Mana satu pilihan hati?

Salam

Kini aku ditanya lagi tentang baitul Muslim.

Benarlah kata seorang sahabatku, bila dah menaiki tangga ini, kongsikanlah pula kisah-kisah baitul muslim untuk dijadikan tauladan.

Jujur aku katakan, kami sendiri masih lagi bertatih dalam menempuhinya dan terlalu banyak tarbiyah yang kami pelajari setelah melangkahnya.

Sebelum saya nyatakan bait seterusnya, suka saya katakan bahawa, perkahwinan ataupun baitul muslim ini, tidaklah seideal yang kita sangkakan. Ianya adalah langkah awal menuju kepada keidealan itu.

Dan menuju ideal itu, sangat perlukan usaha dan kesabaran, dari kedua belah pihak yang sangat memahami dan mahu mendapatkan redha dan barakah dari Allah.

Kita, terutamanya wanita, akan teramat ekstatik memikirkan tentang perkahwinan.

Terkadang teringin sangat nak kahwin, sehinggakan menerima siapa sahaja yang hadir dihadapan pintu rumah kita, walaupun entah siapa ntah dia itu!

Sehingga kita terlupa, ada sesuatu yang lebih besar akan berlaku selepas itu!

Dan kita selalu membayangkan di balik pemikiran kita, akan keindahan-keindahan yang bakal kita nikmati setelah kita berbaitul muslim

Apabila kita melihat pasangan romantis, berpegang tangan dan sering bergurau senda, kita akan mengucap istighfar dengan sabar serta memujuk hati kita.

‘ insyaallah, masa aku akan tiba tak lama lagi, bersabarlah duhai hati’

Ataupun apabila kita melihat rakan-rakan kita, saban tahun beranak dan terus beranak. Kita teramat geram dan sering bertanya diri kita sendiri, bilakah masanya pula kita mahu menimang anak.

Begitu juga tekanan yang kita alami hasil pertanyaan-pertanyaan ahli keluarga kita, rakan-rakan kita tentang;

Bilakah, bilakah , bilakah lagi mahu memakai baju pengantin , menjadikan emosi kita amat terganggu dan fikiran kita tak mampu berfikir lurus, lantas kita menyatakan:

Oklah, saya kahwin jelah dengan sesiapa sahaja!

Astaghfirullah.. astaghfirullah…

Syaitan akan selalu menggoda dan menjatuhkan kita di titik lemah kita.

Jika kamu membuat keputusan secara emosi, maka binasalah ia, namun jika kamu membuat keputusan dengan rasional serta bersyura dengan ramai, nescaya adanya barakah di situ, iAllah.

“Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada Tuhannya dan mendirikan solat sedang urusan mereka dengan bermesyuarat (syura) sesama mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Al-Syura, 42:38)

Kita bukan berkahwin untuk sehari dua, kita mahu berkahwin untuk selama-lamanya.

Malah, jika kita sesuatu yang buruk dalam perkahwinan kita, yang akhirnya mengakibatkan perpisahan dan penceraian ( apatah lagi yang lebih dahsyat dari situ), kita benar-benar yakin bahawa semua itu adalah yang terbaik untuk kita.

Kerana kita tahu, sejak awal, sejak memulakan langkah perkahwinan kita, kita menjadikan Allah tempat sandaran kita dan sebagai mardhatillah kita. Kerana itu kita yakin, Allah takkan tinggalkan kita, dan telah mentakdirkan kesemua urusan hidup kita untuk kebaikan diri kita sendiri.

Dan kerana itu, kita akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kita yakin, segala kesukaran, kepayahan dan kepahitan dalam baitul muslim ini, Allah akan janjikan sesuatu yang teramat indah di kemudian harinya.

Percayalah.

Namun, ingin saya nyatakan, walaupun kamu memilih ikhwah mahupun akhawat sebagai pasangan hidupmu, mereka tetap manusia biasa.

Seperti mana pasangan-pasangan yang berkahwin sebab cinta pun,struggle dan berselisih faham sesama mereka, tentulah mereka yang tidak bercinta malah tidak langsung kenal sebelum ikatan mitsaqan ghaliza itu, akan mengalami perkara yang sama.

Benar, ada banyak contoh pasangan-pasangan yang sangat ‘sweet,’lovely’, romantis, yang ‘ouccch, bestnya derang tuuhh, tak kenal pun leh sangat loving lepas kahwin!’ namun dalam realitinya, ramai pasangan yang berhadapan dengan masalah selepas berkahwin.

Dan cabaran itu adalah cabaran: penyesuaian diri.

Fasa berpindah dari zaman bujang hingga zaman berkeluarga bukan mudah.

Fasa duduk bersama teman sejenis dengan akhirnya pasangan suami atau pun isteri sangat berbeza.

Kesemuanya itu memerlukan adjustment.

Cara lelaki befikir dan berkomunikasi sangat berbeza dengan wanita.

Bahasa mereka berbeza dan perlakuan pun begitu juga.

Sebab itu mereka dinamakan suami isteri.

Setiap satunya melengkapi sesama sendiri.

Ia takkan sama, namun ia melengkapkan.

Bagaikan enzim dan substrate, bagaikan kunci dan tempat masuk kunci.

Ianya ngam.

Ianya menyejahterakan.

It binds firmly and strongly.

Hattakan mereka yang kahwin sebab cinta, yang dah kenal bertahun-tahun sendiripun ambil masa untuk adapt dan adjust. Apatah lagi mereka yang kahwin tanpa kenal dan cinta

Tentu selepas berkahwin, adanya expectation dari kedua belah pihak.

‘eh, dia bukan ikhwah ke? Patutnya kenelah buat begini begini begini…’

‘ eh, dia itu bukan akhawat ke? Bukan ke patutnya camni camni camni…’

Kesemua itu perlukan adjustment dan masa untuk penyesuaian.

Dan itulah dia proses, proses tarbiyah dalam kekeluargaan.

Ianya memerlukan komunikasi sangat berkesan.

Keterbukaan tiada tara, dan kerendahan hati kedua-dua belah pihak.

Dalam apa2 masalah yang berlaku dalam rumah tangga, kedua-dua pihak perlu bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian terbaik, dan mahu mendapatkan redha Allah pada sebagai matlamat akhirnya.

Di situlah, keharmonian serta kesejahteraan dapat diperolehi. Ketika keduanya benar-benar bergantung pada ALlah, dan mendekatkan diri pada Pencipta.

Bukankah membentuk individu Muslim itu sukar? tentulah membentuk baitul muslim, puluhan kali ganda lebih besar!

Beruntunglah orang yang memilih mereka yang mengikut tarbiyah sebagai pasangan hidupnya.

