Menitip keredaanNya..segunung kurniaanNya..~

Assalamu’alaykum wbt

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah swt. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan mengemis keampunanNya. Selawat dan salam ke atas imam orang-orang yang bertaqwa, junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan berkat surah al-Fatihah yang mulia dan 7 ayat yang berulang-ulang, dan berkat kemuliaan alQuran yang suci..Kami bermohon kiranya, Engkau bukakan bagi kami kebaikan-kebaikan dan memberi kami kemuliaan dalam setiap kebaikan. Engkau jadikan kami dari golongan yang baik dan sentiasa mengamalkan amalan yang baik-baik. Dan Engkau peliharalah agama kami, diri kami, keluarga serta saudara-mara kami daripada kesusahan, keresahan, fitnah, kedukaan dan sebarang keburukan. Sesungguhnya Engkau Pemberi setiap kebaikan dan Pengurnia Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon padaMu, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang lurus menuju cintaMu yang hakiki, eratkanlah ikatan ukhwah antara kami dengan ikatan yang jujur ikhlas demi kecintaan terhadapMu dan Rasulullah saw. Ameen ya Rabbal ‘Alameen.

Alhamdulillahi Rabbal A’alameen, minggu lepas ana berkesempatan untuk menyertai Holistic Approach To Patients bertempat di Hospital Universiti Sains Malaysia anjuran PPIM Kelantan Chapter. Jazakumullahu khayran katheera kepada sahabat-sahabat yang turut sama menyertai dan membantu🙂. Syukran to Afiq yang memandu ke HUSM dan Raihan yang turut menyertai dan menemani. Lama tidak ketemu dengan sahabat-sahabat, alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Afiq sekarang di Moscow dan Raihan bakal ke Manipal, insyaAllah. Agak terpinga-pinga juga ketika sampai di HUSM, ke mana hala tujunya, memandangkan kami bertiga memang jarang ke hospital tersebut. Syukran to Akhi Kadir menunjukkan jalan ke Dewan Rufaida even ana tak jumpa pintu utama yang dimaksudkan but alhamdulillah ada seorang mak cik nurse yang sudi tunjukkan jalan😉. Kami sudah di pintu utama cuma tidak ketemu unit kejururawatan sahaja. Alhamdulillah, all praises only to Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui, indeed it was good and great experience to share with all.

Bertemu dengan participants yang kebanyakan dari luar negara mostly medic Mesir membuatkan ana dan Raihan agak kekok, namun alhamdulillah, jumpa senior Kmb and others, semuanya peramah dan baik-baik belaka, jumpa sahabat lama dari sains pasir puteh yang telah berpindah semasa form 2, Aidah, dia sekarang di Nizhny, juga mengambil medicine, alhamdulillah. Moga semuanya menjadi seseorang yang berguna untuk masyarakat. Besar amanah dan tanggungjawab terpikul.🙂 Ada information yang ana sempat salin dan tangkap pics slide yang dipaparkan. Mungkin yang ana dapat share hanya sedikit but later on insyaAllah boleh catch up dengan sahabat lain yang turut menyertai. Tambahan, ana pulang awal pada hari tersebut, hanya sempat 2 talks. Raihan hanya tersenyum melihat keadaan ana dan asyik tanya ‘are u ok?’. Ana pula asyik menganggukkan kepala padanya sambil tersenyum kembali, tidak berapa selesa untuk bercakap dalam keadaan sebegitu. Keadaan bilik yang berhawa dingin agak comfortable namun membuatkan ana yang tidak berapa selesa kerana keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Pastinya keadaan dingin membuatkan selesema ana tidak stabil. But alhamdulillah, pulang awal dengan ayah. Ayah bertanya tentang program yang diadakan dan rupanya Prof Dinsuhaimi ialah sahabat lama ayah. Kecil sungguh dunia ni, hehe🙂.

Ana dan Raihan tidak menyertai untuk program sunathon keesokannya, pastinya program tersebut lebih terasa dekat dengan masyarakat. Best and interesting menurut Afiq yang menyertai, mengenali realiti sebenar, alhamdulillah, wah, summer camp lagi..😉. InsyaAllah jika tahun depan ana punya kesempatan, boleh join sunathon program sama-sama, this year tak dapat nak sertai, tak per tahun depan insyaAllah boleh🙂

holistic-approach.jpg

“HOLISTIC APPROACH TO PATIENTS”

Dewan Rufaida, HUSM

3 August 2006

  • Niat kita kena betul ~ menjadi seorang insan/doktor yang berguna.
  • Buat study group.
  • Medicine is an art, Art of healing.
  • Like all aspect of knowledge, medical knowledge is part of the knowledge of GOD “who taught man what man never knew”. The study of medicine entails the revealing of GOD’s sign in humans.
  • But GOD’s mercy is as accessible to all people including good and evil, virtuos and vicions, and friend and foe as are the rays of His sun, the comfort of His breeze, the coolness of His water and the bounty of His provision. And upon this basis, most the medical profession operate, a long the single track of GOD’s mercy.
  • The preservation of man’s life should embrace also the utmost regard to his dignity, feelings, tenderness and the privacy of his sentiments and body parts.

