The seeker

Ibn al-Qayyim said:


“…The seeker of Allah and the Hereafter – rather, the one who seeks to obtain all knowledge, productiveness, and leadership, such that he is a leader who is taken as an example in all of this – should be brave, bold, in control of his whims, and not under the control of his imagination.

He should be abstinent from everything except that which he is after, passionate about what he has turned his face towards, knowing the path to it, as well as the paths which lead away from it.

He should be bold in his aspiration, firm in his resolve, and not swayed from his goal by the blame of the blamers or the discouragement of the discouragers.

He should generally be tranquil, constantly in thought, and not be moved by the sweetness of a compliment or the pain of criticism.

He should be forthcoming in providing himself with what he needs to help him obtain his goal, and should not be incited by those who oppose him.

His slogan should be patience, and his rest should be his fatigue, and he should love to have the best manners.

He should make the best of his time, not mixing with the people except in a most cautious state, just like a bird that quickly comes down to snatch a morsel from between two people.

He should stand over himself, encouraging himself by way of hope and fear, and should seek to be outstanding amongst his group…”

['al-Fawa'id'; p. 265]

Unfolding a Rose

i75154317_58782.gif

A young, new ustadh (teacher) was walking with an older, more seasoned ustadh (teacher) in the garden one day. Feeling a bit insecure about what Allah had for him to do, he was asking the older ustadh for some advice. The older ustadh walked up to a rosebush and handed the young ustadh a rosebud and told him to open it without tearing off any petals. The young ustadh looked in disbelief at the older ustadh and was trying to figure out what a rosebud could possibly have to do with his wanting to know the will of Allah for his life and ministry.

But because of his great respect for the older ustadh, he proceeded to try to unfold the rose, while keeping every petal intact… It wasn’t long before he realized how impossible this was to do. Noticing the younger ustadh’s inability to unfold the rosebud without tearing it, the older ustadh began to recite the following poem…

It is only a tiny rosebud,
A flower of Allah’s design;
But I cannot unfold the petals
With these clumsy hands of mine.

The secret of unfolding flowers
Is not known to such as I.
ALLAH opens this flower so sweetly,
Then in my hands they die.

If I cannot unfold a rosebud,
This flower of Allah’s design,
Then how can I have the wisdom
To unfold this life of mine?

So I’ll trust in Allah for leading
Each moment of my day.
I will look to Allah for His guidance
Each step of the way.

The pathway that lies before me,
Only Allah knows.
I’ll trust Him to unfold the moments,
Just as He unfolds the rose.

 

Indeed, in everything there is a sign, indicating HE is One, SubhanAllah, AllahuAkbar ~ guide me through these path, let my journey to YOU…ameen

Mawar Mujahidah…~

my-roses-006.jpg

اللهم صلى وسلم وبارك على محمد وعلى أله وصحبه إلى يوم الدين

Ketahuilah wahai mawar mujahidah,

Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini. Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni. Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Tahukah dikau mawarku?

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri. Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Mengertilah duhai mawar mujahidah,

Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi. Sabda Rasulullah s.a.w:‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’

Duhai si mawar mujahidah calon bidadari Jannah…

Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi. Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!

Dan kini hai mawar,

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslimahmu aduhai si mawar berduri?

Kuingatkan diriku jua kerana aku juga dari kaummu wahai mawar,

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah! Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin…

Nurkilan :Fatimah Syarha Binti Nordin

Kenapa anda mahu jadi doktor?

jadidoktor.jpg

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

”Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

”Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

”Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan kemudahan untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ’termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

”Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ’melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

 

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

jadidoktor2.jpg

NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ’mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ”Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

jadidoktor3.jpg

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, CEO kita adalah Allah. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

 

 

Semakin dalam rindu menyapa, lagi one month nak pulang, recharge diri~ Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba, moga Allah hadirkan kekuatan, thabat hati hamba di jalanNya…

” Saudaraku, genggam erat tali keimanan kita. Kenalilah diri. Fahami kebiasaannya. Rasakan setiap getaran-getarannya. Lalu berhati-hatilah dan kawallah kemahuan dan kecenderungannya. Waspadailah kekurangannya dan manfaatkanlah kelebihannya. Berdo’alah kepada Allah agar Dia menyingkap ilmuNya tentang diri. Sebagaimana senandung doa yang dilantunkan Yusuf ibn Asbath, murid Sofyan Ats Tsauri: “Allahumma arrifni nafsii”. Ya Allah, kenalkan ku dengan diriku… Jiwa manusia banyak menyimpan rahsia. Misteri hati dan jiwa manusia sulit dikenali dengan baik kecuali dengan Allah swt kepada kita. Kerana itu ulama terkenal yang ahli dalam masalah kejiwaan Sahal ibn Abdillah mengatakan bahawa mengenali diri sendiri itu lebih sulit dan halus daripada mengenali musuh. Ertinya, aib dan kekurangan yang terselubung dalam diri, sangat sulit dikenalpasti, dan harus dibuka oleh Allah swt agar seseorang dapat membersihkan diri dan jiwanya. “

Allahumma muqallibul Qulub thabit qalbi ‘ala deenek.

“O turner of the hearts! Establish my heart upon Your religion.”

A New Beginning

Assalamu’alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh,

 

Berat sungguh perasaanku ini,

Gementar hatiku padaMU tiada henti,

Tangisku padaMU ya ALLAH,

Sujudku padaMU,

Mendambakan keredhaanMU ya ALLAH,

Moga diterima taubatku padaMU,

Moga thabat di jalanMU..

Ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah..~

 


Ya ALLAH,

KAU pindahkan daku dari medan ujian sughra ke medan ujian kubra ini,

Jadikan hijrah ku ini sebagai qurbah kepadaMU,

Jadikan hijrah ku ini sebagai penyucian jiwaku,

Agar tidak ku ikat agamaku dengan tanah,

Agar daku tidak mudah kecewa dengan sikap manusia,

Agar tidak ku ikat jiwaku dengan insan-insan yang ku biasa dengan mereka,

 

Ya ALLAH,

Sekiranya ada insan yang hadir dalam hidupku mengurangkan tawakal ku,

serta kebergantungan ku kepadaMU, leraikanlah perasaanku itu,

Bawalah dia sesaujana pandangan mata,

Peliharalah diriku dari kekecewaan,

Agar jiwaku penuh hanya dengan cinta dan harap padaMU,

Sehingga sempurna pengharapanku kepadaMU,

Sehingga daku tidak merujuk kepada selainMU,

Sehingga daku tiada lagi rasa ketakutan,

Suburkanlah sifat sabar dalam diriku,

Suburkanlah keimanan kukuh di hatiku,

Moga hadirlah kekuatan itu,

Moga hadirlah ketenangan yang didambakan…

Mogakan bahagia meniti perjalanan di bumi asing ini…

 

Ya ALLAH,

Namun, belajar daripada orang lain merupakan sesuatu yang ENGKAU perintahkan

ENGKAU berfirman “fa bi hudaahumuqtadih”

(dengan petunjuk mereka, maka berqudwalah) [Al-An'am:90]

Segala pujian untukMU ya ALLAH, di atas hidayah

yang ENGKAU kurniakan pada jiwa-jiwa yang ikhlas kepadaMU

Daku banyak berqudwah dengan mereka…

 

O Allah, I thank you for the very wonderful opportunities
And, I seek Your forgiveness, as I always let loose these opportunities

 

How can I stop thanking you, Ya ALLAH…

~ Thank you ALLAH… ~

 

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, “ Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami; sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu” [At-Tahrim:8]

 

Terima kasih Tuhan by Mawaddah

 

Terima kasih wahai Tuhanku

Yang sentiasa melimpahkan rahmatNya

Membenarkan aku menghadapMU Tuhan

Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

Untuk bercakap denganMU Tuhan

Mengizinkan ku minta padaMU

Memuja sepenuh hatiku

Memohon munajat padaMU Ya Rabbi

Tapi aku khuatir

Ketika menghadapMU

Tidak pula pandai beradab denganMU

Aku mula bimbang

Kalau aku derhaka dalam ketaatan

Bukan rahmat dariMU yang kudapat

Tapi ku kan dapat kemarahanMU

Ya Rabbal ’Alameen, maafkan aku

Ya Rabbal ’Alameen, maafkan aku

TanpaMU…

“Hah! Termenung apa tu!” Balqis disentakkan oleh temannya, Amal.

“Enti ni, terkejut ana, boleh kena heart attack ana!” Balqis mengurut dadanya.

“Alah.. maaflah enti… Assalamualaikum” Amal tersengih sambil beri salam.

“Enti dah sampai ke negeri Jepun ke tadi Balqis? Maaflah ganggu kembara angan-angan enti..kembara sorang-sorang ke?” Amal memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Amal memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

 

Balqis sengih bersahaja sambil menjawab salam temannya itu..tidak mampu berlawak jenaka sangat dirinya tidak ketentuan, namun sedaya dihadiahkan senyuman untuk sahabatnya itu. Balqis kemudian bertanya, “Kaifa haluki ya ukhti? Kaifa imanuki ? (Apa khabar iman kamu?).

Amal senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… selepas balik dari tamrin ni, rasa subur kembali kasih Ilahi.. rasa fresh, seolah2 apa yang dibincangkan tu macam terlepas pandang sebelum ni, wallahualam…” Balqis terdiam sejenak, cuba disembunyikan isi hatinya, “ Alhamdulillah, tanda Allah mengasihimu sahabat.. ”

 

Amal tersenyum, “Alhamdulillah, ada la rasa peningkatan di dalam amal ibadah, alhamdulillah sedikit sebanyak kembali mengenangkan kelahiran Baginda saw, perjuangan yang Baginda saw bawa, kefahaman Islam, indahnya jika Islam sebagai cara hidup dilaksanakan di dalam setiap aspek kehidupan. Rindu melihat Islam menjadi kebanggaan setiap insan. Rindu melihat akhlak muslim membajai setiap gerak kerja, rindu pada ukhwah islamiyyah ditunjangkan pada Allah..”

 

“Alhamdulillah..” Balqis berkata sambil membetulkan tudungnya. Dirasakan bayu yang bertandang lembut menyapa pipinya. Pepohon di hadapannya merendangkan dan teduhannya mendamaikan,  menghiburkan hatinya. Laut yang terbentang dihadapannya sungguh mendamaikan jiwanya, membuktikan kebesaran Allah. Tenangnya hati. Indahnya. Subhanallah. Namun, hatinya tidak seindah itu…

 

“Enti, ana teringat yang ada hal ana nak tanyakan pada enti sejak minggu lepas lagi, nampaknya Cik Balqis kita ni memang busy betullah..susah betul nak jumpa enti..” Amal berseloroh.

 

“Aasifah ya Amal, ana bukan nak menghindarkan diri, enti ni pun satu, kan ada no. telefon ana, hantarla sms ke call ke, boleh juga ana luangkan masa untuk Cik Amal ni. Itulah, system endocrinology and metabolism ni banyak sikit kuliah dan pbl nya, kena pulun banyak sikit. Ada apa yang ana boleh bantu enti?” Balqis membetulkan duduk, menghadap sahabatnya.

 

“Apa doa yang Rasulullah ajarkan pada Saidatina Aisyah, yang enti suka  bacakan doa tu? ” Amal kelihatan bersungguh mahukan jawapannya.

 

“ Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya = Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).” Balqis tidak menghampakan harapan sahabatnya.

 

Amal tersenyum simpul “Syukran jazilan ya ukhti…”

 

“Waeyakki ya ukhti..” Balqis pun turut tersenyum, cuba menyembunyikan keadaan hatinya. Seketika mendalami maksud doa yang diucapkan. Terasa kerdilnya diri, hati terus beristighfar, istighfar terus menerus. Hatinya terasa. Sikit kemerahan mukanya, seolah menahan sebak.

 

Amal sedikit menunduk, mukanya didekatkan, “ Enti, kenapa? Tell me what is going on? Sedihnya sahabat ana ni…” kelihatannya seperti memujuk.

 

Balqis melarikan pandangannya, “Hmm….agaknya hati ada cardinal sign macam rubor kot..”

 

Amal berkata lagi, “Hmm…Alhamdulillah.. Enti masih dapat rasakan sama ada hati enti baik ke tidak. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya. Barangsiapa pada masa lemahnya, dia masih tetap dalam sunnah (petunjukku), maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu, dia telah celaka (HR Ahmad)”

 

“Iman kita memang ada yazid wa yankush. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Allah kasi hint sebagai tanda kasihNya Dia pada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita berada dalam keadaan baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya…. Allah suka dengar pengaduan kita padaNya, jadi Dia uji kita agar kita selalu mengadu padaNya. Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

 

“You know what, my dear Balqis…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tahu pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah. Supaya kita lebih dekat dengan Allah, agar keyakinan kita bersatu dengan takdir dan redha Allah. Tumbuhkan keyakinan enti kepada Allah. Kita akan kuat menghadapi musibah segetir apapun, kalau kita segera kembali kepada Allah. Semakin cepat kembali pada Allah, akan semakin ringan kita rasa. Semakin utuh dalam yakin kepada Allah, akan semakin tenang hati kita.” Amal memegang tangan Balqis seolah menyalurkan semangatnya.

 

Balqis menyeka air mata. Hanya memandang Amal. Amal memahami apa yang dialami Balqis. Mereka bersama sejak di bumi asing ini. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Kali ini, hatinya merasakannya, benar-benar merasakan Allah Maha Penyayang, diturunkan hidayah, penenang dirinya melalui temannya ini. Ya, dia perlukan hidayah Allah, pimpinanNya dalam mengatur kehidupannya. Setiap saat, setiap ketika, dia perlukan Allah. Subhanallah, sungguh kerdilnya diri..hinanya mudah teralpa dengan nikmat dunia…ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah. Bertindan nikmat datang namun seringkali diri alpa dengan apa yang diberikan. Masakan Allah tidak tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, segala aturanNya itulah yang terbaik.

