My Beautiful Life

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

It’s been a while since my last posting… Alhamdulillah, now theres some time to write something here. A lots of things happened and its really a beautiful life with colorful marks. Afwan,  I just don’t have the opportunity and time to share and save the memories written somewhere here. Afwan for those who’ve been waiting for so long!

Alhamdulillah tsummal hamdulillah… Allah forgive me when I whine…


Sekarang ana sudah berada dalam posting pertama untuk final year insyaAllah. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun lebih ana jadi coas ye di sini. Alhamdulillah, sungguh terasa betapa Allah permudahkan segala urusan di sini. Memang ada masanya semangat merudum jatuh, jadi tertekan dengan kerja dan mudah menangis even small matter. Bila hari-hari sugul ini tiba, biasanya ana lebih banyak mendiamkan diri dan muhasabah diri, kita perlukan masa untuk bersendiri dan sentiasa betulkan niat dalam melakukan sesuatu perkara. Every single thing boleh buat hati berbolak-balik, semoga Allah tetap thabatkan hati ini untuk sentiasa memilih jalan kebaikan. Ameen! Kadang2 tu rasa juga nak pergi terbang pulau lain kira je macam refreshkan diri balik la. Medic student need fresh air!😀

Orang kata, kalau ada teman susah dan senang, kita boleh bercerita dan berkongsi segalanya dengan mereka. Alhamdulillah, Allah kurniakan begitu banyak rafiq yang boleh di ajak untuk berbicara dari hati ke hati, mengingatkan hakikat seorang hamba dan khalifatullah. Jika jauh, kita boleh ym kan, jika dekat boleh pergi rumah dia. Alhamdulillah memang antara nikmat yang kena selalu disyukuri adalah sahabat sejati yang mengingatkan kita kepada Allah swt. Kala gembira dia mengingatkan untuk mensyukuri, kala sedih dia mengingatkan untuk tetap sabar dan tenang. Alhamdulillah. Dear akhawat fillah, you knows when you’ve been there for me, syukran jazilan. Semoga Allah merahmati ukhwah di jalan dakwah dan tarbiyah ini, ameen, insyaAllah. uhibbukum fillah abadan abada.🙂

Ana sudah banyak berhutang cerita dan perkembangan tentang dunia clinical students di sini sejak di posting Radiology lagi. Semakin lama semakin kurang ana menulis sedangkan ketika posting Radiology dulu, tidaklah sibuk sangat seperti di bagian Anak dan Interna awal-awal dulu. Maaf sangat2 sahabat-sahabat yang dikasihi.

Sekarang ana sudah di fasa kedua clinical years. Department yang ada lebih mencabar dan memerlukan ketabahan tingkat tinggi. We have Public Health (dept ana sekarang), ENT, Ortho, Surgery, Forensics, Eye, Obgyn, Cardio dan Anaest. Hanya kepada Allah disandarkan segala pengharapan dan keyakinan. Jadi doktor bukan kerja senang, jadi zaman belajar pun kena bersungguh-sungguh untuk jadi doktor yang luar dari kebiasaan! Bi iznillah.

Disebabkan tahun lepas memang ana dan sahabat struggle selesaikan dulu fasa pertama coas ni baru rehat sekejap, jadi untuk bagian Public Health di  fasa kedua ni kami decided untuk take a rest di Malaysia.🙂 So we’ve been home for about two weeks. Alhamdulillah, refreshing and calming down. Settled down few things before starting our busy year 2011 ahead. Alhamdulillah, rasanya sokongan dan dorongan dari big family members dan sahabat2 dekat serta jauh memang begitu mengujakan. Alhamdulillah ya Allah for this blessing! Jadikanlah kami hamba yang bersyukur untuk setiap kurniaan-Mu, ameen!

Esok dan lusa cuti untuk Raya Aidil Adha. Sejak belajar medic ni memang tak pernah sambut Aidil Adha di Malaysia lagi. Semoga hadir harinya nanti, insyaAllah. Tadi jam 6 petang di sini, jemaah haji di Mekah sudah mulakan ibadah wukuf, tiba-tiba hati kecil jadi sangat syahdu… Ya Allah tak pernah rasa kerinduan sebegini untuk bersama mereka mengharap pengampunan dari-Mu, mengharap kesabaran, mengharap diteguhkan pendirianku. Ya Allah izinkan hambamu yang kerdil ini ke sana Ya Allah. Mudahkanlah bagiku. Tolonglah daku ya Allah. Ameen.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengorbanan di sebalik peristiwa Ibrahim a.s dan Ismail a.s, jua ketabahan dan kesabaran Siti Hajar dihayati dengan iman yang mekar kepada Allah swt.

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk dihimpunkan dalam rahmah dan redha-Mu. Ameen.🙂


This is sooo cute!

Wallahu’alam.

Wassalam.

4 thoughts on “My Beautiful Life

  1. Salam ya ukhti:)
    Alhamdulillah, dapat update baru dari ukhti kat sana;) Salam Eid Adha dari kami di sini *hugs*
    Jaga diri elok2, jangan nakal2 tau!:)

  2. kak mai,sayu je baca entry ni.ntah kenapa maybe sbb rindu kt akak kot..rindu pada ukhwah.semoga kita semua berpeluang menjadi tetamuNya sebelum ajal menjemput.ameen ya rabb.huhu.sarat dgn tazkirah & nasihat yg berguna utk kami adik2 menghidupi kehidupan & perjalanan bergelar seorang doktor di bumi wali songo yg bertuah yet penuh cabaran ni.semoga ujian Allah kepada kita lebih mendekatkan diri kepadaNya & mengajar erti kesabaran ketabahan yg mahal harganya. keep on writing & inspiring🙂

  3. Salam.

    Dania: Salam Eid Adha juga dari kami di sini *hugs*. InsyaAllah ana tak nakal2, enti pun jaga diri elok2 tau! hingga ketemu suatu hari nanti di msia. insyaAllah! Salam sayang🙂

    Ct : I like it when you like it tim!🙂 Semoga yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk dapat dijadikan sempadan. Eid Mubarak! jumpa esok insyaAllah.

    Tia : Dekatnya hati kita kan sampai dapat rasa apa saling dirasakan, alhamdulillah! I love and miss u too, esok hari raya, mari meraikannya dengan penuh kesyukuran dan penghayatan sebagai khalifatullah.🙂 Neuro dah settle kan insyaAllah clinical years is waiting for you to unleash your potential. Together we strive till the end insyaAllah. Be a good muslim doctor is the target! Jumpa esok ya, insyaAllah🙂

    Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s