Telah kupilih jalanMu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se’gah’ bahtera ‘Titanic’
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Sabar itu Mahar

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, segala puji dan syukur hanya kepada Allah swt, alhamdulillah atas segala nikmat iman dan islam yang Allah kurniakan hingga ke detik ini. Tanpa nikmat iman dan islam tiadalah bermakna kehidupan seharian di alam fatamorgana ini.  Semoga kasih sayang Allah swt sentiasa melimpah ke atas kita semua.  Dengan kedatangan ramadhan, menimbun rahmat dan keampunan Allah swt untuk hamba-Nya yang sentiasa berusaha menjadi mukmin yang bertaqwa. Mudah-mudahan juga Allah swt sentiasa menetapkan hati kita di atas jalan-jalan tarbiyah kerana sesungguhnya proses ini proses yang panjang, yang berliku di mana tidak ramai manusia yang sanggup bersabar dengannya. Semoga Allah tetapkan hati kita untuk cinta pada tarbiyah harkiyah ini…insyaAllah.

Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt? lamanya ana menyepi dan membiarkan blog ini bersawang ya… afwan jiddan, keterbatasan internet dalam 2-3 bulan ditambah dengan siklus clinical year merupakan cabaran yang harus ditempa. Alhamdulillah ada hikmahnya dengan cabaran yang Allah hadirkan. Proses tarbiyah dan  muhasabah yang panjang, semoga Allah hadirkan kekuatan dan ketenangan bersamanya. InsyaAllah. 🙂

Alhamdulillah, ramadhan masih bersama kita. Hari ini dah ke 13, semoga tetap bertambah momentum untuk meraih sejuta kebaikan yang hadir bersama bulan penuh barakah ini. Ramadhan kali ini istimewa kerana hadirnya ketika ana dan sahabat2 satu rumah di fase clinical years, kalau tahun-tahun lalu dengan theory years masih sempat nak masak-masak untuk iftar but now macam slow skit sebab jadual yang agak padat n etc, but then its real tarbiyah for how could you manage to serve ramadhan well in the end. Subhanallah, moga Allah berikan kekuatan untuk beribadah dengan sepenuh hati di bulan yang penuh segala kebaikan di dalamnya.

Almost 2 weeks ana menyambut ramadhan di paeds dept, alhamdulillah rezeki dapat makan food provided by hospital. Almost setiap hari iftar dan sahur di hospital, really new experience need to adapt quickly. Awalnya janggal, i wanted to pray terawih together with roomates at mosque near to my home and did cries several time but Allah knows best. Tarbiyah dan ditarbiyah sepanjang 2 weeks, subhanallah… Paeds banyak mengajar erti kesabaran dan kecekalan. plus ana masuk paeds with the only one Msian and from my univ, memang keluar dari comfort zone and totally out of range, but alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Setelah kesusahan hadirnya kesenangan. Alhamdulillah. MasyaAllah Tabarakallah. Melihat wajah2 babies yang comel2 belaka sangat2  mendamaikan hati dan menyejukkan jiwa. Subhanallah. 😀 Berkat ramadhan juga, alhamdulillah ana dah lulus melewati paeds dept, Alhamdulillah Rabbal Alameen, segala puji dan syukur hanya kepada Allah swt. Sungguh Dia Maha Pemberi Rezeki. Alhamdulillah ana dapat penguji yang baik dan sangat humble down to earth, soft spoken. Alhamdulillah dia tanya apa yang ana tahu + a bit logical questions. Alhamdulillah, Allah hadirkan ilham untuk menjawabnya, tak blank… tawakal to Allah swt the result, may it flies with colours… 🙂 ameen.

InsyaAllah, jika ada kesempatan ana update the feels being in paeds dept. 😀

Not too late, Ramadhan Kareem everyone! Its half way to go, speed up! 🙂

Selamat beribadah di bulan yang penuh barakah ini, moga kita tergolong dalam kumpulan yang mendapat kebaikan yang hadir bersamanya. Ameen.

Wallahualam.

Alhamdulillah

The most beautiful thing in a human being is their smile. Sometimes, what takes a marriage to a whole new level is pouring more smiles into it.

