Genggamlah dunia, namun bukan di hati…

Assalamu’alaykum wbt,

Jika dia diam,

diamnya menyenangkan…

Jika dia tersenyum,

senyumannya membahagiakan…

Jika dia, jika..

jika segalanya membuatkan…

kita selesa dan bahagia…

itulah ‘dia’ yang memiliki akhlak terpuji…~

jazakamullahu khayran katheera…ianya menghiburkan :)  Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen…

Dan sebagai balasannya untuk antum…

“Kunu kassyamati bainannas” (alHadits) – find the meaning…keep that into your heart whenever you need me to be there…insyaAllah ALLAH will always comfort you for HE never leave you alone… 🙂

Ana akhafullah wa ana uhibbukunna fillah

~Wardatul-Syauki~

3 thoughts on “Genggamlah dunia, namun bukan di hati…

  1. salam..saja2 ziarah disini..rindu pada mu teman utk berjuang,kawan snda dn tawa,rafiq utk sama2 bribadah,rakan yg sama2 menuntut ilmu allah,bekerja demi islam,dan sama2 berpesann2 dgn kebenaran dn kesabaran.. mg allah mengubati rinduku ini..

  2. Assalamualaykum wbt

    Khususnya komen ana kali ini adalah untuk mengucapkan jazakumullahu khayran katheera kepada semua pengunjung blog ana yang seringkali melawati walaupun blog ni serba kekurangan, ana tahu kelemahan diri dalam mengatur kewujudan blog ini.. maafkan ana telah lama berdiam diri… perancangan Allah lebih terbaik dalam mengatur segala urusan hambaNya. Ana ucapkan syukran wa jazakallah kepada yang telah memberikan komen2 yang membina bukan sahaja untuk ana malahan untuk pembaca yang lain, syukran juga untuk kritikan membina antum, sedikit sebanyak memberikan ana peluang untuk menkoreksi diri sendiri dalam melayari kehidupan fana ini. Kadangkala kita tidak menyangka hidayah Allah datang dari pelbagai penjuru.. dan itulah sebenarnya tanda kasihnya Dia pada kita sebagai hambaNya. Dan sesungguhnya maafkan ana sekiranya emel antum mahupun komen antum tidak terbalas oleh ana secara langsung atau tidak, mungkin menerima dari pembaca yang tidak ana kenali membuatkan ana sedikit kaget, atau mungkin ana secara sengaja atau tidak membalasnya lewat emel ataupun sms. Jika sekiranya anggapan antum ana menanggapi hal ini sebagai remeh, ana mohon maaf kerana tidak mampu memenuhi keinginan semua orang apatah orang yang kurang/tidak ana kenali. Mungkin juga situasi ana yang serba kekurangan kemudahan internet di sini ditambah dengan jadual kuliah ana yang agak padat. Perlu juga ana nyatakan bahawa ana bukanlah seorang ustazah mahupun bakal ustazah, juga ana bukan anak seorang ustaz mahupun ustazah… tentang salasilah keluarga ana biarlah kepengetahuan yang berhak untuk tahu, tidak perlu diungkaikan semuanya. Namun, ana bersyukur memiliki cinta tanpa syarat dari mama, ayah, abang2, adik2 serta keluarga ana sendiri… cukuplah ana katakan memiliki mereka mendekatkan diri ana kepada Yang Khaliq dan keranaNya cinta itu berbuah syurga. Dan itu adalah benar2 menenteramkan dan menyenangkan. Alhamdulillah ajaran agama telah diterapkan sejak ana masih kecil, dan itulah yang mengalir dalam diri (insyaAllah dengan izinNya hingga akhir hayat ini) walaupun sedar kadangkala leka dengan nikmat dunia yang sementara ini.

    Untuk sahabat2 ana yang sangat dikasihi kerana Allah, samada antum meninggalkan jejak atau tidak di blog ana ini, ana sangat2 menghargainya. Rindu pada antum tidak kunjung padam kerana hati kita telah bersatu keranaNya, bukankah ukhwah itu indah bila tunjangNya kerana Allah. Ukhwah yang sebenar dapat dirasakan bila berjauhan kan. Seperti mana yang sering kita ucapkan, setiap pertemuan ada perpisahan di dunia fana ini namun akan ada pertemuan abadi di akhirat kelak dan moga2 kita digolongkan dalam 7 golongan yang dijamin syurga oleh Allah, ameen, insyaAllah. Bertemu dan berpisah hanya keranaNya. Sahabat2 yang bersama ketika sama2 ditarbiyah dan mentarbiyah ketika di sekolah dan di kolej masakan dilupakan semuanya, antumlah teman serta sahabat sejati, duduk bersama dalam tamrin, duduk bersama sejenak mengenang iman dalam diri dan belajar sama2 mengenal erti seorang hamba..itu semua kenangan indah dalam persahabatan kita, kita belajar berukhwah, kemanisan kebersamaan walaupun latar belakang kita tidak serupa tapi senang sekali hati bertaut hanya keranaNya. Alhamdulillah, syukur dan pujian hanya bagi Allah kerana mengizinkan perkenalan antara kita. Dan sesungguhnya, antumlah mutiara hati… mendekatkan diri ana kepada Allah jua…