 

Hatinya terusik, berbisik..“Semakin sayang Allah kepada kita, semakin di uji iman kita kepadaNya, namun diberikan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan yang hakiki di hati..lembut hidayah menyapa..ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah…”

 

 

Dia sedar, telah lama dia cuba untuk mensebatikan jiwa dan raga untuk Allah. Tetap ikhlas beribadah kerana Allah. Pesona kebesaran Allah amat mempengaruhi gerak hati dan tubuhnya. Seperti dinyatakan dalam hadis qudsi bermaksud: “Jika aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya, untuknya ia mendengar dan Aku menjadi pandangannya untuk melihat dan Aku menjadi tangannya untuk memegang dan Aku menjadi kakinya untuk berjalan, maka apa-apa yang dia minta kepada-Ku nescaya Aku kabulkan permintaannya dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku, maka Aku pasti akan lindungi dia.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

 

“Ishbiri ya ukhti, Masakan Allah menguji tanpa sebabnya. Yakinlah bahawa segala sesuatu pasti ada hujungnya. Setiap ujian akan berakhir, tidak mungkin akan abadi sepanjang kita hidup. Allah SWT akan menguji manusia berepisod-episod. Dalam al Quran surah Al-Baqarah ayat 286 disebutkan, Allah tidak akan membebani hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan hamba tersebut. Ingatlah akan janji Allah bahawa sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan; pasti bersama kesulitan itu akan ada kemudahan. Allah SWT berjanji akan membahagiakan orang-orang yang sabar, iaitu yang tatkala di timpa musibah, ia bulat kembali kepada Allah. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami akan kembali.” Amal meneruskan pujukannya.

 

Balqis mengangkat mukanya perlahan..menahan sendunya berbaki.

 

“Ana sayangkan enti, moga Allah hadirkan kekuatan, ketenangan dan kebahagian untuk kita menempuhi kehidupan di sini. Allah knows best for us kan?.. insyaAllah..i’ll be your side, selagi Allah izinkan ikatan hati kita kerana ukhwah fillah ini akan mekar… ana hanyalah wasilah dari Allah untuk enti, namun yang paling enti ialah enti sendiri. Hati perlu sentiasa dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan padaNya, jangan pernah leka untuk sentiasa mendekatkan diri padaNya.. Dia sentiasa  ada untuk tempat mengadu, Dia sentiasa ada untuk mendengar segalanya. Bukan sahaja untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, namun berusaha juga untuk sentiasa menjauhkan diri dari segala godaan syaitan laknatullah. Itu dua perkara yang penting dalam menjaga iman. Seperti menambahkan amalan pahala pada masa yang sama mengelakkan melakukan perkara yang membuahkan dosa. Tabahkan hatimu sahabat, kuatkan hatimu ya ukhti, I know u’re tough person. Ana uhibbuki fillah abadan abada insyaAllah, jom usaha sama-sama! Ala..makin comel la nangis macam ni..” Amal sempat berjenaka.

 

Ianya membuahkan tawa, kerana manisnya sakeenah yang menyapa… ukhwah itu indah bila tunjangnya pada Yang Khaliq… Wa sadaqa man qaala (absence makes the heart grow fonder)..rindunya pada teman-teman seperjuangan, saujana di mata namun antum sentiasa dekat di hati..~

 

Dan benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Terasa qalbunya lebih ringan. Hidup hatinya. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi hidup di bumi asing ini, diberkati dan diredhai Allah senantiasa. Biar apapun yang mendatang, tetap tegar hatinya menempuh arus. Hati kecilnya berbisik, “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni..ya Allah, tetapkanlah daku di sampingMU…

 

mengharap teguh redhaNYA di hati…

“Aku datang menuntut janji kau siang tadi.” Fatihah masuk ke biliknya malam tadi tatkala Hakimah sudah pulas tidur. 

Matanya sedikit terbeliak. “Janji? Janji apa?”  

“Kau belum jawab soalan cepu emas aku siang tadi.”

Dia meneguk liur. Tidak menyangka kalimatnya di depan kafetaria digenggam sungguh-sungguh oleh gadis ini. Muqarrar subjek Usul Fiqh 2 yang sedang dibaca, dibiarkan seketika di atas bantal. 

“Tak ada yang menarik untuk kau tahu, Teh,” balasnya, cuba mengendurkan keinginan Fatihah.

“Mai, kita dah kenal lama. Suka sedih kau, aku turut sama terasa. Begitu juga senang susah aku dan Kim. Kita dah banyak berkongsi sebenarnya.” Fatihah turut menghenyakkan punggung di birai katilnya.  

Sementara dia melunjurkan kaki seraya menyandarkan tubuh ke dinding.

“Aku sebenarnya rasa terlalu bersalah membiarkan sahabat karib aku menanggungnya sendiri. Mungkin ia terlalu peribadi, ya, sewajarnya aku tak layak memaksa. Tapi tak salah aku kira untuk sama bersimpati.”Dia diam.  

Rasanya segala keluh-kesah dan gejolak jiwanya sudah disembunyikan daripada pengetahuan teman-teman. Seboleh mungkin dia cuba berlagak ceria bagai tiada berlaku apa-apa. Tetapi mereka begitu pintar mengendusnya.

“Aku okey, Teh.”

“Aku tak sangka kau begitu hebat berahsia, Mai. Tapi terlalu memendam rasa kadangkala merosakkan.”Hakimah dan Izzati pernah cuba mencungkil asrarnya menyelami isi hatinya, namun tidak berjaya.  Kali ini dengan Fatihah, dia terasa semacam akan tertewas.

Hatinya melunak tiba-tiba.Wajarkah diluahkan?Tak usah!Apa untungnya kau menjeruk rasa?Barang dah lepas, untuk apa diungkit-ungkit semula? Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi mendengar.Jangan dilayan!Ah, luahkan saja!

“Baiklah Cik Fatihah. Apa yang saudari nak tau?” Akhirnya dia mengalah. Memang selama ini, Fatihah mengetahui perkembangan hubungan mawaddahnya dengan lelaki itu, tetapi tidak yang ini.

“Bagaimana hubungan kau dengan Afnan?”

Dia tersengih mendengar pertanyaan Fatihah terus kepada mauduk. Kalau boleh, dia tidak ingin mendengar dan menyebut nama itu lagi. Kelak kenangan akan menerjah sanubarinya semula dan kepedihan pun menjalar.

“Inna lillah walhamdulillah. Dia sudah menemui pilihannya yang terbaik. Hubungan kami juga tamat di situ. Titik.”

“Aku belum habis bertanya, tak usahlah sebut ‘titik’,” larang Fatihah.

“Bila?”

“Baru lagi. Hampir dua minggu.”

“Zati ada beritahu, kau ada terima surat dari Kaherah. Daripada Afnan ke?”Angguk. Sudah menjangka, Izzati pasti akan memberitahu teman-teman serumahnya.

“Apa dia kata?”“Minta maaf dan ucap selamat tinggal.”

“Takkan itu saja?”“Dia minta putus. Minta lupakan dia.”

“Mudahnya! Dia fikir senang-senang agaknya.” Kening sebelah kanan Fatihah sedikit terangkat tanda geram.“Apa sebabnya?”

“Dia dah jumpa gadis yang lebih baik.”“Habis hubungan tujuh tahun tu apa?”Dia menggetap bibir. Ada kepedihan yang masih bersisa.

“Mereka akan menikah di sana.”“Cepatnya! Bila?”

“Katanya soifi nanti.”“Inilah orang lelaki, kalau dah berjauhan, tak boleh percaya sesen pun,” gerutu Fatihah.  

“Pantang nampak yang dahi licin!”Sepi sejenak.  Baginya tiada apa-apa yang perlu dikesalkan. Dia sudah lama menerima kenyataan. Ini semua kerja Tuhan!  

“Tak usah salahkan dia, Teh.”“Habis nak salahkan siapa?”

“Tak ada sesiapa yang bersalah. Anggap saja kami memang tak ada jodoh.”

“Mulianya hati kau, Mai.”Fatihah terbeliak, ternganga. Payah untuk percaya.

“Kita kena belajar menerima kenyataan, Teh. Setiap perkara ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma kita kadang-kadang jadi tak sabar dan sering bertindak menurut nafsu dan perasaan.”

“Kau langsung tak kecewa?”

“Masakan tidak! Kita manusia biasa. Geram juga. Kadang-kadang tu, rasa nak menyumpah pun ada. Tapi ia takkan dapat mengubah apa-apa. Memanglah payah pada asalnya, namun kita kena kuat, kena yakin pada cinta yang lagi satu.”

“Cinta yang lagi satu?”

“Ya. Cinta yang benar-benar kekal. Rasa cinta sesama manusia ni cuma pinjam-pinjaman. Boleh ditarik-Nya bila-bila masa.” Fatihah menyeka sesuatu di birai matanya. Tidak semena-mena gadis itu mendakap erat tubuhnya.

“Mai, aku tak sangka, aku tak sangka punya kawan yang sekuat dan setabah ini!”

“Alhamdulillah. Aku kira, ujian ini terlalu kecil, Teh. Dia beri yang sesuai dengan tahap iman kita,” balasnya.

petikan dari novel salju sakinah, by zaid akhtar

 

my-endeavor.JPG

 

 

”Dalam hati ada ALLAH, DIA yang akan jaga hati ini…insyaAllah, keyakinan ini telah berpadu hanya padaNYA, mengharap teguh redhaNYA. Jangan bimbang lagi… Senyumlah ~”

Seindah ibrah…~

Assalamualaykum wbt,

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

All the praises and thanks be to Allah, the Lord of the ‘Alamin (mankind, jinn and all that exists), the Master, Planner, Sustainer, Cherisher. The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (Day of Resurrection). You (Alone) we worship and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way, the way of those on whom You have bestowed Your Grace. Peace be upon the Master of the Messengers, Muhammad saw, his family and his Companions. All the praises and thanks be to Allah, with Whose blessings are completed the righteous deeds.

Alhamdulillahi Rabbal Alameen, segala puji hanya bagi Allah mengurniakan rahmat dan hidayahNya hingga ada kesempatan untuk menitipkan kata di sini. Alhamdulillah, ana semakin menyesuaikan dengan keadaan di sini, banyak yang telah dipelajari dan masih banyak lagi yang perlu diterokai tentang ilmu kehidupan dan pelbagai ilmu-ilmu yang telah Allah aturkan, alhamdulillah. Benarlah makin terasa seperti kata kakak, makin banyak belajar medic ni, makin terasa banyak lagi tak tahu, namun pada masa yang sama, kesyukuran tak putus2 dipanjatkan, Allah Maha Penyayang, Dia Mengaturkan segalanya..makin sangat2 terasa betapa hinanya diri sebagai hamba Allah… seringkali alpa dan lupa diri hanyalah hambaNya …ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah… Subhanallah. Makin banyak dialami, makin banyak diterokai, makin banyak difahami, tidak perlu diungkaikan semuanya… semuanya kerana Allah…insyaAllah, moga thabat pada jalanNya walau apapun yang akan terjadi kelak.. kuatkan hatiku ya Allah menempuhi segalanya.. insyaAllah. Moga semuanya semakin mendekatkan diriku  kepadaMU, Pencipta Yang Satu.

Sejenak ku imbas kembali erti pelayaran usiaku

Ke timur ke barat… dunia akhirat

Segalanya …

Kini bersendiri ku meniti hari

Ke kanan ke kiri… ku menilai kembali

Jalan kulalui , dosa yang telah pergi

Walau tanpa kusedari, air mata membasahi

Terasakan terbuka kunci pintu hatiku

Detik mula ketenangan

Di jiwa yang keliru

Terurailah kekusutan, membaralah cinta

Selamanya…kepadaMU ya Tuhanku…

Alhamdulillah cuti kami yang hampir sebulan telah bermula, segala puji bagi Allah kerana memudahkan perjalanan urusan yang telah diaturkan.. alhamdulillah, tirai awal Muharam bakal menjelma tidak lama lagi.. Dan yang pertama sekali ana lakukan ialah mengorganizekan balik jadual harian diri, untuk tidak leka dan alpha dalam ruang waktu yang lapang ini dan seterusnya sem baru. Dan again Allah Maha Tahu yang Terbaik untuk hambaNya, alhamdulillah dipertemukan dengan kakak2 dan sahabat2 yang mendekatkan diri kepada Allah. Syukran wa jazakallah =). one of my activities during this free time – reading as one way of gaining knowledge dan segala puji bagi Allah, buku2 kat sini alhamdulillah senang nak dapat dan kebanyakan sangat2 menarik, cuma ana agak curious nak pilih mana satu yang nak dibeli dan dibaca..might be kena recommended dulu baru teruja nak beli..hehe.. buat masa sekarang ni ana tengah baca buku “Kesaksian seorang doktor” by dr Khalid bin Abdul Aziz Al-Jubair, Sp JP. (specialist jantung and surgery). This book actually translated from Riyadh, Saudi. Kisah2 yang nyata untuk mensucikan hati. MasyaAllah, memang sangat2 terasa bila baca buku ni..ana rasa kalau bukan medical student baca pun boleh faham..tidaklah susah bahasanya untuk di fahami sebab doktor ni menceritakan pelbagai peristiwa yang terjadi which might be so impossible to happen… miracles! Above all, Allah is The Most AlMighty to set all things to happen..subhanallah! Terasa benar2 kerdil sebagai hambaNya.. for sahabat2 yang balik msia during may/june/july this year insyaAllah boleh pinjam, ana bawa balik msia nanti, insyaAllah (kena ingatkan ana ya =)

Ana sertakan part of the stories yang ada dalam buku ini untuk tatapan antum sebagai part of tazkirah dan tarbiyah dalam melayari kehidupan fana ini, insyaAllah..

::= Mula =::

Saya berkunjung ke negara Morocco untuk mengadakan pengubatan – operasi jantung – secara percuma khusus untuk kalangan fakir miskin dengan dana sukarela dari seseorang di Saudi Arabia.