Kerana keseluruhan aspek kehidupannya dalam berkeluarga , akan dibentuk melalui acuan tarbiyah.

Bayangkan jika kamu memilih calon bukan ikhwah atau akhawat?

Apa akan berlaku?

Siapa yang dapat nasihati pasangan kamu jika kamu berdua bermasalah?

Bagaimana pula dengan tujuan akhir hidupmu?

Bukankah kita mahukan jannah?

Bukankah kita mahukan kehidupan membahagiakan di dunia mahupun di akhirat, bersama-sama dengan suami/isteri tercinta di jalan dakwah ini?

Jika separuh dari dirmu ( your other half) tak mahu bersama kamu di jalan ini, mahukah kamu berjalan sendirian ataupun mengheretnya sekali dalam keadaan kepayahan?

Memang, ada kes-kes di mana pasangan yang tak berada dalam sistem tarbiyah, akhirnya bersama dakwah, setelah berkahwin dengan suami atau isteri yang benar-benar faham dalam dakwah.

Itu berlaku sebelum perkahwinan, di mana janji dimaterikan, untuk membenarkan pasangan masing-masing untuk berada di jalan dakwah ini. Dan pasangan itu kebiasaanya agak jernih dan sudahpun mesra dengan islam dan dakwah.

Akhirnya mampu untuk dibentuk dan dibawa mengenal islam dan tarbiyah oleh pasangan mereka yang berada di atas jalan dakwah.

Namun, bilangan mereka tak ramai. Statistiknya masih sedikit. Dan rata-rata ramai akhawat, struggle untuk membawa suami mereka ( even yang bergelar ikhwah pun), untuk benar2 jatuh cinta dan all out hidup utk dakwah.

Kita , bila kita kahwin, kita nak kekal dalam perkahwinan.

Kita tak mahu berada dalam statistik mereka yang bercerai setiap 15 minit.

Boleh baca lanjut di sini

Bukankah itu pahit?

Bukankah kita melihat masyarakat kita sedang sakit dalam masalah rumah tangga?

Bukankah kita melihat serabutnya hidup seseorang mahupun hancurnya sistem rumah tangga akibat penceraian?

Bila lagi kita akan dapat menjunjung daulah jika masalah masyarakat berleluasa akibat kerapuhan sistem rumah tangga?

Akibat tidak bersedianya kita dan gopohnya kita membuat pilihan tentang pasangan hidup kita?

Ya, tak semua ikhwah atau akhawat sempurna.

Ya, even berkahwin sesama fikrah dan satu jemaah, ada berlaku penceraian.

Ya, walau berkahwin dengan mereka yang faham islam dan dakwah, masih lagi struggle dalam menghidupkan suasana sebuah keluarga Islam.

Namun sekurang-kurangnya kita masih berpeluang untuk mengubah dan berubah. Kita berkahwin dengan orang tarbiyah, mereka yang boleh dilentur dan dibentuk.

Dan kerana Allah pengikat ikatan hati nan abadi.

Perkahwinan atas dasar lillahi taala.

( kerana betapa banyak pasangan berkahwin sebab cinta, dan hanya bersama atas dasar cinta, namun, bila cinta sudah tiada, semuanya merana)

Apa yang berlaku jika ada lelaki meminangmu?

Seperti mana artikel saya sebelum ini, janganlah menolak jika ianya orang soleh.

Jika dia belum berada dalam sistem tarbiyah, target utama kita adalah memasukkannya dalam sistem tarbiyah. Cubalah seadanya !

Namun sebelum membuat keputusan, bersyura, syuralah dengan seramai mungkin manusia. Tanyakan pendapat naqibah kita.

Utamakan mereka yang berada dalam sistem tarbiyah dan dalam jemaah kita yang sama.

Bukan saya taksub, tapi best apabila kita dapat pergi program sama-sama, plan dakwah sama-sama, dan berbicara tentang gerak kerja dakwah yang sama, tanpa perlu menjaga hazar jemaah masing2.

Itulah yang dikatakan sinergi dalam dakwah.

Ia bukan 1+1 =2. ianya 1+1= 10! Malah lebih dari itu!

Jika berlainan jemaah, bukahkah itu sukar? Rata-rata, ramai pasangan akhirnya akan memasuki jemaah lainnya. Dan kebanyakan waktu, isterilah yang biasanya memasuki jemaah suaminya.

( namun, memang betul, jika hati belum2 mantap utk ALlah dan dakwah sebelum kahwin, memang kita (read: wanita) terkadang, mudah sahaja mengorbankan apa sahaja untuk berkahwin)

Mungkin ikhwah yang kita kahwini itu tidak seromantik dan secaring kekasih kita dahulu.

Mungkin akhawat yang kita kahwini kini tidak secantik dan seayu gadis pujaan kita dahulu.

Namun hati kita akan mentaksirkan, bahawa kecintaan kita , bila disandarkan pada Allah, semuanya menjadi kecintaan yang mengindahkan.

Romantik, caring, cantik dan ayu, mampu dibentuk. Elemen itu mampu dibina dan ditarbiyah dengan masa.

Namun, untuk mentarbiyah isteri, mahupun suami sendiri, memahamkan mereka dari menjadi tamhidi, kepada muayyid, kepada level seterusnya….

Benda itu sangat sukar, dan teramat sukar.

Percayalah.

( mendidik anak usrah sendiri pun sukar, apatah lagi pasangan hati kita?)

Kerana itu, kahwinilah seseorang itu kerana dakwah. Walaupun kamu struggle pada awalnya, pengakhirannya pasti sesuatu yang indah, dengan bantuan dari Allah.

Namun jika kamu kahwin sebab ‘dah ada orang lain pinang dulu’ ataupun kerana kepentingan dunia lain, maka kesemua itu akan semu. Sementara sahaja.

Dan kamu akan bertanya pada diri kamu banyak kali di saat kamu ditimpa masalah dalam rumah tangga:

‘ why did i marry this person?!’

Jika kerana Allah, kamu akan kembali pada Allah.

Jika bukan kerana Allah….

Tidak terlambat untuk berpatah semula kepada Allah, meluruskan niat, dan mencari jawapan dariNya.

Mantapkanlah iman dan kefahaman islam yang mapan di dalam hati.

Saya katakan sekali lagi:

MANTAPKANLAH IMAN DAN KEFAHAMAN dalam hati kamu. Perkara ini penting, kerana perkara ini akan menjadi bekalan dalam hidupmu menghadapi hari-hari mendatang yang sukar serta panjang.