~ Ucapan Aluan dari Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Seminar

Perubatan bukanlah hanya mengubati pesakit dari segi klinikal. Ianya merupakan satu bidang yang jauh lebih luas dari itu. Seorang pengamal perubatan yang hanya dapat melihat dan merawat secara fizikal sahaja akan mengalami sekian banyak kerugian masa dan tenaga. Sebaliknya pendekatan dalam menghadapi pesakit hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal, mental dan spiritual.

Pendekatan holistik ini memerlukan pengamalan, kajian berterusan dan perkongsian ilmu. Para pengamal perubatan perlu berusaha sedaya mungkin bagi menyiapkan diri untuk ‘memandang’ pesakit sebagai ‘manusia’, bukan hanya subjek klinikal.

Prof. Madya Dr Dinsuhaimi Hj. Sidek

Ketua Jabatan ORL-HNS PPSP USM,

Presiden PPIM Kelantan Chapter.

  • We are here to care and cure!
  • Palliative Care
  • Hospice services – the terminally ill patients

H- hope

O- optimis

S- sensitivity

P- power relief

I- inspiration

C- care

E- empathy

Dr Kamarudin Jaalam (his son, ex-IB in newcastle now)

Pulmonologist, Intensivist (critical care, intensive care)

~ Pastoral Care Departments Blacktown and Mt. Druitt Hospitals

Religious Needs of Patients in Sickness Dying and Death

Prepared by Jacob van Gent Pastoral Care Manager, Blacktown Hospital

Muslim

Sickness

Please respect the patient’s need for dress code, prayer time, ritual washing and dietary requirements. Personal modesty and the preference that caregiver be of the same gender as the patient.

Diet

Please enquire to ascertain the patient’s dietary requirements. All pork and bacon products are forbidden. Alcohol and other intoxicating substances are also prohibited. If a Muslim person is ill they are exempted from fasting during Ramadan.

Dying

The patient or family may like Imam or Muslim Chaplain to visit. A Chaplain can be contact via Switchboard.

Please respect the desire of relatives who may wish quietly yo recite the Quran or prayers.

Dying patients should be laid either on their right side facing the Kaabah.

Death

The main emphasis at death is in respect for the body. Male care givers should handle male bodies, and female care givers should handle female bodies. The body should be handled as little as possible. The face together with the whole body must be covered by a sheet. The dead body should at no time be stripped naked, even in the mortuary.

Since Muslims believe in burial as soon as possible after death, doctors should write the Death Certificate immediately after death to facilitate removal of the body from the hospital, and if appropriate inform the Coroner’s office that the patient is Muslim.

Autopsy

Unacceptable – unless coronial.

Cremation

Unacceptable.

Organ Donation

Can be acceptable.

Organ Reception

Can be acceptable.


Alhamdulillah and all praises only to Allah, I have a great friend from Kyuem, Ukhti Zihana, yang selalu menemani apabila ana ingin keluar ke bandar. Ya ukhti, ana hargai apa yang enti lakukan, and I am proud of you! Kami saling bertukar pendapat tentang banyak perkara dan kadangkala saling mengingati dan menasihati, alhamdulillah, terasa ukhwah fillah yang tersulam antara kami🙂 . Pertemuan kami hanyalah sekejap cuma ketika menghadiri program Overseas Camp di INTI College, Nilai. Lagipun kontijen Kyuem tiba lewat pada hari pertama dan kontijen Kmb pulang awal pada hari terakhir program, tidak sempat kami untuk sesi fotografi. 🙂 But alhamdulillah hingga ke hari ini terjalin ukhwah ini. Pertama kali mengatur pertemuan di Kota Bharu selepas kami sama-sama tamat belajar di kolej, banyak yang kami sembangkan dari hal pelajaran hingga hal ehwal semasa.. Alhamdulillah, punya sahabat yang sama fikrah and same interest, 😉 kemudian kami ke Nagoya Textiles, membeli kain. Pertama kali kami ke kedai kain bersama sahabat untuk memilih kain sendiri.🙂

Dia memilih kain biru dan bertanyakan pendapat ana.

Sahabat: enti, tengok kain ni, ok tak?

Ana: hmm, macam pemandangan langit je warna ni. Putih-putih ni nampak macam awan. Awan yang berarak-arak.

Sahabat: haa? Ada ke enti ni, cakap macam tu.

