Kasih sayang & Ukhwah

Aku cinta padamu, I love u, uhibbukki, wo ai ni, aishiteru’ adalah antara ungkapan yang popular pada bangsa masing-masing dalam meluahkan isi hati. Setiap insan yang waras dan berkesempatan, sudah pasti pernah mengekspresikannya.

Ia adalah susunan kalimah yang boleh digunakan daripada pelbagai sudut perspektif dan kepada pelbagai bentuk diri manusia. Ia kalimah agung, menurut sesetengah golongan, khususnya pemuzik.

Itulah hebatnya lafaz cinta. Lafaz yang mampu membuai diri manusia. Rela berkorban. Sanggup merenangi lautan dalam. Sanggup bersusah payah untuk mendapatkan sayang seseorang.

Akan tetapi, hakikat sebenar sebuah percintaan/kasih sayang ialah apabila ia diletakkan pada tempat yang terbaik dan mulia. Situasi yang menghubungkan antara pihak di langit dengan pihak di bumi. Antara dekat dan jauh. Berpaksikan kalimah suci tahlil, tiada Tuhan selain Allah.

Sesungguhnya cinta adalah emosi dan perasaan yang paling halus bagi manusia. Jika ia diarahkan kepada cinta kerana Allah, maka ia merupakan paksi terbaik dalam hubungan kemanusiaan. Lantas terungkaplah “kalimah uhibbuka fillah”, “ana akhukum fillah”.

Namun, itulah manusia, ramai yang menggunakannya di tempat yang salah. Atau keterlaluan pada keadaan yang tidak sewajarnya begitu. Manusia itu mungkin kita, mungkin sesiapa sahaja. Tidak bersedia untuk cinta kerana Pencipta. Berkasih sayang kerana yang Esa. Boleh jadi kerana ia tidak memuaskan nafsu yang terpendam di dada.

Sekiranya berjaya dilakukan maka ia akan menghasilkan natijah yang tersangat indah untuk kehidupan umat ini. Manusia berkasih sayang kerana Allah. Bersahabat atas dasar perjuangan yang hakiki. Susah payah diharungi bersama. Pemimpin dan ahli bertungkus-lumus untuk keredhaan Allah melalui hubungan kasih sayang sesama mereka. Itulah indahnya Islam, bila ianya dihayati dan dilakukan.

Terdapat dalil yang banyak bagi mengesahkan perkara ini, serta menjelaskan kedudukan cinta dan kasih sayang agung ini. Antaranya:

Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”.

Kemudian Rasulullah membaca ayat ini :

“ألا إن أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون”

“Sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada ketakutan dan tidak berasa sedih”. Diriwayat oleh Abu Daud.

Rasulullah juga bersabda dalam satu hadis lain :

“Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat : Dimanakah golongan yang berkasih sayang kerana kemuliaanKu? Pada hari ini Aku payungi mereka di bawah payunganku pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari Aku”. Hadis riwayat Muslim.

Sesungguhnya hubungan persaudaraan ( ukhuwwah ) kerana Allah itu tidak akan terputus di dunia ini, bahkan ia berterusan sehingga ke hari akhirat. Allah berfirman di dalam surah al-Zukhruf yang bermaksud:

“Teman-teman rapat pada hari itu ( kiamat ) menjadi musuh antara satu sama lain kecuali orang-orang yang bertakwa”.

Hanya orang bertakwa, yang bersaudara kerana Allah, dan bercinta keranaNya, persaudaraan dan kasih sayangnya itu mampu menghantarnya ke syurga firdaus yang abadi. Tidak perlu merenangi lautan api, Allah pasti memudahkan urusannya sehingga ke hari perhitungan nanti.

Itulah hebatnya rasa sayang dan cinta sesama manusia yang bersandarkan kepada kehendak Allah. Cinta yang menyatukan manusia sehingga ke alam seterusnya. Marilah kita berkasih sayang dalam kehidupan ini. Kasih sayang yang membawa ke syurga.

Sumber:click herel

Ya Allah, kukuhkanlah ikatan hati kami yang telah bertaut hanya kerana-Mu, ameen…

3 thoughts on “Kasih sayang & Ukhwah

  1. Salam habibti..

    Masih ingat alqasam aka Ukht Sumayyah.

    Teringat tiba2..Sebenarnya dah bertukar blog. Tetapi mungkin akan tutp lagi sementara. Semua tulisan2 baru di blog baru yang dah masuk 6 bulan dah disimpan sebagai draft..

    Ukht sihat?

  2. ~Jika kita menghijrahkan cinta dari kata menjadi kerja maka tersusunlaih bait bait merahjambu itu ke sebuah kalimat peradaban. Jika kita menghijrahkan cinta dari ” JATUH CINTA” menuju ” Bangun cinta” maka cinta menjadi sebuah istana tinggi mengapai langit dan hidup dialam malakut memanjat kepintu syurga~

  3. Salam

    To ukht sumayyah…

    Alhamdulillah ana bi khayr🙂 Wa enti?

    Alhamdulillah still ingat akak, the one with very informative and interesting blog. A lot i benefits from you sis, syukran.🙂

    To muharrikdaie…

    Syukran kerana bertandang di sini dan kata-katanya. Alhamdulillah, may other people benefits from them too.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s