Biar Keikhlasan Berbicara..~

Assalamu’alaykum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah swt. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan mengemis keampunanNya. Selawat dan salam ke atas imam orang-orang yang bertaqwa, junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan berkat surah al-Fatihah yang mulia dan 7 ayat yang berulang-ulang, dan berkat kemuliaan alQuran yang suci..Kami bermohon kiranya, Engkau bukakan bagi kami kebaikan-kebaikan dan memberi kami kemuliaan dalam setiap kebaikan. Engkau jadikan kami dari golongan yang baik dan sentiasa mengamalkan amalan yang baik-baik. Dan Engkau peliharalah agama kami, diri kami, keluarga serta saudara-mara kami daripada kesusahan, keresahan, fitnah, kedukaan dan sebarang keburukan. Sesungguhnya Engkau Pemberi setiap kebaikan dan Pengurnia Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon padaMu, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang lurus menuju cintaMu yang hakiki, eratkanlah ikatan ukhwah antara kami dengan ikatan yang jujur ikhlas demi kecintaan terhadapMu dan Rasulullah saw. Ameen ya Rabbal ‘Alameen…A

lhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, segala pujian dan syukur ana panjatkan kepada  Allah swt, Tuhan bagi alam semesta yang telah mengurniakan masa lapang bagi ana hingga dapat menitipkan sesuatu di sini. Ya Allah, pemilik hati kami, jadikanlah kami hamba-hamba yang digolongkan bersama orang-orang yang Engkau kasihi dan redai, ameen ya Rabbal ‘Alameen.  Seterusnya, kaifahalukum ?? Moga-moga sihat wa al afiat semuanya di bawah naungan dan limbungan rahmat Allah. Alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat di sini dalam keadaan yang baik dan dapat beribadah dengan tenang..🙂 Cuma ada antara kami yang terkena diarrhea (Kamal and Hidayat – ikhwah IB), alhamdulillah in process of recovering, dapat special attention, nak makan apa, kami masakkan, but mostly diarrhatic person tak lalu nak makan (only bubur nasi) , and kena banyak minum air untuk neutralkan and stabilkan kembali keadaan dalam stomach. Petua-petua yang dibawa dari Malaysia pula minum teh pekat, (apakah mechanismnya ana tak pasti, nanti belajar dulu baru boleh cakap, insyaAllah)..apabila sahabat ditimpa kesusahan kenala saling bantu membantu, itulah namanya persaudaraan, lagi special kalau ukhwah islamiyyah yang dipupuk.. (wahh! Rindunya pada sahabat-sahabat seperjuangan di bawah naungan Al-Quran..😥 ). Moga tabah hati tak berbelah bagi, sehati sejiwa dulu, kini dan selamanya..insyaAllah.

“banyak yang tinggal jauh namun dia sentiasa dekat dihati,
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai,
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani..”

Ana teringat pada ungkapan,“Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah”. Ia mengingatkan ana  kepada  halaqah, duduk sejenak mengenang dan mengimbangi iman dan taqwa dalam diri, kebergantungan kita kepada Allah dan merasakan kemanisan kebersamaan. Alhamdulillah, selalu diingatkan oleh teman, sahabat, kakanda di sekeliling🙂 . Lambang teman sejati, teman taqwa, terpatri janji setia bersama. Alhamdulillah usrah pertama kami telah dimulakan, bersama sesi taaruf. Ana dengan sahabat, Firdaus terlewat sedikit kerana kami ke pasar terlebih dahulu. Ana keluar ke pasar jam 6.15 pagi untuk membeli groceries, roomate, Khadijah ke pasaraya membeli kelengkapan rumah yang lain after zuhur. Kena pandai-pandai berjimat, salah seorang antara kami ke pasar and ke pasaraya, kalau dua-dua pergi dua-dua tempat, agak membazir. Makanan kami sediakan bersama, yes our skills of cooking are improving. Hehe😉 Kali ni bolehla challenge dengan abang (you won’t believe me..), almaklumlah dah kena masak sendiri kan, not bad, hehe. Khadijah pandai masak kari, masakan yang banyak benda nak kena masukkan (ada santan)😉, ana pula tahu masak yang simple-simple, yang tak banyak benda nak kena consider..bila orang tanya apa speciality, memang ana blur nak jawab, sebab kalau benda yang ana suka makan, tahula nak masak, kalau tak suka makan, taktahu nak masak (kalau tahupun maybe tak sesedap orang yang suka makan), apabila dah ramai tanya apa speciality bila ana dah start masak ni, ada la juga ana fikirkan jawapannya secara kritis (not to reveal here), mehla datang sini cuba masakan😉 Seperti yang sudah dijangkakan, memasak ni bukannya susah sangat..(uhuk..)😉 Kami as year 1 have to conduct majlis bacaan yaasin for every week yang mana memerlukan kami untuk menyediakan makanannya. Di sini, malaysian students organize bacaan yaasin for every week (malam jumaat), since malaysian students dah lebih 200 (almost 240), dah tak muat ruang Aula, so sekarang ni tukar trend baru, antara ikhwah dan akhawat bergilir-gilir baca yaasin kat Aula. Sekiranya minggu tersebut adalah turn akhawat, jadi akhawat year 1 yang sediakan makanan, sekiranya turn minggu tersebut adalah ikhwah, jadi ikhwah year 1 yang akan sediakan makanannya. Tugasan year 1 adalah secara turun temurun uruskan makanan untuk tiap kali malam jumaat tiba..🙂 mula-mula sampai di sini, kami masak 3 kuali besar bihun untuk malaysian students yang datang solat jemaah dan baca yaasin..bihun dalam kuali yang kedua dan ketiga yang lebih lazat dari kuali pertama (dah tahu estimate sebenar bila try and error dilakukan, hehe). Kalau nak ceritakan pasal malaysian movement kat sini memang banyak, sedikit sebanyak ana updatekan dari masa ke semasa, ok?🙂

