Warna-warni Ramadhanku

‘Jomla kita pergi dengar ceramah sebelum terawih malam ni’, Wawa bersuara ketika kami serumah berada di meja makan, bersiap untuk berbuka puasa.

Saya mendongak seketika. Air yang dituangkan diletakkan. Semalam kami serumah ke masjid hanya untuk terawih berjemaah setelah memikirkan ceramah yang disampaikan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Namun, bukanlah itu suatu kesukaran yang menjadi penghalang. Tambahan tiga dari empat ahli rumah berbuka di masjid universiti. Ringkas saya menjawab selaku ketua rumah tidak rasmi, ‘Boleh je, alang-alang tu, kita berjemaah isya’ kat sana juga la ya?.’

‘Solat Isya’ berjemaah kat rumah pun boleh., kita pun ada imam kat sini.’ Dayah mengeluarkan pendapat seolah-olah menuju kepada seseorang. Ada tersenyum, ada yang tersengih.

‘Ya sayang, tapi lagi best kalau lelaki yang jadi imam. Bacaannya lagi bagus, ada penghayatan.’ Saya berkata-kata. Benar, sejujurnya saya lebih tenang dan senang berjemaah dengan berimamkan lelaki apatah lagi imam yang sudah established. Sementelahan berjemaah di masjid, padanya terdapat ketenangan dan kedamaian jauh di sudut hati. Saya suka ke masjid, apatah lagi jika masjid tersebut tersergam indah, cantik dan gah pada pemandangan mata. Orang kata, sejuk mata memandang, tenang hati bertafakur.

Lima tahun saya menghabiskan masa di SBP all girls namun nisbah saya berimamkan lelaki dan perempuan hanyalah 9:1. Mungkin inilah sedikit sebanyak yang menyumbang kepada pandangan saya melihat konteks ini apabila berada di kelompok perempuan.

‘Mana-mana pun boleh, tak kisah. Dengar ceramah pun ok,’ Dini mengeluarkan pandangan.

Ketika mula menjejakkan kaki di sini, ada pelbagai persoalan yang bermain di benak saya melihat suasana persekitaran. Saya pernah bertanya kepada seniors; Kenapa kelompok malaysian tidak sama-sama terawih berjemaah di masjid berhampiran rusun? Kenapa tidak berjemaah bersama local people ketika solat hari raya? Antara jawapan yang saya terima ialah imam di sini memberikan ceramah dalam kadar waktu yang lama dan agak sukar difahami penyampaiannya.

Justeru, saya menyimpan hasrat untuk melihat sendiri sejauh mana kebenaran yang disampaikan. Mungkin banyak faktor yang menyumbang kepada jawapan yang diberikan dan kapabiliti seseorang yang berbeza. Alhamdulillah, peluang itu akhirnya diberikan Allah pada tahun ini apabila saya memilih untuk menetap di Wesabbe. Ketika pertama kali berjemaah di masjid berhampiran, saya agak khuatir sekiranya apa yang disampaikan tidak dapat saya fahami sebaiknya. Namun, Allah Maha Mengetahui, kami serumah bersepakat bahawa kami dapat menghadam isi ceramah tersebut dengan baik. Penyampaiannya jelas disertakan dengan contoh yang diaplikasi seharian. Tiada masalah bagi kami, malah semakin menyukainya.

‘Kalau macam tu, tadarus kita buat after solat maghrib berjemaah ya.’ Ligat otak saya memikirkan seandainya kami awal ke masjid, bila pula tadarus harus dilakukan. Kelmarin, kami bertadarus di rumah ketika ceramah disampaikan di masjid. Sebetulnya, saya mahu amanah juzu’ 20 dan 21 untuk kami serumah dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan, lagi awal lagi bagus, bi iznillah. Apalagi inilah peluang kami untuk duduk bersama menyemai dan menyubur iman setelah segala tugasan rumah dibahagikan seadil mungkin. Lalu, saya mengaturkan supaya bertadarus setiap hari selagi mampu, insyaAllah.

Usai solat maghrib berjemaah, kami meneruskan agenda bertadarus. Tiba di helaian terakhir, azan Isya’ berkumandang. Segera diakhiri sesi tadarus dengan doa rabitah, pengikat kuat hati-hati kami. Bersiap segera ke masjid sebelum imam selesai rakaat pertama. Itulah target kami.

