Ketika cinta harus memilih..~

Assalamu’alaykum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah swt. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan mengemis keampunanNya. Selawat dan salam ke atas imam orang-orang yang bertaqwa, junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan berkat surah al-Fatihah yang mulia dan 7 ayat yang berulang-ulang, dan berkat kemuliaan alQuran yang suci..Kami bermohon kiranya, Engkau bukakan bagi kami kebaikan-kebaikan dan memberi kami kemuliaan dalam setiap kebaikan. Engkau jadikan kami dari golongan yang baik dan sentiasa mengamalkan amalan yang baik-baik. Dan Engkau peliharalah agama kami, diri kami, keluarga serta saudara-mara kami daripada kesusahan, keresahan, fitnah, kedukaan dan sebarang keburukan. Sesungguhnya Engkau Pemberi setiap kebaikan dan Pengurnia Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon padaMu, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang lurus menuju cintaMu yang hakiki, eratkanlah ikatan ukhwah antara kami dengan ikatan yang jujur ikhlas demi kecintaan terhadapMu dan Rasulullah saw. Ameen ya Rabbal ‘Alameen…

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, dengan rahmat dan inayahNya, hanya kasih sayang Allah mengiringi memberikan sesuatu yang selalu menggembirakan apatah lagi menenangkan qalbi.. diberikan kesempatan untuk menitipkan sesuatu di sini..insyaAllah.. :) Lama tidak menitipkan kata-kata di sini, hadirnya rindu untuk memugar cinta dalam bicara tanpa suara😉 Gembira dan terharu rasanya membaca kata-kata sahabat-sahabat dan kakanda, ikhwah serta akhawat yang memberikan sokongan dan dorongan dalam perjuangan ini, alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Pujian hanya bagi Allah swt, Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya dari pengetahuan kami yang terbatas ini, yang mengurniakan ana cinta tanpa syarat; mama, ayah, abang-abang dan adik-adik serta seisi keluarga, teman, sahabat dan kakanda serta sahabat di sekeliling yang mempunyai fikrah perjuangan yang sama serta sentiasa memberikan kata-kata dan dorongan yang tidak terhingga, segala pujian hanya bagi Allah swt, pemilik segala-galanya sama ada yang kita ketahui mahupun tidak.. Allhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Tidak putus-putus kesyukuran dan istighfar atas segala nikmatNya yang tidak terhingga, ingin sahaja air mata ini terus mengalir memikirkan segala kurniaan Allah yang tidak terhingga sedangkan keadaan diri yang tidak seberapa mana..Ighfirly ya Allah, Ighfirly ya Rahman ya Raheem, ya Hafeez,..peliharalah hamba-Mu yang lemah dan hina ini dari segala kemungkaran, hadirkan ketenangan dan kekuatan dalam menempuhi ujian kealpaan di dunia fana ini, moga segala yang hadir dalam hidupku akan semakin meningkat keimanan dan ketaqwaan padaMu, diuji sebagai tanda kasih sayangMu untuk mengingatkan diri ini hanyalah hamba yang lemah, tidak berbelah bagi hati ini, hanya pantas untuk mencintaiMu..hanya rindukan rahmat dan kasih sayangMu mengiringi dalam setiap detik nafasku dan langkahku ini.. Ya Allah, Jangan Kau palingkan hati ini setelah Kau beri hidayah kepadaku, sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hambaMu..ameen, insyaAllah. Allah S.W.T berfirman ertinya, “Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah) ” (Surah Ibrahim:34).

