mengharap teguh redhaNYA di hati…

“Aku datang menuntut janji kau siang tadi.” Fatihah masuk ke biliknya malam tadi tatkala Hakimah sudah pulas tidur. 

Matanya sedikit terbeliak. “Janji? Janji apa?”  

“Kau belum jawab soalan cepu emas aku siang tadi.”

Dia meneguk liur. Tidak menyangka kalimatnya di depan kafetaria digenggam sungguh-sungguh oleh gadis ini. Muqarrar subjek Usul Fiqh 2 yang sedang dibaca, dibiarkan seketika di atas bantal. 

“Tak ada yang menarik untuk kau tahu, Teh,” balasnya, cuba mengendurkan keinginan Fatihah.

“Mai, kita dah kenal lama. Suka sedih kau, aku turut sama terasa. Begitu juga senang susah aku dan Kim. Kita dah banyak berkongsi sebenarnya.” Fatihah turut menghenyakkan punggung di birai katilnya.  

Sementara dia melunjurkan kaki seraya menyandarkan tubuh ke dinding.

“Aku sebenarnya rasa terlalu bersalah membiarkan sahabat karib aku menanggungnya sendiri. Mungkin ia terlalu peribadi, ya, sewajarnya aku tak layak memaksa. Tapi tak salah aku kira untuk sama bersimpati.”Dia diam.  

Rasanya segala keluh-kesah dan gejolak jiwanya sudah disembunyikan daripada pengetahuan teman-teman. Seboleh mungkin dia cuba berlagak ceria bagai tiada berlaku apa-apa. Tetapi mereka begitu pintar mengendusnya.

“Aku okey, Teh.”

“Aku tak sangka kau begitu hebat berahsia, Mai. Tapi terlalu memendam rasa kadangkala merosakkan.”Hakimah dan Izzati pernah cuba mencungkil asrarnya menyelami isi hatinya, namun tidak berjaya.  Kali ini dengan Fatihah, dia terasa semacam akan tertewas.

Hatinya melunak tiba-tiba.Wajarkah diluahkan?Tak usah!Apa untungnya kau menjeruk rasa?Barang dah lepas, untuk apa diungkit-ungkit semula? Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi mendengar.Jangan dilayan!Ah, luahkan saja!

“Baiklah Cik Fatihah. Apa yang saudari nak tau?” Akhirnya dia mengalah. Memang selama ini, Fatihah mengetahui perkembangan hubungan mawaddahnya dengan lelaki itu, tetapi tidak yang ini.

“Bagaimana hubungan kau dengan Afnan?”

Dia tersengih mendengar pertanyaan Fatihah terus kepada mauduk. Kalau boleh, dia tidak ingin mendengar dan menyebut nama itu lagi. Kelak kenangan akan menerjah sanubarinya semula dan kepedihan pun menjalar.

“Inna lillah walhamdulillah. Dia sudah menemui pilihannya yang terbaik. Hubungan kami juga tamat di situ. Titik.”

“Aku belum habis bertanya, tak usahlah sebut ‘titik’,” larang Fatihah.

“Bila?”

“Baru lagi. Hampir dua minggu.”

“Zati ada beritahu, kau ada terima surat dari Kaherah. Daripada Afnan ke?”Angguk. Sudah menjangka, Izzati pasti akan memberitahu teman-teman serumahnya.

“Apa dia kata?”“Minta maaf dan ucap selamat tinggal.”

“Takkan itu saja?”“Dia minta putus. Minta lupakan dia.”

“Mudahnya! Dia fikir senang-senang agaknya.” Kening sebelah kanan Fatihah sedikit terangkat tanda geram.“Apa sebabnya?”

“Dia dah jumpa gadis yang lebih baik.”“Habis hubungan tujuh tahun tu apa?”Dia menggetap bibir. Ada kepedihan yang masih bersisa.

“Mereka akan menikah di sana.”“Cepatnya! Bila?”

“Katanya soifi nanti.”“Inilah orang lelaki, kalau dah berjauhan, tak boleh percaya sesen pun,” gerutu Fatihah.  

“Pantang nampak yang dahi licin!”Sepi sejenak.  Baginya tiada apa-apa yang perlu dikesalkan. Dia sudah lama menerima kenyataan. Ini semua kerja Tuhan!  

