TanpaMU…

“Hah! Termenung apa tu!” Balqis disentakkan oleh temannya, Amal.

“Enti ni, terkejut ana, boleh kena heart attack ana!” Balqis mengurut dadanya.

“Alah.. maaflah enti… Assalamualaikum” Amal tersengih sambil beri salam.

“Enti dah sampai ke negeri Jepun ke tadi Balqis? Maaflah ganggu kembara angan-angan enti..kembara sorang-sorang ke?” Amal memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Amal memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

 

Balqis sengih bersahaja sambil menjawab salam temannya itu..tidak mampu berlawak jenaka sangat dirinya tidak ketentuan, namun sedaya dihadiahkan senyuman untuk sahabatnya itu. Balqis kemudian bertanya, “Kaifa haluki ya ukhti? Kaifa imanuki ? (Apa khabar iman kamu?).

Amal senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… selepas balik dari tamrin ni, rasa subur kembali kasih Ilahi.. rasa fresh, seolah2 apa yang dibincangkan tu macam terlepas pandang sebelum ni, wallahualam…” Balqis terdiam sejenak, cuba disembunyikan isi hatinya, “ Alhamdulillah, tanda Allah mengasihimu sahabat.. ”

 

Amal tersenyum, “Alhamdulillah, ada la rasa peningkatan di dalam amal ibadah, alhamdulillah sedikit sebanyak kembali mengenangkan kelahiran Baginda saw, perjuangan yang Baginda saw bawa, kefahaman Islam, indahnya jika Islam sebagai cara hidup dilaksanakan di dalam setiap aspek kehidupan. Rindu melihat Islam menjadi kebanggaan setiap insan. Rindu melihat akhlak muslim membajai setiap gerak kerja, rindu pada ukhwah islamiyyah ditunjangkan pada Allah..”

 

“Alhamdulillah..” Balqis berkata sambil membetulkan tudungnya. Dirasakan bayu yang bertandang lembut menyapa pipinya. Pepohon di hadapannya merendangkan dan teduhannya mendamaikan,  menghiburkan hatinya. Laut yang terbentang dihadapannya sungguh mendamaikan jiwanya, membuktikan kebesaran Allah. Tenangnya hati. Indahnya. Subhanallah. Namun, hatinya tidak seindah itu…

 

“Enti, ana teringat yang ada hal ana nak tanyakan pada enti sejak minggu lepas lagi, nampaknya Cik Balqis kita ni memang busy betullah..susah betul nak jumpa enti..” Amal berseloroh.

 

“Aasifah ya Amal, ana bukan nak menghindarkan diri, enti ni pun satu, kan ada no. telefon ana, hantarla sms ke call ke, boleh juga ana luangkan masa untuk Cik Amal ni. Itulah, system endocrinology and metabolism ni banyak sikit kuliah dan pbl nya, kena pulun banyak sikit. Ada apa yang ana boleh bantu enti?” Balqis membetulkan duduk, menghadap sahabatnya.

 

“Apa doa yang Rasulullah ajarkan pada Saidatina Aisyah, yang enti suka  bacakan doa tu? ” Amal kelihatan bersungguh mahukan jawapannya.

 

“ Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya = Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).” Balqis tidak menghampakan harapan sahabatnya.

 

Amal tersenyum simpul “Syukran jazilan ya ukhti…”

 

“Waeyakki ya ukhti..” Balqis pun turut tersenyum, cuba menyembunyikan keadaan hatinya. Seketika mendalami maksud doa yang diucapkan. Terasa kerdilnya diri, hati terus beristighfar, istighfar terus menerus. Hatinya terasa. Sikit kemerahan mukanya, seolah menahan sebak.

 

Amal sedikit menunduk, mukanya didekatkan, “ Enti, kenapa? Tell me what is going on? Sedihnya sahabat ana ni…” kelihatannya seperti memujuk.

 

Balqis melarikan pandangannya, “Hmm….agaknya hati ada cardinal sign macam rubor kot..”

 

Amal berkata lagi, “Hmm…Alhamdulillah.. Enti masih dapat rasakan sama ada hati enti baik ke tidak. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya. Barangsiapa pada masa lemahnya, dia masih tetap dalam sunnah (petunjukku), maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu, dia telah celaka (HR Ahmad)”

 

“Iman kita memang ada yazid wa yankush. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Allah kasi hint sebagai tanda kasihNya Dia pada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita berada dalam keadaan baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya…. Allah suka dengar pengaduan kita padaNya, jadi Dia uji kita agar kita selalu mengadu padaNya. Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

 

“You know what, my dear Balqis…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tahu pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah. Supaya kita lebih dekat dengan Allah, agar keyakinan kita bersatu dengan takdir dan redha Allah. Tumbuhkan keyakinan enti kepada Allah. Kita akan kuat menghadapi musibah segetir apapun, kalau kita segera kembali kepada Allah. Semakin cepat kembali pada Allah, akan semakin ringan kita rasa. Semakin utuh dalam yakin kepada Allah, akan semakin tenang hati kita.” Amal memegang tangan Balqis seolah menyalurkan semangatnya.