Abdullaah Ibn Haarith said: “I never came across a person who smiled as much as the Prophet. The Prophet regarded smiling with a brother as an act of charity.” [Tirmidhi]

Perjalanan

Aku tidak memiliki apa-apa selain yang KAU beri,

Apabila KAU sembunyi, aku selalu menjadi fakir,

Apabila KAU mewujud, aku sangat senang dan setia,

Hanya KAU yang ku pilih, diantara segala isi dunia,

KAU jualah penyebab gembira atau sedih di hati,

Dalam diri ini ada duri dan ada mawar,

Kucium bau mawar lalu kucabut semua duri.

ya Allah, permudahkanlah urusan duniaku demi akhiratku untuk sebuah kemenangan meraih reda-MU…

p/s:  exam just around the corner, doakan kami di bahagian interna (penyakit dalam) sekarang. 🙂

Sebuah kesempatan

Assalamu’alaykum wbt,

Afwan buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana lama tidak menulis di sini. Benarlah ungkapan dari AsSyahid Imam Hassan Al-Banna, ‘Sesungguhnya kewajipan yang ada melebihi masa yang ada…’ InsyaAllah, jika ada kelapangan diizinkan Allah swt, ana titipkan di sini, hati rindu ingin menulis namun mungkin belum masanya meluahkan segala muhasabah dan iktibar yang diperolehi sepanjang perjalanan di dunia clinical med student. 🙂 Doakan kami di sini semua sihat walafiat dan sentiasa dikurnikan petunjuk untuk sentiasa mengingati Allah swt dan niat di hati tidak berubah hanya untuk mendapatkan keredaan Allah swt semata.

Ana terbaca posting yang sangat menyentuh atma, ana kongsikan di sini supaya sahabat-sahabat yang singgah di sini juga turut sama merasainya. Moga kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah swt dan mengikuti sunnah Rasulullah saw. insyaAllah.

PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..” Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.

Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ” Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.

Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..” Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.

Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…” Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “Bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

Sebak dalam diri membacanya.. .ALLAHUAKBAR. .semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU…SUBHANALLA H WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR. .ku mencintaimu YA RASULULLAH..

ALLAHUMMASOLLI A’LASAYYIDINA MUHAMAD WA A’LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)

(sekiranya kalian mempetikaikan sama ada kisah ini benar atau tidak, itu bukanlah persoalan,ambillah iktibar selagi ada waktu untuk menginsafi diri)

Penawar Qalbi

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat yang sentiasa dekat di hati? Moga rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa menaungi perjalanan kehambaan kita di dunia fatamorgana ini, insyaAllah. Alhamdulillah nikmat iman dan mukmin masih dapat kita kecapi, hingga ke hari ini kita bernafas di bumi pinjaman sementara untuk menuai sebanyak mungkin agar hasilnya kelak ranum untuk dinikmati. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah swt.

Alhamdulillah, ana sudah selesai di dept KulKel, sekarang sedang menimba ilmu di dept Radiology pula. 😀 Buat sahabat-sahabat yang bakal exam, maan najah fil imtihan, moga jayyid jiddan, cum laude semuanya! InsyaAllah. Ana pun bakal exam akhir minggu ini untuk  Radiology. 🙂 Sama-sama kita berusaha ya agar kecemerlangan yang digapai untuk syiar Islam jua akhirnya. Ameen.

Memang hidup berputar antara hitam dan putih, jua antara suka duka. Dan pastilah ana tidak terlepas untuk turut menghadapinya. Yang berbeza mungkin cara kita berhadapan dengannya; dalamannya bagaimana? Dalam hati apa tersirat hanya antara Pemilik segala hati dengan empunya hati yang tahu. Alhamdulillah, bila fikirkan apa yang pernah disampaikan dan tersemat di hati, “Sesungguhnya diri kita hanya hamba, memang layak di uji dan caranya pastilah berbeza antara kita dan mereka. Dan yang penting, Allah tidak membebani melebihi kemampuan diri kita.” Its real relieved. Alhamdulillah :).