“Tak usah salahkan dia, Teh.”“Habis nak salahkan siapa?”

“Tak ada sesiapa yang bersalah. Anggap saja kami memang tak ada jodoh.”

“Mulianya hati kau, Mai.”Fatihah terbeliak, ternganga. Payah untuk percaya.

“Kita kena belajar menerima kenyataan, Teh. Setiap perkara ada hikmahnya, ada rahsianya. Cuma kita kadang-kadang jadi tak sabar dan sering bertindak menurut nafsu dan perasaan.”

“Kau langsung tak kecewa?”

“Masakan tidak! Kita manusia biasa. Geram juga. Kadang-kadang tu, rasa nak menyumpah pun ada. Tapi ia takkan dapat mengubah apa-apa. Memanglah payah pada asalnya, namun kita kena kuat, kena yakin pada cinta yang lagi satu.”

“Cinta yang lagi satu?”

“Ya. Cinta yang benar-benar kekal. Rasa cinta sesama manusia ni cuma pinjam-pinjaman. Boleh ditarik-Nya bila-bila masa.” Fatihah menyeka sesuatu di birai matanya. Tidak semena-mena gadis itu mendakap erat tubuhnya.

“Mai, aku tak sangka, aku tak sangka punya kawan yang sekuat dan setabah ini!”

“Alhamdulillah. Aku kira, ujian ini terlalu kecil, Teh. Dia beri yang sesuai dengan tahap iman kita,” balasnya.

petikan dari novel salju sakinah, by zaid akhtar

 

my-endeavor.JPG

 

 

”Dalam hati ada ALLAH, DIA yang akan jaga hati ini…insyaAllah, keyakinan ini telah berpadu hanya padaNYA, mengharap teguh redhaNYA. Jangan bimbang lagi… Senyumlah ~”

7 thoughts on “mengharap teguh redhaNYA di hati…

  1. salam alayk
    nk tny, wer can i get a copy on dis novel..online la kalo boleh as in im currently not in Msia. mana ye..? Ad ke..?
    Trimas~

  2. Salam alayk…

    Actually this novel already dah abes siries dia kalau ana tak silap..wallahualam. Novel Salju Sakinah ni dipublishkan oleh Ustaz Zaid dalam utusan.com.my..

    Ana ada savekan dulu masa kat mesia tapi tak bawa bersama pula..might be sesiapa yang ada bolehla kongsikan bersama ukhti haninah… takpun enti boleh lawat blog novel ni di http://saljusakinah.blogspot.com

    ataupun straight minta dengan Ustaz Zaid ke, kalau nak tunggu buku, ana pun tak sure dah terbit belum novel ni…
    🙂 Hope it helps ..

    Wsalam

  3. salam’alaik,

    mohon laluan untuk buat sedikit pengumuman. harap ukhti mai sebar2 kan ye, especially di kalangan ikhwah n akhwat kat indonesia.

    “PERHATIAN. ada sesiapa yg berminat utk join antologi puisi Grup Karyawan Luar Negara? berminat n ada apa2 soalan, sila email adelei_ephsilon@yahoo.com.”

    menulis untuk da’wah kerana Allah =)

    meowww~~

  4. salam’alaik,

    mohon laluan untuk buat sedikit pengumuman. harap ukhti mai sebar2 kan ye, especially di kalangan ikhwah n akhwat kat indonesia.

    “PERHATIAN. ada sesiapa yg berminat utk join antologi puisi Grup Karyawan Luar Negara? berminat n ada apa2 soalan, sila email adelei_ephsilon@yahoo.com

    menulis untuk da’wah kerana Allah =)

    meowww~~

    Post a Comment

  5. Salam alayk,

    🙂 Jazakillahu khayran katheera ukhti adibah…

    Pasal GKLN ni dari dulu lagi…nak tunggu siapa invite baru nak join? hehe…

    InsyaAllah, nanti kalau ada apa2 bulehla kasi sumbangan sedikit sebanyak, just sometimes i’m wondering what can i do for this group? Kiranya this antologi puisi for second edition kan? 😉

    Menulis untuk dakwah, sebagai ibadah, part of ‘memberi’ dalam bentuk yang paling mudah, jika dari hati akan jatuh ke hati jua, insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s