 

Balqis menyeka air mata. Hanya memandang Amal. Amal memahami apa yang dialami Balqis. Mereka bersama sejak di bumi asing ini. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Kali ini, hatinya merasakannya, benar-benar merasakan Allah Maha Penyayang, diturunkan hidayah, penenang dirinya melalui temannya ini. Ya, dia perlukan hidayah Allah, pimpinanNya dalam mengatur kehidupannya. Setiap saat, setiap ketika, dia perlukan Allah. Subhanallah, sungguh kerdilnya diri..hinanya mudah teralpa dengan nikmat dunia…ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah. Bertindan nikmat datang namun seringkali diri alpa dengan apa yang diberikan. Masakan Allah tidak tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, segala aturanNya itulah yang terbaik.

 

Hatinya terusik, berbisik..“Semakin sayang Allah kepada kita, semakin di uji iman kita kepadaNya, namun diberikan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan yang hakiki di hati..lembut hidayah menyapa..ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah…”

 

 

Dia sedar, telah lama dia cuba untuk mensebatikan jiwa dan raga untuk Allah. Tetap ikhlas beribadah kerana Allah. Pesona kebesaran Allah amat mempengaruhi gerak hati dan tubuhnya. Seperti dinyatakan dalam hadis qudsi bermaksud: “Jika aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya, untuknya ia mendengar dan Aku menjadi pandangannya untuk melihat dan Aku menjadi tangannya untuk memegang dan Aku menjadi kakinya untuk berjalan, maka apa-apa yang dia minta kepada-Ku nescaya Aku kabulkan permintaannya dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku, maka Aku pasti akan lindungi dia.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

 

“Ishbiri ya ukhti, Masakan Allah menguji tanpa sebabnya. Yakinlah bahawa segala sesuatu pasti ada hujungnya. Setiap ujian akan berakhir, tidak mungkin akan abadi sepanjang kita hidup. Allah SWT akan menguji manusia berepisod-episod. Dalam al Quran surah Al-Baqarah ayat 286 disebutkan, Allah tidak akan membebani hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan hamba tersebut. Ingatlah akan janji Allah bahawa sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan; pasti bersama kesulitan itu akan ada kemudahan. Allah SWT berjanji akan membahagiakan orang-orang yang sabar, iaitu yang tatkala di timpa musibah, ia bulat kembali kepada Allah. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami akan kembali.” Amal meneruskan pujukannya.

 

Balqis mengangkat mukanya perlahan..menahan sendunya berbaki.

 

“Ana sayangkan enti, moga Allah hadirkan kekuatan, ketenangan dan kebahagian untuk kita menempuhi kehidupan di sini. Allah knows best for us kan?.. insyaAllah..i’ll be your side, selagi Allah izinkan ikatan hati kita kerana ukhwah fillah ini akan mekar… ana hanyalah wasilah dari Allah untuk enti, namun yang paling enti ialah enti sendiri. Hati perlu sentiasa dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan padaNya, jangan pernah leka untuk sentiasa mendekatkan diri padaNya.. Dia sentiasa  ada untuk tempat mengadu, Dia sentiasa ada untuk mendengar segalanya. Bukan sahaja untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, namun berusaha juga untuk sentiasa menjauhkan diri dari segala godaan syaitan laknatullah. Itu dua perkara yang penting dalam menjaga iman. Seperti menambahkan amalan pahala pada masa yang sama mengelakkan melakukan perkara yang membuahkan dosa. Tabahkan hatimu sahabat, kuatkan hatimu ya ukhti, I know u’re tough person. Ana uhibbuki fillah abadan abada insyaAllah, jom usaha sama-sama! Ala..makin comel la nangis macam ni..” Amal sempat berjenaka.

 

Ianya membuahkan tawa, kerana manisnya sakeenah yang menyapa… ukhwah itu indah bila tunjangnya pada Yang Khaliq… Wa sadaqa man qaala (absence makes the heart grow fonder)..rindunya pada teman-teman seperjuangan, saujana di mata namun antum sentiasa dekat di hati..~

 

Dan benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Terasa qalbunya lebih ringan. Hidup hatinya. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi hidup di bumi asing ini, diberkati dan diredhai Allah senantiasa. Biar apapun yang mendatang, tetap tegar hatinya menempuh arus. Hati kecilnya berbisik, “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni..ya Allah, tetapkanlah daku di sampingMU…

 

6 thoughts on “TanpaMU…

  1. Jazakallahu khayran katheera 🙂

    “O ye that believe! fear Allah, and believe In His Messenger, and He will bestow on you a double portion of His mercy: He will provide for you a light by which ye shall walk (straight In your Path), and He will forgive you (your past): for Allah is Oft- forgiving, Most Merciful.”

    (Surah Al-Hadid:28)

  2. minta keizinan untuk dipanjangkan penulisan ini bersame sahabat2 yang lain, moga timbul rasa insaf buat semua yang dapat mengambil iktibar dari penulisan ini..

    Jazakamullahu khairan katheera..🙂

  3. Salam~

    indahnya karya ni..sejuk hati membaca..terasa diri seperti watak balqis..🙂 macam deep_thinker saya minta izin sesalinan juga ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s