Tips dalam memilih pasangan hidup:

1) Mantapkan peribadi sebagai individu muslim yang memahami dakwah dan islam

2)Syuralah dalam membuat pilihan

3) pilihlah mereka yang dapat membantu urusan dakwahmu

4) tawakal serta bergantunglah pada Allah sesungguhnya!

“Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang.” (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Rujuk di sini.

Semuanya tetap indah

Bismillah…

 

Terkadang orang heran dan bertanya, kenapa harus mereka?

Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan..

Aku menjawab.. Karena mereka, lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini..

Ada juga yang bertanya, mengapa harus mereka?

Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan pandangannya.. Bagaimana mereka bisa berbaur…

Aku menjawab.. Tahukah kalian.. bahwa hati mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di jalanan, pada perempuan-perempuan renta yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup mereka adalah sebuah totalitas untuk berkarya di hadapan-Nya.. Bersama dengan siapapun selama mendatangkan manfaat adalah kepribadian mereka.. Untuk itu, aku menjamin mereka kepadamu, bahwa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan yang mereka miliki.. Hati yang bening dan jernih dari mereka telah membuat mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun..

Sering juga kudengar.. Mengapa harus mereka?

Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya sejuta alasan untuk tidak berpacaran.. bagaimana mereka bisa romantis? bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?

Aku menjawab..

Tahukah kamu.. bahwa cinta itu fitrah, karena ia fitrah maka kebeningannya harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah mengantarkan seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah, bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.

Namun, ada satu hal yang membedakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya.. Mereka memiliki cinta yang suci untuk-Nya.. Mereka mencintaimu karena-Nya, berkorban untukmu karena-Nya, memberikan segenap kasihnya padamu juga karena-Nya… Itulah yang membedakan mereka..
Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu, mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu.. Cinta mereka murni.. bening.. suci.. hanya karena-Nya..

Kebeningan inilah yang membuat mereka berbeda… Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata surga yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian cinta mereka akan membuatmu menjadi lelaki paling bahagia..

Sering juga banyak yang bertanya.. mengapa harus mereka?

Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an dibanding ke salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding jalan-jalan ke mall, yang sebagian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, dibanding kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting. Bagaimana mereka merawat diri mereka? bagaimana mereka bisa menjadi wanita modern?

Aku menjawab..

Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan hati mereka untuk jauh dari dunia.. Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada Allah.. Mereka akan menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski materi tak mencukupi mereka, mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun bentuknya, karena dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah menyisihkan sebagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak dibanding menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majelis-majelis ilmu, terbiasa dengan rumah-Nya.

Jangan khawatir soal bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… Mereka tahu bagaimana memperlakukan suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sadar dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua kecantikan itu?

Dan jangan takut mereka akan ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahwa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu pengetahuan.. Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak gampang menyerah jika harus terbentur dengan kondisi akademik. Mereka adalah orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah sebuah keniscayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi dunia.

Dan sering sekali, orang tak puas.. dan terus bertanya.. mengapa harus mereka?

Pada akhirnya, akupun menjawab…

Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan mampu kau pahami sebelum kamu menjadi lelaki yang shalih seperti mereka..

Yang pandangannya terjaga.. yang lisannya bijaksana.. yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah untuk bersama-sama mengenal-Nya, yang siap membimbing mereka, mengarahkan mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…

Kalian yang benar-benar hebat secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah bidadari-bidadari surga yang turun ke dunia, maka Allah takkan begitu mudah untuk memberikan kepadamu yang tak berarti di mata-Nya… Allah menjaga mereka untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni surga… Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah, yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah.. sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan perjuangan.

Allah mempersiapkan mereka untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah lisannya.. namun juga menggetarkan lakunya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-Nya.. yang siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di bumi-Nya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada Allah melebihi kecintaan mereka kepada dunia.. yang akan rela berkorban, dan meninggalkan dunia selagi Allah tujuannya.. Yang cintanya takkan pernah habis meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya.. Allah telah mempersiapkan mereka untuk lelaki-lelaki shalih penghulu surga…

Seberat itukah?

Ya… Takkan mudah.. sebab surga itu tidak bisa diraih dengan hanya bermalas-malasan tanpa ada perjuangan…

 

Wahai Jiwa Yang Tenang

Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga..Menikmati pertemuan indah dan abadi.. Tapi tidak jarang bertemu neraka..Dalam pertarungan tiada berpantai..
–Rabiah al-Adawiyah-

 

Pilih saja..Bagaimana mahumu?

SUATU BUNGA RASA

Hari ini dia kelelahan lagi. Kelelahan kerana rasa itu yang tunda menunda di dalam hati. Suatu bunga rasa yang merobek tangkai jiwa, mencarik-carik segumpal daging bernama hati menjadi cebisan-cebisan kecil. Lantas luka itu dicurah dengan air laut, sungguh pedih, sungguh resah, sungguh lelah!

Entah kali ke berapa rasa itu menyeksa nalurinya. Sungguh galau. Mengapa begini? Hairan sungguh. Seingatnya, dia tidak pernah begini. Rasa itu tidak pernah menyinggah hatinya. Alangkah begininya perasaan itu. Alangkah! Mungkin kecewa dengan diri, atau mungkin sebenarnya lebih dari itu, bahagia dengan kuntuman rindu dan penuh harap.

Ah… akhi itu benar-benar membuatnya cemas dan tewas. Dia tidak pernah berperasaan begini seingatnya. Sudahnya, dia hanya diam sahaja. Biarlah rasa itu dia simpan kemas sendiri…kejap…erat. hanya antara dia dan Allah…dan pada setangkai doa yang diraut diadu diratap di hadapan Allah dalam lena dan dalam jaga.

BULAN BERUBAH WARNA

Hari itu dia kesiangan. 7.30 pagi! Belum pernah dia bangun untuk solat Subuh selewat itu. Dalam penyesalan dan istighfar dia meraup mukanya, lantas mengatur langkah ke bilik air.

“Ya Allah.. apa sudah jadi ni…” bisik hati kecilnya.

Pagi itu, akhirnya Mardhiyyah mengangkat takbir dengan hati yang sebal dan penuh persoalan. Kenapa boleh jadi begini? Biasanya dialah orang pertama yang akan bangun bertahajjud, seterusnya mengejutkan teman sebiliknya, lantas berjemaah di surau kolej. Kebetulan pula Aina Fasihah menghadiri seminar 3 hari di JAKIM, dan Nurin uzur syar’ie.

“Erm.. terlewat bangun ke? Maaf tak kejut.. Biasanya awak bangun awal..” Nurin menggosok-gosok matanya.

“Eh, tak mengapa, bukan salah Nurin. Mungkin sebab tidur lewat semalam..” suara Mardhiyyah kedengaran lemah.