Di sini, hati ini yang sememangnya lembut mudah terasa ingin sekali melafazkan segala yang terbuku di hati namun itu bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi senang untuk menyatakannya. Hanya kekuatan dan ketenangan dalam diri yang akan membentengi segala-galanya, insyaAllah dengan rahmat kasih sayangNya, langkah ini diteruskan demi menjejaki keredaanNya…insyaAllah. Alhamdulillahi Rabbal A’lameen.🙂

Benar-benar terasa Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya, rasa tenang mengusai apabila sedar bahawa Allah selalu menemani ana di sini..Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, thus, jangan risau-risau pasal Sarah eh, insyaAllah segala-galanya yang datang dan terjadi adalah baik-baik belaka..teringat kata-kata kakanda yang dipetik dari Salafus Saleh yang berkata: “semuanya yang datang adalah baik-baik semuanya kecuali neraka.” Allahu Akbar! Sangat menyentuh hati, bila difikirkan semua yang terjadi, kronologi terjadi segala rentetan peristiwa, tiada akan menyangkal kehebatan dan kekuasaan Allah dalam mengatur segala-galanya dalam kehidupan dunia fata morgana ini.. hina dan kerdilnya diri ini, mudah sangat terbuai dengan nikmat yang hanya secebis di dunia fata morgana ini. Subhanallah. Maha Suci Allah Yang Maha Penyayang dan Pengasih terhadap hambaNya.

lhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Sudah hampir 3 minggu di sini, segala-galanya alhamdulillah baik-baik belaka. Seniors sangat baik dan sering membantu kami dalam proses penyesuaian diri dengan keadaan sekeliling. Sepanjang berada di sini, disayangi sebagai adik-adik junior dan dibimbing dengan penuh perhatian. And alhamdulillah, kami sudah menyertai Bakti Sosial (Baksos) yang pertama anjuran pelajar Malaysia ke Sunathon Program di Malino. Thats really interesting and we had great moment to remember. Subhanallah. Baru- baru ini, one of my sahabat from Kmb jatuh sakit dan disyaki denggi berdarah berdasarkan simptom-simptom yang dilihat. Her name is Liyana. Kak Paramesh (senior year 6) diagnosed her got denggi berdarah semasa di apartment. Then kami bawa dia ke hospital with Iman (senior year 2) using Kak Yong (senior year 3) punya kad insurans kesihatan memandang kad insurance kesihatan kami belum dapat lagi (sedang diuruskan oleh pihak MARA). Alhamdulillah pengurusan kemasukan ke hospital dibantu oleh Kak Ainul (senior year 4) yang sedang clinical year dekat that hospital.  Alhamdulillah, Kak Ainul yang tunggu kami ketika di hospital dan she assisted dari blood test sampai infused then moved to ward. Sangat terasa hubungan rapat dengan kakak-kakak di sini. Kak Ainul sangatla baik, sepanjang proses infused nak dijalankan, banyak yang kami bualkan and she told us pasal study kat sini, her experience, moment not to forget and to take attention, banyakla dan Kak Ainul suka buat kami ketawa and tersenyum with her celoteh, ye la, agak cuak bila kena masuk hospital tempat orang kan, but alhamdulillah at least ada seniors yang tengah buat clinical years kat situ.. jadi terjaga sikit even takde family dekat, bak kata Akhi Izzudin. Malaysian student kat sini saling bantu-membantu dan kami yang year 1 ni sering mendapat perhatian, baru two weeks kat sini dah jatuh sakit.. Liyana kena infused 6 bottles of isotonic liquid, ana dengan akhawat IB punya shift to take care of her. Pukul 2 pagi tukar shift jaga kat hospital. Lebih kurang pukul 12 tgh malam lebih, Akhi Izzudin and Akhi Haniff (both are seniors year 3) datang tengok, sempat pesan macam-macam, ye la memandangkan kami tukar shift pukul 2 pagi, siapa tak risau nak balik apartment waktu macam tu but alhamdulillah semuanya selamat. Then, bila dah masuk ward, lagila banyak seniors yang datang tengok, kami yang year 1 dapat kenal dengan seniors year 4,5,6. sungguh bertuah juga, ada hikmahnya sakit ni, jadi femes tetiba,😉 dapat kenal dengan seniors yang kebanyakannya jarang ditemui except for big events..memandangkan seniors sibuk dengan clinical years tak menyempat nak jumpa adik-adik, but kami diberikan peluang oleh Allah ditemukan dalam ward. Hehe, alhamdulillah, bila doktor masuk to check, ada seniors clinical yang temankan, antaranya ialah Kak Fatimah, Kak Syuhada, Akhi Muadz, Akhi Faizal, and yang lain..they said, “ini adik junior saya, doktor..” hehe.. kami pun turut sama belajar bila doktor menerangkan and seniors juga yang kena bila doktor tanya soalan kat mereka. Seniors satu hospital tahu ada anak Malaysia (junior year 1) masuk ward, then they came to visit at least, wahh, seniors clinical about 100 lebih. Kenangan. Kenangan.🙂

