Doubtful

kartun_002


Apa kerja kamu wahai da’i?

.

.

.

.

.

.

.


7 thoughts on “Doubtful

  1. salam ‘alaik shbtku syg…
    kuatkan diri enti ye! ana minta maaf kiranya tak byk yg ana dpt bantu nti..put your total trust in Allah..
    Ana doakan nti sentiasa tabah dan sabar dlm mengharungi ujian sbgmana ana mengenali enti..
    I know you can!

  2. salam.

    ni utk ingtkn diri sdiri ke nk perli org lain?
    bagus kalo nk m’ingatkn. tapi kalo ikhlas pun nk ‘suruh yg baik, cegah yg buruk’, prgi ckp dpn2..jgn ckp blkg2.. ni x, prgi heboh satu ‘malaya’.. kang lagi efektif kalo org yg nmpk bnda buruk yg dia x suka 2, pegi tegor trus. ni duk main bagitau org tu, bgtau org ni..pass kt org tu pass kt org ni.. ngumpat kt blkg. cuba bijak n berhemah skit dlm menasihat. lidah yg tajam tntunya m’hiris perasaan org kn.. (utk general,sape makan lada, rasala pedasnya.)
    Allahua’lam.

    sekali air bah, skali pantai berubah.
    -yg anti hipokrit-

  3. Salam alayk,

    Saudara anti-hipokrit, (perhaps)

    Terima kasih memberi komen di sini. Pertama kali orang makassar memberi komen, saya mengalu-alukannya. Kebiasaannya, saya menulis untuk mengingatkan diri saya sendiri di samping update kpd sahabat2 saya yang membaca blog ini namun jika apa yang ditulis, copy paste or etc itu tempiasnya terkena kpd pembaca yang secara sengaja mahupun tidak membuka blog ini, saya tidak mampu mengawalnya. Kita tidak mampu mengawal kepada siapa hidayah Allah bakal diturunkan.

    Saya bersetuju dan menyokong pendapat saudara yg kita kena berhikmah dalam menegur. Kerana saya juga masih merangkak belajar untuk berhikmah dalam keadaan di makassar ini. Dan sukarnya bagi saya memakai pakaian hikmah dalam diri yang masih belajar dan memohon petunjuk dari Allah swt. Jika yang saudara maksudkan tentang futsal anjuran kelab umno kelmarin mahupun perkara mendatang yang bakal mengundang komplikasi pelbagai, saya sangat bersetuju untuk kita tidak bercakap di belakang sahaja dan sila berjumpa depan2 jika kita melihat ada benda yang tidak kena. Penggerak futsal juga merupakan sahabat2 saya yang boleh dikatakan setiap hari saya tatap wajahnya di kelas, tidak mungkin saya berdiam diri dengan kecaman pelbagai pihak dan sebagai orang biasa2 saya hanya mampu berbicara dengan saudara Irwan.

    Sekiranya saya telah tersilap langkah, perbetulkanlah saya kerana tidak mungkin semuanya benar pada yang bernama manusia itu.

    Lihatlah sesuatu perkara dengan pandangan yang jauh dan dari pelbagai sudut kehidupan kerana tidak mungkin semua manusia berfikiran yang sama. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah dan bakal berlaku di dalam study kita, family kita, komuniti kita mahupun apa yang dilangit, dibumi mahupun semesta. Saya mengajak diri saya sendiri dan anda untuk sama-sama berlapang dada dan muhasabah diri balik apakah yang kita lakukan selama ini betul-betul mendapat keredaan Allah swt ataupun tidak.

    Indeed, reflection is the key to the Mercy of Allah swt.

    dan Allah Maha Mengetahui apa di dalam hati saya dan kalian jua.

    Wallahu’alam.
    🙂

  4. Alhamdulillah, kiranya kita semua punya cita-cita besar untuk menegakkan kalimat Allah di dalam komuniti kita. Wallahu’alam, memang urusan hidayah itu di tangan Allah jua. Saya melihat kematangan dalam berfikir ukhti dalam hal ini. Tidak semua orang melihat suatu perkara dengan kacamata yang sama. Insya-Allah, saya percaya kita semua mahukan yang terbaik untuk diri kita dan kawan-kawan kita.

    Pertama, perlunya ada kejelasan tentang kronologi peristiwa. Dalam mencari hidayah sudah seharusnya kita menempuh sesuai jalurnya. Apa “tabayyun” sudah dilakukan? Apa usaha-usaha yang sesuai jalurnya sudah dijalankan. Saya difahamkan dari pihak majlis tertinggi PKPMI sendiri sudah ada yang menyambangi dan menyampaikan sikap tidak bersetuju ataupun menolak pelaksanaan futsal yang venuenya berkongsi antara laki2 dan perempuan. Meski akhirnya presiden sendiri turun untuk menjaga suasana dan hati pihak penganjur, saya kira ada kesepakatan untuk tidak bersetuju yang saya fikir bukan cakap-cakap belakang kerana saluran rasmi PKPMI sebagai badan tertinggi pelajar sendiri yang menyampaikan sikap.