Selebihnya dia bermonolog sendirian dalam diam.

Ya Allah.. mungkinkah disebabkan sebelum tidur tadi aku teringatkan Fawwaz dan tidak mengingati dan menyebut namaMu? Dan aku terlupa membaca Al-Mulk.. Ya Allah..maafkan aku. Bagaimana dengan solat tahajudku? Semenjak hayat kedewasaanku ini, sudah jarang aku meninggalkan solat malam.

Memang semalam dia teringatkan Fawwaz sebelum tidur. Biasanya sebelum tidur dia akan membaca Al-Mulk dan membaca doa-doa serta surah-surah pendek pendinding diri. Namun pulang saja dari meeting semalam, sekitar jam 11.45 malam, khusus membincangkan tentang gerak kerja Pilihan Raya Kampus yang bakal menjelang, dia merasa sungguh letih. Letihnya di tahap luar biasa, dengan kuliah dan tutorial seawal jam 8 pagi. Juga letih serta lelah malah sakit mencengkam lubuk jiwa. Kenapa dalam meeting itu dia harus juga hadir!

Usai sampai ke bilik, dia menghenyakkan tubuhnya ke katil. Sungguh penat dan lelah. Namun Mardhiyyah tersenyum jua. Memandang wajah akhi itu mendatangkan ketenangan ke lubuk jiwanya yang terdalam.
“Sudah dua hari aku tercari-cari wajahnya. Mungkin jodoh aku bertemunya malam ini.” begitu hatinya terdetik.

Sudahnya, dia mengambil mp3 player nya dan menyumbatnya ke telinga. Biasanya tangan mulusnya akan dipetik ke folder bacaan Al-Qur’an. Itu yang biasa dilakukan jika dia tidak dapat melelapkan mata. Menghayati bacaan Syeikh Saad Sa’id Al-Ghamidy atau As-Sudaisy yang menggetarkan dan mengharukan itu, terkadang dia turut larut tenggelam dalam bacaan itu bersama linangan air mata. Atau sekadar melayani celoteh DJ stesyen radio pilihannya, IKIM.fm, dengan info dan tazkirah penyubur jiwa Tapi, tangannya terhenti pada lagu itu. Albi Nadak. Dan bayangan Fawwaz dalam meeting itu menerpa kembali. Seperti biasa, dengan kewibawaannya berhujah dan memberi pendapat. Belum dikira renungan dan senyuman spontannya.

Lik
Ana milkilik…

Alangkah indahnya andai dia menjadi milikku. Dan aku akan mempunyai seorang mujahid yang akan sama-sama berjuang bersamaku. Akan ku kuatkannya tika dia goyah, dan pastinya dia akan selalu membisikkan kata-kata perjuangan buat membakar semangatku. Akan kulahirkan tunas-tunas comel yang akan mewarisi perjuangan kami, bahkan sebenarnya merupakan rintisan perjuangan Baginda S.A.W. Akan kusayangi dia sepenuh jiwa dan ragaku. Kerna pasti aku yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertinya. Akan ku sedaya upaya cuba untuk menghadiahkan ‘solehah’ku padanya, agar sejuk mata hatinya dalam bahtera rumahtangga kami.Tentu sekali aku kan bahagia. Mana mungkin aku tidak kan bahagia. Peribadinya cukup meyenangkan. Senyumannya cukup mendamaikan. Penampilannya sederhana dan memikat kalbu. Sentiasa tawadhuk. Paling kuterpikat pada karakternya yang nampak serius di luar. Namun sebenarnya boleh tahan kelakar. Dan paling mengharukan, dia seorang Hafiz! Apa lagi yang diperlukan dari seorang peribadi bernama Fawwaz. Pendek kata, aku tidak sanggup untuk mencintai orang lain selain darinya. Sungguh hatiku bernyanyi begitu.

Dan nyanyian jiwanya yang sarat itu berlagu-lagu di dalam lenanya.. tanpa dakapan Al-Mulk dan Tiga Qul, tanpa selimut air wudhu’..dan tanpa sinar Qiamullail…

WAHAI JIWAKU YANG TENANG!

Pagi sehening itu, Mardhiyyah mengatur langkah ke surau kolej. Di saat ini hatinya sudah tidak keruan lagi. Kalau ditoreh dengan belati tentu sudah tidak berdarah lagi. Kalau dihempap dengan gunung pun entah bagaimana halnya. Yang ada di fikirannya adalah dia. Hanya dia.

“Ya Allah.. aku rindukan dirinya. Aku inginkan dirinya untukku. Betapa beratnya perasaan ini Ya Allah..”

Dalam sedu sedan istikharah penuh harap, Mardhiyyah mengadu pada Ilahi Rabbi. Air matanya bercucuran merindukan akhi itu. Sudah lama dia tidak melihat Fawwaz. Mengikut cerita teman-teman, dia pulang ke kampung. Ah.. mengapa ramai benar yang suka bercakap tentangnya. Jika namanya terluncur di bibir akhi lain, hatinya bergetar hebat, dan saat namanya disebut di kalangan sahabat muslimatnya, hatinya sungguh hancur dan resah. Mengapa ramai benar yang menyukainya?

Dia berjalan longlai. Usai mandi pagi itu, dia terus mengatur langkah ke surau. Masih awal rupanya. Waktu Subuh belum tiba. Suara unggas-unggas sungguh hening dan hiba, sehiba hatinya yang kerinduan. Sebelum ini, kerap juga dia terserempak dengan akhi itu di hening Subuh begini. Berpapasan ke surau. Di kala begitu, dia melambatkan langkah, biar saja akhi itu mendahuluinya. Ataupun mana-mana muslimin lain. Tidak pantas seorang muslimat untuk berjalan dan buru-buru di hadapan lelaki ajnabi. Biar saja mereka berjalan dulu. Itu lebih afdhal. Seperti halnya yang dilakukan Nabi Musa saat berjalan bersama Shafra yang menjemputnya.

Sesampai di surau, ternyata tiada siapa-siapa. Tiada sahabat muslimin apatah lagi muslimat. Hatinya terasa sunyi dan pilu, sepertimana sunyinya keadaan surau di waktu fajar itu. Dia masuk dan lantas mengambil senaskah Al-Qur’an, lalu duduk bersimpuh. Mardhiyyah memeluk Al-Qur’an itu lantas menciumnya. Matanya terasa panas dan hangat. Dia membuka Al-Qur’an untuk mencari petunjuk. Awal pagi sebelum tidur semula tadi dia usai solat istikharah. Hatinya berkecamuk kerana tiada petanda. Mungkinkah hatinya sungguh berkarat dan berlumut, lalu Allah memberi hijab? Air matanya tumpah. Mengapa murah benar air matanya dua tiga hari ini? Mungkin rindu sungguh. Ah..sungguh penasaran. Hati yang sungguh berkecamuk dan diadun seribu satu rasa. Lantas dia teringat pada coretan ringkas yang dibuat di hujung nota Falsafah Islam semalam.