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Segala-galanya yang terjadi adalah untuk mematangkan diri, membina keyakinan dan kekuatan. Wise dalam membuat keputusan untuk memilih. Lebih penting mengajar erti kehidupan yang sebenar. Even niat datang sini nak jadi doktor but bukanlah jadi doktor semata-mata, semestinya kita ingin menjadi manusia. Manusia benar sebenar manusia yang punya sifat kemanusiaan, yang tahu menilai baik dan buruk, dosa dan pahala, yang tahu tanggungjawab sebagai hamba kepada Yang Khaliq, dan tahu tujuan hidupnya di atas dunia fana ini. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Peluang untuk berjauhan dengan keluarga, jauh dari negara sendiri, memberikan ana peluang menilai diri sendiri, dalam ibadah kepadaNya selama ini. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, moga Allah terus membuka pintu hati kami agar sentiasa teguh pendirian dengan syariat Islam yang sebenarnya. Ana tinggal bersama roomate, Khadijah, dari Johor, kami sama-sama dari KMB, alhamdulillah sama fikrah and hope we suit to each other for next years. My dear roomate suka makan pedas while ana pula tak berapa sangat pedas, ye la orang Kelantan kan manis-manis😉 . ana belajar untuk tolerate dengan dia, cuba belajar masakan kesukaan dia, dan dia cuba tolerate dengan ana, belajar masak apa yang ana suka makan, ana fahami apa yang dia suka dan tak suka and same goes to her, akhawat IB yang datang dalam 7 orang, ada 7 ragam, 7 perangai yang semuanya nak kena settle down and be open minded. Sangat sayang apabila sahabat sendiri tetiba tersasar landasan ke apa-apa ke, kami saling mengingati dan menasihati. Alhamdulillah. Besides, ana nak kena belajar save budget untuk balik cuti 3 bulan nanti, nak kena budget untuk bil elektrik dan air, groceries and keperluan rumah yang lain lagi. Belajar careful dengan akaun dan duit-duit ni, bukan untuk diri sendiri lagi tapi dah lebih dari itu. Nanti kalau sahabat perlukan bantuan kewangan ke, kena prepare untuk emergency case tetiba ke. Banyak tanggungjawab lagi yang tak tersenarai, itu semua asam garam kehidupan, skill of life bukan boleh dapat dari baca buku, kena hadapi sendiri, dan dari situ kita menilai kemampuan diri..insyaAllah. doakan ana ya, moga-moga segala-galanya dipermudahkan Allah, hadirnya keikhlasan dalam perjuangan ini. 

Baiklah, dah banyak ana tulis..moga terubat rindu antum yang bertandang. 

