Ada rasa yang tak biasa

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, puji dan syukur setingginya saya panjatkan kepada Allah swt, di atas segala kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Mengingatkan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan hanya mampu membendung air mata kesyukuran tidak terhingga. Alhamdulillah punya kesempatan untuk menulis di sini setelah  blog ini dibiarkan lama sekali tanpa perutusan untuk teman-teman dekat di hati.

Dengan segala peristiwa terangkum di dalamnya, sungguh saya kelu untuk berkata-kata. Hidayah Allah jualah tempat sandaran segala kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam menempuhi cabaran yang telah berlalu dan bakal mendatang. Bi iznillah, semoga sentiasa terpahat kukuh di sanubari untuk melihat sudut yang paling terang cahaya Ilahi di setiap yang terjadi.

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik dari pada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik dari pada takwa. Aku merenungkan segala jenis amal baik, namun tidak dapat yang lebih baik dari pada memberi nasihat yang baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar (Khalifah umar)

Apa khabar sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui dan dalam doa rabithahku? Semoga hidayah Allah sentiasa menaungi kehidupan kalian walau di mana kalian berada. Rindu pada kalian tidak pernah luntur malah semakin menebal dan mengharum. Syukur dapat jumpa Hazirah time Ramadhan lalu, alhamdulillah😀 . (Missing dear friends in Eire & UK so much!!!) Syukran jazilan untuk ole2 yang sangat chumel dan bermakna dari enti. Semoga Allah memberikan ganjaran yang tak terhingga kepada enti. Ameen.🙂

Eid Adha baru saja berlalu, kesedihan tidak dapat meraikan bersama keluarga sangat dirasakan. Mungkin kerana Eid Fitri telah diraikan bersama keluarga dan cuti yang panjang bersama keluarga menjadikan ikatan cinta, kasih dan sayang antara saya dengan mama, ayah, adik-beradik serta keluarga semakin kuat dan kukuh tidak terpisah dan terleraikan. Benarlah hati ini separuh sentiasa bersama mereka di sana!🙂 Apabila teringatkan mama dan ayah, selalu sangat hati berdoa, ‘ya Allah, jadikanlah diriku anak yang solehah buat mereka berdua, ameen”.

Semalam telefon ke sana, rupanya sekeluarga (kecuali abg Die dan zaujahnya) sedang dinner di hotel ‘merasa’ duit gaji pertama abg Mie  yang sekarang HO di HRPZ II.  Sayu. Bukanlah sedih kerana tidak turut merasakan duit gaji abg saya, sebelum ini pun abg Mie telah banyak berbelanja untuk adik-adiknya. Saya cukup bersyukur dengan hadiah SE W715 Vodafone sekembalinya dari Eire di samping hadiah2 lain😀. Sayu kerana sejak kedua-dua abang saya pulang ke tanah air, apabila berkumpul bersama sayalah yang tidak pernah hadir😦. InsyaAllah, akan tiba masanya untuk kita berkumpul bersama-sama lengkap semuanya! Ameen, insyaAllah.

Semenjak saya kembali ke bumi Makassar ni, ada banyak perkara yang menyebabkan saya ‘tersentuh’ samada di hati mahupun akal. Dalam rasa yang tak biasa itulah saya sering memuhasabah diri sendiri;  menyebabkan kembali terserlah betapa seorang hamba Allah itu harus meletakkan Allah swt di tempat yang tertinggi dalam keyakinan dan pengharapannya. Apakah rasa yang tak biasa itu??  Bagi yang tidak pernah bermaustautin di mana-mana bahagian bumi walisongo ini agak sukar membayangkan kehidupan di sini, agak jauh bezanya dengan keadaan di Msia. Hazirah insyaAllah dah dapat gambaran sedikit sebanyak dengan apa yang kita bincangkan sepanjang bersama, kan?🙂 Dania pun maybe dah faham sedikit sebanyak masa kita ber’ym’ tempoh hari😉. Makassar akhir-akhirnya ini mengalami shortage of water and electricity. Hampir 3 minggu rumah sewa saya keputusan bekalan air dan setiap hari elektrik akan turn off selama 2-3 hours. Ya, ia perkara biasa bagi sesetengah orang. Selalunya mandi 3x sehari terpaksa mandi 1x hari sekali, atau 1x dua hari, selalunya berwuduk air mengalir terpaksa secawan sahaja. Alhamdulillah, semuanya telah kami belajar dan sedang belajar serta lalui untuk membiasakan diri dan semakin membiasakan diri,alah bisa tegal biasa😉 . Rasa ini banyak mengajar kami erti kehidupan. Hidup itu penuh keunikan, tidak selalunya senang dan adakalanya susah itu perit untuk dibiasakan (with deep hikmah to be ponder upon). Kepada siapa segalanya disandarkan jika bukan kepada Allah swt?🙂 Alhamdulillah. Allah always be there for us!

Waktu sekarang menghampiri jam 1 pagi. Mohon undur diri dulu, ada urusan lain yang perlu dibereskan untuk dunia dan juga akhirat.🙂 Sekian saja coretan ringkas ini. InsyaAllah jika diizinkan untuk menitip berita, akan muncullah posting baru tatapan kalian. nanti.  Terubatkah rindu kalian?😀

Ya Allah, Ku memohon kepadaMu agar hati ini terus tegar dan tsabat di atas JalanMu sehingga ke akhir nyawaku. Satukanlah hati-hati kami demi agamaMu Ya Allah.

Wallahu’alam.

Salam sayang.

4 thoughts on “Ada rasa yang tak biasa

  1. Salam’alayk..
    Miss u much, sister! Teruskan menulis ye! Jgn jd ana , kjap tulis, kjap stop..huhu..At least, dgn writing nti ni, dpt juga perkhabaran sahabat yg jauh di mata🙂

  2. Salam,

    Dania! Miss u more dear!

    InsyaAllah ana doakan kita sama2 dapat momentum untuk menulis demi kebaikan dan untuk tujuan hidup yang abadi. Tidak mudah namun tiada yang mustahil tanpa izin dari Allah swt kan. Bi iznillah.🙂

    Semoga Allah mempermudahkan urusan kita as hamba-Nya yang bertaqwa. Uhibbuki fillah sis, nanti tlg hug n kisses twin babies Diha untuk ana ya. ;P

  3. waUUUU………akak mmg pandai buat blog..tengok akak siape.he..he..from your yunggest sister..semoge Allah merahmati hidupmu…amiinn…

  4. aasifah,td dah tertekan ok sebelum submit

    as usual,this really sounds mai’s…=p
    keep writing dearie!=)

    sesungguhnya antara perkara2 yang paling bermanfaat adalah apabila Allah mengurniakan peluang untuk kita mengambil teladan dan ibrah dr kisah2 hambaNya yang lain; yg dikurniakan kehidupan dipenuhi ceritera istimewa untuk setiap dr mereka.=)

    take care dear..
    Allah bersamamu selalu..

    allahu’alam.

    Wassalam wbt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s