FIMA Summer Camp ’08

Assalamu’alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh,

Alhamdulillah ya Allah! Alhamdulillah wa syukruLillahi ta’ala.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Masih diberi nikmat peningkatan umur, masih dikekal nikmat Islam & Iman. Ana doakan semoga sahabat seperjuangan juga sentiasa dirahmati Allah swt, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam meniti kehidupan.

Alhamdulillah, di ambang Ramadan Al-Mubarak, semuanya dipermudahkan Allah. Hati yang selalu dibajai dengan kesabaran dan kesyukuran membuahkan ilmu dan amal yang menyejukkan jiwa. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Terasa dekatnya hidayah Allah buat jiwa yang dahagakan kasih sayangNya. Alhamdulillah. Allah ArRahmaan ArRaheem sentiasa mencukupkan setiap yang dirasakan sedikit cuma. Subhanallah. Indeed, thank you Allah for everything! I’m blessed.

Titipan ini khususnya buat sahabat2 seperjuangan yang sentiasa dekat di hati, moga awanan rindu menyampaikan salam kasih setulus ikhlas ini pada kalian walau di mana berada. Ingin sekali menatap redup mata kalian yang menyenangkan, membalas senyum ikhlas kalian pada wajah yang menenangkan. Sungguh, ukhwah ini telah berpadu utuh di dalam jiwa yang terdalam. Alhamdulillah, Allah pertemukan kita pada suatu masa dahulu untuk tujuan yang abadi demi Islam tercinta. AllahuAkbar.

Hampir sebulan lebih FIMA Camp 2008 berakhir dan kembara musafir kami (Asma’, ana dan Farhan) ke Jakarta dan Malang serta Surabaya berlalu. Terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama sebenarnya. Dari hari pertama sampai ke Malaysia, mahu bercerita itu dan ini tetapi terdapat beberapa kesulitan dan perlu membereskan urusan2 di sini serta badan pun perlukan rehat, terpaksa ditangguhkan perkongsian ini. Terasa bersalah pula melewatkan tulisan ini kerana ana sebetulnya sudah berjanji dengan sahabat2 untuk mengadakan perkongsian ini. Aasif sahabat2, lambat dalam meluahkan, mungkin kerana lamanya menghadam apa yang ingin diutarakan. Moga ianya jalur rahmat Allah yang tidak putus2 dariNya kepada ana jua buat antum. InsyaAllah. Bi iznillah. Alhamdulillah, kenangan kembara musafir masih segar di ingatan. Moga tautan ukhwah pun bertambah erat dengan sahabat2 baru yang ditemui namun sudah terasa eratnya. Alhamdulillah, nampaknya masing-masing pulang bukan dengan tangan kosong. Paling tidak, makin terasa kemanisan ukhwah dan kemanisan kebersamaan! Alhamdulillahi Taala. Indeed, Allah Maha Penyayang buat hambaNya!

Jika mahu menitipkan dari awal sampai akhir kembara musafir yang kami lalui, mungkin ada yang ana terlepas pandang, namun yang pasti, setiap masa yang terluangkan bersama kalian diabsorb sebaiknya. Alhamdulillah. Seperti yang selalu diingatkan sepanjang merintis jalan perjuangan untuk absorb everything. Ya, absorb everything dengan melihat sudut paling terang cahayaNya! Kerana setiap detik itu berharga dan bermakna hanya bagi mereka yang ingin merenung kejadian Tuhan dan mencari hikmah di setiap yang terjadi. Indeed, in everything there is a sign, indicating that He is One! AllahuAkbar!

Ana mula mengenali FIMA Camp dari sahabat2 medic luar negara ketika menuntut di KMB. Jika tidak salah FIMA Camp yang pernah ana encounter di Turkiye serta di Bogor, Indonesia. Apabila melihat kemanisan dan kebersamaan mereka dari pengalaman sahabat2 yang dah join FIMA Camp menyebabkan ana menanam azam dan keinginan untuk turut menyertainya suatu hari nanti. One fine day with Allah’s pleasures, insyaAllah. Itulah yang ditanamkan di dalam hati for almost 2 years sebelum mula memasuki fakulti medic. Mungkin kerana ianya bermula di hati bukan di mata, jalannya sedikit sebanyak dipermudahkan Allah. FIMA Camp diadakan di Indonesia ketika ana masih first year medical student but kerana lambat tahu and the prosedur to join agak blur ana terlepas mengikutinya, so I did prayed to Allah deeply inside, I wanted to go at least once! Wallahualam apa yang kuat mendorong ana, mungkin kerana hanya minat dan cinta kerana Islam! Even ana belum jelas dengan pengisian di dalam FIMA Camp tersebut, tetapi hanya berbekalkan keyakinan kepada Allah that I will learn something priceless about love for Islam there that I might not get in my usual life, wallahualam! Bi iznillah.