    Buat pengunjung blog ana yang budiman, syukran wa jazakumullahu khayran katheera… segalanya kerana Allah. Blog ini dibangunkan dengan izinNya, tulisan yang ada di sini juga dengan izinNya, samada ana terus menulis atau tidak juga dengan izinNya. Hanya kecil usaha ana ini untuk jalan dakwah yang penuh liku ini, oleh kerana itu, maafkan ana di atas serba kekurangan dan kelemahan ana. Tidak mungkin ana mampu memenuhi permintaan melebihi kemampuan ana, hanya kerana ana tidak memiliki melainkan apa yang telah Allah kurniakan. Walaupun terbatas, ana tetap bersyukur atas apa yang ada dan berusaha untuk lebih kebaikannya..insyaAllah. ana hanyalah menulis dengan memiliki kemampuan ilmu terbatas dan ana yakin banyak lagi medan penulisan yang lebih arif dan lebih bagus dari apa yang ada di sini. Dan ana apatah lagi seringkali tertarik dengan tulisan2 seperti itu .

    Dengan usaha ana yang kecil ini, ana teringat kepada suatu kisah; ada seekor burung kecil, yang merasa peduli kepada Nabi Ibrahim as yang sedang dibakar oleh Raja Namrud. Ketika api yang besar itu menjilati tubuh Nabi Ibrahim as, si burung kecil merasa harus berbuat sesuatu untuk menolong Nabi Allah itu. Dengan paruhnya yang kecil, ia berulang alik mengambil air lalu ditumpahkannya di atas api, berusaha memadamkannya. Tidak jauh dari tempat kejadian, seekor burung besar yang dari tadi menyaksikan kejadian burung kecil, tertawa terbahak2. “ hei burung kecil, api yang besar itu tidak akan padam dengan air yang kau muntahkan dari paruhmu itu. Sia2 saja perbuatanmu itu dan Nabi Ibrahim tetap akan terbakar”. Lalu si burung kecil menjawab. “ wahai burung besar, aku juga tahu bahawa api yang sedang membakar tubuh Nabi Ibrahim itu tidak akan padam dengan apa yang aku lakukan. Namun, kalau aku tidak berbuat demikian, aku takut jika di kemudian hari Allah bertanya kepadaku, kenapa aku tidak berbuat demikian?” . ana juga tidaklah jauh berbeza dengan si burung kecil. Walaupun tidak memiliki ilmu yang tinggi dan kemampuan terbatas, merasa usaha untuk jalan dakwah ini sangat diperlukan dalam melihat kondisi zaman sekarang. Ramai sekali mata kepalanya celik namun mata hatinya tertutup kerana debu2 dosa telah mengaburkannya.

    “ Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim. Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hati kamu, sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi saudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”
    (surah Ali’ Imran:102-103)

    “ Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah di lebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian yang mereka usahakan, dan bagi perempuan ada bahagian yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaanNya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
    (surah AnNisa:32)

    Sebelum berundur, ana mohon maaf sekali lagi.. maafkan ana andainya ada yang terasa dengan ana, mahupun kata2 ana mengguris hatinya..maafkan ana.. sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, begitu juga dengan yang buruk, datangnya dari Allah namun disandarkan pada diri ana sendiri, insyaAllah…moga Allah kurniakan rahmatNya dan inayahNya serta hidayahNya untuk kita semua, sentiasa diberkati segala urusan, jaga iman, jaga hati, jaga diri elok2 walau antum di mana berada… Kunu kassyamati bainannas~

    Ana akhafullah wa ana uhibbukunna fillah,

    ~ Wardatul-Syauki ~

  3. salam sayang, salam ukwah fillah..
    ana tujukan lagu ni buat mai..

    i love u
    u love me
    v r hapi famili
    v love Allah
    v love RasuluLLah
    v r come from 1 ummah:)

    Allahhuakbar!

    Allah, sesungguhnya kami kasih dan cinta padaMU,
    namum kami sedar, diri ini kerdil kekadang jatuh dalam laghga..
    Allah, pimpin hati2 kami, agar kami tetap pada siratulmustakim..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s