“..Dua tiga hari ini aku tidak melihatmu.. di mana-mana kucari wajahmu.. namun kau tiada… di mana dirimu? Bagaimana keadaanmu.. lalu aku melalui jalan-jalan kerinduan nan hiba namun kau tiada jua.. Allah sampaikan perasaan ini pada dia.. harapanku..moga benar aku dari rusuknya.. AMIN..”

Dia membuka kitab suci itu secara rawak. Lantas membaca ayat yang dipilih secara rawak mengikut gerak hati. Inilah yang dibiasakannya jika dia dalam kebuntuan dan keresahan. Ternyata hal ini biasa menjadikannya tenang “..Pada hari ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, : “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar”. Ayat ini ternyata menyejukkan mata hatinya. Syurga untuk mukmin laki-laki dan perempuan? Tentu sekali juga untuk suami dan isteri yang berkasih sayang kerana Allah. Bibirnya menguntum senyum sekilas. Lantas dia membelek lagi naskah Al-Qur’an itu mengikut kata hatinya. Dan tangannya terhenti. “..Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang , maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir..” Nalurinya bergetar. Mardhiyyah merasa sungguh terkesan. Neraka? Kehidupan sekarangkah yang kuinginkan? Mengigaukan seseorang yang bukan hak? Ah..dia jadi buntu.

Dan dia membelek buat kali ketiga. Saat ini air matanya semakin galak. Gerun dengan gambaran neraka yang maha azab. Adakah selama ini dia sudah tersasar jauh? Matanya tertancap pada Surah al-Mukmin, ayat 55 “..Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi..”

Ah..serasa pujukan Allah itu mengena jiwanya. Adakah aku sudah salah selama ini? Perasaan yang suci ini adakah sudah tercemar? Mungkinkah aku yang tidak sabar, atau akukah itu yang tidak yakin dengan janji Allah? Tangisannya semakin melebat diikuti esakan kecil. Namun, dia mencuba menahan esakannya, kerana lampu di bahagian lelaki sudah terpasang. Mungkin sudah ada yang datang untuk menjadi imam.

Seketika azan dilaungkan penuh syahdu.. Ini suara yang kurindui selama ini! Air matanya kembali melebat Kenapa sekarang perlu hadir pula. Ya Allah.. apakah maksud dari segala ini? Hatinya berkecamuk dan fikirannya berpusing.

Usai azan, suasana kembali hening. Mardhiyyah mengangkat takbir untuk solat sunat qabliyyah, sambil menyeka air mata yang berbaki. Namun hatinya masih dalam kebingungan bernada riang.

Usai solat qabliyyah, masih tiada jemaah muslimat yang datang. Di bahagian muslimin, turut senyap dan sunyi. Namun itulah fenomena dasawarsa ini pada atmosfera kampus. Tarbiah dan program ilmiah tidak mendapat sambutan. Namun, pada program dan aktiviti berunsur hiburan dan liburan, sungguh ramai warga kampus berpusu-pusu! Suatu kebobrokan intelektualisma dan insaniah!

Tiada laungan iqamat. Aneh.

“Assalamualaikum, erm.. enti dah solat?”

Ya Allah, hatinya tersentak. Itu memang suaranya! Seseorang yang dirindui seputar tiga empat hari ini. Dia seperti mahu menangis semula.

“Waalaikumusslam.. erm.. belum..” Mardhiyyah menjawab dengan baki suara yang ada bercampur nada serak.

“Baguslah, boleh solat jemaah bersama, sebab muslimin lain tak ada..” balasnya.

“Erm..ya..” jawab Mardhiyyah ringkas.

Entah mimpi apa, aku solat jemaah dengannya pagi itu. Bukan tidak selalu aku solat diimamkan olehnya, namun hari ini kami berdua sahaja! Tanpa orang lain. Hatiku berbunga bahagia. Alangkah indahnya solat berjemaah dengan orang yang dicintai! Hanya berdua. Gambaran rumahtangga yang sakinah dan dirahmati terapung di mindaku.

Saat Ahmad Fawwaz Auza’iy mengangkat takbir penuh ketenangan, hati Mardhiyyah al-Hasanah diamuk perasaan yang mencengkam. Sungguh hening keadaan tika itu. Dan tika dia mula membaca Al-Fatihah, Mardhiyyah larut dalam bacaannya yang penuh teratur. Terasa ada hembusan yang sejuk turun dari langit dan menyentuh ubun-ubun, lantas menyelinap ke rongga jiwa. Pada rakaat kedua, Fawwaz membaca surah Al-Fajr. Bacaannya sungguh lembut dan mendamaikan. Sesekali ditekan, menyebabkan sesiapa yang mendengarnya terasa syahdu, dan kelopak mata terasa hangat, bergetar hati dengan bacaan ayat Ilahi.

Dan tiba ke beberapa potongan ayat terakhir, jiwa Mardhiyyah tersentak hebat.

Ya ayyatuhhanafsul muthmainnah
Irji’i ila rabbiki raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhuli fi ‘ibadi
Wadkhuli jannati

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku
Dan masuklah ke dalam syurgaKu

Saat bibirnya lembut menuturkan kalimah ‘Mardhiyyah’, hatiku bertambah derunya. Kalimah itu seolah-olah penuh nasihat yang lembut. Sungguh jiwaku tidak tenang selama ini. Aku menjadi pemburu bayang-bayang yang tidak pasti dapat kugapai. Terkadang aku ke program dan kuliah untuk menjadi pemerhatinya yang setia. Walau dia dekat denganku, namun boleh jadi dia bukan untukku. Terdapat pelbagai kemungkinan yang sedia direncana oleh Allah. Bukankah aku sendiri yang selalu berdoa usai ma’thurat, agar janganlah nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau sekelip mata cuma. Alangkah jika dia bukan tercipta untukku.. Alangkah.. Lalu, bagaimana pula halnya dengan insan yang haq untukku nanti? Tidak adil untuknya bukan? Seketika itu, air mataku tambah melebat. Dan aku menghabiskan solat fajar itu dengan air mata yang kutahan.

Begitu jua saat akhi itu berdoa tulus, muzakarah usrahku pada hari Selasa yang lepas terngiang-ngiang menerpa.

