Rejim Zionis menyalahkan Hamas bila “truce” berakhir

Rejim Zionis menyalahkan Hamas bila “truce” berakhir.

Kekalahan Fatah pimpinan Mahmood Abbas dalam pilihanraya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis dan AS. Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmud Abbas dan Fatah boleh menang dalam pilihanraya ini. Seterusnya mereka juga mengharapkan Mahmud Abbas dapat mendirikan sebuah negara secular Palestin, bukan sekadar berjiran dengan Israel malah sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis dan AS.

Kemenangan Hamas pula merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin.
Walaupun Hamas telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan pakatan dengan Fatah, rejim Zionis dan AS masih tidak berpuashati. Ini disebabkan mereka masih melihat kerajaan baru ini dikuasai oleh Hamas kerana majoriti kerusi di Parlimen dikuasai oleh Hamas. Hakikatnya mereka tidak akan menerima sebuah negara yang diperintah oleh Hamas yang ingin menegakkan syariat Islam.

Oleh itu apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini (2006 hingga 2008) dibumi Palestin khususnya di jalur Gaza sehinggalah tamatnya tempoh “truce” pada 19 Disember baru-baru ini ialah rejim Zionis dan AS telah merancang dan melakukan berbagai usaha untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Hamas (yang dianggap pengganas oleh rejim Zionis dan AS) dan seterusnya cuba memadamkan api perjuangan umat Islam dibumi Palestin.

Walaupun sepanjang tempoh ini terdapat berbagai perjanjian damai yang diusahakan terutama sekali oleh AS, tetapi bertujuan lebih untuk mengembalikan pimpinan Mahmud Abbas dan ingin mendapatkan sokongan antarabangsa terutama sekali negara Arab dan Islam dengan memberi harapan palsu tentang kedamaian. Tentu sekali semua perjanjian damai ini bukan bertujuan untuk mencari kedamaian dalam ertikata yang sebenarnya.

Bermula seawal bulan Januari 2006 (selepas piliharaya di Palestin), segala usaha untuk memberi tekanan kepada Hamas dan pengikutnya telah bermula. Dengan adanya tembok batu pemisah-yang pembinaannya di haramkan oleh PBB- yang bina oleh Ariel Sharon ( yang kini dalam azab nazak yang panjang) memudahkan segala usaha jahat ini. Segala pergerakan keluar-masuk penduduk dan kegiatan ekonomi rakyat Palestin melalui tembok batu pemisah ini menjadi semakin sukar. Ini secara langsung langsung memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat Palestin yang sebelum ini memang telah lama menderita. Keadaan ini sepertimana yang di sebut oleh Jimmy Carter (bekas President AS) bahwa rakyat Palestin telah menjadi pelarian dan banduan di negara mereka sendiri akibat tembok batu pemisah ini dan dasar apartheid rejim Zionis.

Bila Gilad Shalit, seorang tentera IDF ( Israeli Defend Force), di tawan – tetapi rejim Zionis mengatakan beliau diculik- oleh pejuang Islam (Popular Resistance Committee) pada bulan Jun 2006, gelombang kezaliman rejim Zionis kembali melanda penduduk Palestin. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan pertukaran tawanan perang sahaja sepertimana yang dituntut oleh pejuang Islam ini, sebaliknya rejim Zionis mengambil peluang ini untuk melakukan kemusnahan yang maksima terhadap penduduk Palestin iaitu satu kaedah yang disebut sebagai “disproportionate force”. Antara tindakan yang diambil ialah rejim Zionis telah membunuh beratus-ratus orang awam Palestin dan memusnahkan rumah, bangunan dan hartabenda penduduk Palestin demi membebas hanya seorang rakyat Israel. Bukan setakat itu saja rejim Zionis juga telah menahan hampir seribu penduduk Palestin termasuklah berpuluh-puluh orang ahli Parliamen Hamas. Tindakan ini sekali lagi dillihat sebagai usaha untuk melemahkan lagi kerjaan pimpinan Hamas ini.

