Then, be firm!

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sebahagian dari baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.

( al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi )

HURAIAN

Hadis di atas juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman dari Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dinyatakan sebagai sahih. Tentang Hadis ini dia berkata: Hadis ini kalimatnya pendek tetapi padat berisi dalam mesej yang dibawanya. Serupa dengan Hadis ini adalah ucapan Abu Dzar yang bermaksud: “Barang siapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya, maka dia akan mengurangkan bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya.”

Di dalam tafsir Ibn Kathir dalam riwayat dari Imam Malik menyebutkan telah sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang berkata kepada Luqman al-Hakim:  “Apa yang menjadikan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?” Jawab Luqman : “Berkata benar, menunaikan amanat, dan meninggalkan apa saja yang tidak berguna bagi diriku.”

Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata: “Tanda bahawa Allah menjauh dari seseorang iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna bagi kepentingan akhiratnya.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s