Kunjungan saya itu diawali dengan melakukan inspeksi (pemeriksaan teliti yang dilakukan oleh pihak terbabit) untuk mengetahui gambaran umum kondisi kesihatan di negara itu. Dalam acara ini, saya ditemani oleh dr Muhsin Ubaidillah yang bertindak sebagai asistant dan penterjemah, kerana beliau adalah penduduk asli negara ini. Beliau juga melakukan banyak tugas dan pekerjaan dalam rangka menjayakan acara saya ini. Semoga Allah membalas segala kebaikannya.

Di antara patient yang datang, ada seorang patient yang telah berusia empat puluh tahun, ketika melihat keadaannya saya sangat khuawatir, ia berjalan tiap dua langkah berhenti untuk menghela nafas, perutnya membuncit kerana busung, kedua kakinya telah membengkak akibat dari jantung yang lemah, urat2 nadi di lututnya telah membesar dan wajahnya menyiratkan rasa sakit dan penderitaan, anda tidak mampu untuk menyaksikannya.

Ketika melihatnya seperti itu, saya merasa khuawatir, dan lebih ngeri lagi saat saya memeriksa catatan kesihatannya, maka saya ingatkan dr Muhsin agar tidak memasukkannya di dalam daftar orang2 yang akan menjalani operasi. Kerana berdasarkan pengiraanku, operasi tidak akan memberikan banyak manfaat untuknya, ditambah lagi bahwa kondisinya sangat mengkhuawatirkan. Dalam hal ini saya berkewajiban untuk memilih orang2 yang mungkin mendapatkan manfaat dari projek ini.

Ternyata orang tersebut mengerti apa yang saya katakan kepada dr Muhsin, maka ia segera menyahut, “ingatlah apa yang dikatakan oleh Tuhanku, bukankah Dia telah berfirman,

dan apabila aku sakit. Dialah yang menyembuhkan aku” (AsSyuara’:80)

Dalam hal ini saya sangat yakin bahawa dengan izin Allah saya akan sembuh. Wahai doktor, anda hanya perantara sahaja atas kesembuhan saya ini, maka operatelah saya, kerana sesungguhnya Allah lah yang akan menyembuhkan saya.”

Saya cuba memberikan penjelasan dengan lemah lembut kepadanya, akan tetapi ia tetap bersikap keras minta untuk di operate. Maka akhirnya saya katakan kepadanya, “InsyaAllah, tidak akan terjadi kecuali yang terbaik”

Tidak lama selepas itu saya melihatnya bertayammum lalu mendirikan solat zuhur, saya bertanya kepadanya, “kenapa tidak berwudhuk?” Ia menjawab, “Saya tidak bisa, bahkan untuk melaksanakan solat sambil berdiripun saya tidak mampu”.

Mendengar penjelasan itu, saya hampir berubah pendirian untuk mengoperatenya, akan tetapi kemudian saya ingat, bahawa kedatanganku ke sini dengan perbekalan yang minimum dan harus disalurkan kepada mereka2 yang diperkirakan akan mendapatkan hasil dari operasi dengan izin Allah.

Ketika saya melakukan pembedahan kepada patients, orang itu datang dua kali kembali akan tetapi ia ditolak oleh dr Muhsin. Pada minggu terakhir dari masa tugasku dr Dzafir al Khudhairi, ahli anesthetic harus meninggalkanku untuk urusan yang penting, yang mana kami berdua telah sepakat sebelumnya bahawa operation untuk kondisi seperti orang ini tidak mungkin untuk dilaksanakan di sini. Dan beliau telah menolak untuk melakukan pembiusan terhadap seseorang yang kondisinya lebih bagus dari orang ini.

Setelah dr Dzafir pergi, pada minggu terakhir ini posisi anesthetic digantikan oleh dr Musthafa al Sabit, beliau adalah seorang doktor yang cukup terkenal dan berjiwa military. Pada minggu ini pula dr Muhsin harus berehat dua hari kerana sakit. Orang tersebut datang ke tempat kami lagi dan kemudian dr Ilmi yang tidak tahu duduk permasalahannya memasukkan orang tersebut ke dalam daftar tunggu patient yang menunggu operation.

Biasanya saya memeriksa patient yang akan menjalani operation pada malam hari sebelum tiba hari pelaksanaan operation, tepat pada malam hari di mana keesokannya orang tersebut mendapatkan giliran operation, saya diundang untuk makan malam di kota Al-Ribath yang memakan waktu sekitar satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari al-Dar al- Abhyadh, sehingga saya pulang larut malam dan malas untuk pergi memeriksa patient yang akan di operate esok hari, aku berkata  pada diri sendiri, “InsyaAllah esok aku akan berangkat pagi2 untuk memeriksa patient yang akan di operate”.

Akan tetapi apa yang terjadi? Allah takdirkan saya bangun lewat, pada jam 8.30 pagi, maka dengan tergesa2 saya berangkat ke hospital. Sesampainya di sana ternyata patient telah siap, sekilas saya memeriksa laporan dan tidak menelitinya dengan cermat. Pada saat itu, konsentrasi

pada hal2 yang perlu dilaksanakan pada patient untuk iaitu untuk menutup 3 lubangnya. Operation telah saya mulai dan berjalan sesuai dengan rencana sedangkan patient dalam kondisi yang sangat stabil dan tenang.

Saya menuju ke ruang staff bahagian jantung, lalu pergi beberapa saat untuk memenuhi beberapa keperluan dan kembali ke hospital untuk melihat2 patient yang telah di operate hari ini. Dilanjutkan dengan memeriksa patient yang akan di operate esok. Tiba-tiba dr Muhsin mengajak saya menuju ke ruang wad pemulihan sambil berkata, “Mari, kita lihat salah seorang patient.” Di sana saya mendapati orang yang kondisinya sangat mengkhuawatirkan itu tengah duduk di atas katil dengan keadaan yang sangat stabil tanpa alat bantu pernafasan kerana telah dilepaskan darinya.

Setelah melihat kedatangan saya, ia segera membaca firman Allah. “dan apabila aku sakit. Dialah Yang menyembuhkan aku.” (As-Syuara’:80). Lalu berkata, “bukankah aku telah mengatakan padamu wahai doktor, sesungguhnya Tuhanku akan menyembuhkanku, sedang anda tidak lain hanyalah perantara.”

Saya bertanya kepada dr Muhsin, “bagaimana patient ini boleh masuk?”. Maka beliau mengisahkan jalan ceritanya yang memang tidak saya ketahui sebelumnya, dr Muhsin berkata, “ketika saya tidak hadir semalam kerana sakit, orang ini mendatangi dr Ilmi, maka beliau memasukkannya ke dalam daftar patient yang akan menjalani operation hari ini, kerana beliau mengira anda telah menyetujui untuk orang ini di operate. Dan pagi ini ketika saya tiba di ruang bedah, saya dikejutkan oleh kehadiran patient ini di sana, maka saya jelaskan kepada dr Mushthafa al Sabit bahawa anda tidak bersedia untuk melakukan operasi kepada orang ini atas pertimbangan risikonya. Orang ini menangis dan memohon kepada dr Mushtafa, ia terus merengek hingga akhirnya dr Mushtafa menyerah dan melakukan anesthetic terhadap patient ini. Beliau diingatkan sekali lagi bahawa anda tidak bersedia untuk melakukan operation ini, akan tetapi dr Mushtafa berkeras bahawa beliau akan bertanggungjawab dan beliau akan menjelaskannya kepada anda, begitulah kisahnya.”

Seminggu kemudian patient tersebut telah keluar dari hospital dan 3 bulan kemudian kembali melakukan aktivitinya yang telah ia tinggalkan sejak 2 tahun lalu.

Saudaraku sekalian, sesungguhnya orang ini telah menyerahkan dirinya dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah, maka Allah Taala memberinya kesabaran dan keyakinan akan datangnya kesembuhan, kerana itu ia memaksakan diri untuk menjalani operation dengan penuh yakin bahawa Allah yang Maha Pemberi dan Maha Mulia akan menyembuhkannya, Allah berfirman,

barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2nya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya” (At-Thalaq:2-3). Rasulullah saw bersabda; “seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar2nya, pastilah Allah akan memberimu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar dari sarangnya dalam keadaan lapar, kembali dalam keadaan yang kenyang” (HR Tirmidzi (4/573)(2344), disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah (310).

Saudaraku…lelaki itu bersabar atas penyakit yang ia deritai, kemudian ia yakin bahawa Allah Ta’ala akan menyembuhkannya, kerana itulah Allah memudahkan proses operationnya, dan menghilangkan semua aral yang merintanginya. Allah Ta’ala memunculkan seorang dermawan Saudi yang membayar dana untuk projek ini untuk kalangan fakir miskin di Morocco ini, kemudian Allah memuluskan jalan menuju ruang operasi sehingga seorang doktor, Allah takdirkan sakit, seorang doktor sibuk, doktor ketiga pergi dan doktor keempat merasa kasihan padanya, sehingga dengan semua itu operationnya berjalan dengan lancar. Kejadian ini merupakan bukti bahawa jika Allah mentakdirkan sesuatu, maka Allah akan memudahkan jalan ke sana, memberikan sarana pendukungnya dan hal itu harus dan pasti terjadi. Allah berfirman, “sesungguhnya perintah Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya “Jadilah” maka terjadilah ia.” (Surah Yasin:82)

Kisah kedua ini bertutur tentang kesabaran dan keyakinan juga, kisah ini saya terima saat saya sedang melaksanakan tugas operation di Morocco dari seorang staff di Jam’iyah Hairiyah yang telah mengorganisasi kedatangan rombongan kami ke Morocco. Ia berkata, “Saya melihat seorang wanita yang mundar mandir di lapangan golf, maka saya bertanya kepadanya, “Kenapa engkau kelihatan mundar-mandir di sini?” Ia menjawab, “Suamiku menderita penyakit jantung selama 5 tahun yang lalu, dan tahun ini penyakitnya bertambah parah, ia telah berhenti dari pekerjaannya sejak satu setengah tahun yang lalu kerana tidak mampu bekerja lagi. Sekarang tidak ada lagi yang menanggung biaya hidup kami dan suamiku harus segera di operate padahal operation itu memerlukan biaya beribu2 dirham, sedangkan saya tidak mempunyai apa2. Saya datang kemari untuk meminta pertolongan dari orang2 yang bermain disini, baik dari kalangan menteri atau orang2 kaya, akan tetapi hingga saat ini saya tidak menemukan apa2 dari mereka, mereka selalu memberiku janji yang tidak pernah di tepati hingga kini.”

Kemudian syaikh ini (orang yang menceritakan peristiwa ini) berkata, “kenapa engkau tidak pergi menghadap kepada raja? Demi Allah, jika engkau pergi menghadap kepadanya ia tidak akan menolakmu, untukmu ia lebih baik dari pada menteri dan orang2 kaya itu.”

Dengan terhairan2, wanita itu berkata, “tuan, apakah anda menghinaku? Semoga Allah memaafkanmu.” Ia berkata, “demi Allah, tidak wahai saudariku, aku tidak pernah menghinamu, Raja ini tidak pernah menolak orang yang menghadap kepadaNya dengan sepenuh hati ditambahi dengan khusyu’, niat yang suci dan pada waktu yang tepat untuk mengabulkan permintaan.” Ia berkata, “apakah yang tuan maksudkan Raja segala raja, Tuhanku yang tiada Tuhan selain Dia? Ya tuan, aku memang telah melupakannya. Aku mencari pertolongan dari hamba yang miskin dan melupakan Penolong Utama hamba2 yang terhimpit kesulitan sepertiku.

atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghilangkan kesusahan.” (An-Naml:62)

Bagaimana mungkin saya melupakannya, syaitan telah membutakan mata hatiku, semoga Allah membalas kebaikanmu tuan, saya berjanji mulai hari ini saya akan menadah tangan kepada Tuhan mereka semua, saya akan mendirikan solat malam, mencari saat2 terkabulnya doa, saya akan bersungguh2, berta’abbud, bersimpuh di hadapanNya Raja segala raja, yang menguasai jiwa manusia.”

Syaikh ini melanjutkan ceritanya, “dua minggu setelah pertemuan saya itu, saya kembali menemuinya dan menanyakan keadaannya, ia menjelaskan, “setelah pertemuan kita tempoh hari, saya terbangun dari kelalaianku selama ini dengan menengadahkan tangan di hadapan makhluk dan melupakan Penguasa semua makhluk, saya mulai menunaikan solat malam, setiap malam satu jam sebelum fajar saya bangun mendirikan sebelas rakaat solat malam, lalu Allah menampakkan manfaatnya kepada saya, hatiku menjadi tenang, saya tidak pusing dengan memikirkan masalah itu, namun yang aneh adalah bahawa hatiku sangat yakin bahawa operation suamiku pasti akan terlaksana. Sekarang saya merasa tenteram, sabar berharap kepada Allah, bersimpuh di hadapanNya, sungguh benar firman Allah, “Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28).

Syaikh itu berkata, “kira2 tiga minggu kemudian, datang surat jawapan dari dermawan Saudi tersebut atas permohonan kami enam bulan yang lalu, menyetujui proposal projek pengubatan percuma ini dengan jumlah patients sekitar 30 orang fakir miskin. Segera saya mencari wanita tersebut, lalu memberitahunya tentang projek tersebut. Terus dia menghadap kiblat lalu bersujud bersyukur kepada Allah swt. Saya katakan padanya, “esok bawalah catatan kesihatan suamimu agar dilihat para doktor, dengan izin Allah suamimu akan sembuh.”

