Pertemuan bukan milik kita ~

Pertemuan..
di antara dua insan
sering membuahkan kasih dan sayang
ukhuwah antara kita anugerah yang Esa
menuju cinta yang abadi

pencarian..
erti kasih dan sayang
pastinya ada jiwa yang terkorban
kerna dilanda dilema
di tengah persimpangan
cintakan Allah atau manusia

percintaan itu fitrah manusia
dipenuhi untuk mencari redha Ilahi
jika cinta tak berpandu
turuti hawa dan nafsu musnahlah bunga hiasan diri

perpisahan ..
sekadar menguji kita
apakah kita tabah dgn ketentuan-Nya
cintaku hanya Yang Satu
kita pasti kan bertemu
kerana pertemuan dan perpisahan itu milik-Nya sentiasa

biar terpisah jika itu kehendak-Mu
mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki

kerana itu hanyalah sifat-Mu
menjauhkan daku dari sifat kehambaan

pertemuan dan perpisahan
bukannya milik kita
bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya

pencarian
erti kasih dan sayang
pastinya ada jiwa yang terkorban
kerna dilanda dilema
di tengah persimpangan
cintakan Allah atau manusia

percintaan itu fitrah manusia
dipenuhi untuk mencari redha Ilahi
jauhi cinta yang fana
bersalut kepuraan
cinta Ilahi itu yang abadi

perpisahan
sekadar menguji kita
apakah kita tabah dengan ketentuan-Nya
cintaku hanya Yang Satu
kita pasti kan bertemu
kerana pertemuan dan perpisahan itu milik-Nya sentiasa

biar terpisah jika itu kehendak-Mu
mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki

kerana itu hanya lah sifat-Mu
menjauhkan daku dari sifat kehambaan

pertemuan dan perpisahan

bukannya milik kita

bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya

cinta Ilahi itu yang abadi
bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya


18 thoughts on “Pertemuan bukan milik kita ~

  1. Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya
    Korbankanlan apa saja keranaNya
    Cintakan Tuhan cinta paling mahal
    Cintakan selain Tuhan cinta murahan @}–

  2. Hendra and lionofdesert,
    Syukran wa jazakumullahu khayran katheera

    Hayati,
    Waeyakki dik, small matter.😀 Moga Allah hadirkan kekuatan, ketenangan dan kebahagian dalam menghadapi liku2 kehidupan di dunia fana ini. InsyaAllah usaha sama2 menggapai mardatillah!

    Uhibbuki lillahi ta’ala ukhti🙂

  3. salam wbt…

    Happy birthday..
    Semoga sentiasa diberkati & dirahmatiNya…
    Good luck in everything you do~

  4. indah sekali…
    trims menyadarkan saya mencari hikmah di balik ujian berat yang sedang saya jalani.

  5. Assalamualaikum..

    mudahnya mencari cinta, namun cinta yang hakiki itulah yang sukar diharungi.
    mudahnya mencari bahagia, namun bahagia yang sejati itulah sukar dikecapi.
    mudahnya mencari keseronokan, namun keseronokan tanpa kemurkaan itulah yang sukar ditemui, mudahnya mencari kesedihan, namun kesedihan kerana Allah jarang diperolehi..

    syukran atas segala perkongsian…

  6. :)…..tersenyum lah……senyum….

    sakitnya….menyintai n menyayangi seseorang yang x tau u menghargai cinta kita…
    tapi…percayalah…n Yakinlah..pada JANJINYA….

    akan ada cinta itu untuk kita…kerana DIa lebih tahu apa yng terbaik u diri kita…

    “aku menyintainya kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama yang ada pada mu..maka hilanglah cintaku pada mu…”

    kata – kata dia yang masih ku ingat..dan pegang.,…

    bukan senang u kita memperoleh sesuatu yang akan jadi milik kita….
    dugaannya lebih kuat berbanding..yang lain……:(…:(…:(…

    la tahzan….

  7. Syukran ukhti 🙂

    Ada yang ana pegang kukuh di hati, bi iznillah, insyaAllah

    Kata2 itu sepertinya ana pernah ketemu, “aku menyintainya kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama yang ada pada mu..maka hilanglah cintaku pada mu…” (Imam Nawawi)
    🙂

  8. ha’ar……kata2 dr Imam Nawawi…….

    sampai sekarang….n insyaAllah….agama adalah segalan2nya….
    bukan harta, paras rupa….

  9. salah satu dugaan dlm hidup…apabila berada dalam jemaah…lagi kuat dugaan yang akan diterima…..

  10. Dugaan yang dtg…adalah untuk menguji kekuatan iman kita…,
    HIS owaz with us…..

    no matter in what condition is it….

    no matter….

    tanx 4 add me…..

    syukran…

  11. Ketahui,

    Dia beri sepi, sunyi
    mudahan jiwa kenal dirinya

    Dia kurniai manis, rasa hamba
    suluhan nurani temui Sang Pencipta

    Dia kirimi rindu, hakiki
    agar kembali diri
    merasai berjuta rasa
    paling utama,

    Cinta Nya

    membawa sanubari,
    senantiasa dekat pada Nya

    menawar pilu,
    bertemu dan berjauh kerana Nya

    mengisi jasmani,
    ingatan menghamba untuk Nya

    lalu dibawa Nya, diri

    menyelami samudera rindu
    menyulami rasa rayu

    lalu menghilang pedih duniawi
    berganti pula, rasa menanti

    tuk menatap, bagi memuas qalbu
    Keindahan Nya, melangkaui manis madu
    masanya, buat diri tertunggu
    namun takkan jemu, untuk bertemu

    dengan Yang Maha Satu

    Benar,
    Cinta Ilahi
    sudah pasti
    takkan layak ditandingi
    cinta insani.

  12. bertemu & berpisah….

    hanya KeranaNya…

    Bila engkau memandang segalanya dr TuhanMu yang menciptakan segalany, yg menimpakan ujian, yg menjdikan sakit hatimu, yg mmbuatkan keinginanmu telah hilang, serta menyusahkan hidupmu..

    pasti akan damailah hati mu..kerana..masakan Allah menjadikan sesuatu itu sia -sia…

    dan Bukannay Allah x tahu derita hati mu itu…. retaknya hati mu itu….
    tapi mungkin..itulah yang Allah inginkan….
    kerana Allah tahu..dan mahu hati yg sebeginilah yang selalu lebih lunak dan mudh untuk dekat dan akrab dengan NYa….

  13. sesungguhnya ukhwah itu indah andai dasarnya adalah cinta kepada Allah s.w.t yang Esa…nice blog.salam ukhwah fillah…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s