Resolusi

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

‘ O Allah, let us be the leaders for the ummah…’



” Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan. ”

(Surah Hud: 112)

Ketika pulang dari percutian, sahabat yang dekat di hati menghantar sms ‘ Fastaqim kama umirta!…‘ . Antara mahu tersenyum atau menangis, muka saya kemerahan. Saya gembira kerana punyai sahabat seperjuangan yang saling meneguhkan pegangan di medan dakwah penuh liku ini dan apabila mengimbau ayat 112 dari surah hud ini menyebabkan hati saya bergetar pada nadanya tersendiri. Tidak mudah untuk tetap teguh, cabarannya di waqi’ yang berbeza dengan sahabat yang lain dan pendirian sentiasa disanggah dari pelbagai kefahaman.

Namun, insyaAllah intipati dari dakwah bukanlah outside-in tapi ianya bermula dari dalam diri saya; inside-out. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana kefahaman yang saya dapat bukan dari turun temurun keluarga ataupun pengaruh manusia sekeliling. Permata berharga yang pertama itu bermula dari dalam hati, alhamdulillah. Syukran jazilan kepada sahabat2 yang menghulurkan tangan buat kali pertama.  :D  Uhibbukum fillah abadan abada. Moga ukhwah ini berlangsung sampai ke jannah!

Rindu saya pada mereka yang sama mendukung perjuangan ini sentiasa menyala-nyala. Jalinan ini dipintal dari ukhwah fillah, moga pertemuan sekejap  menghidupkan jiwa daie dan otak faqih untuk berjuang di medan masing-masing. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah, insya-Allah. Moga tetap thabat sahabat2 yang dikasihi fillah walau di mana antum berada, Allah ma’ana. 🙂

pelajarberjuang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s