“Jikalau begitu kak Husna, berdosakah untuk berperasaan sebegitu? Ternyata itu perasaan suci anugerah Ilahi..suatu fitrah insani..” aku pura-pura bertanya secara umum.

“Ya…perasaan yang suci, bernada ujian buat hamba-Nya yang dikasihi. Terserah untuk kita bagaimana. Yang penting, ternyata ketenangan itu tidak ada jikalau kita terlalu menurut hawa nafsu sendiri. Sudahnya kita kelelahan. Hindarilah dari terlalu berharap, bimbang kecewa nanti. Bimbang jika perasaan itu memenuhi ruang lebih dari perasaan kita pada Allah. Yang pastinya, Allah bakal mengabulkan permintaan itu jikalau sememangnya dia pantas untuk kita. Berdoa sahajalah yang terbaik untuk diri, walau siapapun dia. Kita tidak tahu akan rahsia Allah. Sesungguhnya Dia Maha Tahu apa yang tersirat, siapalah kita yang lemah dan hina ini..”

Begitupun saat akhi itu melantunkan bacaan bernada tarannum usai solat Subuh tersebut, sedang aku menahan esak tangisku di belakang. Dan pagi Ahad yang hening itu, aku beriktikaf di surau sehingga membawa ke waktu Zohor.

“..Pergilah akhi… Biarkan hatiku sendiri.. Maafkan aku akhi… Tak kusangka aku pernah senyum, menangis dan kegelisahan keranamu.. Maafkan aku wahai bakal rafiq hidupku.. walau siapapun engkau, dari mana pun engkau… doakanlah aku di sini.. untuk kuat menyimpan hati ini padamu.. Ya Allah.. penuhkan cintaMu dalam qalbuku..agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku…”

Hai jiwa yang tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu..

Dan ternyata hal itu bisa membuatkan dirinya tenang! Dan ikhlas dalam perjuangan!

Oleh Syahadah al~Hafeezah
Majalah I
Mei 2009

My Beautiful Life

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

It’s been a while since my last posting… Alhamdulillah, now theres some time to write something here. A lots of things happened and its really a beautiful life with colorful marks. Afwan,  I just don’t have the opportunity and time to share and save the memories written somewhere here. Afwan for those who’ve been waiting for so long!

Alhamdulillah tsummal hamdulillah… Allah forgive me when I whine…


Sekarang ana sudah berada dalam posting pertama untuk final year insyaAllah. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun lebih ana jadi coas ye di sini. Alhamdulillah, sungguh terasa betapa Allah permudahkan segala urusan di sini. Memang ada masanya semangat merudum jatuh, jadi tertekan dengan kerja dan mudah menangis even small matter. Bila hari-hari sugul ini tiba, biasanya ana lebih banyak mendiamkan diri dan muhasabah diri, kita perlukan masa untuk bersendiri dan sentiasa betulkan niat dalam melakukan sesuatu perkara. Every single thing boleh buat hati berbolak-balik, semoga Allah tetap thabatkan hati ini untuk sentiasa memilih jalan kebaikan. Ameen! Kadang2 tu rasa juga nak pergi terbang pulau lain kira je macam refreshkan diri balik la. Medic student need fresh air! 😀

Orang kata, kalau ada teman susah dan senang, kita boleh bercerita dan berkongsi segalanya dengan mereka. Alhamdulillah, Allah kurniakan begitu banyak rafiq yang boleh di ajak untuk berbicara dari hati ke hati, mengingatkan hakikat seorang hamba dan khalifatullah. Jika jauh, kita boleh ym kan, jika dekat boleh pergi rumah dia. Alhamdulillah memang antara nikmat yang kena selalu disyukuri adalah sahabat sejati yang mengingatkan kita kepada Allah swt. Kala gembira dia mengingatkan untuk mensyukuri, kala sedih dia mengingatkan untuk tetap sabar dan tenang. Alhamdulillah. Dear akhawat fillah, you knows when you’ve been there for me, syukran jazilan. Semoga Allah merahmati ukhwah di jalan dakwah dan tarbiyah ini, ameen, insyaAllah. uhibbukum fillah abadan abada. 🙂

Ana sudah banyak berhutang cerita dan perkembangan tentang dunia clinical students di sini sejak di posting Radiology lagi. Semakin lama semakin kurang ana menulis sedangkan ketika posting Radiology dulu, tidaklah sibuk sangat seperti di bagian Anak dan Interna awal-awal dulu. Maaf sangat2 sahabat-sahabat yang dikasihi.

Sekarang ana sudah di fasa kedua clinical years. Department yang ada lebih mencabar dan memerlukan ketabahan tingkat tinggi. We have Public Health (dept ana sekarang), ENT, Ortho, Surgery, Forensics, Eye, Obgyn, Cardio dan Anaest. Hanya kepada Allah disandarkan segala pengharapan dan keyakinan. Jadi doktor bukan kerja senang, jadi zaman belajar pun kena bersungguh-sungguh untuk jadi doktor yang luar dari kebiasaan! Bi iznillah.

Disebabkan tahun lepas memang ana dan sahabat struggle selesaikan dulu fasa pertama coas ni baru rehat sekejap, jadi untuk bagian Public Health di  fasa kedua ni kami decided untuk take a rest di Malaysia. 🙂 So we’ve been home for about two weeks. Alhamdulillah, refreshing and calming down. Settled down few things before starting our busy year 2011 ahead. Alhamdulillah, rasanya sokongan dan dorongan dari big family members dan sahabat2 dekat serta jauh memang begitu mengujakan. Alhamdulillah ya Allah for this blessing! Jadikanlah kami hamba yang bersyukur untuk setiap kurniaan-Mu, ameen!

Esok dan lusa cuti untuk Raya Aidil Adha. Sejak belajar medic ni memang tak pernah sambut Aidil Adha di Malaysia lagi. Semoga hadir harinya nanti, insyaAllah. Tadi jam 6 petang di sini, jemaah haji di Mekah sudah mulakan ibadah wukuf, tiba-tiba hati kecil jadi sangat syahdu… Ya Allah tak pernah rasa kerinduan sebegini untuk bersama mereka mengharap pengampunan dari-Mu, mengharap kesabaran, mengharap diteguhkan pendirianku. Ya Allah izinkan hambamu yang kerdil ini ke sana Ya Allah. Mudahkanlah bagiku. Tolonglah daku ya Allah. Ameen.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga pengorbanan di sebalik peristiwa Ibrahim a.s dan Ismail a.s, jua ketabahan dan kesabaran Siti Hajar dihayati dengan iman yang mekar kepada Allah swt.

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk dihimpunkan dalam rahmah dan redha-Mu. Ameen. 🙂


This is sooo cute!

Wallahu’alam.

Wassalam.