insyaAllah, jika punya kelapangan, ana update dengan hal yang lain, alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, segala-galanya sungguh berhikmah untuk sama-sama kita fikirkan. Rindunya ana pada sahabat-sahabat seperjuangan, moga antum sentiasa dipelihara oleh Allah swt walau di mana antum berada, jika punya kesempatan kita ketemu lagi, insyaAllah. Ana sekarang ni tengah berbunga hati dengan kedatangan Kakanda yang dikasihi ketika bersama di KMB, Al-Ukhti Nida’ Ul Huda ke sini, her brother, Akhi Syafawi grad minggu lepas. Jumpa parents Ukhti Nida’, dengar nasihat and amanat yang disampaikan made me so much homesick, rindukan mama, ayah, abang-abang serta adik-adik dan seisi keluarga serta sahabat, kakanda-kakanda yang dulu sentiasa bersama..inilah pengorbanan dan perjuangan, masakan hanya dengan kesenangan untuk memperoleh sesuatu yang amat berharga kan?😉 Di sinilah, ketabahan dan kekentalan diuji. Terpahat segala-galanya di sanubari, insyaAllah ya ukhti, ana cuba sedaya mungkin, apa yang dah dipelajari di KMB, dan segalanya akan dipraktikkan di sini, insyaAllah. Selagi di izinkan Allah, Islam is my way of life, our way of life, walau di mana pun berada. Memang dah aware bila di tempat orang, mana ada satu tempat khas untuk solat jemaah sama-sama seharian. But alhamdulillah ada one ruang kat groundfloor ni untuk malaysian students, dikenali sebagai Aula, tapi biasanya hanya ikhwah yang berjemaah kat sana, and kalau akhwat nak buat qiamullail ke boleh je tapi semua akhawat, ikhwah tak la. Di sini, kami ditempatkan satu bilik hanya 2 orang, and alhamdulillah biliknya walau tak luas mana tapi still ada ruang yang boleh dijadikan sebagai ruang tamu, ada dapur and kalau nak jemaah bolehla kat ruang tamu tersebut. Ana dengan roomate selalu jemaah tapi rasa kekurangan sedikit sebab hanya berdua, nak ramai-ramai macam dekat kmb dulu. Semalam discuss among sahabat KMB, insyaAllah kami akhawat IB seramai 7 orang akan solat jemaah sama-sama di bilik yang telah diaturkan, solat jemaah yang wajib ialah maghrib dan isyak’, kemudian akan disusuli dengan sama ada tadarus, tazkirah, ataupun apa-apa pun yang bermanfaat mengikut yang telah disepakati. Alhamdulillah, weekend kami akan dinner sama-sama di bilik yang akan kami solat jemaah, dan itu tanggungjawab tuan bilik untuk menyediakan masakannya, kalau nak tempah pun boleh dengan Akhi Faizal (senior year 6, dia dengan wife dia pandai masak). Time puasa nanti, lagi banyak aktiviti boleh buat, insyaAllah. Kami mulakan dengan kelompok kecil dulu, then kalau ada yang berminat nak menyertai, sangat dialukan.. Yang menggembirakan ana, alhamdulillah kami semua dari KMB sangat-sangat rindukan solat jemaah sama-sama, ye la masa tu la nak rapatkan ukhwah, nak sembang ilmiah ke, nak share apa-apa ke, siapa lagi yang dekat dengan kita kalau bukan sahabat-sahabat seperjuangan kalau di tempat orang ni. Tentang usrah untuk kami year 1 belum mula lagi but soon insyaAllah. Alhamdulillah, insyaAllah tarbiyah kat sini ok, ana pun tengah tengok-tengok dulu. insyaAllah medium yang ada kena mantapkan lagi..Yang nak kena jaga as muslim, solat jemaah, usrah, ukhwah, tazkirah, tadarus, solat malam, kepimpinan, puasa sunat dan etc..Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, moga Allah permudahkan segala yang telah dirancangkan. Moga ianya pemangkin ke arah kebaikan bersama. insyaAllah. Doakan kami di sini ya~! Moga reda Allah mengiringi perjuangan kami di sini, dan antum juga ameen. insyaAllah. Kasih sayang Allah membatasi segala-galanya kerana Dia Maha Penyayang lagi Maha Pengasih terhadap hambaNya.

