Allah, baru ternampak hikmahnya. Selepas kehilangan nikmat-nikmatNya, barulah terasa kasih sayangNya… bukankah selalunya begitu?

Mungkin ana perlu lebih banyak bermuhasabah. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka!

Kerana mahu meninggalkan dunia ini kelak dengan sebuah ketenangan dan kepuasan. Bahawa kehidupan dunia ini telah kita laksanakan dengan penuh kemanusiaan. Semoga Allah redha.

Saling mendoakan moga kesejahteraan milik bersama. Salam sayang, semoga Allah memberikan yang terbaik dalam setiap langkah kita demi mencapai reda-Nya semata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s