Hidayah

Bismillah ArRahmaan ArRaheem

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,

key-to-heart.png

” Sedarlah, Islam ini sesuatu yang perlu dirasai. Sama-samalah kita bertanya diri, adakah jiwa kita ini berasa nikmat dengan Islam? Orang yang merasai dan menghayati Islam dalam hidupnya, setiap tingkah-lakunya sepatutnya boleh menjadi qudwah bagi orang lain. Jangan biarkan bisikan syaitan mengaburi kejelasan matlamat. Perbanyakkanlah mujahadah agar kita tidak ditarik dengan bisikan nafsu. Apa sahaja yang kita lakukan biarlah ia membawa sahsiah ummah. ” Kata-katanya penuh mendalam. Hati terusik, sungguh menggetarkan jiwa!

” Apa pun urusan kita, ikatlah ia dengan Allah. Apabila diikat dengan makhluk, jika makhluk tu runtuh, habislah kita, turut runtuh sepertinya. Sentiasalah dengan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Rendahkanlah diri sama ada dalam posisi orang yang menasihati ataupun dinasihati. Orang yang menasihati perlu berfikir banyak kali cara yang paling hikmah dan orang dinasihati perlu cepat menerima jika sesuatu itu merupakan suatu kebenaran Allah.” Bicaranya disampaikan dengan penuh perasaan. Tanpa disedari, mutiara itu akhirnya gugur membasahi kelopak mata, menuruni pipi. Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka…

 

‘jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari’ (HR Thabrani)

3 thoughts on “Hidayah

  1. Hidayah itu perlu dicari, perlu dipohon dari empunya hidayah.
    tidak bisa di’google’.. Moga kita tergolong dalam golongan yang beruntung..

  2. Salam alayk,

    Alhamdulillah🙂 Segalanya baik, apalah ertinya hidup jika tidak disulami dengan penghayatan terhadap setiap pengertian ibadah yg dilakukan.

    Dalam hati ada Allah,

    ‘jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari’ (HR Thabrani)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s