Kudambakan cinta ILAHI…redhaNya kujejaki…

getfile.gif

  • jaga dirimu adik ! =) Allah bantu pejuang agamaNya. Miss you sis..
  • Rindunya akak dekat adik! akak doakan adik sentiasa teguh dalam perjuangan ini, mudahan sentiasa dalam perlindunganNya..🙂

Alhamdulillah Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui..=) Apa yang terbaik untuk saya hanyalah DIA yang lebih dahulu aturkan untuk saya..

Just remember that He is always there…:)..tegarlah diri membina keyakinan..hadirlah ketenangan dan keyakinan dengan iringan kasih sayangNya..insyaAllah..janji Allah itu benar..pastikan terjadi, yakinlah !

Jazakallah kheir temanku, hadirnya dirimu mengingatkan diri ini bahawa janji Allah pastikan berlaku..cuma masanya belum tentu dalam keinginan dan kehendak kita atau tidak..DIA ada perancangannya yang tersendiri kerana DIA Mengetahui yang terbaik untuk kita…:) Tegarlah hati membina tarbiyah iman..bukankah ujian itu adalah tarbiyah dari Allah..mehnah dalam perjuangan adalah suatu kepastian kerana di penghujungnya ada syurga menanti yang bukan senang mendekati dan maharnya sangat tinggi nilainya!

'My dear sahabat, if u see the rain showering the earth outside there..the rainfall is non stop right? thats the analogy of the hope for Allah to shower you with His blessing, non stop..mencurah-curah..deep in my heart i could feel He is going to give you something really special..i strongly believe and sense this..thanks ukhti..uhibbukum..nothing except for the sake of His love..'

🙂 Alhamdulillah..ameen, insyaAllah..moga doamu sahabat diangkat tinggi oleh malaikat dan dimakbulkan Allah…kerana ukhwah itu sangat indah… tak dapat nak digambarkan…kita bersama seiringan..membina tarbiyah dan mendidik jiwa dalam satu matlamat..redhaNya kita jejaki seiringan..:) Alhamdulillah..kita bersama dalam suka dan duka..dalam tangis dan tawa kita bersama..anjurkan itu dan ini..i'm proud of you all akhawat..ana uhibbukum fi Al Islam..fillah…:) Berakhir di kolej tidak bermakna berakhirnya hubungan kita..ikatan kasih sayang kita diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama..:) walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…

Akhawat yang dikasihi fillah,

ana tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan ana berasa sempurna apabila mengenalinya..syukran sahabiah fillah..antum menyempurnakan dan menyerikan hari-hari ana di kolej..moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta rabitah…ameen..insyaAllah ~

Dalam kesakitan teruji kesabaran,

dalam perjuangan teruji keikhlasan,

dalam ukhuwah teruji ketulusan,

dalam tawakal teruji keyakinan,

Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah ..~

"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

Saiyidina Umar Al Khattab

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia..peringatan buat diri sendiri..Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.

Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,

rahsia sebuah keikhlasan,

rahsia sabar yang indah,

rahsia ketaqwaan,

rahsia menyalakan zikir,

rahsia sebuah kesyukuran,

rahsia redhanya pada takdirMu,

rahsia senyuman yang menggembirakan…

Ya Allah, thabatkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..

moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..

O My Lord, I turn to YOU..

~ Allahuma Faqihna Fid Deen..~

Ameen~ Bi iznillah Ya ILAHI..

 

"Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"

(Al A'raf:56)

'Sekali-kali Allah tidak mengurniakan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran, kecuali bahawa Allah menggantinya dengan yang lebih baik dari apa yg Dia cabut darinya'

(Umar Abdul Aziz r.a)

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin, akhirnya saya juga yang tenang dengan apa yang telah Allah tentukan untuk saya. Alhamdulillah saya mempunyai keluarga, teman-teman, sahabat-sahabat, kakak-kakak dan orang sekeliling yang selalu mengingatkan saya tentang Zat-zat Allah yang tiada tandingannya. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin. Saya juga punya teman sejati yang selalu saya tatap usai solat. Menatapnya umpama membaca puisi indah karangan zaman Inggeris classic. alhamdulillah..indahnya ayat-ayat AlQuran..Moga berterusan saya kekal dengan teman yg ini.🙂 Tiada kata selain pujian yang hanya layak bagi Allah.🙂 kerana menemukan saya dengannya kerana saya juga memiliki quran dalam tafsiran arab pemberian abang sulung dari Mesir. Agaknya maksud tersirat abang untuk saya mendalami bahasa arab..insyaAllah..jika diizinkan nanti..:)

