Moga tabah hati tak berbelah bagi…


Mengingati dirimu adalah perkara yang membuatkan ku tersenyum namun di sebalik itu, hati sering tertanya apakah ini suatu petanda ikatan hati kita ??

Kerana apa yang telah terjadi memberikan ribuan hikmah yang tersembunyi dan ku melihat dari perspektif yang berbeza, mungkin juga untuk menguji yang sering kita ikrarkan ‘ukhwah itu indah bila tunjangnya kerana ALLAH’, benarkah teman?

Tersedar ku dari lamunan yang panjang, sejauh mana ianya menguji, biarkan hati ini diuji agar ku tahu apa ku hadapi sekarang hanyalah secebis dugaan dari cabaran sebuah perjuangan…masih jauh perjalanan perjuangan ini, masakan hanya kerana ini segalanya akan berubah ?

Terlalu banyak yang terjadi…subhanallah…ILAHI, tunjukkan jalan keluar dari kekusutan ini, ku dambakan ukhwah yang indah, tenangnya hati ini menghadapi segalanya…saya boleh tersenyum dengan segalanya namun seringkali hati menangis..apakah layak menerima tarbiyah sedemikian?

Masih banyak kekurangan dan kelemahan diri, maafkanlah…berterusan ku membina kekuatan…dengan hati disandarkan pada ILAHI…hanya satu pintaku…agar apa yang terjadi ini ditunjukkan jalan keluar…terimalah sekadarnya dan perbetulkanlah, duhai hati, tegarlah membina tarbiyah Islam…moga ALLAH tunjukkan jalan kebenaran, tunjukkan yang benar dan sebenarnya untukku…

Bukanlah itu prinsip saya, mempermainkan dan mengecewakan serta melukai…andai tiada cinta ILAHI, masakan ianya akan berkilau tanpa digilap?

Tiada ILAH selain ALLAH, MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH…

Kerana kasih sayang ini tulus ikhlas insyaAllah kerana ALLAH, telah lama saya mendidik hati ini untuk bersabar, belajar dan mengajarnya untuk bersabar dengan sabar yang indah…menanti sebuah kepastian yang belum tentu…tetapi itu adalah sebuah janji yang saya yakin ALLAH takkan mengecewakan hambaNya yang sentiasa memohon kepadaNya…kerana itu, insyaAllah saya akan terus kukuh dengan pendirian saya dengan bantuan ALLAH untuk memandu hati saya dalam sebuah perjalanan ini, agar sekiranya tersungkur di tengah jalan, saya mampu bangkit…tiada ertinya perjuangan tanpa diuji…

Setulus doa dan harapan saya agar mewarisi ketabahan dan keikhlasan Siti Sarah, isteri Nabi Ibrahim…kecerdikan Aisyah Al-Humaira, isteri yang berjaya menambat hati Kekasih Allah…kerana itulah keperibadian yang telah lama diserapkan dalam diri sejak lahir ke dunia ini…melalui bait muslim dan biah solehah sepanjang 20 tahun pengembaraan saya di dunia fana ini…biarlah ianya mengajar erti kehidupan ini, melihat dunia dalam perspektif seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa kecuali pergantungan kepadaNya…

Setiap sesuatu perkara yang saya lalui, yang Allah rancangkan untuk saya, membawa mesej yang tersendiri. Biar sekecil perkara, seenteng peristiwa, mungkin manis bermadu atau pahit menolak anak tekak, saya mahu cari maksudnya, dan mengupas bahagia yang tersurat mahupun tersirat.

Dan doaku, moga ditemui keperibadian muslim sejati…jazakallah khairan kathira doa untuk saya…insyaAllah doakan saya terus mencari keperibadian muslimah sejati…

Moga ianya adil … insyaAllah… bi iznillah ya ILAHI

Kudambakan cinta ILAHI, redhaNYA kujejaki…

~Wardatul-Syauki~
Ya Humaira

2 thoughts on “Moga tabah hati tak berbelah bagi…

  1. Ya…. ALLAH ampunilah dosa-dosaku, ampuni kedua orang tua ku, ampuni emak idahku ampuni dosa-dosanya dan tabahkan hatu abang aku yg sedang di beri cobaan, beri dia kekuatan dlm menghadapinya… AMIN..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s