Saladin, The Young Adventurer

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,

wallpaper2_800x600.jpg

‘Sarah, nanti ana bawa enti ke Saba Islamic Media. Boleh cari di sana.’ Umi bersuara ketika kami sedang menjamu selera.

‘Baik. Setiawangsa ni cawangan yang paling utama, kan?’ Saya mengangguk. Hati berbunga kerana saya betul-betul mahu memilikinya.

‘Kalau tak silap ana, memang Setiawangsa cawangan utama. Boleh enti kenalkan ana dengan Brother Shah Kirit.’ Balasnya. Saya tersenyum, berfikir. Mungkin kerana cerita yang selalu saya dengarkan tentang J4DE, ada kerjasama dari RECOIL melibatkan Brother Shah Kirit dan Brother Lim. Tetapi, Brother Shah Kirit mungkin susah nak jumpa. Wallahualam.

Kami kemudian menuju ke kedai yang dimaksudkan. Luas juga ruangannya. Susun aturnya menarik. Banyak buku yang dipamerkan. Ada sudut untuk buku, video, kaset, cd, vcd dan sebagainya. Kami ke ruangan cd dan vcd.

‘Sarah, yang tu ke Brother Shah Kirit?’ Umi berkata sambil memfokuskan kepada seorang lelaki yang berada di kaunter pembayaran. Ada rupa arab, tapi tetap tak sama. Mungkin kerana gambaran yang saya berikan membuatkan dia menyatakan begitu. Saya menggeleng. Terasa mahu ketawa di situ juga.

‘Ishk, enti ni. Itu jurujual kat sini. Bukan-bukan.’

Kami melihat-lihat serta meninjau bahan yang terdapat di situ. Puas mencari, akhirnya tidak menjumpai. Saya terpandang 1 buku, pada covernya terdapat Brother Shah Kirit. Umi mengangguk. Lain benar dengan tekaannya. Ishk.

‘Salam. Ya, ada apa boleh akak tolong adik?’ Sopan seorang kakak menegur. Tadi dia tidak kelihatan.

‘Salam. Kak, saya mencari cd ‘Saladin’. Tapi macam tak ada.’

‘Memang tak ada, dik. Akak pun pernah dengar juga pasal ‘Saladin’ ni. One company Malaysia sedang usahakan, tapi sampai sekarang belum ada apa2 khabar berita.’ Kakak tersebut menerangkan.

Kami mengiyakan. Hancur perasaan saya ketika itu. Ingatkan balik Malaysia kali ni dapatla saya tengok kartun terbaru ni. Apakan daya, belum rezeki saya menemuinya.

‘Tak apa, dik. Mari, akak bagi magazines free.’ Kakak tersebut berlalu ke kaunter.

Saya sedikit tergamam. Dia menghulurkan 3 buah majalah kepada saya dan Umi. Kami berbalas senyum. Syukran akak. Alhamdulillah, pemurahnya. Majalah yang ada di tangan saya ialah majalah OIC, Forward dan katalog IIF. Owh, rupanya OIC pun ada majalah. Pertama kali saya melihat dan membaca.

Hasrat saya untuk melihat ‘Saladin’ tidak terhenti di situ. Saya cuba bertanya kepada beberapa teman. Pelbagai reaksi yang saya terima.

Akhirnya saya dapat tahu bahawa pembikinan cerita bersiri ini masih belum siap. Antara sedih dan gembira, saya bertafakur.

Sedih, kerana saya teringin benar melihat kartun islamik ini. Saya hanya suka 3 kartun setakat ini; Muhammad The Prophet, Sultan Al-Fateh dan termasuk Saladin yang ini. Gembira kerana saya masih belum terlambat untuk melihat kartun ini. Maknanya saya tidak ketinggalan zaman la, kan? Hehe😉

4 thoughts on “Saladin, The Young Adventurer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s