Kerajaan pakatan Hamas/Fatah tidak mampu bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari kerajaan pakatan ini pada bulan Jun 2007. Hamas pula dituduh “merampas kuasa” tetapi sebenarnya tiada rampasan kuasa kerana Hamas memang pemerintah yang sah dan berkuasa. Akibatnya, pemerintahan kerajaan baru Palestin berpecah dua. Mahmud Abbas, yang masih mengaku President PA berkuasa di Tebing Batar dan tentu saja mendapat sokongan dari rejim Zionis dan AS. Manakala Hamas terus berkuasa di jalur Gaza dengan mandat diberi oleh penduduk Palestin.

Kini kezaliman rejim Zionis lebih tertumpu di jalur Gaza di mana Hamas berkuasa. Tindakan ini jelas bertujuan untuk mengulingkan Hamas. Malah melalui kaedah “collective punishment” -yang diharamkan oleh pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa-dimana seluruh penduduk dijalur Gaza juga turut di hukum kerana terus memberi sokongan kepada Hamas. Antara tindakan-tindakan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis ialah melancarkan pencerobohan di jalur Gaza, membunuh beratus–ratus penduduk awam dan merosak harta-benda penduduk di jalur Gaza. Malah yang lebih kejam lagi ialah Rejim Zionis juga mengenakan sekatan dan kepungan di jalur Gaza yang disebut sebagai “Gaza Siege”. Melalui tindakan kejam ini semua pintu masuk ke jalur Gaza ditutup, menyekat semua bahan-bahan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk kegiatan ekonomi. Akibatnya, jalur Gaza mengalami krisis kemanusian yang teruk.

Dalam tahun yang sama juga iaitu pada bulan November 2007, Mahmud Abbas telah menandatangi satu perjanjian damai diantara Ehud Olmert dan George W. Bush.
Perjanjian damai ini yang dipanggil sebagai Sidang Damai Annapolis, menjanjikan sebuah Negara Palestin yang berjiran negara Israel (two state solution). Perjanjian ini dibuat semasa penduduk djalur Gaza sedang menderita akibat sekatan dan kepungan rejim Zionis.

“Gaza Siege” yang zalim ini berlansung sehingga tahun 2008. Hujung bulan Januari 2008 dunia telah dikejutkan dengan peristiwa Hamas meletupkan tembok batu pemisah berdekatan dengan Rafah. Tindakan ini dilakukan demi untuk menyelamatkan 1.5 juta penduduk di jalur Gaza yang sedang mengalami krisis kemanusian yang meruncing. Hasilnya, Hamas dan krisis kemanusian penduduk di jalur Gaza menjadi perhatian dunia.
Walaupun begitu sikap angkuh rejim Zionis yang tidak kenal erti kemanusian telah mengenakan satu lagi tindakan yang zalim iaitu memberhentikan bekalan bahanapi untuk menjalankan operasi janakuasa elektrik di jalur Gaza. Jalur Gaza bergelap, hospital berhenti beroperasi dan semua kegiatan ekonomi lumpuh sama sekali.

Hasil dari tindakan zalim dan kejam rejim Zionis iaitu melalui sekatan, kepungan dan pencerobohan selama hampir 3 tahun terutama sekali di jalur Gaza hampir 1000 rakyat Palestin yang telah dibunuh termasuk bayi yang baru berumur 4 bulan hinggalah orang tua yang berumur 65 tahun, hampir 5000 rakyat Palestin yang ditahan dan kemusnahan tempat tinggal dan harta-benda rakyat Palestin makin meningkat.

Malah yang menyedihkan lagi lebih dari 261 orang pesakit di jalur Gaza mati akibat kekurangan ubat-ubatan ataupun tidak dapat permit dari rejim Zionis untuk keluar dari jalur Gaza bagi mendapat rawatan lanjut. Antara yang mati termasuklah kanak-kanak yang baru lahir hinggalah kepada orang tua.

Beberapa statiks telah keluarkan oleh beberapa pertubuhan hak manusia seperti URWA, bagi mengambarkan betapa terusknya krisis kemanusian di jalur Gaza seperti berikut : 77 % penduduk sangat memerlukan dengan segara bantuan kemanusian seperti makanan, ubat-ubatan dan lain-lain lagi; kadar ‘malnutrition’ adalah paling tinggi didunia; simpanan makanan (food insecurity) berada pada tahap paling bahaya iaitu 56%. Dan 42% dari penduduk disini tidak mempunyai pekerjaan.