Pertengahan jun lalu, ana encountered notice FIMA Camp di Malang, Indonesia. Alhamdulillah hati berbunga2 mahu mendaftarkan diri. One thing yang best is the fees is free which is almost RM600 per person. Fully supported by Kingdom of Arab Saudi. Alhamdulillah. But there’s got some quotas for each country. About 10 people only. Its all start within deep inside my heart, I wanted to go. Alhamdulillah with the help of Zulfadli from Jakarta, we get the placement even unconfirmed yet. Banyak juga masalah yang terjadi sebelum truly registration dapat dikonfirmkan. I must say a bit confused juga about registration because we must go through PPIM but the procedures were uncleared and unclarified. Alhamdulillah semuanya berjaya diharungi dengan berbekalkan kecekalan oleh semua orang! Berlapang dada, jika Allah dah takdirkan pasti akan terjadi. Ya, absorb everything!

Perjalanan ke Malang dari Jakarta merupakan pengalaman pertama menaiki keretapi di Indonesia. It almost 16 hours to arrive Malang. Exhausted but excited! Alhamdulillah selamat sampai about 10 am the next day. Dr Ari Wibowo menjemput kami di train station untuk ke tempat perkumpulan semua peserta. Jumpa muka2 baru, berpelukan dan berbual mesra. Sangat menyenangkan! Alhamdulillah! Dalam tidak disangka2, akhirnya ana dan sahabat2 dari Unhas berjaya menjejakkan kaki ke FIMA Camp di Malang. Pujian dan syukur hanya kepada Allah swt. Even dalam hati ada gusar kerana kurang jelas aturcara program but I did prayed to Allah to let everything go smoothly and we’ll enjoy every second being there with other Muslims, insyaAllah.

Kami tiba di Selorejo Resort about 2 pm. Lunch and kemas2 barang kemudian keluar menikmati pemandangan indah dan kawasan resort yang akan didiami for almost next 6 days. Sejuk! Everything just gorgeous and the volunteers merangkap AJK from Unisma (Univ. Islam Malang) were so kind to make sure all of us get the best services. Alhamdulillah, only Allah swt can reward all of you. Ana di letakkan bersama 3 orang lagi sahabat2 dari Jogja, Bandung dan Malang. Syukran to Amie, Safa and Fari for warmly welcome and splendid ukhwah.🙂 I pray to Allah swt to bless you always. InsyaAllah.

Aktiviti rasmi untuk program bermula keesokannya. Jadi malamnya kami penuhi dengan salam perkenalan. Alhamdulillah sahabat2 dari Msia tiba tidak lama kemudian, di susuli dengan sisters dari Arab Saudi dan Turkiye. Dinner were just so fabulous, masakan asli Indonesia. Malang terkenal dengan iklim sejuknya. Tidur malam kami nyenyak kerana kepenatan perjalanan yang panjang dan dibaluti dingin gunung di sekeliling Selorejo. Teringat perbualan dengan dr Ari yang mengatakan Malang yang dulu lagi sejuk kerana Malang yang sekarang agak ‘panas’ dengan pelbagai maksiat yang dikepalai oleh para pemimpin mereka. He told us about politic Indonesia. Tidak begitu susah hendak memahami sebahagian dari ilmu politik ini apatah lagi Msia juga baru saja mengalami pertukaran arus.

Ana mula menyukai program ini kerana semuanya split between brothers and sisters except for main lectures. Chalet sisters berdekatan dengan dining hall and prayer room. We had our own territory to pray, senang untuk sesi tazkirah after each prayers dan imamnya pun dari sisters sendiri. Melatih kepimpinan seawal mungkin dari solat berjemaah. I love it! Kawasannya pun strategik dan dalam satu lingkungan, no outsiders except for the villagers yang kadang2 melalui kawasan kami. Our captain merangkap koordinator for sisters were dr Abeer and dr Sahar from Arab Saudi. They were just so wonderful and magnificent to help the sisters going through the camp with big success and sensation. We called them sister Abeer and sister Sahar. Just so nice with their benevolences.