tiada kesusahan jika dipermudahkan Allahtiada kegelisahan bila mengingati Allahtiada kesibukan bila mengingatkan hari bertemu Allahtiada marah dalam jiwa yang berhubung denganNyatiada tekanan bila Allah di sisitiada kesunyian bila Allah di hatitiada kekurangan bila Allah sentiasa mencukupkan!”

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, sudah hampir seminggu lebih berjalan aktiviti yang kami aturkan. Dan this weekend, untuk pertama kalinya kami dinner sama-sama di bilik Firdaus dengan nasi briyani dari Akhi Faizal, after solat isyak berjemaah baru dapat makan, semuanya dah lapar…but still ada yang tak dapat nak habiskan nasi malaysia tu (rugi-rugi) ..hehe😉 sahabat-sahabat begitu bersemangat nak sediakan makanan untuk tetamu yang bertandang untuk solat. Kan tetamu datang bersama rahmat, membawa bersama keberkatan, kena la raikan tetamu yang hadir..:) setakat ni setiap kali selepas jemaah, kami ada jamuan ringan yang senang untuk disediakan oleh tuan bilik, seperti cekodok pisang, cekodok bawang, sira pisang, roti telur, roti bawang, and ect. Moga Allah eratkan ikatan kasih sayang antara kami, insyaAllah. Gembira sangat dapat makan bersama-sama, kami tadarus sama-sama, dalam tazkirah kami saling mengeluarkan pendapat, ada yang emosional, ada yang lucu, ada yang nak menangis, ada yang mengusik, macam-macam ragam dan aksi, semuanya human behaviour yang hakikatnya kita dibiasi oleh orang-orang di sekeliling kita.  😉 yes, i have to admit that, siapa di sekeliling kita itulah yang menggambarkan kita. Sahabat adalah cerminan diri kita, oleh itu perlunya waspada dalam memilih sahabat. Alhamdulillah, ana gembira dan syukur sangat apabila Allah tunjukkan siapa sahabat, teman dan kawan. Kena pandai mendulang hikmah di lautan kasih yang tidak bertepi, bak kata kakanda🙂. Apapun ana gembira dan syukur kepada Allah even macam agak susah nak kumpul untuk jemaah tepat waktunya, tapi itu secara automatik nanti ada tindakan refleks terjadi, dengar je azan berkumandang terus siap nak solat jemaah kat bilik yang ditetapkan. Kalau nak ikutkan masjid hanya sebelah je dengan apartment kami ni cuma dipisahkan oleh pagar yang membuat kena turn dalam 270  darjah kalau nak solat kat situ..pasal solat terawih nanti, akan ada ikhwah yang imamkan kami (menurut senior, baca ikut juzu’,alhamdulillah, samala macam kmb)🙂 Doakan kami ya, moga senantiasa dikuatkan iman, dikurniakan kesabaran dalam menempuhi kehidupan kat sini. insyaAllah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah urusan pembelajaran dan kehidupan di sini.