Namun dengan segala penderitaan dan kesusahan yang ditanggung Hamas dan penduduk Islam di jalur Gaza, mereka masih mampu bertahan hingga saat ini. Malah sepanjang sekatan dan kepungan ini Hamas dan pejuang Islam masih mampu memberi serangan-balas terhadap rejim Zionis. Perkara ini merupakan mimpi ngeri untuk orang Yahudi.

Tindakan balas ini memberi kesan buruk kepada pemimpin politik rejim Zionis. Mereka di lihat tidak mampu mengalahkan Hamas dan seterusnya memberhentikan serangan roket terutama sekali di selatan Israel. Bukan setakat juga tindakan Hamas ini juga memberi kesan kepada Sidang Damai Annapolis.

Faktor politik dalaman Israel, isu pembebasan Gilad Shalit, tekanan antarabangsa dan pengaruh Hamas dikalangan penduduk Palestin memaksa rejim Zionis menerima Hamas sebagai rakan-runding dalam sebuah perjanjian sementara yang disebut sebagai “truce”
(“calm” ataupun “lull”) dengan Mesir menjadi orang tengah (broker).

Dalam “truce agrement” ini kedua-dua pihak (rejim Zionis dan Hamas) diminta memerhentikan semua serangan supaya proses perdamaian yang utama dapat diteruskan. Hamas bersetuju dengan “truce’ ini tetapi dengan syarat rejim Zionis menamatkan semua sekatan dan kepungan, membuka semua pintu masuk ke jalur, menghentikan sekatan ekonomi dan semua pencerobohan. Hamas dan beberapa pejuang bersenjata Islam yang lain mula mematuhi ‘truce’ ini pada 19 Jun 2008. Dari tarikh ini Hamas berjanji memerhentikan semua serangan roket ke wilayah Israel. kecuali rejim Zionis memulakan serangan ataupun pencerobohan dahulu.

Hamas memberi tempoh selama 6 bulan kepada rejim Zionis untuk mematuhi segala persetujuan yang terdapat dalam truce ini terutama sekali memerhentikan semua sekatan dan kepongan, membenarkan semua bantuan kemanusian masuk ke jalur Gaza dan memerhentikan semua sekatan ekonomi.

Pada 19 Disember yang lalu Hamas mengistiharkan bahwa tempoh 6 bulan telah berakhir dan tidak akan menyambungkan tempoh ini. Rejim Zionis menuduh bahwa Hamas tidak berminat untuk melakukan perdamian dan memilih peperangan.

Tetapi Hamas pula mengatakan “truce” ini gagal mencapai matlamatnya. Rejim Zionis masih lagi meneruskan sekatan dan kepungan di jalur Gaza. Tindakan ganas dan pencerobohan oleh masih dilakukan oleh rejim Zionis sepanjang tempoh “truce’.Buktinya apa yang telah dilapurkan oleh Palestinian Information Center pada 19 Disember : Sepanjang tempoh 6 bulan ini seramai 49 rakyat Palestin dibunuh termasuk 7 orang kanak-kanak. Bulan November juga menyaksikan kadar kematian yang tertinggi di jalur Gaza dalam satu bulan iaitu seramai17 orang.

Menurut Brigade Qassam pula sepanjang tempoh 6 bulan “truce” ini IOF (Israel Occupation Force) telah melakukan serangan sebanyak 185 kali, manakala Qassam Brigades melakukan serangan balas sebanyak 170 kali yang mengakibat 38 rakyat Yahudi tercedara ( tiada kematian dilapurkan).

Oleh itu, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menyebabkan “truce” ini berakhir?

Megat Shariffuddin Ibrahim
PACE.
http://dariipohuntukgaza.blogspot.com/

Rujukan: Palestinian Information Center, Haaretz.Com., Holy Land Unholy War (Anton La Guardia) dan Peace not Apartheid (Jimmy Carter)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s