19th July 2008

Cuaca yang nyaman membuka tirai yang sempurna untuk FIMA Camp bermula. Opening ceremony dimulakan di dewan kuliah utama. Ada hijab between sisters and brothers. Alhamdulillah, mereka betul2 ingin menjaga batas antara brothers and sisters. Impressed!

Main speaker, dr Osama al Hariri, was born in Makkah and graduated from Washington Univ. He will be delivering main course topic about excellence and distinction of muslim health professional. Tenang sangat muka dr Osama ni, putih bersih, suka tengok. Next main coordinator is dr Imad Ali Khan, our governer or comander for brothers, dr Sameer Al Kasim and brother Hazman as co-assistant. Kebanyakan leaders from Saudi, they were the main coordinator after all. Alhamdulillah, I think that one of the best thing. They did accordingly to Islamic command and their islamic cultures. Alhamdulillah!

Dari jam 8 pagi sampai zuhur about 12 tengahari, kami akan mendengar course given by dr Osama. For 6 days, we’ll be in the main hall for the lectures. Alhamdulillah, camp ni balancekan between in door and out door activities. Ada terselit LDK selepas sesuatu isu dikupas dan dibantu oleh doktor2 tersebut. I think it is really refreshing and revitalizing. Changing ideas from brothers and sisters yang tengah2nya ada hijab. Notes tentang dr Osama course ni ana ada simpan dalam hardcopy. Jika sahabat2 nak, boleh la bagitau ana, insyaAllah if possible ana boleh poskan insyaAllah. Tak dapat huraikan banyak tentang lectures sebab its all facts. Like a course! Mainly related to the theme of the camp. Extraordinary after all! All I can say it is really amazing! Whispers from heart goes to the heart also! Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen.

Next, hari ini after lunch, sisters di bawa jalan2 ke kawasan sekitar with one mahram as to accompany us who is ayah sister Sahar (Dr Sameer) untuk tengok mcmana penduduk kampung gunakan bahan buangan najis dari lembu2 then dijadikan gas untuk pakai kegunaan seharian. Lembunya macam kat new zealand, the big black one with white strips (hehe). Bagi lembu2 tu makan rumput and jalan2 tengok kawasan sekitar. Sisters from Turkiye sangat happy tengok banana trees, kata mereka di Turkiye banana sangat mahal. That’s why they enjoyed so much banana time makan. Alhamdulillah. After dah habis kat cows farm kami di bawa ke kawasan tasik berhampiran untuk tengok pula empangan air tersebut. The scenery subhanallah fascinating and enticing. Subhanallah. Sisters memang suka sangat take pictures. Ana jalan sambil borak2 dengan doctor from Turkiye, tanya keadaan Turkiye mcmana and all. She did told me situasi kat Turkiye tidak semudah di Indonesia mahupun di Malaysia. It was hard for them to practice Islam. She has her own clinic just because if she works in gov hosp. she wasn’t able to wear hijab. Allahuakbar! Betapa harusnya kita patut bersyukur dapat buat ibadah ini dengan sewenangnya but still most of us take it for granted. Belum diuji barangkali!

Apa yang ana tahu mengenai Turkiye semuanya ana tanyakan pada beliau. Hehe. And she was sporting enough to answer them. Kebanyakannya tentang keistimewaan Istanbul. Subhanallah, memang teringin nak pergi sana, one fine day insyaAllah. Dah ada contact person ni senang sikit insyaAllah.🙂

20th July 2008

Everyday breakfast is different and it was always eminent! Masakan asli Indonesia dari pelbagai tempat. Subhanallah. Delicious! Everyday 5 stars for food. Hehe. Alhamdulillah.

Selain dari lectures from dr Osama, we did had another talks by dr Emad al Bukhari, cardiologist from Arab Saudi. Subhanallah, he’s so inspiring and stimulating! Macam dr Asada dalam team medical dragon tapi yang versi Islam punya. Alhamdulillah. Auranya dapat dirasakan! I will elaborate more on him later insyaAllah.