Tiada pengharapan hanya pada Allah Yang Khaliq. Ya Allah, sungguh ku memohon kepadaMu kebaikan pada hari ini, dan akan datang, kemudahan dalam mencari rezeki yang halal dan baik, pertolonganMu, taufiqMu dan ketetapan untuk mengikuti petunjukMu. Ya Dzaljalali Wal Ikram..kuatkanlah genggaman tanganku terhadap imanku kerana hanya Kaulah tempatku bersandar pada segala urusanku..Ameen..insyaAllah ~

syukur.zikir.sabar

di dalamnya terdapat kebahagiaan dan pahala..ketenanganku ada pada solat dan istigfar…

denganMu kupunyai segalanya…ku hadir padaMu, Allah Rabbul Izzati ~

Saya yakin segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. petiklah hikmah dari setiap cubaan yang Allah berikan..moga hadirnya kekuatan dan ketenangan dalam menempuhi ujian di dunia ini..insyaAllah ~

Doakan kejayaan kami di sini..exams final bakal menjelang tidak kurang 40 hari lagi..debarannya hanya Allah yang tahu..doakan kami diberkati ilmu yang dipelajari dan dipermudahkan dalam mengulangkaji pelajaran..ameen..insyaAllah..moga diangkat tinggi doa dari teman-teman dan sahabat sahabiah sekalian..😉

moga hadirNya menemani perjalanan kami di sini dengan iringan kasih sayangNya..

tersenyumlah dengan senyum yang menggembirakan..biarkan kedukaan itu di langit!

Jazakumullah khairan kathira semua🙂

doa ana moga kalian semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..ameen ~

11 thoughts on “Kudambakan cinta ILAHI…redhaNya kujejaki…

  1. al awal.. salam imtihan..
    em.. quite late to wish..
    lamo xexplore ur blog..;)
    em.. mohon izin copy ayat enti..hihi…
    yg ada ayat doa..doa..
    kak suke keep..=)

    akhiran..
    salam perjuangan..
    salam imtihan..
    maat taufiq waNNAJAH waMUMTAZ..abadan..abada…
    ilalliqa’.. wsslm.. (“

  2. WELCOME TO http://puncak-kefasihan.blogspot.com (kesinambungan.. )

    Sunnah Rasulullah saw: “Ma’rifat adalah Modalku, Akal fikiran adalah Sumber agamaku, Cinta adalah Dasar hidupku, Rindu.. Kenderaanku, Berzikir kepada ALLAH adalah Kawan dekatku, Keteguhan.. Perbendaharaanku, Duka adalah Kawanku, Ilmu adalah Senjataku, Ketabahan adalah Pakaianku, Kerelaan.. Sasaranku, Faqr (kesederhanaan) adalah Kebanggaanku, Menahan diri adalah Pekerjaanku, Keyakinan.. Makananku, Kejujuran.. Perantaraanku, Ketaatan adalah Ukuranku, Berjihad.. Perangaiku dan Hiburanku adalah dalam Sembah sujud (sholat).”

    Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
    “Yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan ALLAH ialah yang paling menjaga diri (yang paling takwa).”
    Surah Al-Hujurat, ayat 13

    Bagi setiap orang di antara karyawan anda, tentukan suatu pekerjaan yang atasnya dapat Anda tuntut ia bertanggungjawab. Secara ini mereka tidak akan saling melemparkan pekerjaan. Hormatilah kerabat Anda kerana mereka adalah sayap-sayap Anda yang dengan itu Anda terbang, asal ke mana anda akan kembali dan tangan Anda yang dengannya Anda menyerang. Tempatkanlah Islam dan dunia Anda pada penyelesaian ALLAH Yang Maha Agung dan mohonlah kepada-NYA untuk mengatur yang terbaik bagi Anda sekaitan dengan yang dekat dan yang jauh, dunia ini dan dunia Akhirat.

    Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
    “Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan, (turutlah terus) “agama ALLAH” iaitu agama yang ALLAH menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya lagi), untuk menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan (janganlah kamu mengubah agama ALLAH yang berdasarkan Tauhid kepada sebarang perbuatan syirik). Itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
    Surah lah-Ruum, ayat 30

    Segala puji bagi ALLAH yang mengetahui semua hal yang tersembunyi dan kepada-NYA semua hal yang terbuka memandu, ALLAH tak dapat dilihat oleh mata, tetapi mata yang tidak melihat-NYA tak dapat menyangkali-NYA, sedangkan fikiran yang mengukuhkan maujud-NYA tak dapat melihat-NYA. ALLAH demikian tinggi dalam kemuliaan sehingga tiada yang lebih tinggi dari-NYA. Tetapi kemuliaan-NYA tidak menjauhkan ALLAH dari segala ciptaan-NYA, tidak pula kedekatan-NYA menjadikan mereka setara dengan-NYA. ALLAH tidak memberitahukan kepada fikiran (manusia) tentang batas sifat-sifat-NYA, ALLAH tidak mencegahnya untuk mendapatkan Ilmu (pengetahuan yang hakiki tentang-NYA). Maka, ALLAH adalah sedemikian sehingga semua tanda keberadaan menyaksikan bagi-NYA sampai fikiran yang menolak pun mempercayai-NYA. Maha Tinggi ALLAH di atas segala yang digambarkan oleh orang-orang yang menyerupakan-NYA dengan sesuatu atau yang menyangkali-NYA.

    Sesungguhnya apa yang saya tegaskan pada Anda sekelian adalah kerana keesaan-NYA dan keagungan-NYA. Bertakwalah kepada ALLAH! Bertakwalah kepada ALLAH! Bertakwalah kepada ALLAH! Jika ada di antara kalangan Anda pernah berkata dan akan berkata malahan berdetik di dalam hati berkata jua bahawa: “Amalan adalah masing-masing punya hal.” Sesungguhnya tidak bagi saya dalam mengucapkan sedemikian. Tapi untuk saya, cukuplah bagi keredhaan-NYA dan keagungan-NYA: “Amalan kami untuk kami; Amalan kamu untuk kamu; Selamat untukmu; Kami tiada menuntut orang tidak mempergunakan akalnya (tiada berilmu).

    NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!
    ALLAH Maha Mengasihi telah mengajarkan al-Quran dan menjadikan insan (manusia) serta mengajarkan kepadanya perkataan; Matahari dan bulan dengan perhitungan; Rerumput dan pepohon tunduk (sujud kepada ALLAH Azza Wa Jalla); Langit ditinggikan-NYA dan diadakan-NYA neraca keadilan supaya kamu (manusia) jangan aniaya dalam timbangan (mizan); Dirikanlah timbangan dengan keadilan dan jangan kamu (manusia) mengurangkan timbangan; Bumi ditetapkan-NYA untuk makhluk sekelian; Di atasnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak; Dan biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

    ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan manusia dari tanah yang kering seperti tembikar dan menjadikan jin dari lidah api; ALLAH Azza Wa Jalla adalah Tuhan kepada dua timur dan Tuhan kepada dua barat; ALLAH Azza Wa Jalla kirimkan dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu keduanya; Di antara keduanya ada dinding, maka tiada bercampur keduanya; Malahan keluar dari keduanya (laut), mutiara dan marjan; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

    Bagi ALLAH Azza Wa Jalla, ada beberapa kapal yang diadakan di laut seperti bukit-bukit; Tiap-tiap apa yang di atas bumi akan fana (binasa); Maka, tinggallah Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan; Meminta (memohon) kepada ALLAH Azza Wa Jalla sesiapa yang di langit dan di bumi; Tiap-tiap hari ALLAH Azza Wa Jalla dalam urusan; Nanti, ALLAH Azza Wa Jalla akan menyelesaikan. Wahai! Dua jenis yang diberatkan. Wahai! Sekelian jin dan manusia, jika kamu berkuasa menembus dari jurusan-jurusan langit dan bumi; Hendaklah kamu memboloskan diri; Kamu tiada dapat memboloskan diri, melainkan dengan kekuatan; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

    Dikirim kepada kamu lidah api dan asap, lalu kamu tidak mendapat pertolongan; Apabila dibelah langit, lalu ia menjadi bak bunga ros seperti minyak gosokan; Pada hari itu, tiadalah diperiksa manusia dan jin daripada dosanya. Diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubunnya dan telapak kakinya; Inilah neraka yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa; Mereka beredar antara neraka dan antara air panas yang sangat panas; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

    Untuk orang yang takut (takwa) akan berdiri (di hadapan) ALLAH Azza Wa Jalla, ada dua kebun (syurga) yang mempunyai dahan-dahan; Dalam keduanya (syurga) ada dua mata air yang mengalir serta ada bermacam-macam buah-buahan yang berpasang-pasangan; Mereka (orang-orang yang takwa) bersandar di atas hamparan sutera disamping buah-buahan yang mudah dipetik dikedua-dua kebun yang rendang; Dalam syurga itu didapati perempuan-perempuan yang pendek pemandangan (yang menjaga mata); Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Seolah-olah, perempuan-perempuan itu permata yakut dan mutiara; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!