Saudaraku…sesungguhnya bersimpuh, bersujud dan memohon di hadapan Allah harus didasari dengan iman. Iman harus diaplikasikan dalam wujud nyata, jika engkau tertimpa suatu musibah atau dirundung nestapa, maka bersegeralah dalam dua hal. Yang pertama adalah istighfar kemudian, amal soleh. Allah berfirman, “ maka aku katakan kepada mereka, “mohonlah ampun kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun” nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak2mu, dan mengadakan untukmu kebun2 dan mengadakan pula di dalamnya untukmu sungai2.” (Surah Nuh:10-12). Rasulullah saw bersabda, “ barang siapa membiasakan diri membaca istighfar, maka Allah Ta’ala akan memberikan jalan keluar dari segala kesempitan, memberikan pencerahan atas segala kesulitan dan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka2..(HR Abu Dawud (2/121).”

Semua itu untuk lebih mendekatkanmu kepada Allah Ta’ala dan membersihkanmu dari dosa2 yang lalu. Jika seseorang tertimpa suatu musibah, hendaklah hal pertama yang ia ingat adalah dosa2nya. Kemudian hendaklah ia memperhatikan hal keduanya iaitu amalnya. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyakkan kebaikan, bersungguh2 memurnikan niat dan hati yang khusyu’, Allah berfirman, “sesungguhnya perbuatan2 yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan2 yang buruk.” (Surah Hud:114)

Ya, dengan musibah tersebut, darjat anda harus bertambah tinggi dan kebaikan anda harus bertambah banyak. Jika Allah mentakdirkanmu sembuh atau menghilangkan kesusahanmu, maka anda akan mendapatkan tiga hal iaitu istighfar, amal dan bebas dari musibah. Sedangkan jika Allah menetapkan bahawa yang lebih baik untukmu adalah tetap sakit atau tetap dalam kesulitan tersebut, maka anda akan mendapatkan tiga hal juga iaitu istighfar, amal dan darjat yang tinggi di akhirat. Dan kadang jalan keluar hanya ada di akhirat, maka janganlah anda putus asa dari rahmat Allah, dan bersabarlah. Allah berfirman, “apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu, mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan dengan bermacam2 cubaan..”(Surah AlBaqarah:214).

Saudaraku yang terhormat, cuba anda renungkan! Jika manusia yang paling mulia Nabi Muhammad saw saja diuji Allah, apalagi dengan anda? Maka janganlah engkau bersedih, bersimpuhlah di hadapanNya. Allah berfirman, “dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar2 orang yang beriman.” (Surah Al Maidah:23). “dan cukuplah Rabbmu Pemberi petunjuk dan Penolong.” (Surah Al Furqan:31). Sesungguhnya, semua itu sesuai dengan kehendak Allah Ta’ala, Dialah yang memberi petunjuk kepada jalan kebenaran.

 

 Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh* (dalam kehidupan) di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.”

(surah Ibrahim:27)

* kalimah Tayyibah – yang menyeru ke arah kebenaran spt Lailaha illallah.

“ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

(surah Ash-Shaff:4)

“ Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

(surah AlHujurat:13)

” Katakanlah (Muhammad), ” Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagiNya; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim).”

(suran An’am:162-163)

” Dan Dialah yang menjadikanmu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas kurniaan yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun dan Penyayang. ”

(surah An’am:165)

Sebelum berundur, ana mohon maaf sekali lagi..  dan dari Allah jua ana mohon keampunan di atas kekhilafan yang ada…Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, begitu juga dengan yang buruk, datangnya dari Allah namun disandarkan pada diri ana sendiri, insyaAllah…moga Allah kurniakan rahmatNya dan inayahNya serta hidayahNya untuk kita semua, sentiasa diberkati segala urusan, jaga iman, jaga hati, jaga diri elok2 walau antum di mana berada… Kunu kassyamati bainannas~

Ana akhafullah wa ana uhibbukunna fillah,

~ Wardatul-Syauki ~

 

ku hadir padaMU…~

Bismillahirrahmanirraheem…

Assalamualaykum wbt…

Dia terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuhnya bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala di hadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan syurga, embun sejuk dari langit terasa bagai menyelimuti sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangian yang suci dari syurga.

Tatkala sampai pada surah As-Syams, dia menangis,

fa alhamada fujuuraha wa taqwaaha, qad aflaha man zakkaaha, wa qad khaaba man dassaaha….”

(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya…)

Hatinya tertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya? Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi?

”Ilahi, kasihanilah hambaMU yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Daku tidak ingin kehilangan cintaMU. Duhai Ilahi, berilah padaku kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang memekar di dalam hatiku. Duhai Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati Lillahirabbil-’Alameen.”

Tidak mudah meraih cinta berbuah syurga. Jika kita terus bertaqwa, Allah akan memberikan jalan keluar. Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hamba-Nya yang bertaqwa. Rawatilah dan ubatilah kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari syurga. Bukan air timah dari neraka. Bersandarlah hanya padaNYA, kerana DIA Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA.

Dengan penuh khusyu’ hatinya menghadap Allah. Kedua tangannya menengadah ke langit. Dari kedua bibirnya bergetar sebuah doa yang diajarkan dan diucapkan oleh Baginda saw,

”Allaahumma inna nas aluka ridhaaka wal jannah, wa na’udzubika min sakhatika wannaar..ameen” (Ya Allah, kami memohon redhaMu dan syurga, dan kami berlindung kepadaMu dari murkaMu dan dari neraka. Ameen.)

”Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keteguhan dan keistiqamahan berada dalam jalanMU. Kurniakan kami husnul khatimah ya Allah. Ameen, ya Rabbal ”Alameen.”

”ya Allah, tetapkanlah hati kami teguh pada agamaMU, kurniakanlah pada kami kesucian niat yang akan membawa kami pada kebajikan-kebajikan dan amal yang Engkau redhai. Ameen. Ya Rabbal ’Alameen.”

Inni akhaafu in ’ashaitu Rabbi adzaaba yaumin ’adheem” (sesungguhnya aku takut akan seksa hari yang besar jika aku derhaka pada Rabbku) (Az-Zumar:13)

Ayat itu dia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya bergoncang dan titisan mutiara itu berguguran jua. Lama.

~ DESTINASI CINTA ~

Menyingkap tirai hati

Mengintai keampunan

Di halaman subur rahmatMU Tuhan

Tiap jejak nan bertapak

Debu kejahilan

Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata

Yang bisa memadamkan api neraka

Andai benar mengalir dari nasuha nurani

Takkan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang kucari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah kuredah daerah cinta

Yang lahir dari wadah yang alpha

Tiada tenang yang kutemui

Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya

Mendambakan sebutir hakikat

Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat

Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMU

Ya Ilahi Rabbi,

Destina cinta yang ku cari

Sebenarnya terlalu hampir

Hanya kabur kerana dosa di dalam hati…

Namun ranjaunya tidak akan sunyi

Selagi denyut nadi belum berhenti

Ada syaitan kan cuba menodai

Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi qalbuku Oh Tuhanku

Biarpun sukar bagiku

Melamar redhaMU

Namun masih ke mengharapkan keampunanMU

Ku hadir padaMU, bi iznillah…~

1 Muharam 1428H

Biar Keikhlasan Berbicara..~

Assalamu’alaykum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah swt. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan mengemis keampunanNya. Selawat dan salam ke atas imam orang-orang yang bertaqwa, junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan berkat surah al-Fatihah yang mulia dan 7 ayat yang berulang-ulang, dan berkat kemuliaan alQuran yang suci..Kami bermohon kiranya, Engkau bukakan bagi kami kebaikan-kebaikan dan memberi kami kemuliaan dalam setiap kebaikan. Engkau jadikan kami dari golongan yang baik dan sentiasa mengamalkan amalan yang baik-baik. Dan Engkau peliharalah agama kami, diri kami, keluarga serta saudara-mara kami daripada kesusahan, keresahan, fitnah, kedukaan dan sebarang keburukan. Sesungguhnya Engkau Pemberi setiap kebaikan dan Pengurnia Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon padaMu, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang lurus menuju cintaMu yang hakiki, eratkanlah ikatan ukhwah antara kami dengan ikatan yang jujur ikhlas demi kecintaan terhadapMu dan Rasulullah saw. Ameen ya Rabbal ‘Alameen…A

lhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, segala pujian dan syukur ana panjatkan kepada  Allah swt, Tuhan bagi alam semesta yang telah mengurniakan masa lapang bagi ana hingga dapat menitipkan sesuatu di sini. Ya Allah, pemilik hati kami, jadikanlah kami hamba-hamba yang digolongkan bersama orang-orang yang Engkau kasihi dan redai, ameen ya Rabbal ‘Alameen.  Seterusnya, kaifahalukum ?? Moga-moga sihat wa al afiat semuanya di bawah naungan dan limbungan rahmat Allah. Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat di sini dalam keadaan yang baik dan dapat beribadah dengan tenang.. :) Cuma ada antara kami yang terkena diarrhea (Kamal and Hidayat – ikhwah IB), alhamdulillah in process of recovering, dapat special attention, nak makan apa, kami masakkan, but mostly diarrhatic person tak lalu nak makan (only bubur nasi) , and kena banyak minum air untuk neutralkan and stabilkan kembali keadaan dalam stomach. Petua-petua yang dibawa dari Malaysia pula minum teh pekat, (apakah mechanismnya ana tak pasti, nanti belajar dulu baru boleh cakap, insyaAllah)..apabila sahabat ditimpa kesusahan kenala saling bantu membantu, itulah namanya persaudaraan, lagi special kalau ukhwah islamiyyah yang dipupuk.. (wahh! Rindunya pada sahabat-sahabat seperjuangan di bawah naungan Al-Quran.. :’( ). Moga tabah hati tak berbelah bagi, sehati sejiwa dulu, kini dan selamanya..insyaAllah.

“banyak yang tinggal jauh namun dia sentiasa dekat dihati,
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai,
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani..”

Ana teringat pada ungkapan,“Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah”. Ia mengingatkan ana  kepada  halaqah, duduk sejenak mengenang dan mengimbangi iman dan taqwa dalam diri, kebergantungan kita kepada Allah dan merasakan kemanisan kebersamaan. Alhamdulillah, selalu diingatkan oleh teman, sahabat, kakanda di sekeliling :) . Lambang teman sejati, teman taqwa, terpatri janji setia bersama. Alhamdulillah usrah pertama kami telah dimulakan, bersama sesi taaruf. Ana dengan sahabat, Firdaus terlewat sedikit kerana kami ke pasar terlebih dahulu. Ana keluar ke pasar jam 6.15 pagi untuk membeli groceries, roomate, Khadijah ke pasaraya membeli kelengkapan rumah yang lain after zuhur. Kena pandai-pandai berjimat, salah seorang antara kami ke pasar and ke pasaraya, kalau dua-dua pergi dua-dua tempat, agak membazir. Makanan kami sediakan bersama, yes our skills of cooking are improving. Hehe ;) Kali ni bolehla challenge dengan abang (you won’t believe me..), almaklumlah dah kena masak sendiri kan, not bad, hehe. Khadijah pandai masak kari, masakan yang banyak benda nak kena masukkan (ada santan) ;), ana pula tahu masak yang simple-simple, yang tak banyak benda nak kena consider..bila orang tanya apa speciality, memang ana blur nak jawab, sebab kalau benda yang ana suka makan, tahula nak masak, kalau tak suka makan, taktahu nak masak (kalau tahupun maybe tak sesedap orang yang suka makan), apabila dah ramai tanya apa speciality bila ana dah start masak ni, ada la juga ana fikirkan jawapannya secara kritis (not to reveal here), mehla datang sini cuba masakan ;) Seperti yang sudah dijangkakan, memasak ni bukannya susah sangat..(uhuk..) ;) Kami as year 1 have to conduct majlis bacaan yaasin for every week yang mana memerlukan kami untuk menyediakan makanannya. Di sini, malaysian students organize bacaan yaasin for every week (malam jumaat), since malaysian students dah lebih 200 (almost 240), dah tak muat ruang Aula, so sekarang ni tukar trend baru, antara ikhwah dan akhawat bergilir-gilir baca yaasin kat Aula. Sekiranya minggu tersebut adalah turn akhawat, jadi akhawat year 1 yang sediakan makanan, sekiranya turn minggu tersebut adalah ikhwah, jadi ikhwah year 1 yang akan sediakan makanannya. Tugasan year 1 adalah secara turun temurun uruskan makanan untuk tiap kali malam jumaat tiba.. :) mula-mula sampai di sini, kami masak 3 kuali besar bihun untuk malaysian students yang datang solat jemaah dan baca yaasin..bihun dalam kuali yang kedua dan ketiga yang lebih lazat dari kuali pertama (dah tahu estimate sebenar bila try and error dilakukan, hehe). Kalau nak ceritakan pasal malaysian movement kat sini memang banyak, sedikit sebanyak ana updatekan dari masa ke semasa, ok? :)

tiada kesusahan jika dipermudahkan Allahtiada kegelisahan bila mengingati Allahtiada kesibukan bila mengingatkan hari bertemu Allahtiada marah dalam jiwa yang berhubung denganNyatiada tekanan bila Allah di sisitiada kesunyian bila Allah di hatitiada kekurangan bila Allah sentiasa mencukupkan!”