Sejujurnya, bila tengok sekeliling dan bukan hanya dalam diri sendiri, betapa ramai yang melihat sahsiah dan peribadi kita. Pastilah suatu amanah yang berat untuk menjadi yang terbaik kepada teladan yang berkesan. Adik-adik  melihat sahsiah kakaknya bagaimana.  I know my dear sisters back at home reading this, perhaps my parents too 😉 . Sahabat-sahabat sekeliling saling mendukung. Namun yang terlebih penting ialah bila fikirkan betapa peribadi seorang mukmin itu sentiasa dalam pengawasan Allah swt melalui dua malaikat di sisi, rasa gerun di hati untuk berbuat yang bukan-bukan, yang bukan menambah pahala kebaikan terutamanya. Rasa nak marah tapi malu dengan diri sendiri, rasa nak sedih lama-lama pun takut sebab hilang nanti momentum untuk kebaikan, rasa kecewa dengan sikap manusia, rasa macam-macam yang tak best dan sedap untuk dihadam oleh  jiwa dan nurani, etc, semuanya akan membantutkan perjalanan kehambaan diri sendiri yang sentiasa berusaha untuk menjadi peribadi mukmin yang sebenar-benar Islam! Astagfirullah, memang setiap hari perlu muhasabah diri. Bukan untuk orang lain, tetap untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri juga, kan? InsyaAllah, untuk diri ana yang sangat ‘fragile’ dan juga sahabat-sahabat tersayang, moga kita istiqamah dalam perjuangan diri untuk mudahkan laluan perubahan ke arah kebaikan, insyaAllah. 😀

InsyaAllah, ana akan update tentang perkembangan terbaru perjalanan clinical di sini. Makin lama makin menampakkan erti ‘memberi’ dalam minda dan hati seorang doktor muda. Alhamdulillah 🙂 Ana sekarang dalam mode persiapan untuk tugasan  bekal akhirat jua duniawi. Moga biah solehah tempat kaki berpijak ini berkekalan dan sentiasa dinaungi rahmat dan hidayah dari Allah swt. Doakan urusan kami di sini dipermudahkan ya sahabat-sahabat. Sungguh doa kalian penguat semangat dan keazaman kami di sini untuk turut merasai nikmat perjuangan menyebarkan dan meninggikan syiar Islam di bumi ini.

Moga ketemu lagi insyaAllah.

Salam sayang dan rindu dari bumi Wali Songo.

😉

Maisarah Shukri.

Teguhkan hati ini

Satu Cinta
Album : Satu Cinta
Munsyid : StarFive

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku……. Keimananku…….

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku……. Keimananku…….

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…….

Oh Tuhan …. s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan …. jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Denai cintaku

Denai cintaku

Tuhan
terasa lembutnya belai sayang-Mu
bersama kurnia sekalung hidayah-Mu
tapi adakalanya membahang kemurkaan-Mu
seiring patahnya sayap mujahadahku

Tuhan
Langkahku bagaikan mati
mendaki kasih-Mu nan sayup tinggi
namun cintaku bukan palsu
biar langkahku ke sana sering terganggu

Tuhan
terlerai sudah ribuan taubatku
terungkai bersama semua janjiku yang dulu
kataku sering mungkir
walau ku tahu cinta-Mu tak pernah meminggir

Tuhan
aku masih terus di sini
mengemis di dermaga janji-Mu yang pasti
disini aku masih mendamba kasih-Mu
kerana ku yakin kasih-Mu tak pernah sirna
selama-lamanya

Srikandi Abu Bakar
24.01.2010

Perjalanan pertama di medan baru

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk update di blog ini dengan masa yang sedikit terluang. Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah? Semoga kalian sentiasa dinaungi dengan hidayah dan petunjuk serta kasih sayang Allah swt.

Janji kepada sahabat untuk menceritakan pengalaman clinical year di bumi Wali Songo ini masih tersemat di kalbu cuma masa yang sedikit menghimpit di tambah dengan internetnya yang tidak sepantas di bumi Shamrock 😉 menghambat penulisan di sini. Apapun ana harap coretan kali ini sedikit sebanyak melunaskan apa yang terpatri. Moga ada ibrahnya dari pengalaman yang tak sebanding dengan berlian ini, insyaAllah. 🙂

Alhamdulillah, department pertama ialah bahagian kulit dan kelamin (baca: KulKel). Untuk team ana seramai 15 orang, yang mana boleh consider agak ramai juga la. Alhamdulillah, bila ramai dalam team, nanti jadual oncall (baca:jaga) akan berkurang. KulKel ada 4 minggu rotation. Minggu 1 jadual oncall 3x seminggu, minggu 2 oncall 2x seminggu, minggu 3 oncall 1x seminggu dan minggu 4 no oncall sebab dah masuk exam week. Yang bagusnya masuk awal KulKel is kita boleh belajar nak oncall untuk hidup di zaman clinical years di sini. Tak banyak sangat yang nak dilakukan time oncall. Basically kita akan ambil vital signs patient setiap pagi after subuh dalam pukul 5.45pagi. Vital signs (aka T.N.P.S) = blood pressure, temp, heart rate, breathing rate.