Sisters hari ini berpeluang boating di kawasan tasik. Alhamdulillah, sekali lagi semuanya untuk melihat alam dengan penuh kesyukuran betapa Allah Maha Menciptakan yang indah dan sempurna untuk makhlukNya. Allahuakbar. Ana pernah baca artikel kaitan alam semulajadi dengan zikir kepada Allah and how we can benefits from them. Melihat alam ini dengan mata hati. Bukan lagi pandangan kosong tapi penuh makna. Allahuakbar! Boating kali ini di dalam kumpulan masing2, so ini makin menambahkan lagi ukhwah yang terjalin antara kami. Ana duduk bersebelahan dengan sister from Turkiye. Then she told us about Turkiye. Lots of stories we shares together. Everyone pun enjoy dengan boating. Ada dalam 1 hours kami pusing2 tasik tu. Alhamdulillah. Then, we have to prepare ourselves for tonight event. Selalunya malam2 after solat berjemaah, we did have talk from sister Abeer and sister Sahar. Unformal session but with formal morals taken. insyaAllah. They did their best to occupy the time given with barakah as they can. Alhamdulillah.

Everyday after solat berjemaah, akan ada short tazkirah about hadith sahih. We have to elaborate on them and tell how the hadith help us to be someone better. How it affected ourselves. Alhamdulillah. These session maintain and increased our basic knowledge and foster our bond. Alhamdulillah.

21st July 2008

Today sisters have village visiting together with health promotion. Setiap kumpulan melawat ke 2 buah rumah dan adakan sesi temuramah tentang tahap kesihatan dan kebersihan bersama mereka. Mostly people here cakap bahasa loghat daerah which is ana tak faham langsung. Tapi ada translator between us and them. Alhamdulillah. We have prepared questionnaires to ask them. Macam buat penyelidikan pula rasanya. Alhamdulillah, ana dah pernah buat kerja amal macam ni jadi takdela kekok sangat rasanya. Best juga dapat kenal dengan villagers, tahu corak kehidupan mereka. Basically bagi villagers yang berduit sikit they have their own cows and benefits directly the milk for themselves. Bagi yang lain, bercucuk tanam pun ada. Kawasan Malang ni memang kaya dengan pertanian dan perternakan as far as I can see. Daerah tanah subur. Subhanallah.

We have to present our result to others. Banyak manfaatnya, from that we can see how important for us as young doctor to be excellence in our field! Dr Atallah (our program manager) asked for donation to help the villagers in his speech. Subhanallah, memang tak sangka sangat dapat kutip banyak duit untuk bantu penduduk kampung tersebut. Memang sangat pemurah participants and the doctors and everyone in the camp ni. Semuanya di ingatkan dengan ganjaran yang Allah janjikan di akhirat kelak. Keluar hadith tentang infaq, semua orang pun heart-melting! One precious thing that I learned. Never hesitate to donate for the sake of Allah. Allah will repay and reward you with unexpected things that you couldn’t imagine on His own way! Extraordinary habits which really suits with true believers. Cakap memang mudah but when come to action tidaklah semudah yang diungkapkan. Pastinya pelbagai sudut menyerang pertimbangan yang di buat. Subhanallah! Memang pemurah mereka ni. Alhamdulillah. Teringat kisah para sahabat Rasullullah saw yang sangat dermawan dan belanjakan kebanyakan harta mereka untuk perkembangan Islam dan kemajuan dakwah Islamiah. Sedikit sebanyak aura mereka dapat dirasakan. Subhanallah. Memang lain rasanya dengan mengalami dan mengetahui. People don’t care how much you know until they know how much you care! Indeed, very true!

22nd July 2008

Hari ini kami di bawa ke waterfall yang famous di daerah Selorejo. Lupa pula namanya. Best sangat! Lagi dekat dengan nature lagi terasa nikmat yang Allah berikan. Subhanallah. Kami beramai-ramai makan jagung bakar kat sana. Hehe. Bergambar kenangan dengan latar semulajadi yang menawan dan menyejukkan perasaan. Damai. Merakam suasana permai dengan kehadiran sahabat-sahabat yang disayangi. Tak sure pula kat middle east ni masih greeny scenery ke tak tapi melihatkan sisters from Turkiye and Arab Saudi macam excited sangat, maybe their areas close to big cities. Wallahualam. Everyone praised Allah The Exalted.