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, sudah hampir seminggu lebih berjalan aktiviti yang kami aturkan. Dan this weekend, untuk pertama kalinya kami dinner sama-sama di bilik Firdaus dengan nasi briyani dari Akhi Faizal, after solat isyak berjemaah baru dapat makan, semuanya dah lapar…but still ada yang tak dapat nak habiskan nasi malaysia tu (rugi-rugi) ..hehe ;) sahabat-sahabat begitu bersemangat nak sediakan makanan untuk tetamu yang bertandang untuk solat. Kan tetamu datang bersama rahmat, membawa bersama keberkatan, kena la raikan tetamu yang hadir..:) setakat ni setiap kali selepas jemaah, kami ada jamuan ringan yang senang untuk disediakan oleh tuan bilik, seperti cekodok pisang, cekodok bawang, sira pisang, roti telur, roti bawang, and ect. Moga Allah eratkan ikatan kasih sayang antara kami, insyaAllah. Gembira sangat dapat makan bersama-sama, kami tadarus sama-sama, dalam tazkirah kami saling mengeluarkan pendapat, ada yang emosional, ada yang lucu, ada yang nak menangis, ada yang mengusik, macam-macam ragam dan aksi, semuanya human behaviour yang hakikatnya kita dibiasi oleh orang-orang di sekeliling kita.   ;) yes, i have to admit that, siapa di sekeliling kita itulah yang menggambarkan kita. Sahabat adalah cerminan diri kita, oleh itu perlunya waspada dalam memilih sahabat. Alhamdulillah, ana gembira dan syukur sangat apabila Allah tunjukkan siapa sahabat, teman dan kawan. Kena pandai mendulang hikmah di lautan kasih yang tidak bertepi, bak kata kakanda :). Apapun ana gembira dan syukur kepada Allah even macam agak susah nak kumpul untuk jemaah tepat waktunya, tapi itu secara automatik nanti ada tindakan refleks terjadi, dengar je azan berkumandang terus siap nak solat jemaah kat bilik yang ditetapkan. Kalau nak ikutkan masjid hanya sebelah je dengan apartment kami ni cuma dipisahkan oleh pagar yang membuat kena turn dalam 270  darjah kalau nak solat kat situ..pasal solat terawih nanti, akan ada ikhwah yang imamkan kami (menurut senior, baca ikut juzu’,alhamdulillah, samala macam kmb) :) Doakan kami ya, moga senantiasa dikuatkan iman, dikurniakan kesabaran dalam menempuhi kehidupan kat sini. insyaAllah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah urusan pembelajaran dan kehidupan di sini.

Orang-orang yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan.. moga Allah kurniakan ketenangan, kedamaian serta kekuatan, insyaAllah..~

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah:186)

Istiqamah itu karamah..~!

keberadaan kita di atas jalan ini, bukan satu pilihan malah bukan keterpaksaan. kita tiada pilihan lain kerana kita telah mengucapkan janji syahadah!keberadaan kita di atas jalan ini, bukan satu keistimewaan pada orang-orang lain kerana kita yang perlu terus mengikuti gerombolan ini!keberadaan kita di atas jalan ini, bukan untuk kenikmatan dunia kerana kita mengejar jannatul firdausi!keberadaan kita di atas jalan ini, tidak menambah kehebatan atau mengurangkan kemuliaan Allah kerana kita yang mencari kemuliaan kedekatan di sisiNya!keberadaan kita di atas jalan ini..sesungguhnya hanyalah kerana belasNya..Dia yang telah memilih kita…Dia yang menyelamatkan kita ketika kita hampir lemas dalam lumpur jahiliyah!

keberadaan kita, hanyalah keranaNya…janganlah berpaling dari mereka yang telah mendidik kita dan membawa kita mengenaliNya…kenali siapa kawan dan lawan..kenali diri kita…tak kisah mana kedudukan kita, sama sahaja tentera atau general di dalam pasukan..kerana yang kita terus ingini adalah keberadaan di atas jalan ini….tiada keberadaan melainkan kerana hubungan kita dengan Allah semata…kita mohon, jika ada jutaan manusia diatas jalan ini, biarlah kita salah seorang daripadanya…kita mohon, jika ada ribuan manusia yang terus teguh di atas jalan ini, biarlah kita salah seorang daripada mereka..kita mohon, jika ada ratusan ansari yang terus mendokong risalah, biarlah kita salah seorang daripadanya…kita mohon, jika tinggal puluhan hawari yang tegar dengan mehnah, biarlah kita salah seorang daripada mereka…kita jua mohon, jika tinggal seorang yang masih bangkit selepas tersadung, biarlah insan itu…kita..!

Ana akhiri titipan kali ini dengan 2 ayat yang benar-benar menyentuh hati ana ketika subuh tadi, alhamdulillah penawar hati saat diri dilanda kealpaan…insyaAllah.

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu; kerana tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk(*). Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Maidah :105)

(*) kesesatan orang lain itu tidak akan memberi mudharat kepadamu, asal kamu telah mendapat petunjuk. Tapi tidaklah bererti bahawa kita tidak disuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah ia lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran: 110).

Wahai Tuhanku, Ya Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, limpahilah hatiku dengan belas kasihan-Mu,baik pada siang hari dan malam hari mahupun pada saat pagi dan petang silih berganti tak terlewatkan dalam hatiku, waktu daku tidur atau terjaga kecuali mengingati namaMu antara jiwa dan nafasku. Engkau telah masukkan ke dalam hatiku satu gagasan bahawa Engkau Maha Suci Tuhanku, telah banyak dosa yang daku perbuat dan Engkau mengetahuinya. Namun di saat petang menjelma dan pagi itu datang daku masih jua membuat dosa.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, tuntunlah hambaMu yang lemah dan hina ini ke jalan yang telah ditempuh oleh hambaMu yang solehah dan jangan sesatkan daku dalam menapak jejak agamaMu.B imbinglah daku di dunia ini dan di akhirat kelak serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam.

Ya Tuhanku, sesungguhnya diri ini penuh kekeliruan dan keluh-resah,walaupun ku tahu tanggungjawab dakwah ini satu kewajipan namun hatiku ini sentiasa menyeleweng dari landasanMu,oleh itu Ya Tuhanku kau kembalikanlah Nur kebenaran,dan kekuatan buat diriku ini agar diriku mampu berdiri tegak bersama kaum Adam untuk sama-sama menjunjung kalimahMu…ameen, insyaAllah..

Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahu segala yang terbuku di hati ini. Ana doakan moga antum sentiasa terpelihara dari segala kemungkaran, moga dikurniakan keikhlasan dalam beribadah dan sentiasa terpandu arah tuju dalam kehidupan fana ini, insyaAllah, mantap dalam perjuangan hidup untuk mendapat keredaan Allah diteruskan walau di mana berada, moga pengalaman lebih mematangkan dalam menilai dengan neraca kebaikan untuk mendapat timbangan kelebihan untuk kebaikan. Ameen, insyaAllah.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk juga datangnya dari Allah tapi disandarkan pada bahu ana sebagai membezakan antara hamba yang diciptakanNya dan Pencipta Yang Maha Kaya dengan segala Kelebihan. Hingga jumpa lagi. Doakan kesejahteraan bersama dunia dan akhirat. Hingga jumpa lagi.Ameen, insyaAllah.

Ana takhafullah wa ana unibbukum fillah,

~Wardatul-Syauki ~ 

 

 

 

 

Ketika cinta harus memilih..~

Assalamu’alaykum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah swt. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan mengemis keampunanNya. Selawat dan salam ke atas imam orang-orang yang bertaqwa, junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan berkat surah al-Fatihah yang mulia dan 7 ayat yang berulang-ulang, dan berkat kemuliaan alQuran yang suci..Kami bermohon kiranya, Engkau bukakan bagi kami kebaikan-kebaikan dan memberi kami kemuliaan dalam setiap kebaikan. Engkau jadikan kami dari golongan yang baik dan sentiasa mengamalkan amalan yang baik-baik. Dan Engkau peliharalah agama kami, diri kami, keluarga serta saudara-mara kami daripada kesusahan, keresahan, fitnah, kedukaan dan sebarang keburukan. Sesungguhnya Engkau Pemberi setiap kebaikan dan Pengurnia Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon padaMu, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang lurus menuju cintaMu yang hakiki, eratkanlah ikatan ukhwah antara kami dengan ikatan yang jujur ikhlas demi kecintaan terhadapMu dan Rasulullah saw. Ameen ya Rabbal ‘Alameen…

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, dengan rahmat dan inayahNya, hanya kasih sayang Allah mengiringi memberikan sesuatu yang selalu menggembirakan apatah lagi menenangkan qalbi.. diberikan kesempatan untuk menitipkan sesuatu di sini..insyaAllah.. :) Lama tidak menitipkan kata-kata di sini, hadirnya rindu untuk memugar cinta dalam bicara tanpa suara ;) Gembira dan terharu rasanya membaca kata-kata sahabat-sahabat dan kakanda, ikhwah serta akhawat yang memberikan sokongan dan dorongan dalam perjuangan ini, alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Pujian hanya bagi Allah swt, Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya dari pengetahuan kami yang terbatas ini, yang mengurniakan ana cinta tanpa syarat; mama, ayah, abang-abang dan adik-adik serta seisi keluarga, teman, sahabat dan kakanda serta sahabat di sekeliling yang mempunyai fikrah perjuangan yang sama serta sentiasa memberikan kata-kata dan dorongan yang tidak terhingga, segala pujian hanya bagi Allah swt, pemilik segala-galanya sama ada yang kita ketahui mahupun tidak.. Allhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Tidak putus-putus kesyukuran dan istighfar atas segala nikmatNya yang tidak terhingga, ingin sahaja air mata ini terus mengalir memikirkan segala kurniaan Allah yang tidak terhingga sedangkan keadaan diri yang tidak seberapa mana..Ighfirly ya Allah, Ighfirly ya Rahman ya Raheem, ya Hafeez,..peliharalah hamba-Mu yang lemah dan hina ini dari segala kemungkaran, hadirkan ketenangan dan kekuatan dalam menempuhi ujian kealpaan di dunia fana ini, moga segala yang hadir dalam hidupku akan semakin meningkat keimanan dan ketaqwaan padaMu, diuji sebagai tanda kasih sayangMu untuk mengingatkan diri ini hanyalah hamba yang lemah, tidak berbelah bagi hati ini, hanya pantas untuk mencintaiMu..hanya rindukan rahmat dan kasih sayangMu mengiringi dalam setiap detik nafasku dan langkahku ini.. Ya Allah, Jangan Kau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah kepadaku, sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hambaMu..ameen, insyaAllah. Allah S.W.T berfirman ertinya, “Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah) ” (Surah Ibrahim:34).

Di sini, hati ini yang sememangnya lembut mudah terasa ingin sekali melafazkan segala yang terbuku di hati namun itu bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi senang untuk menyatakannya. Hanya kekuatan dan ketenangan dalam diri yang akan membentengi segala-galanya, insyaAllah dengan rahmat kasih sayangNya, langkah ini diteruskan demi menjejaki keredaanNya…insyaAllah. Alhamdulillahi Rabbal A’lameen. :)

Benar-benar terasa Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya, rasa tenang mengusai apabila sedar bahawa Allah selalu menemani ana di sini..Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, thus, jangan risau-risau pasal Sarah eh, insyaAllah segala-galanya yang datang dan terjadi adalah baik-baik belaka..teringat kata-kata kakanda yang dipetik dari Salafus Saleh yang berkata: “semuanya yang datang adalah baik-baik semuanya kecuali neraka.” Allahu Akbar! Sangat menyentuh hati, bila difikirkan semua yang terjadi, kronologi terjadi segala rentetan peristiwa, tiada akan menyangkal kehebatan dan kekuasaan Allah dalam mengatur segala-galanya dalam kehidupan dunia fata morgana ini.. hina dan kerdilnya diri ini, mudah sangat terbuai dengan nikmat yang hanya secebis di dunia fata morgana ini. Subhanallah. Maha Suci Allah Yang Maha Penyayang dan Pengasih terhadap hambaNya.

lhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Sudah hampir 3 minggu di sini, segala-galanya alhamdulillah baik-baik belaka. Seniors sangat baik dan sering membantu kami dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan sekeliling. Sepanjang berada di sini, disayangi sebagai adik-adik junior dan dibimbing dengan penuh perhatian. And alhamdulillah, kami sudah menyertai Bakti Sosial (Baksos) yang pertama anjuran pelajar Malaysia ke Sunathon Program di Malino. Thats really interesting and we had great moment to remember. Subhanallah. Baru- baru ini, one of my sahabat from Kmb jatuh sakit dan disyaki denggi berdarah berdasarkan simptom-simptom yang dilihat. Her name is Liyana. Kak Paramesh (senior year 6) diagnosed her got denggi berdarah semasa di apartment. Then kami bawa dia ke hospital with Iman (senior year 2) using Kak Yong (senior year 3) punya kad insurans kesihatan memandang kad insurance kesihatan kami belum dapat lagi (sedang diuruskan oleh pihak MARA). Alhamdulillah pengurusan kemasukan ke hospital dibantu oleh Kak Ainul (senior year 4) yang sedang clinical year dekat that hospital.  Alhamdulillah, Kak Ainul yang tunggu kami ketika di hospital dan she assisted dari blood test sampai infused then moved to ward. Sangat terasa hubungan rapat dengan kakak-kakak di sini. Kak Ainul sangatla baik, sepanjang proses infused nak dijalankan, banyak yang kami bualkan and she told us pasal study kat sini, her experience, moment not to forget and to take attention, banyakla dan Kak Ainul suka buat kami ketawa and tersenyum with her celoteh, ye la, agak cuak bila kena masuk hospital tempat orang kan, but alhamdulillah at least ada seniors yang tengah buat clinical years kat situ.. jadi terjaga sikit even takde family dekat, bak kata Akhi Izzudin. Malaysian student kat sini saling bantu-membantu dan kami yang year 1 ni sering mendapat perhatian, baru two weeks kat sini dah jatuh sakit.. Liyana kena infused 6 bottles of isotonic liquid, ana dengan akhawat IB punya shift to take care of her. Pukul 2 pagi tukar shift jaga kat hospital. Lebih kurang pukul 12 tgh malam lebih, Akhi Izzudin and Akhi Haniff (both are seniors year 3) datang tengok, sempat pesan macam-macam, ye la memandangkan kami tukar shift pukul 2 pagi, siapa tak risau nak balik apartment waktu macam tu but alhamdulillah semuanya selamat. Then, bila dah masuk ward, lagila banyak seniors yang datang tengok, kami yang year 1 dapat kenal dengan seniors year 4,5,6. sungguh bertuah juga, ada hikmahnya sakit ni, jadi femes tetiba, ;) dapat kenal dengan seniors yang kebanyakannya jarang ditemui except for big events..memandangkan seniors sibuk dengan clinical years tak menyempat nak jumpa adik-adik, but kami diberikan peluang oleh Allah ditemukan dalam ward. Hehe, alhamdulillah, bila doktor masuk to check, ada seniors clinical yang temankan, antaranya ialah Kak Fatimah, Kak Syuhada, Akhi Muadz, Akhi Faizal, and yang lain..they said, “ini adik junior saya, doktor..” hehe.. kami pun turut sama belajar bila doktor menerangkan and seniors juga yang kena bila doktor tanya soalan kat mereka. Seniors satu hospital tahu ada anak Malaysia (junior year 1) masuk ward, then they came to visit at least, wahh, seniors clinical about 100 lebih. Kenangan. Kenangan. :)