Minal Aidil wal Faizin

BERILAH KEMAAFAN ITU

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah

Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

SALAM AIDILFITRI …

~taqabbalullah minna waminkum  🙂  ameen.

Salam kemenangan. Minal Aidil wal Faizin,

ikhlas,
Maisarah Shukri

Ketika cinta bertasbih

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, sesungguhnya tiada kata yang lebih menenangkan dan menyenangkan dengan mensyukuri setiap nikmat kurniaan Allah swt dalam kehidupan saya sehari-hari. Masih diberi kesempatan untuk menitip sesuatu di sini setelah sekian lama tidak menaip, menjadikan kata-kata sedikit kaku. Apapun, saya memohon kemaafan kepada sahabat2 yangsentiasa sabar menanti khabar, sesungguhnya kalian sentiasa dalam doa rabitahku, insyaAllah 🙂 seperti yang pernah kita patrikan suatu masa dahulu untuk saling mendoakan jika tidak berjumpa di dunia ini mudah-mudahan di syurga kelak.  Ameen.

Persahabatan yang ditunjangkan kerana nilai iman dan taqwa ternyata memberikan kekuatan ketika kelemahan melanda, mengalirkan air yang lesu di tasik hati, mengubah musibah jadi muhibbah indah. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Kepada Allah jua saya panjatkan kesyukuran atas segala yang terjadi. Sesungguhnya tanpa kasih sayang Allah swt, saya tidak mampu untuk kuat dan tegar seadanya!

Perjalanan kehidupan sentiasa berputar di atas paksi takdir yang ditetapkan Tuhan. Dalam tempoh kesepian ini, begitu banyak yang telah saya lalui; saya ingin mencatatkan segala pengajaran dan pembelajaran yang saya perolehi dari setiapnya namun tidak begitu mampu menitipkannya, mungkin kerana pena terlalu tergesa-gesa menghamburkan bimbang kata-kata menjadi puing-puing akhirnya. Yang dituju tidak pernah kesampaian malah mungkin tersasar dari destinasi. Maka, ada yang lebih baik disimpan hanya antara hamba dan Al-Khaliq sahaja. 🙂

Saya sudah berada di Malaysia sekarang, menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Moga ada manfaatnya untuk percutian kali ini, insyaAllah. Dengan berkah Ramadhan, ternyata begitu asyik sekali menikmati saat-saat bersama mama, ayah, abang, kakak ipar serta adik-adik di rumah. Alhamdulillah. Tiada yang lebih membahagiakan berada di samping keluarga. Menatap wajah orang tua menghadirkan rasa tenang. Berada di perantauan ternyata punya kerinduan yang tidak terubati.

Dalam segala hal yang telah, sedang dan akan terjadi,  saya panjatkan doa sedalamnya kepada Allah swt, moga saya mampu menjadi anak yang solehah buat mama dan ayah setiap saat dan ketika kerana tiada hadiah lain yang lebih istimewa dari itu ya Allah buat mereka berdua. Ameen, insyaAllah.

Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka.


Sekalipun cinta telah ku uraikan

dan ku jelaskan dengan panjang lebar

namun jika cinta ku datangi

aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan

namun tanpa lidah

cinta ternyata lebih terang

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya

kata-kata pecah berkeping-keping

begitu sampai kepada cinta.

Dalam menguraikan cinta

akal terbaring tak berdaya

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

cinta sendirilah yang menerangkan cinta

dan percintaan.


Jalaluddin Ar-Rumi



Selamat Hari Ibu

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, puji dan syukur setinggi saya panjatkan kepada Allah swt, di atas segala kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Alhamdulillah punya kesempatan untuk menulis di sini setelah minggu ini yang dirasakan berlalu lama sekali, dengan segala peristiwa terangkum di dalamnya, sungguh saya kelu untuk berkata-kata. Hidayah Allah jualah tempat sandaran segala kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam menempuhi cabaran yang mendatang. Alhamdulillah, masih terpahat kukuh di sanubari untuk melihat sudut yang paling terang cahaya Ilahi di setiap yang terjadi. Alhamdulillah ya Allah.

Clinical skill lab (csl) System Emergency & Trauma kali ini bagi saya merupakan yang paling best skillnya untuk dipelajari dan diaplikasikan sebagai doktor nanti namun entah mengapa perjalanan ujiannya menyesakkan dada saya dan meletihkan fizikal. Saya tersentuh melihat kesungguhan doktor penguji yang skip lunchnya semata-mata untuk kami dan beliau yang paling banyak bekerja untuk sesi ujian kami kali ini. Hanya kepada Allah jua saya panjatkan doa untuk memberikan balasan yang terbaik kepada beliau.

Di kesempatan  ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada mama tercinta di Malaysia. Alhamdulillah dah advanced wish tadi 😀 . InsyaAllah esok call rumah lagi. Mendengar suaranya sudah menenangkan jiwa saya. Kata-kata mama sepertinya hembusan ketenangan untuk meleraikan segala kekusutan. Benarlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu. ya Allah, rasa macam nak terbang balik sekarang juga…

Tiada ungkapan yang lebih bermakna saya ucapkan melainkan doa untuk kesejahteraan mama dan ayah selamanya di dunia dan akhirat. Sungguh ya Allah dari jiwa penuh kehambaan ini, ku memohon setulusnya kuingin menjadi anak yang solehah buat mereka berdua. Selagi hayat dikandung badan, izinkan ku berbakti buat mereka berdua. Bi iznillah.


“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka ya Allah sepertimana mereka telah mengasihi dan mendidikku sejak kecil. Ameen ya Rabb.”

Resolusi

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

‘ O Allah, let us be the leaders for the ummah…’



” Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. ”

(Surah Hud: 112)

Ketika pulang dari percutian, sahabat yang dekat di hati menghantar sms ‘ Fastaqim kama umirta!…‘ . Antara mahu tersenyum atau menangis, muka saya kemerahan. Saya gembira kerana punyai sahabat seperjuangan yang saling meneguhkan pegangan di medan dakwah penuh liku ini dan apabila mengimbau ayat 112 dari surah hud ini menyebabkan hati saya bergetar pada nadanya tersendiri. Tidak mudah untuk tetap teguh, cabarannya di waqi’ yang berbeza dengan sahabat yang lain dan pendirian sentiasa disanggah dari pelbagai kefahaman.

Namun, insyaAllah intipati dari dakwah bukanlah outside-in tapi ianya bermula dari dalam diri saya; inside-out. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana kefahaman yang saya dapat bukan dari turun temurun keluarga ataupun pengaruh manusia sekeliling. Permata berharga yang pertama itu bermula dari dalam hati, alhamdulillah. Syukran jazilan kepada sahabat2 yang menghulurkan tangan buat kali pertama.  😀  Uhibbukum fillah abadan abada. Moga ukhwah ini berlangsung sampai ke jannah!

