Perjalanan pertama di medan baru

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk update di blog ini dengan masa yang sedikit terluang. Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah? Semoga kalian sentiasa dinaungi dengan hidayah dan petunjuk serta kasih sayang Allah swt.

Janji kepada sahabat untuk menceritakan pengalaman clinical year di bumi Wali Songo ini masih tersemat di kalbu cuma masa yang sedikit menghimpit di tambah dengan internetnya yang tidak sepantas di bumi Shamrock😉 menghambat penulisan di sini. Apapun ana harap coretan kali ini sedikit sebanyak melunaskan apa yang terpatri. Moga ada ibrahnya dari pengalaman yang tak sebanding dengan berlian ini, insyaAllah.🙂

Alhamdulillah, department pertama ialah bahagian kulit dan kelamin (baca: KulKel). Untuk team ana seramai 15 orang, yang mana boleh consider agak ramai juga la. Alhamdulillah, bila ramai dalam team, nanti jadual oncall (baca:jaga) akan berkurang. KulKel ada 4 minggu rotation. Minggu 1 jadual oncall 3x seminggu, minggu 2 oncall 2x seminggu, minggu 3 oncall 1x seminggu dan minggu 4 no oncall sebab dah masuk exam week. Yang bagusnya masuk awal KulKel is kita boleh belajar nak oncall untuk hidup di zaman clinical years di sini. Tak banyak sangat yang nak dilakukan time oncall. Basically kita akan ambil vital signs patient setiap pagi after subuh dalam pukul 5.45pagi. Vital signs (aka T.N.P.S) = blood pressure, temp, heart rate, breathing rate.

Apa yang best dengan bahagian KulKel?? Before masuk dept ni, dah banyak cerita yang ana dengar tentang ‘keistimewaan’ KulKel ni, rasa excited dan ‘gerun’ juga nak masuk. Apapun proses untuk belajar berhadapan dengan manusia harus dikuasai oleh seorang doktor. Doktor bukan deal dengan machine tapi dengan manusia yang ada pelbagai bentuk reaksi dan sudut untuk bertindakbalas. Alhamdulillah, rasanya preparation membetulkan persepsi dan mind setting telah dilakukan lama sebelum sampai sini lagi. Syukran jiddan untuk murabbi dan sahabat2 yang bersama ketika mula mengenal erti Islam sebenarnya. Its really sparks!🙂

Dari mana ya ingin dimulakan?

Yang pertama sekali ialah pertemuan dengan Dr Rahman aka dr Rambo (baca: Rahman Botak jadi nickname Rambo). Dr ni dah pangkat senior doktor with phD, mostly high respected among specialist Kulit dan Kosmetik di Indonesia kot, wallahualam. Dr ni menggunakan bahasa yang sesuka hati dipakai untuk semua benda hidup (baca: manusia, binatang, haiwan n etc). Kata-katanya ada kala memuji pedas lagi menghiris, ada kala menghina lagi mengutuk dan ada kala jujur dan ikhlas mendoakan. Wallahualam. Sebelum melangkah ke pertemuan dengannya, memang banyak cerita yang ana dengar dan semuanya yang persepsi buruk. Ada yang menangis selepas pertemuan dengannya sebab kena kutuk dan hina. Walaupun begitu, dalam hati tetap ana doakan moga-moga mood dr Rambo pada pagi tersebut untuk pertemuan team kami ini baik dan bagus untuk kesihatan beliau dan kami jua.🙂

Dan, alhamdulillah. Pada kiraan ana (baca: tidak termasuk semua ahli team), mood dr Rambo baik untuk pertemuan kami. Mungkin saja dia tidak mengata yang bukan2 pada ana.🙂 Boleh jadi juga tidak menggunakan bahasa yang agak kasar dan menghiris untuk kami mungkin juga sebab pada petangnya dia akan berangkat ke jakarta memenuhi jemputan dinner bersama menteri di jakarta (inipun ana dengar dari perbualan telefon yang dikuatkan suaranya di depan kami). Mungkin sahabat2 tertanya macamana agaknya bahasa yang digunakan oleh beliau. Sebenarnya bila ana fikir2 balik, semuanya lucu-lucu dan bila kami berbual mengenainya membuah tawa sahaja. Macam masuk telinga kanan dan keluar balik telinga kiri.😀

“Kenapa rambutmu kusut sekali. Kayak ndak mandi pagi tadi. Keluar kau, perbaiki rambutmu lalu masuk kembali!”

“Hey kau, ngak usah senyum2, kau fikir kau cantik senyum2 begitu. Jelek sekali kau, ngak usah senyum2!”

“Aku campak keluar tingkap kau!”

“Pergerakan tanganmu itu mengganggu konsentrasiku. Aku campak air ini!”

