Semusim Rindu…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Sesungguhnya segala pujian hanya milik Allah swt. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya dan mengemis keampunanNya. Selawat dan salam ke atas imam orang-orang yang bertaqwa, junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabatnya sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu dengan berkat surah al-Fatihah yang mulia dan 7 ayat yang berulang-ulang, dan berkat kemuliaan alQuran yang suci..Kami bermohon kiranya, Engkau bukakan bagi kami kebaikan-kebaikan dan memberi kami kemuliaan dalam setiap kebaikan. Engkau jadikan kami dari golongan yang baik dan sentiasa mengamalkan amalan yang baik-baik. Dan Engkau peliharalah agama kami, diri kami, keluarga serta saudara-mara kami daripada kesusahan, keresahan, fitnah, kedukaan dan sebarang keburukan. Sesungguhnya Engkau Pemberi setiap kebaikan dan Pengurnia Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kami memohon padaMu, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang lurus menuju cintaMu yang hakiki, eratkanlah ikatan ukhwah antara kami dengan ikatan yang jujur ikhlas demi kecintaan terhadapMu dan Rasulullah saw. Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesempatan untuk ana melakarkan coretan untuk tatapan pembaca yang budiman sekalian (sesungguhnya ana tidak tahu circle of influence wordpress ana nie =) Jazakumullahu khayran katheera bagi pengunjung wordpress ini yang telah meninggalkan komen anda. Sekiranya apa yang ana paparkan di sini boleh diambil manfaatnya, tafaddal-tafaddal (sila-sila) ambil namun harapan ana, sudilah memberikan teguran dan bantuan pemikiran demi kebaikan bersama, menegur sekiranya tersalah dan tersilap. Apa-apapun ana jua mohon maaf, aasif kerana terlalu lama menyepi. Moga kesepian ini memberikan ruang untuk ana berfikir dan bertafakur pada masa yang sama (mengambil tindakan ‘pause’ untuk menilai diri sendiri dan melihat realiti masyarakat sekeliling secara holistic thinking) insyaAllah. Alhamdulillah ana disedarkan dengan hidayah dariNya untuk menilai kembali segala yang terjadi. Bukanlah bersedih dan meratapi atau bergembira dan meraikan kembali sebaliknya melihat dalam konteks seorang hamba kepada Tuannya. Ana cuba menilai di antara sabar, reda dan syukur kepadaNya dengan rasa kehambaan hadir setiap detik. Alhamdulillah, semakin cuba menyelami rasa kehambaan ini ditambah dengan panduan dari alQuran, kekuatan dan ketenangan hadir dalam diri menempuhi apa yang terjadi dan bakal terjadi. masyaAllah. Sabda Rasulullah saw: ‘mintalah fatwa dari hati kerana fitrah hati itu tenang kepada perkara kebaikan’ Muhasabah diri terbahagi kepada 3 bahagian utama:

1. muraqabah (mendekatkan diri dengan Al Khaliq)

2. mujahadah (melawan hawa nafsu dan keinginan yang berlebihan, bertentangan dengan syarak)

3. mu’aqabah (mendenda diri ke atas kesalahan yang dilakukan)

Alhamdulillah, dalam muhasabah diri ini, ana merasakan keindahan hidup ini apabila adanya Allah di sisi dan AlQuran dan AsSunnah sebagai panduan hidup. Merasakan manisnya iman dari buah tawakal dan harapan kepada Allah Yang Maha Penyayang. Mengenal hakikat keTuhanan, jalinan yang unik di antara seorang yang dicipta dengan Penciptanya.Ya Allah, hiburkanlah dan gembirakanlah daku dengan redaMu’.. Doa ini akan menenangkan dan membuatkan ana tersenyum. (menjawab soalan sahabat, moga sama-sama hadir ketenangan dan kebahagiaan di hati kita =) Alhamdulillah. Kerana ana akan mengingati kembali hakikat diri adalah seorang hamba dan masakan Allah menguji tanpa sebab. Semakin sayang Allah kepada kita, semakin diuji iman kita kepadanya, namun diberikan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan yang hakiki di hati. Muhasabah diri bukanlah satu proses yang akan terhenti dalam satu jangka masa sebaliknya ia adalah penilaian yang berterusan kerana dalam kehidupan yang fana ini kita akan sentiasa terdedah kepada perkara yang membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran. Untuk membersihkan diri dari debu-debu dosa yang menghinggap pada diri kita, kita perlu menilai kembali diri agar setiap masa adanya ruang untuk kita bermuhasabah diri

Hadis dari Rasulullah saw:Demi zat yang diriku ada di tanganNya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya. (Riwayat Muslim)

I hope You’d always guide me
And lead me to happiness
With the ones You love
Together in Your Paradise