    Tidak terdetik di hati kami untuk bersangka buruk bahwa acara yang dijalankan oleh teman-teman kami sendiri berniat kepada ikhtilat dan sebagainya. Akan tetapi, seperti yang dikatakan ukhti, kami cuba berfikir lebih jauh. Bahkan sebelum hari H lagi, beberapa orang muslimat sudah pergi untuk bermain futsal di tempat yang tidak seperti pada hari H, dengan penjagaanya dan hijabnya( dari pihak yang pergi menceritakan kepada saya). Saya fikir ini adalah permulaan kepada sebuah tradisi yang seharusnya dapat kita cegah dari awal. Bagaimana akan sikap ukhti untuk futsal yang sama pada tahun depan. Apakah keberadaan ukhti hanya untuk menjaga sebuah acara dan mengawasi pelaksanaannya, sedang mudharat telah berlaku bahkan sebelum hari H, dan pelaksanaan acara tersebut seakan-akan sebuah restu kepada latihan futsal muslimat-muslimat yang tidak dapat ukhti kondisikan.

    Ini adalah persoalan yang jauh dari sekadar menjaga hati. Benar, menegur itu adalah dengan hikmah. Akan tetapi, kami melihat hikmah itu lebih besar pada tidak pergi dan mendatangi acara itu. Persoalan maruah dan kehormatan muslimat-muslimat kami bukanlah persoalan yang kami pandang enteng. Komuniti ini adalah hasil corakan yang kami cuba warnai dengan bi’ah solehah. Meski tidak semua memahami, akan tetapi generasi-generasi sebelum ini cukup hormat dengan aturan-aturan tidak tertulis tentang perilaku dan akhlak dalam komuniti ini. Bahkan sahabat-sahabat yang tidak ikut intens atau rasmi dalam tarbiyyah dapat memahami dan mengikuti.

    Insya-Allah, saya percaya kita semua memikirkan yang terbaik untuk semua di dalam komuniti ini. Sekurang-kurangnya ada ketsiqahan antara sesama kita kerana kesamaan tujuan. Cubalah untuk memahami dulu apa yang cuba disampaikan sebelum muncul bayangan-bayangan tuduhan dan persangkaan-persangkaan yang tidak sedikit merosak usaha-usaha kita dalam membangun komuniti ini. Mengedepankan Husnudzhan dan tabayyun, insya-Allah bersama kita dapat lebih baik mencorakkan komuniti ini, dan berdoa supaya tidak tersalah langkah dan arah dan sentiasa dilorongkan ke jalan hidayah.

    Wallahu’alam

  5. Salam alayk,

    Saya menghargai komen panjang dari i-Tulis. Terima kasih banyak2.🙂 .Saya LEBIH menghargai sekiranya kalian menulis nama betul jika ingin memberi komen agar persepsi yang membaca dan melihat tidak terusik di sebalik nama anony yang dipakai apatah lagi isu yang dibawakan. Blog ini bertuan, sewajarnya yang dilakukan untuk menghormati tuan rumah. Perbuatan macam ni boleh saya ibaratkan macam nak bagi mangga kat sebuah rumah tapi lari pula lepas letak mangga depan pintu. Ala-ala malu-malu segan pula.😉

    Saya tidak akan memperpanjangkan perbincangan di alam maya ini kerana saya tidak tahu/pasti malah tidak yakin golongan2 yang terlibat dalam isu ini samada kalian adalah pihak yang menganjurkan atau pihak yang memboikot atau pihak yang berada atas pagar atau pihak yang memerhati atau apa saja istilahnya membuka blog saya apatah lagi membaca entry dan ruangan komen ini. Yang lebih wajarnya, perbincangan face to face aka musyawarah di antara kalian terutamanya tampuk pimpinan di sini membincangkan dengan hati dan minda yang terbuka demi kehormonian dan perpaduan bersama. Tiada lain yang dikejar oleh yang bergelar mukmin selain reda Allah. Insya-Allah yang itu lebih berkesan dan adil dalam mendengar hujah dan pandangan semua pihak.

    Di sini, ingin saya kongsikan beberapa mutiara kata dari mereka yang dekat di hati (hadis palsu pun takde) dan sebuah hadis yang boleh dijadikan motivasi untuk semua; yang mungkin boleh kita renungkan bersama. 🙂

    1. ” We have trained you guys two things in KMB; critical and holistic thinking. Thats more than precious! It wasn’t meant merely in the classroom but especially outside where the real world need people like you to be at the front line. Be critical and yet holistic thinking!” [words from an English teacher]

    2. “Keluarlah dari comfort zone kamu kerana di situ akan terserlah kehebatan sebenar apa yang kamu fahami. Realiti dunia hari ini berbeza dengan apa yang kamu pelajari dari buku2 haraki tersebut. Semua tulisan di dalam buku tu hendaklah diterjemahkan kepada perbuatan di alam realiti. Dan realiti itu tidak selalunya indah. Itulah yang memicu minda yang tahu kepada hati yang mahu seterusnya kepada perbuatan yang mampu. Kamu adalah orang muda bukan yang ‘biasa-biasa’!” [kata-kata seorang ustaz juga seorang mentor]

    3. Hadith Ibn Umar Radhiyallahu anhuma, “seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)

    Sekian, wallahu’alam.

    Wassalam wbt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s