Bila dimuhasabahkan kembali, apa yang ditegur adakalanya betul. Perwatakan seorang doktor mesti kemas, tidak selekeh dan asal-asal saja. Berfikiran positif, rasanya bila melapangkan dada, no hard feeling dengan dr Rambo.😀 Nasihat untuk teman2 yang bakal menyusul ke KulKel; prepare yourself to your up best performance in term of appearance (oh, bukan solekan nanti tak pasal2 kena hina nak mengorat dia pula), just be yourself! Jaga akhlak dan taqwa, itu membezakan penilaian kita terhadap orang dan insyaAllah orang terhadap kita juga, insyaAllah.🙂

Kita pergi ke bahagian yang best dalam bahagian KulKel ni pula. Doktor resident (baca: yang sedang ambil master) sangatlah baik dan helpful. And tak lupakan ada juga senior doktor yang baik sangat dan tak besar kepala sangat dengan pangkatnya. Ada prof yang suka malaysian. Contohnya prof Dali. He spoke english with me and i’m a bit surprised but alhamdulillah, thanks prof made me relieved.🙂

Thanks to dr resident yang bertindak as gabenor co-ass (baca:ketua kepada clinical students) yang baik hati memberi keizinan kepada ana untuk pergi menjemput Tun Mahathir di airport dan menghadiri sesi pertemuan dengan Tun Mahathir. It almost impossible untuk department lain untuk tidak hadir waktu bekerja, silap2 haribulan kena turun minggu (baca: tambah waktu bekerja selama seminggu). Alhamdulillah, rasanya Allah banyak melapangkan jalan untuk ana menikmati masa clinical years dengan penuh hikmah.🙂

Doktor pembimbing untuk refarat (baca: mini thesis) juga sangat baik and a bit pemalu. Mula-mula ana dapat namanya dr Chairil Anwar, tak kenal, yang mana satu, baik ke tak ni. Tak ramai dr lelaki dalam bahagian KulKel, tak susah untuk mengenali dan mengecamnya (part of it, they say he’s the most handsome). Bila jumpa, ya, dia sangat baik dan sopan serta pemalu, alhamdulillah, syukur sangat dapat pembimbing yang baik. Thank you Allah. Handsome? (subhanallah, ciptaan Allah mesti ada kebaikan padanya). Nanti masuk KulKel tengok la ye. Hehe. Tengokla kalau ana ada kesempatan untuk upload gambar discussion ke.🙂

Cerita tentang pesakit pula ya. Pernah satu hari ni ana follow up patient. After solat subuh, dalam 5.30 am, ana dengan sahabat minta izin dengan patient untuk ambil vital signs. Pakcik ni sakit kusta reaksi reversal. Dah lama pakcik ni sakit kusta dan selesaikan pengubatan asas dan timbul balik. Setelah selesai ambil vital signs pakcik ni, isterinya yang setia menanti berbual dengan kami. Kami yang first time oncall and belajar ambil vital signs ni memangla kekok. Tapi alhamdulillah, ok je.

“Udah turun panasnya ya dr?”tanya isterinya.

“Ya, udah bu. alhamdulillah. Nanti bapak ngak usah lama2 di sini, bisa pulang ndak lama lagi ya pak.”

“Saya mandikan bapak tadi dr, dia mau mandi kerna dia emangnya tiap2 malam itu solat tahajud terus, ndak pernah tinggal dr. Ndak enak kalau solat ndak mandi dr. “bicara isterinya.

Terpegunnya ana. Subhanallah. Tiap-tiap malam bangun solat malam walau dengan keadaan yang agak lemah terbaring. Sungguh pakcik ini kental semangatnya.

“Ya, bu. Bisa juga ibu sapukan aja dengan kain yang basah pada badannya bapak. Ndak usah bapak yang repotin mau ke kamar mandi. Solat malam itu menenangkan hati, insyaAllah ndak lama bapak di sini. Bisa sembuh dan kembali ke rumah.”

Dia senyum memandang kami. Penyakit sudah lama. Hampir dia cacat kekal, tangannya sedikit bengkok merapat ke dada. Hanya terbaring di atas katil.

Ya Allah, pada pakcik yang menghidap kusta ini terdapat hikmah yang besar untuk kami yang segar-bugar dan sihat walafiat ini!

———————————————————

This coming monday insyaAllah entering week 3rd. Doakan ana ya sahabat-sahabat. Nanti kita share cerita yang lebih mengesankan nurani lagi. Ana ada refarat yang masih belum selesai lagi. Doakan ya. Sungguh doa kalian memudahkan perjalanan ana di sini, insyaAllah.🙂

Sesungguhnya terdapat banyak hikmah untuk dikutip dari perjalanan kehambaan yang singkat di zaman clinical years ini. Moga hati kita selalu dibajai dengan iman dan taqwa. Doakan ana ya sahabat-sahabat!

Wassalam.

Salam sayang.

2 thoughts on “Perjalanan pertama di medan baru

  1. Assalamualaikum wbt…

    Indeed maisarah..

    Subhanallah,hebat madrasah kehidupan dinaungi Maha Pencipta. Cantik dan indah aturan susunan Allah, mengajar dan mendidik kita menjadi seorang khalifah yang berjiwa hamba di sisiNya.

    Moga terus istiqamah mengutip mutiara2 ilmu di bumi Allah, di mana jua kita berada..dan thabat menginfakkan diri di jalanNya..insyaAllah..khas unuk Mai,
    Al-Hadid :22-23 ; one of my favourite…=)

    Salam sayang selalu(menghangatkan musim salju..=p)
    Hazirah
    Garville Lane

  2. Salam.

    Dear ukhti, moga mengalir rahmat dan petunjuk dari Allah swt untuk enti dan sahabat2 di sana. Rindunya pada kalian. Moga ada kesempatan untuk bersua, insyaAllah.

    Sama-sama doakan ya, hati ni mudah sangat bolak-balik, moga2 sentiasa disinari petunjuk dan dikurniakan pencerahan untuk tetap melihat dengan cahaya Rabbani.

    Sungguh, pada kehidupan yang susah dan mencabar itu hanya yang benar2 mengetahui makrifatullah yang mampu melihat di sebalik yang terjadi. Doakan kami di sini ya!

    Salam rindu dan sayang.
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s