My Dear Allah, hadirkan ketenangan dan kekuatan..~

In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful…

 

latahzan.jpg

Sedingin Salju Sakinah, Sekental Sumayyah…

Jika ini ketentuanMu,
ku cuba tabahkan hatiku,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
kerana ku manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya…
apakah rahsianya..
hidup ini terus berputar,
tiada masa untuk lengah,
tiada masa untuk patah,

ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
ku salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatanku,
kekuatan dari yang Empunya segalanya…

dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,
untukku atur segalanya,
kerana yang takdir itu mengatasi tadbir…
tadbir dari manusia yang lemah,
takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

ku simpan segala pahit dan duka,
dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran…

di sebalik yang terjadi
pasti ada yang terjanji
termateri sesuatu yang pasti
jika kau redha ketentuan Ilahi…

“Barangsiapa yang mengenal hak waktu berarti dia telah mengetahui harga kehidupan, kerana waktu adalah kehidupan” -Imam Syahid Hassan al-Banna-

leaf3.jpg

Mewangi Bunga Dunia~ by Tazakka

Dunia indah di ciptakan menawan hati
Kadang menggoda
Jelita di pandang terasa harum
Semerbak mewangi bunga dunia

Mencinta tiada akhirnya
Merindu menjadi pilu
Mendamba entah pastinya
Terlena hampa sembilu

Wahai diri berapa lama lagi
Kau terus begini
Terus menghianati

Kapankah lagi
Engkau khan kembali
Berserah diri
Setulus sepenuh hati

Tundukan pandangan mata dan hatiku
Dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa
Ku memohon kepadamu Yaa Rabbi
Selamatkanlah duniaku dan akhiratku yang pasti

Ampuni dosa khilafku
Dimasa laluku kini dan nanti

qad aflaha man tazakka….

Kata-kata Sheikh Muhammad Al-Ghazali:
“…mengisi waktu dengan kewajipan-kewajipan dan beralih dari satu pekerjaan kepada pekerjaan lain walau dari pekerjaan berat ke pekerjaan ringan; hanya dengan inilah satu-satunya jalan untuk melindungi kita dari penyakit-penyakit pengangguran dan noda-nda waktu luang”

 

10m6.jpg

“sahabat itu perisai di waktu susah

perhiasan di waktu senang”

Indah sungguh hidup bersahabat,
bermacam ragam,
bermacam perangai,
ada yang sungguh menggeletek hati,
sungguh beruntung memiliki sahabat,
yang membuatkan kita rasa selesa dan sentiasa tersenyum…

melihat telatah dan jenaka,
sudah tentu senyuman terukir pada bibir ini,
walau di dalam hati masih terbuku satu perasaan sedih dan pilu,
itulah anugerah dalam persahabatan…

tidak kisahlah dia itu suka mengepau atau sebagainya,
asalkan kehadiran sahabat itu benar benar mengubat kelukaan hati,
selama 20 tahun hidup di dunia Allah ini,
bermacam jenis manusia yang ditemui,
dan dari bermacam jenis itu,
telah terpilih manusia yang ditakdirkan untukku bersahabat…
syukur kepada Allah ~
atas kurniaannya ini..

dan sesungguhnya sahabat itu

adalah kurniaan tuhan dari lambakan nikmat yang tidak terkira banyaknya

kepada yang mengenali diri ini,
samada yang dekat atau yang jauh,
ketahuilah bahawa diri ini,
menghargai persahabatan yang antum curahkan…
semoga Allah merahmati antum ~

marble.jpg

Saya Faham~

kini…saya faham,

apabila saya melemparkan kesedihan pada seseorang,
pastinya kesedihan itu akan kembali semula kepada saya,
saya faham…
kesilapan yang lalu,
pasti sukar menjadi syarat bagi kebahagiaan di masa hadapan,
saya faham…
tiadalah guna menanam harapan,
andai tidak diserta dengan logik akal,
saya faham…
apa yang digenggam selama ini hanya bayang bayang,
tatkala cahaya menghilang,
baru tersedar yang digenggam hanya angan angan, kosong tiada apa,
dan saya cukup faham…
semuanya hanya angan angan…

dahulu…

jika saya faham…mungkinkah nanti?!!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua kalimah yang ringan disebut, berat ditimbang dan disukai oleh Allah Yang Maha Pemurah ialah سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ). Yang bermaksud: Maha Suci Allah dan dengan segala puji bagiNya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Kuatkanlah pendirianku Ya Allah, sungguh ku memerlukanMU…

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini,
Setelah Kau beri hidayah,
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih dan Penyayang..

Rasulullah bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.”

(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

“Tidak ada doa mereka selain ucapan: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

( Ali ‘Imran:147 )

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

(An-Naml:19)

~ Benarlah tiada bahagia tanpa iman… Benarlah tiada kebahagiaan tanpa islam di jiwa. ~

s27pb1.gif

Belahan jiwa by Seismic

Engkau mentari pelita hati ini
Tersenyumlah bahagiakanku
Dengan tulusmu dengan cintamu

Belahan jiwa ingatkanlahku
Jika terlupa dalam menuju
Tersenyumlah bahagiakanku
Dengan beningmu dengan kasihmu

Engkau kurindu sepanjang waktu
Teguhlah memandu aku
Kudoakan engkau selalu
Di kala malam tengah menjelang

Menjadilah setegar karang
Sesejuk pagi seindah rembulan
Sejernih hati sebening embun
Sepeka nurani seperkasa mentari pagi

Tuhan teduhilah belahan jiwaku
Berikan cahya-Mu dekap teguh dijalan-Mu
Tuhan teduhilah kami di jalan-Mu
Berikan cahya-Mu dekap teguh dijalan-Mu

s27pb1.gif


 

11 thoughts on “My Dear Allah, hadirkan ketenangan dan kekuatan..~

  1. Alhamdulillah, akak suka ya🙂

    Actually, these selected poems by anonymous. Dapat masa jalan2, ziarah2 kat internet ni😉..some are nasyeeds..(boleh dpt mp3 dari sidebar blog ni)

    Sarah pun tak tahu siapa reka,akak..but what i’d posted here were altered a bit to suit me, hehe😉

    May Allah bless us always, sis 🙂

  2. assalamualaikum ukhti

    salam ziarah kembali..leh ana link kan blog enti ke blog ana? ent kwn shesrabel 13 kan? dia juga shbt ana..subhanallah, betapa Allah ituMaha Berkuasa, dia menemukan orang yangmengasihiNya walau di mana berada

  3. Salam~

    yang poem ‘kini saya faham’ tu anas saudi,australia engin student…he’s very good writer..u can visit him at www. …

    herm,sarah ni uni mane?akak dari local u je..upm

  4. salam…
    sarah ye nama anti?
    sedap poem tu…
    kak nak link dengan sarah boleh kan…. jemputlah ziarah ke blog akak…

  5. Masha’Allah this is a very nice du’aa. I think it would be very inspirational for anyone who is pursuing a career in medicine🙂

  6. Masha’Allah this is a very nice du’aa. I think it would be very inspirational for anyone who is going into or is already in the field of medicine🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s