Ya Allah dengan rahmatMu, ya Raheem ampuni daku, ku mengintai ketenangan di antara kekalutan kerana keinginan tidak pernah kesampaian..ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan, bangkit semula meneruskan lagi perjalanan, ku memohon ketabahan kerana gelombang hidup dan dugaan mencabar, ku anggap tiada jalan mudah, itu hanyalah suatu kejayaan yang tertunda, kuminta diberikan sejenak kesempatan untuk ku ulang kembali langkah bersama, kepayahan yang kurasakan mengajar erti kesabaran, keperitan yang kurasa mengajar erti ketabahan,sungguh insan memerlukanMu Tuhan, di rimbun keampunan ku mencari keredaan, melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa… ku cari kejernihan di segenap ruang maya, masih ku sedar, ku sedang diperhatikanMu Tuhan, dengan rahmatMu, dengan kasih sayangMu, ampuni segala dosa-dosa ku ya Allah. Tetaplah kami di jalanMu, sentiasa di bawah lindungan inayahMu..

Ana akhiri titipan ini dengan firman Allah di dalam surah Al-Kahfi; Ayat 28: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”

Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahu segala yang terbuku di hati ini. Ana doakan moga antum sentiasa terpelihara dari segala kemungkaran, moga dikurniakan keikhlasan dalam beribadah dan sentiasa terpandu arah tuju dalam kehidupan fana ini, insyaAllah, mantap dalam perjuangan hidup untuk mendapat keredaan Allah diteruskan walau di mana berada, moga pengalaman lebih mematangkan dalam menilai dengan neraca kebaikan untuk mendapat timbangan kelebihan untuk kebaikan. Ameen, insyaAllah.

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk juga datangnya dari Allah tapi disandarkan pada bahu ana sebagai membezakan antara hamba yang diciptakanNya dan Pencipta Yang Maha Kaya dengan segala Kelebihan. Hingga jumpa lagi. Doakan kesejahteraan bersama dunia dan akhirat. Hingga jumpa lagi.

Ameen, insyaAllah.

Ana takhafullah wa ana unibbukum fillah,

~Wardatul-Syauki ~

6 thoughts on “Ketika cinta harus memilih..~

  1. assalamualaikum…
    alhamdulillah….sarah n shbt2 slmt smpai kat sana..seronok bila baca apa yg nti tulis..krim salam kat kwn2 kat sana ye..
    ana hrp perjuangan kita ni akan trus membawa kita menuju Illahi…🙂

  2. assalamualaikum
    sebenarnyer sayer x knal awk n awk pon x knal sayer,hehe.sayer juz terjumpa awk punye blog nie n sayer pon explore la.wat a nice blog,banyak mngajar sayer.so,syukran!!!sory klu sayer menyibuk,hehe tapi awk skrang kat ner?bleh citer lbh lanjut?juz as a motivation for me as i’m also doing a-level to continue my study in uk.Amin….

  3. assalamualaikum….
    saya baru jumpa blog ni…bila dah teroka blog ni rasa macam anti ni “org sendiri” fikrah sama…rasa dekat sgt walaupun tak kenal..anti kat mana skrg ni?kat mesir ke?

  4. assalamualaikumwbt….
    hermm…
    ni lah first time sayer terbukak…web ni…
    tahniah….
    mmg btol2syahdu..penuh dgn keikhlasan..maaf…
    sbb terlalu memuji…
    sesungguhnya,..segala yang baek itu DRNYA..dn yang buruk itu dr diri sy sendiri….

    terasa ingin skali untuk menghulurkan tali ukhuwwah….
    salam ukhuwwah….
    🙂 :)…

  5. salam alaik ya ukhti fillah
    this blog really touch my heart.Alhamdulillah, may Allah always bless u and thabat ur heart in the HIS WAY.
    salam uhkwahfillah

  6. Assalamu’alaikum ukhti
    Its wonderfull blog. I’ve just read it. Its really..really surprise me..
    Make me so small in front of the God.
    Would U be my friend ukhti..
    My name’s Didik
    came from Denpasar, Bali Indonesia
    Wanna see me..
    coming into my blog @
    penacinta.wordpress.com
    blog.bukukita.com/users/penabali
    Wassalamu’alaikum wr.wb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s