‘Jap, nak minum air sat,’

‘Sat, nak tukar tudung,’

‘Kunci rumah siapa yang bawa?’

‘Lampu luar dah buka?’

‘Sejadah dah cukup ke? 2 cukupla kan?’

‘Sampul surat untuk derma dah bawa?’

Masing-masing bereaksi.

Kemudian, kami berempat berjalan ke Masjid Al Falah di Kompleks Wesabbe.

‘Wah, lelaki kat depan tu berlari, apalagi kita pun pecutla…’

‘Tengok Dini, steady je jalan…’

Perjalanan ke masjid sepatutnya lebih kurang 3 minit berjalan kaki menjadi lebih kurang 1 minit gara-gara tidak mahu ketinggalan rakaat pertama bersama imam. Alhamdulillah, tidaklah begitu semput. Kami berjaya bersama dengan imam dari awal Solat Isya’ hingga ke akhir Solat Witir.

Ketika bersalaman, masing-masing tersenyum girang dalam puas. Alhamdulillah.

Pelbagai kerenah sahabat-sahabat yang menceriakan suasana Ramadhan saya kali ini. Betul-betul hidup erti ‘memberi’ pada sebuah kehidupan. Ya, inilah kehidupan, kami saling bergantungan dan menyokong satu sama lain. Belajar memberi dalam konteks untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan apabila memilih untuk hidup serumah di perantauan. Biarpun kadang-kadang saya sukar menafsir keperluan sahabat-sahabat sekeliling, namun Allah sentiasa memudahkan jalan yang terbentang, saya gembira dengan kepelbagaian yang benar-benar mewarnai bulan berkat kali ini. Saya lebih memahami mereka sepertimana mereka lebih memahami saya.

Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kuantiti terawih, tadarus, qiamullail, istikharah, taubat, zikir, infaq dan etc untuk Ramadhan kali ini adalah sesuatu yang berkualiti. Biarpun kuantiti yang sedikit namun biarlah ia yang berkualiti besar! InsyaAllah.


Salam Ramadhan Al-Mubarak

😀

5 thoughts on “Warna-warni Ramadhanku

  1. Assalamualaikum,

    Perkongsian yang menarik. Insyaallah mungkin akan menggalakkan orang lain turut beramal, dan yang palng significant bg ana dalam entry kali nih, adalah kepentingan bercampur dengan masyarakat setempat.

    Ntah, kebanyakan pelajar2 malaysia setakat yang ana nampak, tidak begitu berkecenderungan untuk bersama dan bergaul dengan masyrakat Muslim local.

    Seterusnya, mungkin sedikit komen, ttg “memecut” ke masjid. Moga hadith ini menjadi pnaduan bersama,

    “Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW beliau bersabda : “Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah kamu ke tempat shalat itu, dan kamu haruslah berlaku tenang dan bersikap sopan/terhormat, dan janganlah kamu tergesa-gesa, apa yang kamu dapatkan (dari shalatnya Imam), maka shalatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah”.

    (Hadits riwayat : Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa’i & Ahmad).

    Huraian lanjut, boleh didapati daripada site berikut:

    http://www.almanhaj.or.id/content/1926/slash/0

    salam

  2. Salam alayk,

    Ukhti Ilyani,

    Mesti kat India pun best juga kan. Kad raya dah sampai?😉

    Akhi Shah,

    Syukran again for the sharing hadith. Pernah encounter that hadith. Alhamdulillah.🙂

    Memang bukan senang nak bercampur dengan masyarakat setempat but at least kita mencuba. InsyaAllah, ana kongsikan banyak lagi cerita pasal local people. Kami berbuka di masjid universiti pun atas jemputan rektor dan dean universiti, alhamdulillah they treat us very well. Catheringnya pun yang terbaik disini. Dan baru tadi ‘papa’ [doktor pembimbing] di sini ajak ‘anak-anaknya’ [ana dan sahabat2] untuk berterawih bersama-sama. Alhamdulillah, tidak pernah rugi andai dibuka hati untuk sama-sama menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.🙂 Allah knows best.

  3. Salam Mai.
    Alhamdulillah, kad nye sudah selamat sampai.
    Arigato.Hontou Arigato..
    Hepi sangat.
    Comel sungguh kad raya tu. Emm, yang tu mai buat sendiri ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s