    Tiadalah balasan kebaikan melainkan kebaikan juga; Selain daripada kedua kebun (syurga) yang disediakan terdapat lagi dua kebun lain yang sangat hijau daunnya; Malahan, ada lagi dua buah mata air yang terpancar serta buah-buahan, pohon kurma dan delima; Di dalam semua kebun-kebun (syurga) ada perempuan-perempuan yang baik akhlak dan cantik parasnya iaitu bidadari (perempuan yang putih) yang berada dalam khemah tertutup; Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Mereka bersandar di atas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang cantik rupanya; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!
    Maha Suci ALLAH, nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan.

    Demi masa…. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman serta beramal sholeh dan berwasiat (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran juga berwasiat dengan kesabaran. (Takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla).

    assalamu’alaikumwarahmatullah…
    alhamdulillah… barada amruna wa shalaha

  3. Assalamualaikum,
    ya ukhti fillah…

    “Aku mengeNalimu melalui satu perTeMuan..
    Aku meMahamimu melalui satu keseFahaMan..
    Aku meriNduimu melalui satu kenAngAn,
    dan Aku meNyAYangi melalui satu perSAhabatan..”

    rindu enti & shbt2 kmb…=)
    mg ukhuwwah kan terus mewangi insyaAllah..

    Slm perjuangan buat smua shbt
    InsyaAllah..mg najah blaka kita smua..
    aamiinn..

    Ukhuwwah fillah abadan abada!!
    uhibukifillah..

    -Muslihah kyuem-

  4. Assalamualaikum adik;
    Terima kasih di atas segala coretan adik… I am facing a very hard situation this few days… tetapi, bila terbaca blog adik ini, akak rasa seperti masih ada harapan untuk akak move on with my life dan masih ada yang sayang pada diri ini… terima kasih di atas semua coretan adik.. such a motivating writtings.. alhamdulillah…

  5. salam..subhanallah..menarik betul blog ni..nak mntk izin utk copy ayat2 n poem2 yg best2..hopefully,the knowledge we share are blessed by Him..boleh tak saya nak email?ada byk nak tanya..nak b’kongsi ilmu n pengalaman insyaAllah..saya perempuan jugak,takut ada org salah fhm pulak..saya akan visit blog ni selalu insyaAllah..baru jumpa kelmarin..tp mcm dah xactive je..till then..salam..

  6. Assalamu'alaykum wbt,

    Aasif pembaca yang budiman, maafkan ana kerana terlalu lama menyepi. membuka ruang untuk menilai kembali diri sendiri..untuk memberi ruang kepada tafakur menyelami rahsia diri bersama rahmatNya..

    Jazakumullah khayran katheera di atas wishes and everything, sudi datang lawat wordpress ni..:) 

    InsyaAllah…kita boleh menjalin ukhwah di bawah naungan Ilahi..tinggalkan emel antum, ana message nanti..:)

    Wassalam

  7. a’kum, saya x berapa pandii menulis @ menaip…………. so jgn marah. saya seorang melayu ( islam n melayu x sama bagi saya) saya perlukan seseorang yg dapat membimbing saya kearah seorang muslimin sejati………….. saya telah berumahtangga dan mempunyai 4 cahaya mata………… saya amat menyintai isteri saya lebih dari segalanya di muka bumi ini…………. tempatnya adalah yg pertama dihati saya, dan saya rasa sayalah manusia yg paling setia dan penyayang di dunia ini…… namun saya sedar kesalahan saya………….. seharusny saya lebih menyintai ALLAH………. labih dri segalanya…… tolonglah….. bimbing lah saya……… wasallam n t.q faiz_zanny@yahoo.com

  8. Sesungguhnya tiap 2 satu ibadah itu perlulah bermula dgn niat..ana sbgai seorng muslim nak bertnya ats dasar ukhwah…adakah hidup ini akan lebih berkah sekiranya ianya di dahulukan dgn niat…Ana tahu jwpn Anti…..Ana hrpkan jwpn yg lbih jelas n padat dgn ilmiah…maaf ana jenis yg suka mlihat pendapat orng lain…Slm Ta’aruf….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s