Dekat di Hati…

motif_i_love_my_mother_700.jpg

Kakak, Cik Dah nak buat makan2 jumaat ni nanti datangla dengan family. Ajak semua datang. Special untuk kakak before fly balik Indonesia.’ Lembut tutur kata mak cik saya ketika di kampung minggu lepas.

Terkedu seketika. Bukan tidak biasa family kami berkumpul sambil menjamu selera. Cuma saya merasakan kali ini seperti mendadak keputusan ini dibuat. Saya tersenyum. ‘InsyaAllah.’

Alhamdulillah, tadi kami sekeluarga ke kampung untuk berkumpul dengan family di sebelah ayah saya. Semua yang lelaki bersembahyang di masjid kampung warisan keluarga kami. Semua yang perempuan menyiapkan juadah sambil beramah mesra. Sudah lama tidak menatap dan berbual dengan sepupu sepapat. Banyak yang kami bicarakan. Semuanya sudah berubah. Sudah dewasa.

Nasi Dagang hasil tangan mak cik saya ini memang tersangat sedap. Tidak dinafikan, anak perempuan dan menantu nenek memang semuanya pandai memasak. Kadangkala bising dengan resipi masing-masing. Saya dan sepupu yang setahun jagung dalam arena memasak ini selalu diingatkan tentang ini. Kami hanya saling berpandangan. Ya, suatu masa nanti.😉

Kami bersantai di halaman sambil menjamu buah-buahan. Nenek saya mempunyai kebun durian, rambutan, duku, salak, mangga dan manggis. Berbaloi untuk anak-anak, cucu cicit katanya. Tidak perlu beli, datang makan free di rumah nenek sahaja. Sekarang musim buah durian, rambutan, duku dan manggis. Sambil makan, sambil mengupdate hal keluarga, dekat dan jauh. Wah, banyak yang saya ketinggalan rupanya. Saya sukakan suasana itu, terasa kemesraannya menjalar dalam diri kami sekeluarga. Jika ada yang menghadapi masalah, pelbagai penyelesaian yang dikemukan, semuanya kerana kasih dan sayang. Itulah yang paling mahal.

Menjelang petang, ayah saya mempunyai temu janji dengan sahabatnya, kami harus pulang terlebih dahulu. Saya masih di halaman, menghadap rambutan merah dan kuning.

Kakak nak balik sama dengan ayah dan mama?’ Tanya mama.

Ayah tak apa, ikutlah.’ Balas ayah.

Biarlah dia nak makan rambutan tu…’ Kata Cik Dah.

Balik petang ni pun ok kakak.’ Cik Nani bersuara.

Kalau nak balik dulu, ambil nasi dan lauk-pauk kat dapur dulu.’ Bicara nenek.

Banyak suara yang tolong menjawab untuk saya. Tersengih di situ. Hmm, saya segera mencuci tangan. Sudah lama saya di halaman. Saya ikut ayah dan mama balik akhirnya memandangkan mama akan keseorangan di rumah apabila ayah keluar kerana urusannya. Saya naik ke atas rumah membantu Cik Mi membungkus bekal di bawa balik.

Tiba-tiba, muncul Cik Su, adik ayah saya yang paling bongsu, bersama tenteranya. Gembira betul. Lama tidak jumpa Khalilullah, anaknya yang paling muda. Sekarang sudah pandai berjalan. Saya memeluk, mendukung dan menciumnya. Comel sungguh. Terlupa saya sudah mahu pulang.

Kakak, cepat.’ Adik saya memanggil.

Nanti jumpa lagi, insyaAllah. Adik saya, Baihaqi dan Masitah masih di rumah nenek, tidak mahu pulang kerana belum puas bermain. Memang begitu kanak-kanak suka bermain dengan teman sebayanya. Ayah akan datang lagi untuk mengambil mereka samada belah malamnya atau pagi esoknya.

Ketika menuruni tangga, saya lihat banyaknya manggis yang Cik Su bawa. Satu guni. Tersenyum. Itulah keluarga besar saya. Apabila datang menziarahi sanak-saudara, jarang sekali dengan tangan kosong. Mesti ada apa-apa. Kata nenek, ‘Kita mesti buat orang suka datang rumah kita atau apabila kita datang rumah orang’.

Pernah satu ketika, ada 4 kilogram bihun yang dibawa untuk dimakan bersama. Seolah ia menjadi satu jamuan yang tidak disangka ketika tiba di rumah mak cik saya. Sedangkan situasi ketika itu ialah ada orang jatuh sakit. Terharu dibuatnya. Namun saya gembira. Kami berkongsi suka dan duka. Kami berkongsi sikit dan banyak.

Alhamdulillah. Semuanya dalam keluarga besar saya yang dekat di hati!

6 thoughts on “Dekat di Hati…

  1. Salam. wida’ yang indah.. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai camtu.. Tiba-tiba rasa nak fly balik malaya time ni jugak. T_T

  2. MasyaAllah, saya suka sangat dengan blog ini. Lebih lebih lagi bila ada masjid nabawi di atasnya.🙂

    Awak orng Kelantan? saya akan ke Kelantan bulan 9 ini, untung untung dapat bertemu dengan pemilik blog ini. Hhehe.

    Salam Alayk!🙂

  3. mkn2 rmi2 mmg sgt sronok..sy juga sprt mau terbang pulang ke msia skrang juga..dh lm x mkn ns dagang..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s