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Segala-galanya yang terjadi adalah untuk mematangkan diri, membina keyakinan dan kekuatan. Wise dalam membuat keputusan untuk memilih. Lebih penting mengajar erti kehidupan yang sebenar. Even niat datang sini nak jadi doktor but bukanlah jadi doktor semata-mata, semestinya kita ingin menjadi manusia. Manusia benar sebenar manusia yang punya sifat kemanusiaan, yang tahu menilai baik dan buruk, dosa dan pahala, yang tahu tanggungjawab sebagai hamba kepada Yang Khaliq, dan tahu tujuan hidupnya di atas dunia fana ini. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Peluang untuk berjauhan dengan keluarga, jauh dari negara sendiri, memberikan ana peluang menilai diri sendiri, dalam ibadah kepadaNya selama ini. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, moga Allah terus membuka pintu hati kami agar sentiasa teguh pendirian dengan syariat Islam yang sebenarnya. Ana tinggal bersama roomate, Khadijah, dari Johor, kami sama-sama dari KMB, alhamdulillah sama fikrah and hope we suit to each other for next years. My dear roomate suka makan pedas while ana pula tak berapa sangat pedas, ye la orang Kelantan kan manis-manis ;) . ana belajar untuk tolerate dengan dia, cuba belajar masakan kesukaan dia, dan dia cuba tolerate dengan ana, belajar masak apa yang ana suka makan, ana fahami apa yang dia suka dan tak suka and same goes to her, akhawat IB yang datang dalam 7 orang, ada 7 ragam, 7 perangai yang semuanya nak kena settle down and be open minded. Sangat sayang apabila sahabat sendiri tetiba tersasar landasan ke apa-apa ke, kami saling mengingati dan menasihati. Alhamdulillah. Besides, ana nak kena belajar save budget untuk balik cuti 3 bulan nanti, nak kena budget untuk bil elektrik dan air, groceries and keperluan rumah yang lain lagi. Belajar careful dengan akaun dan duit-duit ni, bukan untuk diri sendiri lagi tapi dah lebih dari itu. Nanti kalau sahabat perlukan bantuan kewangan ke, kena prepare untuk emergency case tetiba ke. Banyak tanggungjawab lagi yang tak tersenarai, itu semua asam garam kehidupan, skill of life bukan boleh dapat dari baca buku, kena hadapi sendiri, dan dari situ kita menilai kemampuan diri..insyaAllah. doakan ana ya, moga-moga segala-galanya dipermudahkan Allah, hadirnya keikhlasan dalam perjuangan ini. 

Baiklah, dah banyak ana tulis..moga terubat rindu antum yang bertandang. 

insyaAllah, jika punya kelapangan, ana update dengan hal yang lain, alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, segala-galanya sungguh berhikmah untuk sama-sama kita fikirkan. Rindunya ana pada sahabat-sahabat seperjuangan, moga antum sentiasa dipelihara oleh Allah swt walau di mana antum berada, jika punya kesempatan kita ketemu lagi, insyaAllah. Ana sekarang ni tengah berbunga hati dengan kedatangan Kakanda yang dikasihi ketika bersama di KMB, Al-Ukhti Nida’ Ul Huda ke sini, her brother, Akhi Syafawi grad minggu lepas. Jumpa parents Ukhti Nida’, dengar nasihat and amanat yang disampaikan made me so much homesick, rindukan mama, ayah, abang-abang serta adik-adik dan seisi keluarga serta sahabat, kakanda-kakanda yang dulu sentiasa bersama..inilah pengorbanan dan perjuangan, masakan hanya dengan kesenangan untuk memperoleh sesuatu yang amat berharga kan? ;) Di sinilah, ketabahan dan kekentalan diuji. Terpahat segala-galanya di sanubari, insyaAllah ya ukhti, ana cuba sedaya mungkin, apa yang dah dipelajari di KMB, dan segalanya akan dipraktikkan di sini, insyaAllah. Selagi di izinkan Allah, Islam is my way of life, our way of life, walau di mana pun berada. Memang dah aware bila di tempat orang, mana ada satu tempat khas untuk solat jemaah sama-sama seharian. But alhamdulillah ada one ruang kat groundfloor ni untuk malaysian students, dikenali sebagai Aula, tapi biasanya hanya ikhwah yang berjemaah kat sana, and kalau akhwat nak buat qiamullail ke boleh je tapi semua akhawat, ikhwah tak la. Di sini, kami ditempatkan satu bilik hanya 2 orang, and alhamdulillah biliknya walau tak luas mana tapi still ada ruang yang boleh dijadikan sebagai ruang tamu, ada dapur and kalau nak jemaah bolehla kat ruang tamu tersebut. Ana dengan roomate selalu jemaah tapi rasa kekurangan sedikit sebab hanya berdua, nak ramai-ramai macam dekat kmb dulu. Semalam discuss among sahabat KMB, insyaAllah kami akhawat IB seramai 7 orang akan solat jemaah sama-sama di bilik yang telah diaturkan, solat jemaah yang wajib ialah maghrib dan isyak’, kemudian akan disusuli dengan sama ada tadarus, tazkirah, ataupun apa-apa pun yang bermanfaat mengikut yang telah disepakati. Alhamdulillah, weekend kami akan dinner sama-sama di bilik yang akan kami solat jemaah, dan itu tanggungjawab tuan bilik untuk menyediakan masakannya, kalau nak tempah pun boleh dengan Akhi Faizal (senior year 6, dia dengan wife dia pandai masak). Time puasa nanti, lagi banyak aktiviti boleh buat, insyaAllah. Kami mulakan dengan kelompok kecil dulu, then kalau ada yang berminat nak menyertai, sangat dialukan.. Yang menggembirakan ana, alhamdulillah kami semua dari KMB sangat-sangat rindukan solat jemaah sama-sama, ye la masa tu la nak rapatkan ukhwah, nak sembang ilmiah ke, nak share apa-apa ke, siapa lagi yang dekat dengan kita kalau bukan sahabat-sahabat seperjuangan kalau di tempat orang ni. Tentang usrah untuk kami year 1 belum mula lagi but soon insyaAllah. Alhamdulillah, insyaAllah tarbiyah kat sini ok, ana pun tengah tengok-tengok dulu. insyaAllah medium yang ada kena mantapkan lagi..Yang nak kena jaga as muslim, solat jemaah, usrah, ukhwah, tazkirah, tadarus, solat malam, kepimpinan, puasa sunat dan etc..Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, moga Allah permudahkan segala yang telah dirancangkan. Moga ianya pemangkin ke arah kebaikan bersama. insyaAllah. Doakan kami di sini ya~! Moga reda Allah mengiringi perjuangan kami di sini, dan antum juga ameen. insyaAllah. Kasih sayang Allah membatasi segala-galanya kerana Dia Maha Penyayang lagi Maha Pengasih terhadap hambaNya.

Ya Allah dengan rahmatMu, ya Raheem ampuni daku, ku mengintai ketenangan di antara kekalutan kerana keinginan tidak pernah kesampaian..ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan, bangkit semula meneruskan lagi perjalanan, ku memohon ketabahan kerana gelombang hidup dan dugaan mencabar, ku anggap tiada jalan mudah, itu hanyalah suatu kejayaan yang tertunda, kuminta diberikan sejenak kesempatan untuk ku ulang kembali langkah bersama, kepayahan yang kurasakan mengajar erti kesabaran, keperitan yang kurasa mengajar erti ketabahan,sungguh insan memerlukanMu Tuhan, di rimbun keampunan ku mencari keredaan, melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa… ku cari kejernihan di segenap ruang maya, masih ku sedar, ku sedang diperhatikanMu Tuhan, dengan rahmatMu, dengan kasih sayangMu, ampuni segala dosa-dosa ku ya Allah. Tetaplah kami di jalanMu, sentiasa di bawah lindungan inayahMu..

Ana akhiri titipan ini dengan firman Allah di dalam surah Al-Kahfi; Ayat 28: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”

Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahu segala yang terbuku di hati ini. Ana doakan moga antum sentiasa terpelihara dari segala kemungkaran, moga dikurniakan keikhlasan dalam beribadah dan sentiasa terpandu arah tuju dalam kehidupan fana ini, insyaAllah, mantap dalam perjuangan hidup untuk mendapat keredaan Allah diteruskan walau di mana berada, moga pengalaman lebih mematangkan dalam menilai dengan neraca kebaikan untuk mendapat timbangan kelebihan untuk kebaikan. Ameen, insyaAllah.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk juga datangnya dari Allah tapi disandarkan pada bahu ana sebagai membezakan antara hamba yang diciptakanNya dan Pencipta Yang Maha Kaya dengan segala Kelebihan. Hingga jumpa lagi. Doakan kesejahteraan bersama dunia dan akhirat. Hingga jumpa lagi.

Ameen, insyaAllah.

Ana takhafullah wa ana unibbukum fillah,

~Wardatul-Syauki ~

Dalam keresahan ini, ku sujud hanya padaNYA..~

Assalamu’alaykum wbt,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah swt. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan mengemis keampunanNya. Selawat dan salam ke atas imam orang-orang yang bertaqwa, junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan berkat surah al-Fatihah yang mulia dan 7 ayat yang berulang-ulang, dan berkat kemuliaan alQuran yang suci..Kami bermohon kiranya, Engkau bukakan bagi kami kebaikan-kebaikan dan memberi kami kemuliaan dalam setiap kebaikan. Engkau jadikan kami dari golongan yang baik dan sentiasa mengamalkan amalan yang baik-baik. Dan Engkau peliharalah agama kami, diri kami, keluarga serta saudara-mara kami daripada kesusahan, keresahan, fitnah, kedukaan dan sebarang keburukan. Sesungguhnya Engkau Pemberi setiap kebaikan dan Pengurnia Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon padaMu, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang lurus menuju cintaMu yang hakiki, eratkanlah ikatan ukhwah antara kami dengan ikatan yang jujur ikhlas demi kecintaan terhadapMu dan Rasulullah saw. Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Ya Allah Yang Maha Memiliki Segalanya yang bukan milik kami, saksikanlah bahawa hambaMU yang hina dan lemah ini telah menyampaikannya…berikanlah cahaya penglihatan pada mata hati kami, sesungguhnya dunia ini penuh debu dosa yang mengotori mata kepala kami Ya Allah…tunjukkanlah kami jalan yang lurus lagi Engkau redai dan berikanlah kami kekuatan untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenar-benarnya Ya Allah..Engkaulah kekuatan kami dan hanya padaMU kami memohon segalanya, Ameen Ya Rabbal A’lameen..~

———- Forwarded message ———-
From: eamonwalique <eamonwalique@ yahoo.com>
Date: 27-Jul-2006 17:50
Subject: [forkad] Ceramah Lawyer Zulkifli Noordin
To: forkad@yahoogroups. com

Aku forwardkan msg dari someone. Renung2kan la… artikel ni panjang
sikit, tapi berbaloi utk dihabiskan.. . kalau tak sempat baca kat PC,
print & baca la kat rumah ke, dlm kereta masa traffic stop, ataupun
masa tengah tunggu bini balik keje.. bila2 la..

Buat aku sendiri, rakan2 islam, rakan2 melayu, penyokong UMNO,
penyokong Sister in Islam…

Subject: Ceramah Lawyer Zulkifli Noordin

Bismilah hirrahmannirrahim,

Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita
siti nor haliza nak kawin dengan dato k. cerita berapa
hantaran, cerita sapa nak reka kasut kawin ct, cerita
naik kereta kuda pusing klcc la, dsb. Dalam pada tu
terselit juga cerita ex-wife dato’ k saman harta
sepencarian rm7 juta. Internet pun heboh dok tunjuk
gambar-gambar lama dato’ k, dan yang best sekali
gambar2 anak2 dato’ k yang berhingus tu dok peluk
awek. Orang kata ? bukan aku kata ? ‘like father like
son’. Aku no komen, sebab aku don’t give a damn.
Mungkin kita boleh tunggu komen ct nanti.

tapi bab ni, 180 darjah punya turning dari cerita dato
k vs ct ni, kita semua patut ‘give a damn’, patut
ambik tau, patut pikiaq masak2, dan patut buat apa
yang patut. Ni kisah melayu jawa, yang menggadaikan
agama Islam demi cintanya kepada seorang lelaki India
kristian. Kesian sungguh tuan haji jelani dan puan
hajjah kalsom yang terpaksa bersengkang mata menjaga
kerenah anak mereka ketika baru lahir 42 tahun dulu.
La ni, anak yang dibesarkan dengan penuh suasana
keislaman itu sudah terang2 menolak agama yang diajar
kepadanya dan terus mengenepikan ibubapa yang
membesarkannya hanya kerana cintanya pada seorang
lelaki dan mahu pula menukar nama dalam i/c dari
azlina binti jelani kepada ‘lina joy’ sahaja. Agama
islam ynag tercatat pada i/c nya pula mahu diganti
dengan perkataan ‘kristian’. Astaghfirullahul azim.

Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke
surau al-islah di taman kajang mewah, kajang, sebab
nak dengar ceramah lawyer terkenal sdr zulkifli nordin
(dulu lawyer kepada kes fitnah liwat anwar ibrahim).
Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit
ada la kot. Jadi apa yang aku nak tulih ni cerita yang
sikit sebanyak dapat aku catatkan dari cermamah
beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada fakta yang tak
betul tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu
minta maaf. Ceramah malam tadi berkisar kepada kes
lina joy ni lah.

Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita
lama (sebab orang melayu mudah lupa kot) iaitu cerita
pasal kes natrah yang berlaku tahun 1950. masa tu
malaya masih lagi bawah orang putih dan hakim semua
dok pakai wig lagi. Kes natrah ni aku mis hujung
pangkal dia tapi kalau tak silap kes penjagaan natrah
ni la, antara islam dan kristian. Masa kes ni berjalan
orang melayu zaman tu di singapura ? melayu umno ?
punya la sensitif dengan masa depan natrah, takut dia
dimurtadkan berkumpul dan berdemontrasi la kot, tapi
khabarnya dalam mempertahankan akidah natrah,
“mahkamah di singapura dibanjiri darah”.

Melayu sekarang ada berani ka? Kalau nak tau baca
lagi…. panjang lagi ceramah zulkifli nordin ni (2
jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak
la kot.

Lepas natrah, zulkifli nordin bangkitkan pula cerita
kes suzy teoh yang peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia
tak sebut pulak tahu bila, tapi aku rasa 80an kot,
sebab aku rasa tun salleh abbas pernah handle kes ni.
Walaupun mufti kelantan masa tu mengatakan islam suzy
adalah sah sebab beliau sudah akil baligh, tapi
undang2 sivil tetap refer pada kes natrah dan
menyatakan suzy teoh tak boleh tukar agama sebab
kurang dari 18 tahun, dan tak ada agreement dari
parents dia. Kata zulkifli nordin, itu adalah undang
penjajah yang kita warisi, tetapi kalau undang2 islam,
ianya dibuat berdasarkan ijtihad hakim.

Lepas tu masuk kes halimatun saadiah pulak, kes ni
tahun 1983. dalam kes ni hakim kata tak boleh pakai
purdah. Haramkan pakai purdah. Pun tak detail sangat,
tapi aku rasa ni kes student u yang kena buang sebab
pakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebab
aku kecik lagi masa tu dan tak baca paper tiap2 hari
macam la ni.

Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2
ni… hampa semua mesti tau kalau baca surathabaq. Kes
ni kata zulkifli nordin akan terus menetapkan bahawa
haram orang islam pakai serban di sekolah dan tempat2
tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi
melawat orang mati jer kot. Hah, macam tu punya teruk
ka?

Pas tu dia masuk kes jamaluddin osman pulak (1986)
yang mana beliau masuk kristian dan jadi paderi di PJ
dengan nama joshua. Beliau ditangkap bawah ISA dan
kumpulan pendesak kristian cabar kes ni di mahkamah
dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan persekutuan)
mengenai kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah
menangkan puak kristian dan kata akta keselamatan tak
boleh halang hak jamaludin untuk beragama. Akibatnya,
kata zulkifli nordin, lepas kes ni polis dah tak buat
apa-apa lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut
undang2.

Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006)
katanya lebih 100 kafirun berkumpul di JB bincang
pasal agama islam. Lawyer ni kata polis tak boleh buat
apa sebab 1986 punya kes dah kata tak boleh kacau.
Kalau kacau, nanti kata polis nak guna akta
keselamatan nak sekat kebebasan beragama pulak.

1997, mesti ramai ingat, kes aisyah bukhari. Sedap
namanya, aisyah. Dalam kes aisyah ni puak kristian
minta pertolongan mahkamah lagi, sebab depa tau depa
boleh guna undang2. zainur zakaria kata, masa kes
aisyah tu kalau islam kalah, puak2 kafirun mesti naik
kepala punya, tapi menteri agama masa tu hamid othman
kata “biaq pi lah, sorang saja melayu”.

Tu dia, 1997, “sorang saja melayu” cuba hampa pikiaq,
kalau mufti perak ni cakap la ni ada 100,000 orang
melayu murtad dan tunggu nak declare depa murtad macam
mana? Apa, tak pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau
hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata
ustaz zulkifli nordin lagi ni semua berlaku sebab kita
sendiri yang biarkan berlaku. Biaq pi lah….

Tahun 1988, siapa tak ingat kes hartina kamarudin? La
ni dia dah pakai nama hindu dah, Devashini.
Astaghfirullahul azim! Ni pun pasai kawin dengan
lelaki hindu. Dalam kes ni, yang tragisnya ayah
hartina yang ditangkap kerana mencederakan lelaki
hindu yang memurtadkan anak kesayangan yang ditatang
dari kecil itu. Bayangkanlah!

Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes
di flet pekeliling di mana pemuda2 hindu memecahkan
rumah dan melarikan anak gadis yang disembunyi oleh
ibunya demi menyelamatkan akidah anaknya. “orang
melayu tak buat apa2 pun, dan orang bukan islam
bermaharajalela,” kata zulkifli lagi. “melayu tak
kisah, asalkan tak kena kepala dia”.

Katanya lagi, orang melayu pada tahap yang paling
kritikal sekarang sampai orang bukan islam boleh pecah
rumah rampas anak pun orang melayu masih seronok
dengan kemewahan dunia.

Berbalik kepada kes azlina joy, memanglah katanya ni
hanya sekadar kes kad pengenalan. Azlina ni minta 3
perkara:
tukar nama
buang tulisan islam dan ganti dengan kristian
benarkan perkahwinan dia dan daftarkan di jabatan
pendaftaran
tapi alhmadulillah, pegawai islam jabatan pendaftaran
reject permohonan dia.

Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong
dia.NGO-NGO ni bising sungguh sebab depa ni la yang
kuasai media.NGO tu yang aku ingat ialah aliran,
suaram, hakam, NWCO, WAO, WO, bar council, majlis
perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis
catholic, dan yang sama kuat bising ialah melayu2
SISTERS IN ISLAM (anak murid amina wadud ni).

Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di johor dok
hentam islam lah agenda depa. NGO ni walaupun sikit,
tapi ‘kabel besar’. Depa ni yang NGO kafirun ni dok
sibuk memperkudakan SIS. Sisters in Islam ni katanya
walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya
adalah syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss
SIS ni zainah anwar siapa yang tak kenal, dan kakak
dia pulak zarinah anwar pun orang besar securities
commission ka apa.

Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2
perdana menteri hadhari kita. Marina anak mahathir,
nori anak pak lah, dan anak tun Hussein onn. Anak
siapa? Ha, tu dia punya nala punya cable kalau TNB
tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni
di johor pagi tadi, tengku mahkota johor kata ‘JANGAN
BAGI’. Polis cakap kat putera sultan ni, “Tuanku,
Dato’ Nazri bagi tuanku…”
Tengku mahkota tanya kenapa? Polis jawab sebab anak PM
duduk dalam tu. Malahan nazri orang kuat ameno ni
mintak pulak polis jaga keselamatan kalau ada orang
demonstrasi nak halang mesyuarat tu macam kat penang
bulan lepas. Alhamdulillah, walaupun ada orang mai
protest meeting tu, ketua polis johor dato’ hussin
ismail kata kalau boleh jangan tangkap geng penentang
kumpulan article 11 ni.

Mai tang bab ni zulkifli nordin main hentam terus
ameno. Ni la terus terang aku dengaq orang maki ameno
dalam surau secara terang-terangan. Baguih la,
zulkifli nordin kata satu hari nanti dia akan mati
juga dan dia kena jawab dengan allah, buat apa dia nak
takut.

Dia kata: “Barua-barua Umno macam nazri biadap. Ramai
orang umno tak tau. Kesian orang umno (yang lurus
bendul) sebab depa tak tau menteri depa macam tu”.

Dia kata, semalam nazri ada kata dalam bar council
meeting: “saya menteri, saya jaga awak”. ‘Awak’ ni
puak2 bar council yang pro article 11 yang
diperjuangkan kafirun ni la. Nazri dengan angkuhnya
tambah lagi: “awak jangan bimbang, pak lah dalam poket
saya”.

Marah sungguh saudara zulkifli nordin kita. “Tuan2
mesti ingat, ini menteri umno pengkhianat bangsa,
termasuklah zaid (ibrahim). Kalau tuan2 dalam umno,
buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati la) jawab
dengan Allah”

“jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada
pemimpin. Dulu umno 1950 berani lawan kes natrah, tapi
la ni tunggu kontrek. Jangan biar anak2 cucu kita
ludah kita (suatu hari nanti).

“DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA
BERSARANG DENGAN PELURU, 13 ORANG DIGANTUNG SAMPAI
MATI..”

DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB
PERTAHANKAN KES NATRAH. BUKAN PERTAHANKAN KONTREK,
TAPI PERTAHANKAN AKIDAH.”

Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq
mata. Memang jauh sungguh iman kita dengan orang
melayu dulu, depa sanggup mati mempertahankan agama.
Kita, pengecut semuanya. Pikiaq anak, pikiaq bini,
pikiaq instalment rumah, duit kereta, duit tu, duit
ni?. Duit, duit, duit?. Cinta dunia dan takutkan mati.
Tu la kita hari ni.

Dia sambung lagi? tangan aku pun lenguh menulis dah,
tapi aku belum nak surrender. Kalau pen habis ink baru
ler aku surrender. ni baru angkat pen, bukan angkat
pedang brader?

Katanya bila mufti perak cuba pertahankan islam, dia
dimaki oleh rais yatim, nazri dan Abdullah mat zin
(menteri umno ler tu, kalau korang tak kenal).

“kenapa orang umno duduk diam dan kata padan muka
(pada ustaz harussani). Malahan ada pulak mufti
(negeri lain) yang marah kat dia, sound dia kenapa
jolok sarang tebuan”.

DATO’ SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2?
menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang melayu
murtad, dia kena tempelak dengan menteri dan mufti2
lain. Kata zulkifli nordin kata mufti marah2 kat
harussani sebab takut periuk nasi depa masuk pasir la
kot. Ustaz harussani ni sepatutnya dipertahankan oleh
menteri dan mufti2 lain, bukannya ditempelak sebegitu
rupa.

Berbalik kepada isu azlina joy, walaupun ni kes IC kat
mahkamah persekutuan nampak macam kes kecik, tapi
impaknya amat besar. Dulu mahkamah tinggi dah tolak
permintaan azlina joy ni atas alasan kes ni mesti
dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli, NGO
kafir boleh berhujah. Depa guna Artikel 11
perlembagaan persekutuan. Artikel tu kata “every
person has the right to profess & practice the
religion”. Semua orang ada hak untuk memilih dan
mengamalkan agama.

Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh
murtad, murtadlah. Tapi bagi yang beragama islam, mana
boleh murtad sebab undang2 agama islam kata tak boleh
murtad. Orang islam tertakluk kepada undang2 islam.

Tang ni, cyrus das, lawyer kapiaq yang mewakili lina
joy dengan bangganya menghina islam. Katanya “sudah
sampai masanya orang islam di Malaysia disedarkan
bahawa Malaysia bukanlah negara islam tetapi adalah
negara secular. Dan undang2 islam adalah berada
dibawah tapak kaki undang2 negara (perlembagaan
persekutuan)”.

Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah
hak individu, so terpulanglah agama apa pun nak
dianuti.

Zulkifli nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy
atas beberapa sebab:
merujuk kes dulu2
cara hakim tanya soalan pun dah tau
jangan percaya hakim melayu

kata zulkifli nordin, dalam kes meor habiburrahman,
hakimnya adalah hakim melayu. Dalam kes serban, hakim
melayu. Dalam kes purdah, hakim melayu. Kes islam
(agama rasmi) sekadar sebagai agama istiadat, pun
hakim melayu. Kes jamaludin paderi besar pun hakim
melayu.

Tambah lawyer bekas exco umno ni, kalau agama dianggap
hak individu dan lina joy menang, lepas ni setiap
invidu boleh buat apa saja. “sesiapa saja boleh
tentukan dia nak anut agama apa, dan dia boleh
tentukan bila dia nak murtad”.

Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:
Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan
melayu itu islam dah tak relevan. So melayu dah tak
wujud
semua hak istimewa melayu (AP, permit, biasiswa)
terhapus dengan sendirinya sebab melayu dah tak wujud
yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh
tangan wei?), ooo begini, kalau boleh senang2 murtad,
orang melayu yang didakwa kes fardu ain (tak posa ke)
atau kes melacur ke, boleh kata dia murtad dan bila
lepas keluar mahkamah mengaku le islam balik.

Tambah zulkifli nordin lagi, kalau ada masa pergi la
mahkamah syariah KL pagi isnin dan tengok la ramainya
anak gadis melayu berbaris kat mahkamah. Katanya depa
ni nampak elok jer pi mahkamah syariah pakai tudung,
tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER @ SLUT
(hat @ ni aku tambah).

Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila
hakim baca pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan
senang hati jawab salah la yang arif. Hakim kata betul
ke kamu faham ni sebab mengaku salah melacur boleh
kena penjara 6 bulan atau denda rm3,000, depa jawab
faham tapi minta ringankan hukuman.

Bila hakim kata ok lah, aku denda hang rm1,500 saja,
depa sorak yeeee (aku tambah le ni)? depa keluar pi
jumpa bapak ayam tokey cina kat luar mahkamah ambik
duit bayaq. Sedih sungguh sebab maruah anak2 melayu
islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno
buat apa? Zulkifli nordin kata diam saja, sesekali
boleh gak ‘pakai’.

Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa,
tapi akidah tak terjejas lagi. Tapi kalau kes yang
sama di mahkamah persekutuan, minah yang sama bila
dituduh dengan senang boleh elak hukuman kalu dia
cakap, “saya dah murtad” atau “saya bukannya lagi
Islam”. Ha, ni la kesan dari kes lina joy kalau kita
tak perhati dari la ni. Orang boleh keluar masuk islam
sesuka hati depa saja.

Tambahnya dalam kes kamariah ali pengikut ayah pin,
sebab dia dah mengaku murtad di mahkamah syariah, tak
boleh nak buat apa apa la. Sekarang status tak clear,
so kena tengok apa kata keputusan kes lina joy. Kalau
lina joy menang, lepas le kamariah ali sebab dia dah
murtad, mahkamah tak boleh hukum dia.