Kemudian, kami singgah ke pekan kecil on the way balik. Most of us tak melepaskan peluang untuk beli ole-ole for people back at home. Ada fruits, kerepek, kraftangan, flowers, and ect. Typical market for shopping for most areas in Indonesia.

Malamnya sisters dihidangkan dengan FIMA Market. Session ni melibatkan 4 speakers; dr Osama al-Hariri, dr Emad al-Bukhari, dr Atallah Al-Ruhaily and dr Amaluddin. They explained about FIMA and international network done by FIMA and WAMY. They shares amazing and touching stories of true believers involves in the organization in order to work for better future of muslim in the medical field. Subhanallah. Very heart-melting! Alhamdulillah, all praises only to Allah swt for letting me to hear all the stories and benefits much from them. Moga ianya jalur rahmat dan hidayah dari Allah untuk tetap thabatkan hati ini pada jalan yang telah dipilih. insyaAllah. Alhamdulillah, semuanya membuka mata hati dan strategic thinking of Islam in the future. Sedikit sebanyak berada few days in this camp give me some hints on what I wanted to be in next few years. InsyaAllah, by heart with Allah pleasures. Mudah-mudahan Allah memberkati niat baik pada pilihan ini. insyaAllah.

23rd July 2008

After solat subuh berjemaah, biasanya sisters akan ada morning walk around the lake. Taking pictures of sunrise with fresh air. Alhamdulillah. Jalan-jalan sampai nearly breakfast dihidangkan. Bila difikirkan balik, camp ni tidaklah ketat dalam mengawal pergerakan kami. It is depends on our own kebijakan dalam mengatur masa. Cuma masa untuk makan, lectures, beraktiviti ada disiplinnya, yang masa yang kosong dan terluang dipenuhi dengan kebijaksanaan peserta sendiri. No stress at all. Hehe. Alhamdulillah.

In the evening, sisters got sports. Indoor sports organized by professional trainers. A bit surprising sebab sports dalam main hall but alhamdulillah still best like it should be. Mencabar juga games yang ditawarkan. Hehe. Since tomorrow is the last day for us, kami pun main yang bersungguh-sungguh punya and really enjoy ourselves. After that, taking pictures again with the beautiful background with the poster.

Malamnya diadakan culture performance by each countries. Split between brothers and sisters. Sisters from msia presenting dikir barat and nasyeed. Hehe. Kebanyakan antara kami tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dikir barat tetapi berbekalkan semangat waja kami pun berusaha praktis sebaik mungkin. Melihatkan sahabat2 dari Indonesia yang gigih berusaha untuk tarian mereka, sangat teruja! Sisters from Turkiye melagukan nasyeed. Lain bunyinya bahasa Turkiye bila dimelodikan untuk selawat. Apapun really nice! Sisters from Saudi juga melagukan beberapa nasyeed. Some of them, pernah dengar. Yang mana kami tahu, kami nyanyikan sama2. subhanallah. Memang terasa ikatan antara kami telah berpadu. After all performance, sister Abeer and sister Sahar requested from us to lagukan one nasyeed arab ni. Ana biasa dengar kat Ikim.fm tapi tak tahu tajuknya. But the meaning like mendoakan moga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke jannah dan saling mendoakan kebahagiaan sahabat masing2. Rasanya seperti ruh ukhwah fillah meresap ke dalam hati masing2. Mungkin kerana kami semua ikhlas dalam mendoakan sahabat2 yang disayangi. Subhanallah. Jika tidak di dunia ini, mudah-mudahan kita ketemu lagi di jannah kelak. Hingga jumpa di syurga!

24th July 2008

Semuanya merasakan kehangatan ukhwah yang terjalin apabila tiba hari terakhir camp. Antara sedih dan gembira, kami mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt. Dalam sekalian ramai pelajar perubatan, kami terpilih untuk mengikuti camp ini. Kontinjen pelajar Msia dalam 18 orang. Semuanya masih berdarah muda dan berjiwa pejuang. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen.