Apa yang best dengan bahagian KulKel?? Before masuk dept ni, dah banyak cerita yang ana dengar tentang ‘keistimewaan’ KulKel ni, rasa excited dan ‘gerun’ juga nak masuk. Apapun proses untuk belajar berhadapan dengan manusia harus dikuasai oleh seorang doktor. Doktor bukan deal dengan machine tapi dengan manusia yang ada pelbagai bentuk reaksi dan sudut untuk bertindakbalas. Alhamdulillah, rasanya preparation membetulkan persepsi dan mind setting telah dilakukan lama sebelum sampai sini lagi. Syukran jiddan untuk murabbi dan sahabat2 yang bersama ketika mula mengenal erti Islam sebenarnya. Its really sparks! 🙂

Dari mana ya ingin dimulakan?

Yang pertama sekali ialah pertemuan dengan Dr Rahman aka dr Rambo (baca: Rahman Botak jadi nickname Rambo). Dr ni dah pangkat senior doktor with phD, mostly high respected among specialist Kulit dan Kosmetik di Indonesia kot, wallahualam. Dr ni menggunakan bahasa yang sesuka hati dipakai untuk semua benda hidup (baca: manusia, binatang, haiwan n etc). Kata-katanya ada kala memuji pedas lagi menghiris, ada kala menghina lagi mengutuk dan ada kala jujur dan ikhlas mendoakan. Wallahualam. Sebelum melangkah ke pertemuan dengannya, memang banyak cerita yang ana dengar dan semuanya yang persepsi buruk. Ada yang menangis selepas pertemuan dengannya sebab kena kutuk dan hina. Walaupun begitu, dalam hati tetap ana doakan moga-moga mood dr Rambo pada pagi tersebut untuk pertemuan team kami ini baik dan bagus untuk kesihatan beliau dan kami jua. 🙂

Dan, alhamdulillah. Pada kiraan ana (baca: tidak termasuk semua ahli team), mood dr Rambo baik untuk pertemuan kami. Mungkin saja dia tidak mengata yang bukan2 pada ana. 🙂 Boleh jadi juga tidak menggunakan bahasa yang agak kasar dan menghiris untuk kami mungkin juga sebab pada petangnya dia akan berangkat ke jakarta memenuhi jemputan dinner bersama menteri di jakarta (inipun ana dengar dari perbualan telefon yang dikuatkan suaranya di depan kami). Mungkin sahabat2 tertanya macamana agaknya bahasa yang digunakan oleh beliau. Sebenarnya bila ana fikir2 balik, semuanya lucu-lucu dan bila kami berbual mengenainya membuah tawa sahaja. Macam masuk telinga kanan dan keluar balik telinga kiri. 😀

“Kenapa rambutmu kusut sekali. Kayak ndak mandi pagi tadi. Keluar kau, perbaiki rambutmu lalu masuk kembali!”

“Hey kau, ngak usah senyum2, kau fikir kau cantik senyum2 begitu. Jelek sekali kau, ngak usah senyum2!”

“Aku campak keluar tingkap kau!”

“Pergerakan tanganmu itu mengganggu konsentrasiku. Aku campak air ini!”