Kamariah ali ni bukan calang orang. Mengaji kat nilam
puri, sambung kat universiti al azhar (ada siapa yang
tak pernah dengar nama universiti ni???) tahun 60an
dulu dan pernah jadi ketua biro dakwah. Dia kawin
dengan ustaz mohamad ya, azhar jugak kot (tak sure).
Bila balik Malaysia pi kerja di Sarawak (untuk
berdakwah la tu) tapi balik semenanjung, dua2 jadi
pengikut ayah pin.

KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM
MANA KITA???

Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer zulkifli nordin
ini mengingatkan beberapa bala yang bakal menimpa umat
islam malaysia sekirannya mahkamah memihak kepada si
murtad ni. Pertamanya, melayu akan pupus. Sebabnya,
bila melayu dah declare bukan islam, dan islam tak ada
kena mengena dengan melayu, lama2 pupus lah melayu.

Keduanya, orang islam senang2 boleh mengaku murtad
bila kena dakwa di mahkamah, dan bila dilepaskan
(camana nak bicara, dah kapiaq dah) boleh masuk islam
balik. Janji tak kena denda atau penjara. Maknanya,
senang sungguh depa nak mempermainkan islam.
Seterusnya, yang lebih bahaya kata ustaz zulkifli
nordin, bila keputusan kes ini akan membenarkan orang2
kafir membuat tafsiran terhadap undang2 islam. Since
perbicaraan bukan dalam mahkamah syariah, dalam kes
lina joy, orang kafir senang2 kata undang2 murtad tu
salah, yang betul ialah perlembagaan persekutuan dan
hak asasi manusia.

Tambahnya, bukan kerjaorang kafir nak kata orang islam
tak boleh pakai serban, tak boleh pakai purdah atau
apa, sebab bicara kes ni bukan dalam mahkamah syariah.
Tapi, lebih menyedihkan, katanya keputusan pengharaman
serban dan purdah keluar dari mulut hakim melayu.

Katanya, dalam kes meor habiburrahman, si bapak hakim
buat tafsiran “ikut kepala bapaknya”. Ada ka hakim
kata dia buat keputusan merujuk kepada “pemerhatian”
dia, dan bukannya merujuk kepada quran atau hadis. Ada
ka logik dalam membuat keputusan mengenai serban, dia
kata, “saya rasa, saya pi mekah tengok budak2 arab tak
pakai serban pun.”

“saya perhati mufti tak pakai serban pun?” kata hakim
kes serban ni. Tak logik dia tak tau yang tak bagi
mufti pakai serban ialah kerajaan sendiri.

Peguam ni tambah lagi, la ni ramai ustaz2 sanggup
pakai songkok saja atau pakai kot saja untuk syarat
layak keluar tv.
Sebab depa ni sekadar pakai songkok atau ada yang tak
pakai lansung, malah pakai kot, maka si hakim yang
handle kes serban baru2 ni kata: “tengok… so and so
mana ada pakai serban pun”. Katanya, inilah yang
berlaku kalau ustaz2 pun terlalu cintakan dunia (duit
ler brader, RM) sehingga sanggup menjadikan diri
mereka sasaran fitnah.

“hakim tu hina rasulallah, sampai dia kata tak semua
yang nabi buat tu kita kena ikut. Contohnya kalau
rasulallah duduk dalam rumah tanah liat, naik unta,
gosok gigi guna kayu, tak kan kita nak ikut…”
Tak cukup penghinaan tu, hakim tu terang2 tambah,
“adakah mulia mereka yang ikut muhammad duduk dalam
rumah tanah liat berbanding dengan rumah batu? Adakah
mulia mereka yang naik unta,” cerita bekas lawyer pak
sheikh ni, marah sungguh dia dengan mulut celupar
hakim ntah apa ke nama yang handle kes serban
baru-baru ni.

Tambah zulkifli nordin, kalau ikut kitab mustika
hadis, orang yang hina rasulallah macam tu dah kira
murtad.

Pasal cerita serban ni, ustaz zulkifli bagitau dia ada
dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh dr mashitah
ibrahim (ustazah glamer rumput carpet) kata kes serban
ni “tak ada apa2″. tapi dia tak tau saya pun ada dalam
majlis tu dan akan bagi ceramah seterusnya, jadi bila
dia (ustazah mashitah) tau saya ada di situ, cepat2
dia nak cabut balik. Saya kata jangan balik dulu.
“saya marah sungguh sebab mashitah ibrahim ni nak tipu
bangsa sendiri,” kata zulkifli nordin.

Katanya dia pun heran kenapa orang2 bijak pandai agama
boleh bersekongkol dengan hakim yang buat keputusan
yang menghina islam dan rasulallah macam tu.

Kalau islam dah senang2 boleh ditafsir sendiri,
hilanglah hak penjagaan anak kita, katanya dalam
ceramah yang dihadiri oleh kira2 300 orang tu.
Contohnya, kalau kita suruh anak kita sembahyang dan
anak kita tak mau sembahyang dgn alasan tertentu,
kalau kita paksa jugak dia boleh pi bagitau NGO dan
mahkamah ada kuasa bagitau tuan/puan yang tuan/puan
tak boleh paksa anak tuan bersembahyang sebab undang2
kata macam tu.

“sebab itulah orang kafir tunggu sangat kes lina joy
ni,” katanya. Tambah penceramah ni, sampai 13 peguam
wakil kes ni, yang terdiri dari 11 NGOs semuanya
datang dengan lawyer. Tak cukup dengan NGO-NGO tu, ada
lagi wakil dari kedutaan Perancis, Australia, Kanada.
Wakil hak asasi manusia Amnesty International pun ada.
Katanya kalau nak tau who’s who yang defend /
sekongkol dengan lina joy laknatullah ni, rujuklah
laman web www.bracketfund. com.

“KITA MESTI MENANG KES INI UNTUK CENGKAM BANGSA
MELAYU. KALAU MENANG KES NI, ANAK-ANAK MELAYU TERBUKA
UNTUK DIKRISTIANKAN,” cerita zulkifli nordin, orang
yang lama dan masak dengan selok-belok undang ni.

Katanya, buat masa ni, masih susah lagi orang nak
murtadkan anak2 melayu sebab mereka masih lagi dalam
jagaan mak bapak.Beliau turut mempersoalkan berapa
banyak RM orang melayu islam sumbangkan untuk lawan
kes azlina jelani ni sebab orang bukan islam dah
berjaya dapatkan lebih USD 4 million untuk kes ni. Nak
bayar lawyer dll. Katanya lagi, pada peringkat
antarabangsa orang2 kafir sangat ambil berat kes ni .
kalau tak percaya jugak, katanya tengok website
www.sydneyamerican. net, ada dalam tu kata “kita tunggu
peluang nak serang melayu” (nak murtadkan melayu yang
islam lah). Katanya, nama azhar mansur pun ada dalam
website tu.

Alhamdulillah, sekarang ni peguam2 melayu dah tampil
kehadapan, tubuhkan Badan Peguam Pembela Islam (PPI).
“lawyer kita cuba nak lawan”.

Beliau turut menasihatkan orang2 melayu hari ini yang
berada diperingkat akar umbi ? kita ni lah ? supaya
bangkit sebab mahkamah akan buat keputusan tak sampai
6 minggu saja lagi. Pejam celik, keputusan dah keluar,
dan kalau kita tak berbuat sesuatu, tandatangani
petisyen ka, solat hajat ka, pas tu kalah tok sah dok
salahkan orang lain lah.

“kita dah tak ada masa nak minta tolong umno ka, siapa
ka, sebab tu lah lawyer-lawyer melayu mula bersatu.”
Zulkifli nordin kata setakat ni ada 68 NGO melayu dah
menyatakan sokongan kepada perjuangan PPI, termasuklah
abim, JIM, perkim, persatuan ulama. Pekida pun join
sama, alhamdulillah.

Katanya, lawyer2 islam malaysia ni mahukan Artikel 3
iaitu islam sebagai agama persekutuan dijadikan
sebagai islam syariat. Bukan takat baca doa masa
opening ceremony atau tahlil orang mati saja. Artikel
11 pulak, kata lawyer ni, mesti ditambah 11(a) ka apa,
supaya kebebasan beragama itu (keluar masuk agama)
tidak terpakai kepada orang Melayu / Islam. Artikel 4
pulak, katanya, lawyer2 ni dah kaji dan mahukan ia
ditambah. Kalau sekarang kata orang bukan islam tak
boleh dakwah dengan orang islam, in future nak tambah
sikit lagi, kalau dakwah jugak, ada hukumannya.

Beliau juga memetik kata2 imam besar imam ghazali:
“kalau kita nak tengok nasib bangsa akan dating,
tengoklah diri kita hari ini.” Katanya 50 tahun dulu
orang islam masih ada sensitivity dalam kes natrah
pun, la ni dah jadi lagu ni. Lagi 40 tahun tak tau la
macam mana.

Beliau turut berpesan, tolonglah masuk myislamnetwork
website dan print maklumat dalam tu, kemudian sebarkan
di kawasan2 kejiranan, bagi kat kawan2 ke. Lagi satu,
dia minta kita pakat2 turun tandatangan, sebab dulu
geng2 kafir pendokong lina joy ni berjaya mendapat
50,000 tandatangan meminta supaya Artikel 11
perlembagaan persekutuan tidak lagi memihak kepada
orang melayu islam.

Katanya, bila sign petition tu, jangan takat bubuh
nama ‘Hamba Allah’ tapi tulih nama sendiri dan bagi
henfon sekali. Nak takut apa, kalau yang ni pun tak
boleh, macam mana nak berjihad? So, kalau orang cek
nama ali bin abu, dia memang betul2 wujud, baru ada
credibility.”biar Allah tengok nama kita ada dalam
ni,” katanya sambil mengedar borang petition kat surau
al islah malam tu. Katanya jangan la dok takut SB baca
ka, pasai masa depan islam kat malaysia dah kritikal
sangat dah, dan kita kenalah berbuat sesuatu.

Kemudian, zulkifli nordin bagitau yang beberapa orang
sultan ? johor, selangor, terengganu, perak ? dah mula
memberi reaksi positif kepada perjuangan lawyer2 islam
hari ni. Katanya, sultan selangor cakap secara terbuka
mengenai isu ni dalam majlis penutup tilawah al quran
baru baru ni. Alhamdulillah, sultan selangor ambil
berat. So, sembahyang jumaat nanti, kalau tok khatib
doakan sultan selangor ni, aku cadangkan korang amin
la kuat2 sikit. Mudah2an allah memberi hidayah kepada
sultan2 melayu ni. Kalau depa sokong, insya’allah,
mereka pasti tetap relevant pada mata rakyat.

Beliau turut mengingatkan orang melayu supaya bangkit
dari zon selesa. “saya minta orang2 umno bangkit,
sebab dah lama dah mereka (orang bawahan) ditipu.
Sekarang bangkitlah pertahankan melayu.” Zulkifli
nordin minta la siapa2 yang ada masa boleh tolong jadi
sukarelawan dalam tempoh singkat ni. Lawyer2 dan NGO2
melayu islam dok sibuk dok bagi ceramah sana sini,
bantu lah jadi drebar ka, tukang taip ka, jaga ofis
ka. Keselamatan penceramah pun nak kena jaga. La ni
katanya, budak UPM yang dok ramai jadi sukarelawan ni,
walaupun depa sibuk dengan kelas, tapi depa sanggup.
Alhamdullilah. Katanya bukalah website sebab dalam
website PPI tu ada minta macam2 pekerja sukarela, so
bagitaulah macam mana boleh tolong.

Habis ceramah, masa sessi soal jawab, ada sorang
tanya: “apa pendirian pak lah?” aku tak berapa ingat
jawapan dia sebab pen aku dah berjalan bersama kertas
petisyen, tapi jawapan zulkifli nordin lebih kurang
kata pak lah tak ambik berat sangat dan anak dia nori
pun dalam sisters in islam (badan yang kuat menyokong
geng artikel 11). So macam, mana?

Itulah saja yang aku dapat, lenguh tangan aku tulih
nota ceramah tu, taip balik 4 jam baru siap. Korang
baca dan edarkanlah supaya orang kita mendapat
kesedaran dari ceramah saudara zulkifli nordin ni. Dia
dah banyak berkorban, tuan2 pun mesti boleh kalau
percaya usaha kita ini akan dapat membantu
menyelamatkan akidah anak2 kita, anak2 jiran kita,
anak2 kawan kita, dan semua anak orang islam di negara
ini. Amin.

http://www.fikrahma dani.com Releks Sekejab Renungan utk semua…renunglah betapa kecilnya kita di
bumi Allah ini… Jadikan kisah ini sebagai pengajarn dan peringatan
buat kita semua…

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi… Jeng!Jeng!Jeng!…

bunyi….AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu
mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni pun lari untuk menyelamatkan
diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si
hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ALLAH ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada
ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

AAAAA!!!!… Ya ALLAH….. lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya
tikus. Alahhhh…. cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas.
Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni…. habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang
hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba….
terdengar satu bunyi…. BZZZZZ BZZZZZ… bunyi lebah bawa madu. Si hamba
ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu
kata, “Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.

SUBHANALLAH sungguh sedap ni.” Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir yg
menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita
dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu…,madu
yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada ALLAH.
Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

ASTAGHFIRULLAH…

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LAA I LAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRULLAH
*LAA ILAH ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLIM WABAA-RIK A’LA SAYYIDINA MUHAMMAD WA
A’A-LIHI WA SAHBIHI AJMA-IIN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi
perkataan

Step 3:
Forward artikel ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda.

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
kesejahteraan untuk kamu dan di AMIN oleh para Malaikat, INSYALLAH

Oleh itu………………..duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan
ALLAH dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang
diredhaiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan
dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian
dalam apa jua yang kita kerjakan.

Wasalam….