Hari terakhir ini meninggalkan banyak pesanan dan nasihat berguna oleh semua doktor yang hadir. So much words stuck to the heart. Soft-hearted. Air mata pun tak tertahan mendengar hadith nabi yang dinyatakan untuk menguatkan lagi keyakinan kepada Allah swt dalam meyakini janji2 Allah bahawa rahmat Allah yang sangat luas, tidak mampu digambarkan manusia. Every single thing has the sign of Allah swt as The Creator. Subhanallah. Kagum dengan spirit yang terpancar pada diri mereka. Kata-kata mereka penuh pujian kepada Allah, mengingatkan diri kepada Rasullullah saw, merindukan Rasullullah saw dan ingin sekali bertemu Baginda. Hati benar2 merasakan berada di lingkungan orang soleh dan solehah. Their actions matched with their words. They shows us the role model as true believers. Allahuakbar.

Tentunya kenangan kali ini luar biasa untuk sentiasa terpahat kukuh di hati. Alhamdulillah. Banyak yang dapat ana pelajari dalam tempoh singkat selama 6 hari di Malang, Indonesia. Its all about us as true believers, subhanallah. Sometimes, bila ponder balik rasa tersentuh hati dan mengalir air mata sebab tak sangka Allah tentukan ini jalannya untuk mendidik hati agar patuh pada segala suruhanNya dan sunnah Rasullullah saw. Alhamdulillah. Mendidik hati tidaklah mudah, namun insyaAllah yakin dengan janji Allah, Dia akan menemani setiap keputusan yang bakal diambil. Allah ada untuk menuntun rasa pada hati membenarkan setiap perbuatan hanya untuk menggapai reda Allah. Benarlah, di setiap yang terjadi pasti terselit hikmahnya. Samada kita melihatnya dengan mata hati atau apa itu terpulang pada sudut pandangan mana yang kita pilih. Allahuakbar!

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, pujian hanya layak bagi Allah swt. Sepertinya ana sudah berjumpa Islam dan Muslim pada masa yang sama, sangat berharga dalam meningkatkan iman dan amal pada diri sendiri. Muhasabah paling berguna dalam kehidupan yang penuh fana ini. Subhanallah. Hingga kini masih terasa hangatnya kata2 yang dilontarkan oleh mereka. Hati bagaikan permata berkilau cahaya Ilahi. Semuanya mendekatkan diri dan jiwa hamba kepada Allah swt. Alhamdulillahi Taala. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Amantu billah! insyaAllahi Taala.

Sahabat seperjuangan yang kucintai kerana Allah, salam beribadah di 10 malam terakhir Ramadan 1429H. Moga madrasah Ramadan ini begitu bermakna dalam meningkatkan taqwa kepada Allah swt. insyaAllahi Taala.

Inni akhafullah wa ana uhibbukum fillah,

Maisarah Shukri
Makassar, SulSel.

9 thoughts on “FIMA Summer Camp ’08

  1. thanks for sharing this, ukht~ rasa terkilan jugak x dpt pergi.. tp I’ve got something too going for KKN, hee~ but u sure extracted interesting things up there…

    “they dont care how much u know until the know how much u care”

    “in everything there is a sign, indicating that He is One”

    hehe~ I love this, dear~

  2. السلام عليكم..i was impressed by your wrting, n the experience at FIMA too. only now i’ve got hte chance to drop by to ur blog, in the middle of exams. afwan i’d just read about ur review today, dont mind if i edit it a bit and made a shorter review in my own blog later..

  3. What about we meet again after, say…10 years, and we do our very own FIMA camp! Yay…see, it’s about time that we, from this beloved Nusantara, stand up and contribute to our fellow brothers and sisters from the whole wide world!!! In order to do that…of course, we hv to STUDY, STUDY, STUDY till we go near-crazy, and perhaps manage to snag some Nobel prize for medicine…and then we shall meet together for our FIMA camp hehehe

  4. salamun alaik..
    erm.. lama xdgr cite dik?
    lame juge xde berita new dlm blog ni… emmm.
    hows life? moge sihat2 belaka..

    nuthin to talk2.. just drop by some notes..
    slmt berjuang dik..!! barakillah..

  5. Salam,

    Kak Shida.🙂 Thanks for dropping by.

    This is a front page, my entries on other side, right bar –> on the recent posts.

    Jazakillah khairal jazaa for the prayers.🙂

  6. 🙂

    Sis, i’m happy for you too. Hehe.

    Alhamdulillah, tarbiyah Allah boleh melalui pelbagai cara. Moga kita dapat menilainya dengan neraca yang tepat😉

    I miss sisters at KMB a lot especially time tazkirah kat surau blok F. uhuk2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s