Bila dimuhasabahkan kembali, apa yang ditegur adakalanya betul. Perwatakan seorang doktor mesti kemas, tidak selekeh dan asal-asal saja. Berfikiran positif, rasanya bila melapangkan dada, no hard feeling dengan dr Rambo. 😀 Nasihat untuk teman2 yang bakal menyusul ke KulKel; prepare yourself to your up best performance in term of appearance (oh, bukan solekan nanti tak pasal2 kena hina nak mengorat dia pula), just be yourself! Jaga akhlak dan taqwa, itu membezakan penilaian kita terhadap orang dan insyaAllah orang terhadap kita juga, insyaAllah. 🙂

Kita pergi ke bahagian yang best dalam bahagian KulKel ni pula. Doktor resident (baca: yang sedang ambil master) sangatlah baik dan helpful. And tak lupakan ada juga senior doktor yang baik sangat dan tak besar kepala sangat dengan pangkatnya. Ada prof yang suka malaysian. Contohnya prof Dali. He spoke english with me and i’m a bit surprised but alhamdulillah, thanks prof made me relieved. 🙂

Thanks to dr resident yang bertindak as gabenor co-ass (baca:ketua kepada clinical students) yang baik hati memberi keizinan kepada ana untuk pergi menjemput Tun Mahathir di airport dan menghadiri sesi pertemuan dengan Tun Mahathir. It almost impossible untuk department lain untuk tidak hadir waktu bekerja, silap2 haribulan kena turun minggu (baca: tambah waktu bekerja selama seminggu). Alhamdulillah, rasanya Allah banyak melapangkan jalan untuk ana menikmati masa clinical years dengan penuh hikmah. 🙂

Doktor pembimbing untuk refarat (baca: mini thesis) juga sangat baik and a bit pemalu. Mula-mula ana dapat namanya dr Chairil Anwar, tak kenal, yang mana satu, baik ke tak ni. Tak ramai dr lelaki dalam bahagian KulKel, tak susah untuk mengenali dan mengecamnya (part of it, they say he’s the most handsome). Bila jumpa, ya, dia sangat baik dan sopan serta pemalu, alhamdulillah, syukur sangat dapat pembimbing yang baik. Thank you Allah. Handsome? (subhanallah, ciptaan Allah mesti ada kebaikan padanya). Nanti masuk KulKel tengok la ye. Hehe. Tengokla kalau ana ada kesempatan untuk upload gambar discussion ke. 🙂

Cerita tentang pesakit pula ya. Pernah satu hari ni ana follow up patient. After solat subuh, dalam 5.30 am, ana dengan sahabat minta izin dengan patient untuk ambil vital signs. Pakcik ni sakit kusta reaksi reversal. Dah lama pakcik ni sakit kusta dan selesaikan pengubatan asas dan timbul balik. Setelah selesai ambil vital signs pakcik ni, isterinya yang setia menanti berbual dengan kami. Kami yang first time oncall and belajar ambil vital signs ni memangla kekok. Tapi alhamdulillah, ok je.

“Udah turun panasnya ya dr?”tanya isterinya.

“Ya, udah bu. alhamdulillah. Nanti bapak ngak usah lama2 di sini, bisa pulang ndak lama lagi ya pak.”

“Saya mandikan bapak tadi dr, dia mau mandi kerna dia emangnya tiap2 malam itu solat tahajud terus, ndak pernah tinggal dr. Ndak enak kalau solat ndak mandi dr. “bicara isterinya.

Terpegunnya ana. Subhanallah. Tiap-tiap malam bangun solat malam walau dengan keadaan yang agak lemah terbaring. Sungguh pakcik ini kental semangatnya.

“Ya, bu. Bisa juga ibu sapukan aja dengan kain yang basah pada badannya bapak. Ndak usah bapak yang repotin mau ke kamar mandi. Solat malam itu menenangkan hati, insyaAllah ndak lama bapak di sini. Bisa sembuh dan kembali ke rumah.”

Dia senyum memandang kami. Penyakit sudah lama. Hampir dia cacat kekal, tangannya sedikit bengkok merapat ke dada. Hanya terbaring di atas katil.

Ya Allah, pada pakcik yang menghidap kusta ini terdapat hikmah yang besar untuk kami yang segar-bugar dan sihat walafiat ini!

———————————————————

This coming monday insyaAllah entering week 3rd. Doakan ana ya sahabat-sahabat. Nanti kita share cerita yang lebih mengesankan nurani lagi. Ana ada refarat yang masih belum selesai lagi. Doakan ya. Sungguh doa kalian memudahkan perjalanan ana di sini, insyaAllah. 🙂

Sesungguhnya terdapat banyak hikmah untuk dikutip dari perjalanan kehambaan yang singkat di zaman clinical years ini. Moga hati kita selalu dibajai dengan iman dan taqwa. Doakan ana ya sahabat-sahabat!

Wassalam.

Salam sayang.