J4DE ll

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Journey for The End II

Tema: coexist

Journey for the End, dalam fasa kedua, selepas episod yang berjaya dan mencetuskan harapan baru pada tahun lepas, bertujuan untuk meneroka dan mempelajari, serta memberi pendedahan kepada anak-anak muda Muslim yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan, tentang perundangan Islam yang sentiasa adil dan harmoni apabila menyentuh soal ‘coexistence’ atau kewujudan bersama antara bangsa-bangsa, budaya, kaum dan agama. Adalah dipercayai bahawa pemahaman tentang isu penting ini secara menyeluruh, benar, dan terpimpin akan menjadi kunci kepada kewujudan bersama yang mesra.

Obejktif program:

  • Untuk menghadirkan kefahaman tentang konsep kewujudan bersama antara Muslim dan bukan Muslim, dalam menemukan kaedah dakwah yang betul seperti yang digariskan oleh al-Quran dan dimodelkan oleh Sunnah Nabi S.A.W.
  • Untuk menerapkan nilai istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan mempersediakan diri ke arah kecemerlangan dalam bidang tersebut.
  • Untuk memperkukuh ikatan ukhuwah antara peserta.
  • Untuk mewujudkan jaringan perhubungan yang cekap dan produktif.
  • Untuk menghargai nilai saling memahami, dan seboleh-bolehnya menjadikan sifat ini sebagai amalan.

Penyertaan :

Terbuka kepada 20 lelaki dan 20 wanita mahasiswa dalam negara mahupun luar negara.

Tarikh:

19 sehingga 23 Julai 2007 ( Isnin hingga Khamis)

Lokasi:

Lokasi utama adalah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , namun pengembaraan berjumpa tenaga pengajar akan dijalankan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara aktiviti yang akan dijalankan:

Pengembaraan secara berkumpulan di lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, untuk menuntut ilmu daripada tutor-tutor yang telah dilantik.

Ceramah umum daripada dua insan yang namanya sudah tidak asing lagi di Malaysia iaitu Dr Asri Zainal Abidin dan Faisal Tehrani

Interaksi intelek bersama rakan-rakan bukan Islam yg ingin tahu mengapa islam?”

Sesi sharing moments bersama para peserta untuk mengukuhkan pembinaan diri.

Senarai tutor dijangka hadir:

Tutor yang dijangka (masih diusahakan)

1 Faisal Tehrani

• Pengarang sepenuh masa
• Aktivis perpaduan dan hak asasi manusia

2 Dr Mohd Asri Zainal Abidin

• MUFTI Perlis

3 Dr Harlina Halizah Siraj

• Ketua wanita JIM

4 Professor Dr Abdul Latiff Mohamed

• Presiden of Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)

5 Brother Anuar

• Pelajar syari’ah di University Malaya

6 Ust Abd Muhaimin Mohamad Shahar

• Pengarah Bahtera Consultant Sdn.Bhd
• Penasihat Maahad Tahfiz Hira’

7 Dr Noraini

• Profesor Jabatan Psikologi, UIAM

8 Brother Lim Jui Soon

• Aktivis dakwah

9 Adam Fofana

• Imam Antarabangsa UIA

10 Ust Kamarussalam

• Pendakwah bebas
• PhD dalam bidang ekonomi

11 Ust Hj Zaharuddin
• Kolumnis dan panel soal jawab agama beberapa majalah
• Berpengetahuan dan memegang beberapa jawatan dalam perbankan Islam

Sila hubungi untuk penyertaan:

Saudara Ahmad Fitri Bin Kadir

Tahun 1 perubatan, UCD, Dublin

everyone_86@yahoo.com

+3537799873

Saudari Safiah Izyan Yusof

Tahun 1 perubatan, UCD, Dublin

safiah_yusof@yahoo.com

+353857628598

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah menghantar email kepada ajk pendaftaran kami seperti yang tertera di atas. Sertakan bersama:

nama penuh anda

no kad pengenalan

no telefon di malaysia

email

Sekian, wassalamualaikum warah matullah~

    Sahabat-sahabat yang dikasihi, harap antum dapat mendaftar dengan ukhti Safiah secepat mungkin, tempat adalah terhad… InsyaAllah jumpa di sana ya ~! Ingin sekali bertentang mata dengan antum setelah bertemu di alam maya ini .. :) 😀

2 thoughts on “J4DE ll

  1. salam alaik..
    aiwah.. bestt program ni..
    berjalan…melihat..mentafsir..hehhe..

    kalau kak free bleh je nak join..
    tapi.. weekdays..alahai… huhuu..
    if wekend kak will book the date to join..=)

    ala kullihal.. semoge perjalanan majlis berjalan lancar deh..
    salam perjuangan…
    ilalliqa’….

  2. assalamualaikum….akak suke la blog adik nih…(i guess u r more younger than me🙂 )

    one of ur speaker yg akan dtg program ni is my lecturer.our head department.Prof ni sgt bagus…sgt humble..la.good luck to u all

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s