Err..aasif ya ukhti, ana tak bermaksud, memang nampak macam tengok langit je kalau tengok kain ni..nanti orang pandang pun boleh konfius, eh tengok langit ke?..hehe.😉 ana tersenyum bersahaja, terasa merah muka kerana memberi komen yang sangat telus. Kemudian, dia tersengih. Kami akhirnya sama-sama tersembur ketawa Subhanallah.🙂

Dan ketika pertemuan minggu lalu, dia memakai kain yang dipilihnya yang telah siap dijadikan pakaian sepasang. Wah, cepatnya baju siap. Ana tersenyum mengingati kembali memori kami bersama. Tak mengapa, nanti when my cloth are ready, kita pakai sama-sama nanti.😉

Ana sudah berjanji untuk ke Pameran Lukisan Tsunami by Acheh kids at Muzium Negeri Kelantan bersamanya untuk pertemuan minggu lalu. Alhamdulillah, it was a great treasure. Rupanya anjuran Islamic Relief, an international organisation..jarang dengar, yang selalunya Mercy and PPIM. Ana berjaya memujuk sahabat ana ni untuk turut sama join Islamic Relief, be part of the family. Tidaklah ana memaksanya, alhamdulillah Allah yang bukakan pintu hatinya kerana pada mulanya dia hanya mahu melihat lukisan, tidak berminat dengan misi kemanusiaan yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut. Ana tersentuh juga melihat lukisan-lukisan yang dipamerkan, walaupun tidak berapa sempurna warna dan lukisannya, tidak macam pergi mana-mana galeri lukisan but they did extracted the memories out. Hmm, terasa rugi tidak sempat mengambil gambar lukisan tersebut. Kebanyakan lukisan dipaparkan ada ombak yang besar, kemudian di dalam ombak atau air yang datang tersebut terdapat rumah papan ataupun orang di dalamnya. Ada juga yang melukis hanya gambar masjid yang terselamat. Subhanallah.

Alhamdulillah, all praises only to Allah, banyak yang ana sedari dan pelajari dalam tempoh cuti-cuti rehat di rumah kali ni sebelum menyambung pelajaran kembali. Tidak cukup hanya dengan mengungkapkan di sini, pastinya yang mengalami tidak sama dengan yang mengetahuinya. Namun segalanya ada hikmah yang tersembunyi yang mengajar erti sebenar sebuah kehidupan di dunia fana ini. Seperti yang sering dikatakan orang, setiap peristiwa yang berlaku ada terkandung hikmah tersendiri. Setiap peristiwa itu tidak akan berlaku tanpa tersirat rahsia di sebaliknya. Sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Yang Khaliq, seseorang harus melihat sesuatu peristiwa dan setiap inci kejadian dengan fikiran rinci, dan hati yang terbuka. Jangan cepat melatah dengan yang terjadi, namun fahamilah dengan sebaiknya. Dengan cara itulah, seseorang mampu belajar menjadi matang dan dewasa dengan cara tersendiri.

Ana kongsikan bersama slideshow yang selalu ana tatapi, alhamdulillah selalunya jika terasa lemah dalam perjuangan ini, ayat-ayat suci Kalamullah ini akan membuatkan ana kembali mempunyai kekuatan dan ketabahan, alhamdulillah dengan izin Allah. Jika antum inginkan full versionnya, boleh emel kepada ana.

pelajar-berjuang.JPG

pelajar-berjuang2.JPG

pelajar-berjuang3.JPG

pelajar-berjuang4.JPG

pelajar-berjuang5.JPG

pelajar-berjuang6.JPG


My dear Sahabat fillah🙂 ,

Dikala ku bersedih, kau hadir disisi

Meniup semangat, mengingatkan itu tarbiyah Ilahi

Dikala ku gembira, kau jua mengingatkan

“Jangan lihat kemanisan selepas pengorbanan sebagai satu kemenangan”

“Kerana ia mungkin satu ujian”…

Wahai sahabat,

Apakah hati ini ikhlas?

Perasaan yang mendiam dalam diri,

Mengasihi sepenuh hati..

Haraplah benar segalanya kerana Ilahi..fillah..insyaAllah ~

Maafkan diri yang lemah ini, andai ada kesilapan..

Yang mungkin hasil dari bisikan syaitan,

Mahupun dari segala kekurangan dan kelemahan..

Terkadang ianya di luar kawalan diri yang lemah dan hina ini..

Wahai Tuhan kami,

Izinkan kami bertemu lagi

Di jannahMu yang indah nan abadi

Jangan tinggalkan walau salah seorang dari kami…

Ana takhafullah wa ana uhibbukum fillah,

~Wardatul-Syauki~

 

Ma’assalamah. Assalamu’alaykum wbt 🙂

3 thoughts on “Menitip keredaanNya..segunung kurniaanNya..~

  1. ukhti, I stumbled upon your site and is fascinated by the amount of effort you put in. More interestingly, your closeness to our Creator is magnificently manifested throughout your journal…MasyaAllah! Semoga Allah sentiasa menitipkan untaian kasih sayangNya yang tiada penghujung itu kehadrat ukhti…

  2. Setiap orang yang telah dewasa (akil baligh) pasti ada kaitannya dengan al-Qur’an yang diturunkan ALLAH azzawajalla.

    Hikmah tidak akan berpengaruh terhadap kalbu yang merosak.

    Sesungguhnya kami milik ALLAH; Kepada-NYA jua kami kembali.
    Salamun’alaikum. alhamdulillahir Rabbil’alamin

  3. Assalamualaikum..
    I like reading ur blog.. penuh dgn quotes2 yg menusuk jiwa🙂
    can I have the slides you showed? it seems interesting la.. senang nak bg pengisian utk adik2 junior. n friends oso..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s