Bila Tuhan Berbicara

bt.jpg

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menghabiskan buku yang satu ini setelah dimarahi sahabat saya, Adibah. Dia hanya mengambil masa satu hari menghabiskan buku ini sejurus J4DE ll. Maaf Adibah, saya bukan lambat mengeja cuma kekangan terhadap tanggungjawab yang tersedia di bahu ini. Apapun saya sudah menjenguknya dari muka ke muka!😀

Well done, Brother Faisal! Rakan-rakan dari J4DE ll seharusnya turut menghabiskan buku ini. Di dalamnya ada konsep keadilan agama Islam seperti yang kita bincangkan ketika isu CoExistence di ketengahkan. Bukan hanya keadilan, terdapat pembinaan peradaban dalam erti kata yang mudah untuk difahami; asas akidah serta sistem khilafah.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan juga buku ‘Bila Tuhan Berbicara’ ini kepada para doktor, ahli geologi/saintis, engineer, ustaz dan ustazah terutamanya. Anda boleh menguji sejauh mana capability anda dalam mengamalkan ilmu yang dimiliki. Jua mengetahui sejauh mana komitmen terhadap dakwah dan tarbiyah yang sering anda/mereka war-warkan. Namun, tidak salah jika ia menjadi hidangan pembaca yang lain. Untuk anda yang menyokong, mendaulat serta turut sama menjayakan apa jua kempen ‘amar makruf nahi mungkar‘ lagi saya galakkan miliki naskhah ini. InsyaAllah, tiada kerugian di pihak anda untuk mentelaah buah tangan Brother Faisal Tehrani ini.😉

 

 

p/s: Saya ingin/mahu memiliki karya Isa Kamari, Penerima S.E.A Write Award 2006 yang berjudul ‘Memeluk Gerhana‘. Must be great, insyaAllah.

Zaman kanak-kanak… kita merasa dengan kaki dan tangan. Sampai luka-luka bila tersadung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?”

4 thoughts on “Bila Tuhan Berbicara

  1. salam…
    saya juga sedang mencerna isi buku ini walaupun cuma pinjaman dari sahabat sekepala. mungkin ambil masa seminggu untuk habis… atau mungkin sebulan? tak sabar nak lihat kalau-kalau novel ni dipentaskan.

  2. Salam,

    Jzkk akak🙂

    Saya juga teringin benar ia dipentaskan, mahu lihat gelagat pengarahnya dan watak mereka bertiga, hehe😉

    Even novel + drama itu santai namun ia mendalam dan tajam sekali pengamatannya bagi mereka yang berfikir.

    Hingga jumpa lagi akak!

  3. dimana boleh saya dapatkan buku ini? berapa harganya dan siapa penerbitnya? terima kasih. Saya suka sangat-sangat membaca blog anda. sentiasa mengikuti perkembangannya

  4. Terima kasih Saudara/ri Iqman,

    Saya rasa tidak susah untuk menjumpai novel ini di mana2 kedai buku. Mungkin anda boleh mencuba di kedai buku terdekat dengan kediamanan anda. Atau boleh mencuba online di http://www.ujanailmu.com.my/default.cfm kelolaan Kak Nisah Haron.

    Harganya RM 21.90 dan penerbitnya ialah Ameen Kreatif.

    Kalau anda mempunyai kad ahli mana2 kedai buku lagi bagus, dapat potongan.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s