Doa

Ya Allah,

Sahabatku buah hatiku

Mesra kami penawar duka

Rindu kami menambah ukhwah

Rajuk kami membuah mahabbah

 

Ya Allah,

Silaturrahim kami, ukhwah fillah

Bermusuh kami, na’uzubillah

Berpisah mati, innalillah

Pengubat hati, doa rabitah

 

Ya Allah,

Rahmati kami meniti usia

Terpisah kami di alam nyata

Temukan kembali di alam syurga

Ameen, insyaAllah.

*************************

Alhamdulillah, masih punya kesempatan dan waktu untuk menitipkan kata di sini. Lama rasanya tidak mencoretkan kata. Alhamdulillah kesempatan sentiasa hadir untuk muhasabah diri atas segala yang terjadi. Allah Maha Penyayang. Masih dikurniakan peluang untuk kita bernafas hari ini. Semoga setiap nafas kita seterusnya sentiasa segar mewangi dengan kuntuman dan benih semangat iman dan ihsan. Semangat inilah yang akan dialirkan oleh darah ke seluruh tubuh untuk diserapkan. Semoga semangat ini terus baru dan mekar seindahnya. Moga mekar dan harumannya menghiasi kehidupan orang lain, menyinari kehidupan orang lain untuk turut sama merasakan kebersamaan kita.

Syukur, diri ini masih diberi peluang melihat dunia lagi. Menyedarkan diri untuk sentiasa melihat dari sudut Yang Menciptakan. Menilai dari perspektif yang berbeza dari biasa. Alhamdulillah. Segala pujian hanya bagi Allah. Terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan yang masih setia. Yang sentiasa menitipkan kata semangat untuk tetap thabat di jalan ini. Yang sentiasa mengirimkan doa untuk tetap kuat dan tenang di medan ini. Alhamdulillah, jazakumullahu khayran katheera. Antum sentiasa di hati dan dirindukan selalu. Sesungguhnya rindu pada antum tidak kunjung padam. Moga Allah pertemukan kita suatu masa nanti. InsyaAllah. Sesungguhnya ukhuwah itu sangat indah. Moga Allah yang membalas jasa dan budi baik kalian kerana balasanNya tiada tandingan.

Macam-macam yang berlaku kebelakangan ini. Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi. Tanam di hati ingat selalu, ujian itu tarbiyah daripada-Nya. Allah knows Best, kan? 😉

3 thoughts on “Doa

  1. Salam alaik,

    Mai, I miss you too. Apa la agaknya yang ‘macam-macam’ tu? Nak tau jugak..

    Yani kat sini biasa biasa je. Alhamdulillah, bila dah posting ni lagi rasa semangat, rasa sangat bersyukur Allah lorongkan jalan ni. Baru nampak cabaran sebenar kerjaya kita nih.

    Bila Mai free?

    hajat di hati nak telefon Mai..

  2. Salam alayk,

    Dear, miss u so much!

    Susah nak cakap bila free but what I can promise is..by the time u call me, then I’m free that time, ok dear?😉

    I wanna talk with you too.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s