Bintang pilihan

Bismillah Al Fatah Al ‘Alim

Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah ramadan is here, alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Kali ini saya di rumah menyambut ketibaan pertama ramadan 1429H. Syukur dan pujian2 hanya bagi Allah Yang Maha Penyayang. Blend of feelings inside. Semalam saya mengikuti ayah berterawih di masjid Kok Lanas, berhampiran rumah. Part of me love masjid and jemaah so much and alhamdulillah permulaan ramadan yang sungguh baik. Imam solat terawih adalah seorang hafiz, sememangnya kebiasaan masjid2 menjemput hafiz utk menjadi imam. 1 malam 1 juzu’ dihabiskan. Alhamdulillah semalam sudah habis satu juzu’. Sudah lama saya tidak ke masjid since dah pergi Makassar, sudah berubah wajah masjid ini, ada penambahan anjung dan ruang solat; makin luas. Alhamdulillah.

Perasaan berbaur2, antara gembira dan sedih saya cuba menyulami kerinduan ini dengan sebaiknya. Ketenangan sentiasa hadir untuk mengingatkan diri tetap hamba. Lusa saya akan berangkat meneruskan pengajian berbaki di bumi nusantara, insyaAllah. Sejak dari tingkatan satu saya meninggalkan rumah bermukim di asrama penuh kemudian ke KMB dan akhirnya ke nusantara, Makassar. Jika mahu dikatakan sebati dengan meninggalkan rumah tidak juga, setiap kali mahu melangkah pergi saya seolah2 punya sindrom ‘pilu’ lebih kurang 2-3 hari sebelum keberangkatan. Sepertinya hati saya separuh selamanya telah ditinggalkan di rumah bersama ayahanda, bonda, kakanda serta adinda tercinta. Pemergian ini adalah satu perjuangan, insyaAllah. Allah knows. He knows.

Setanggi Syurga by Inteam

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu…
Seharum setanggi syurga

Wallahualam.

Salam Ramadan Kareem.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s