Forwarded

"Wanna buy a flower for your loved one, sir?", tanya seorang pelajar perempuan.

"No, thanks. I don't celebrate Valentine's Day" balas saya dengan hormat.

Saya tidak menyambut Valentine's Day. Bukan amalan saya untuk menyambut hari yang saya tidak ketahui sejarah dan manfaatnya [1]. Malah, saya menganggap kalaupun hendak memperingati kekasih, maka hari yang terbaik adalah hari ulangtahun perkahwinan seseorang. Pada hari inilah seorang suami menyatakan kesanggupannya untuk bertanggungjawab ke atas seorang isteri, seorang ayah menyerahkan permata hatinya kepada seorang lelaki yang lain dan seorang bakal ibu menyatakan kesanggupannya untuk setia di dalam kehidupan berkeluarga yang mendatang.

Kesemua yang di atas memerlukan pengorbanan yang amat besar.

Bukan mudah untuk seseorang ayah melepaskan anaknya yang dijaga semenjak kecil dengan penuh kasih sayang. Bukan mudah juga untuk mendapatkan seorang lelaki untuk menyanggupi sepenuhnya masa depan seorang wanita. dan bukan mudah untuk mendapatkan seorang isteri yang setia, sabar dan penyayang terhadap suami dan anak-anak.

Dalam cinta ada pengorbanan dan pengorbanan itu tandanya kasih. Sebentuk cincin melambangkan segala-galanya.

Habis tu, kalau belum kahwin, macammana nak celebrate "anniversary"?

Jawabnya mudah. Anda belum layak untuk memperingati kekasih.

Cinta tidak cukup untuk dilambangkan oleh kuntum bunga dan lain-lain ikon valentine. Cinta tidak cukup untuk dilafazkan oleh kata-kata "I Love You". Cinta datang bersama pengorbanan. Kadang-kadang pasangan yang sedang bercintapun masih ragu-ragu samada percintaan mereka berakhir di pelamin atau sekadar bergayut-gayutan sahaja ibarat Cinta Monyet. Tak sempat nak berkorban, cinta itu sendiri telah terkorban.

Bagaimana nak mencari teman sejati?

Sebagai seorang yang beragama, saya memilih agama sebagai teras utama. Itulah jua pesanan Nabi [2] . Seseorang yang beragama meletakkan cinta kepada Tuhan sebagai kemuncaknya. Bila Tuhan dijadikan kemuncak cinta, maka cintanya pada manusia juga adalah didasarkan cinta kepada Tuhan [3]. Kejujuran, kesetiaan dan pengorbanan tidak perlu dipersoalkan lagi kerana itu adalah prinsip orang yang beragama. Maka, kehidupan berumahtangga menjadi sesuatu yang amat membahagiakan [4].

Ketiga-tiga prinsip inilah yang semakin pupus dalam kehidupan hari ini. Tentu sahaja anda akan beruntung jika memilikinya.



[1] Pendapat ramai mengatakan ianya ada kaitan dengan seorang paderi bernama Valentine yang terlibat di dalam percintaan. Sebagai seorang paderi, dia telah melanggar prinsip agamanya. Maka, kisahnya tidak sepatutnya menjadi contoh teladan kepada orang lain.

[2] Sabda Rasulullah saw: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama!” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

[3] Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

[4] Firman Allah swt: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (QS ar-Rum 21)

wah2 simple tapi cukup bermakna…
ada seorang ustazah pernah bercerita…..'sebelum dia kahwin dulu2, cara dia meluahkan rasa cinta dan kasih kepada tunangnya(suami sekarang) ialah dengan menadah tangan kepada Allah dan berdoa untuk di tambahkan iman dan tenangkan hati bakal suaminya…itulah yg dia lakukan setiapkali hati teringtkan kpd si dia..bukan melakukan benda yg melanggar batas2 agama)' ( erm susahkan…tapi kalau di fikirkan balik..betapa manis dan besarnya manfaat kepada pasangan yg mcm ni

bagi bunga/hadiah etc..belum tentu hati tenteram ??

wallahu'alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s