Rindu saya pada mereka yang sama mendukung perjuangan ini sentiasa menyala-nyala. Jalinan ini dipintal dari ukhwah fillah, moga pertemuan sekejap  menghidupkan jiwa daie dan otak faqih untuk berjuang di medan masing-masing. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah, insya-Allah. Moga tetap thabat sahabat2 yang dikasihi fillah walau di mana antum berada, Allah ma’ana.  🙂

pelajarberjuang

Begitu banyak cerita…

Assalamu’alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh,

Alhamdulillah ya Allah! Alhamdulillah wa syukruLillahi ta’ala.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Masih diberi nikmat peningkatan umur, masih dikekal nikmat Islam & Iman. Saya doakan semoga sahabat seperjuangan juga sentiasa dirahmati Allah swt, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam meniti kehidupan.

Alhamdulillah dalam kesempatan yang terbatas, Allah menghadirkan waktu untuk saya luangkan menulis sesuatu yang dekat di hati. Percutian ke Bandung baru-baru ini memberikan memori terpahat kukuh di sanubari untuk sentiasa dikenangkan. Ada begitu banyak cerita yang ingin ditulis dan yang paling utama adalah hikmah yang diperolehi darinya. Speechless, tidak tahu mahu mula dari mana, semuanya begitu berbekas di hati. Only Allah knows. Berjumpa dengan mereka yang dekat di hati adalah nikmat tidak terucap oleh kata-kata, senyuman tidak putus2 dan syukur atas segalanya setiap masa. Alhamdulillah ya Rabb atas pertemuan indah mengikat hati kami hanya kerana-Mu. Sesungguhnya kita satu hati! Semoga Allah membalas pengorbanan yang telah dilaburkan untuk berjuang di jalan Allah dengan sebaik-baik balasan di akhirat kelak.

Betapa perancangan Allah mengatasi apa yang kita impikan dan rancangkan. Dan alhamdulillah saya tidak mempersoalkan dengan banyak apa yang terjadi kerana yakin hikmahnya semua dapat merasakan tanpa perlu berkata-kata. Pilihan kali ini bukan sekadar demi mutiara namun untuk permata dan berlian juga yang dapat saya kutip sepanjang percutian kali ini. Alhamdulillah ya Rabb. Alhamdulillah saya yakin dengan pilihan Allah adalah terbaik dalam segala urusan. Noktah. 😀

rijal

Dalam kelapangan yang ada, saya menghabiskan masa dengan mengemaskini beberapa perkara dan membaca buku. Ya, saya rindukan masa untuk membaca dan menghadam dengan sebaiknya input yang diperolehi. Ada beberapa buku yang telah lama berada di rak namun belum disentuh, bukan kerana tidak menarik minat saya namun kekangan waktu, saya membiarkannya begitu lama. Saya memilih bahan bacaan semestinya dalam mengimbangi profession dan masa lapang! 😉

Saya suka bertanya kepada penceramah yang berjaya menginspiredkan saya ” Whats your drive in life? Your burning desired to keep on moving?…”. Kerana dia begitu bersemangat dalam menyampaikan pengisiannya dan gayanya seperti mahu memberi kefahaman dari lubuk hatinya masuk pula ke dalam lubuk hati saya, dan sesungguhnya penyampaiannya memberikan kesan jangka masa panjang kepada saya, mungkin seumur hidup. Salah satu kesempatan ini telah saya dapatkan ketika FIMA Summer Camp. Doktor tersebut menjawab, ” Allah swt. The desired towards Allah and His blessing more than anything you can imagine in this world…” Ringkas jawapannya tetapi begitu mendalam pada saya. Dia mengungkapkan disertai dengan kefahaman yang mendalam dan terpasak kukuh di hati, auranya memancarkan sinarnya dan saya merasakan aura kata-katanya terbias kepada saya sedikit sebanyak. Alhamdulillah, satu peluang untuk saya muhasabah kembali segala yang saya lakukan dalam kehidupan. Terpercik hidayah yang tidak disangka-sangka!

Namun untuk kekal dalam keadaan begitu dengan keadaan keliling yang tidak konsisten bukanlah sesuatu yang mudah. Kiri kanan depan dan belakang mendatangkan pelbagai dugaan dan cabaran. Semuanya menguji apa yang digenggam; iman di hati. Dan ada sesuatu yang menarik perhatian saya dalam pembacaan kali ini yang ingin saya kongsikan bersama kalian… 🙂

“Dan sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan yang salih dari lelaki atau perempuan, sedangkan ia seorang yang beriman, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dikurangi sedikitpun (pahala amalan mereka).” [An nisaa’: 124]

Asy syahid Syed Qutb dalam tafsir Fi Dzilalul Quran dalam menafsirkan ayat ini menegaskan bahawa :

“ Keimanan itu adalah syarat bagi penerimaan sesuatu amalan dan mana-mana amalan yang tidak terbit daripada keimanan dan tidak disertai oleh keimanan adalah tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah. Syarat ini memang tabi’i dan logikal kerana keimanan kepada Allah itulah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang baik itu terbit dari kefahaman dan niat yang tertentu dan menjadikan perbuatan itu suatu harakat yang tabi’i dan teratur bukannya terbit kerana tujuan untuk memenuhi kehendak keinginan peribadi dan bukannya harakat yang kebetulan yang tidak diatur dengan rapi dan tidak ditegakkan di atas sesuatu asas atau dasar.”

Oleh itu iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada Allah ta’ala kerana niat yang ikhlas kerana Allah ta’ala lah yang menjadi penentu untuk suatu amalan itu diterima. Ini selari dengan sabda Rasulullah s.a.w daripada Saidina ‘Umar Al Khattab r.a:

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلّي الله عليه و سلّم يقول : “انما الأعمال بالنّيّات وانما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأت ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه ”

“Sesungguhnya tiap amalan itu ialah dengan niatnya dan tiap urusan itu ialah dengan apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu untuk Allah dan rasulnya. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin dimilikinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya ialah untuk apa yang dihijrahkan ke atasnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Two keys points –> Apa khabar iman dan niat?   Sudah sama pantaskah mereka di tracknya? 😀

Dear sahabat, jom recheck iman di hati dan niat kita dalam beribadah sehari-hari. Moga ianya dinilai sebenar-benar ibadah di Mahsyar kelak. Ameen, insya-Allah.

Inni akhafullah wa ana uhibbukum fillah.

Srikandi Abu Bakar.