Orang-orang yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan.. moga Allah kurniakan ketenangan, kedamaian serta kekuatan, insyaAllah..~

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah:186)

Istiqamah itu karamah..~!

keberadaan kita di atas jalan ini, bukan satu pilihan malah bukan keterpaksaan. kita tiada pilihan lain kerana kita telah mengucapkan janji syahadah!keberadaan kita di atas jalan ini, bukan satu keistimewaan pada orang-orang lain kerana kita yang perlu terus mengikuti gerombolan ini!keberadaan kita di atas jalan ini, bukan untuk kenikmatan dunia kerana kita mengejar jannatul firdausi!keberadaan kita di atas jalan ini, tidak menambah kehebatan atau mengurangkan kemuliaan Allah kerana kita yang mencari kemuliaan kedekatan di sisiNya!keberadaan kita di atas jalan ini..sesungguhnya hanyalah kerana belasNya..Dia yang telah memilih kita…Dia yang menyelamatkan kita ketika kita hampir lemas dalam lumpur jahiliyah!

keberadaan kita, hanyalah keranaNya…janganlah berpaling dari mereka yang telah mendidik kita dan membawa kita mengenaliNya…kenali siapa kawan dan lawan..kenali diri kita…tak kisah mana kedudukan kita, sama sahaja tentera atau general di dalam pasukan..kerana yang kita terus ingini adalah keberadaan di atas jalan ini….tiada keberadaan melainkan kerana hubungan kita dengan Allah semata…kita mohon, jika ada jutaan manusia diatas jalan ini, biarlah kita salah seorang daripadanya…kita mohon, jika ada ribuan manusia yang terus teguh di atas jalan ini, biarlah kita salah seorang daripada mereka..kita mohon, jika ada ratusan ansari yang terus mendokong risalah, biarlah kita salah seorang daripadanya…kita mohon, jika tinggal puluhan hawari yang tegar dengan mehnah, biarlah kita salah seorang daripada mereka…kita jua mohon, jika tinggal seorang yang masih bangkit selepas tersadung, biarlah insan itu…kita..!

Ana akhiri titipan kali ini dengan 2 ayat yang benar-benar menyentuh hati ana ketika subuh tadi, alhamdulillah penawar hati saat diri dilanda kealpaan…insyaAllah.

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu; kerana tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk(*). Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Maidah :105)

(*) kesesatan orang lain itu tidak akan memberi mudharat kepadamu, asal kamu telah mendapat petunjuk. Tapi tidaklah bererti bahawa kita tidak disuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah ia lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran: 110).

Wahai Tuhanku, Ya Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, limpahilah hatiku dengan belas kasihan-Mu,baik pada siang hari dan malam hari mahupun pada saat pagi dan petang silih berganti tak terlewatkan dalam hatiku, waktu daku tidur atau terjaga kecuali mengingati namaMu antara jiwa dan nafasku. Engkau telah masukkan ke dalam hatiku satu gagasan bahawa Engkau Maha Suci Tuhanku, telah banyak dosa yang daku perbuat dan Engkau mengetahuinya. Namun di saat petang menjelma dan pagi itu datang daku masih jua membuat dosa.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, tuntunlah hambaMu yang lemah dan hina ini ke jalan yang telah ditempuh oleh hambaMu yang solehah dan jangan sesatkan daku dalam menapak jejak agamaMu.B imbinglah daku di dunia ini dan di akhirat kelak serta cerahkanlah wajahku pada saat orang-orang bermuka masam.

Ya Tuhanku, sesungguhnya diri ini penuh kekeliruan dan keluh-resah,walaupun ku tahu tanggungjawab dakwah ini satu kewajipan namun hatiku ini sentiasa menyeleweng dari landasanMu,oleh itu Ya Tuhanku kau kembalikanlah Nur kebenaran,dan kekuatan buat diriku ini agar diriku mampu berdiri tegak bersama kaum Adam untuk sama-sama menjunjung kalimahMu…ameen, insyaAllah..

Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahu segala yang terbuku di hati ini. Ana doakan moga antum sentiasa terpelihara dari segala kemungkaran, moga dikurniakan keikhlasan dalam beribadah dan sentiasa terpandu arah tuju dalam kehidupan fana ini, insyaAllah, mantap dalam perjuangan hidup untuk mendapat keredaan Allah diteruskan walau di mana berada, moga pengalaman lebih mematangkan dalam menilai dengan neraca kebaikan untuk mendapat timbangan kelebihan untuk kebaikan. Ameen, insyaAllah.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk juga datangnya dari Allah tapi disandarkan pada bahu ana sebagai membezakan antara hamba yang diciptakanNya dan Pencipta Yang Maha Kaya dengan segala Kelebihan. Hingga jumpa lagi. Doakan kesejahteraan bersama dunia dan akhirat. Hingga jumpa lagi.Ameen, insyaAllah.

Ana takhafullah wa ana unibbukum fillah,

~Wardatul-Syauki ~ 

 

 

 

 

One thought on “Biar Keikhlasan Berbicara..~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s