Di sini, ana huraikan sedikit sabar yang indah (teringat janji ana pada seorang teman tentang sabar yang indah, moga difahamkan oleh Allah, ameen). Namun bukanlah ana seorang yg arif, boleh buat rujukan lagi. Ana pun masih dalam proses belajar. =) Bersabar adalah suatu yang sukar untuk dilaksanakan jika sabar kita bukan kerana Allah, tetapi andaikata kesabaran itu demi melaksanakan perintah Allah, pasti akan wujud suatu kesanggupan dalam diri kita; ketabahan. Ketabahan inilah yang akan menjadi suatu kekuatan bagi kita dalam menempuhi segala yang merintangi dalam tugas untuk bersabar dengan sabar yang indah. Kita bersabar kerana tahu akan keindahannya apabila disandarkan kepada Allah di mana Allah yang akan membalas kesabaran kita, melalui apa jua yang kita alami. Seandainya kita tenang dengan cabaran yang dihadapi, itu juga adalah suatu nikmat =) Di situ teruji keimanan dan keikhlasan kita dalam meyakini janji-janji Allah. Andai benar kita beriman kepada Allah, pasti kita mampu bertahan. =) Bersabarlah kerana sabar itu indah di mana sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang sebenar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah di samping meyakini hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah swt.

O’ Allah

To You belongs all praise

If You have taken away, then You have also given

You have also saved me and cared for me.

tentangcinta5kz.jpg

Ana sertakan di sini juga audio tentang cinta, ceramah di Kyuem (jazakillahu khayran katheera ukhti muslihah yang bagi ana link). Moga ianya bermanfaat untuk semua. Alhamdulillah, ana dah jumpa buku tentang cinta ni masa Overseas Camp tempoh hari, menarik dan menawan tapi ana tak beli =) mungkin prioriti ana lebih kepada persediaan menghadapi final exam. Takut nanti terabai buku pelajaran. But alhamdulillah dengar audio ni pun dah menyenangkan dan menenangkan. Mungkin berkat dari solat duha pagi tadi sebelum mengadap laptop, ana tenang dan tersenyum je dengar audio ni, dengar celoteh moderator (kalau at kmb, agak tegas dan serius skit =). Mendengarkan apa yang dikatakan oleh para penceramah antara Ustaz Pahrol (sebagai penulis buku), Ustaz Hashim dan Ustaz Hasrizal, membuatkan ana tersenyum dan terbuka minda untuk berfikir juga. Alhamdulillah menambahkan ilmu pengetahuan ana tentang cinta ini. Memang pelbagai ragam manusia, apa lagi kemudahan yang kita ada jika bukan pergantungan kepada Allah. Apapun senang untuk menyatakan tapi bila berdepan dengan situasi yang realitinya, hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu. Di situlah kita menilai sebenarnya diri sendiri.

buku5qs.jpg

p/s: anda

‘cinta Allah dan cinta manusia bukanlah bertentangan (means bukanlah cinta Allah vs cinta manusia) namun cinta manusia ialah sebagai alat untuk mendapatkan cinta Allah’

‘jika tepat masa, keadaan dan siapa cinta adalah kuasa yang luar biasa yang tidak ada bandingannya’

di bumi ku berdiri
dipayungi langit nan tinggi
ku mencari cinta sejati
yang kekal dan abadi

dan kupasti cinta itu
hanya padaMu oh Tuhan ku
tertumpahnya segala rindu yang
kudus seputih salju

jika tiada kasih dan rindu
padaMu oh Tuhan yang Satu
dunia yang indah terbentang luas
bagai dirundung awan hitam

namun hamba insan lara
terbias juga cinta dunia
yang palsu dan memperdaya
semoga kasih dan rindu itu
kan bersatu di dalam kalbu
merimbun mekar di hati
seharum wangian kasturi

Ana akhiri coretan ini dengan pesanan dari Ibnu Abbas ra:

‘Allah Azza Wajalla tidak mengurniakan seorang hambaNya sesuatu ilmu melainkan sewaktu masih muda, dan kebaikan itu tetap ada pada usia muda.’

Gunakanlah usia muda ini untuk mempertingkatkan ilmu bagi kebaikan diri sendiri, keluarga, agama, masyarakat, negara dan khususnya untuk umat Islam dan perkembangan Islam itu sendiri. insyaAllah kitalah generasi harapan ummah untuk menegakkan yang hak pada tempatnya dengan adil. Moga dengan bekalan ilmu di dada tidaklah kita hanya mengikut arus tanpa pedoman dalam diri sendiri. =) Moga jelas fikrah ini di hati kita, mengenali tujuan hidup yang pasti kerana andainya kita tersungkur, kita mampu bangkit mengingati kembali saat-saat ketika melafazkan janji-janji itu~ Verily, Allah is always there with us!

Moga coretan ini dan penghayatan darinya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah swt dan memberatkan timbangan amal soleh kita di Yaumul Mahsyar kelak. Ameen. insyaAllah.

Ana akhafullah wa ana uhibbukum fillah,

~Wardatul-Syauki~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s