Saya rindu bangat sama kamu =)

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah

 i went to my old school with someone dear. miss her so much..alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan..her father picked me up to go to the school together..=)  Subhanallah sekolah telah banyak juga berubah..=) beruntung adik-adik dapat kemudahan yang dulu kami tak dapat..cuma kadangkala jangan lupa untuk lebih bersyukur dan lebih meningkat keimanan kepadaNya..ameen..insyaAllah

 Alhamdulillah gembira sangat dapat jumpa dengan cikgu-cikgu lama yang banyak menabur jasa dan bakti..rindu bangat sama kamu juga..semasa salam dengan cikgu, cikgu peluk kuat-kuat saya, katanya dia rindukan saya..=) terharu sungguh…tapi saya masih mengawal untuk tidak terlalu emosional..memberikan senyuman seikhlas mungkin agar terubat rindunya..cikgu rindukan saya..cuma saya yang tidak berkesempatan untuk datang melawat sekolah lama..cuti tak sama dengan orang lain..agak susah mencari masa yang sesuai..

 Banyak yang kami bualkan dengan cikgu-cikgu dan ustazah..Ya ustazah Zarinah yang banyak mengajar kami erti kehidupan..waahh..mesranya berbual, terasa seperti kakak dan adik..=) Banyak juga rahsia dapat kami korek dari ustazah..ya, dia semakin sporting..hehe.. hati terdetik, alangkah indahnya jika hubungan begini terjalin di antara semua..merasai manisnya memberi dan menerima dan belajar untuk bertolak ansur..=)

 Kebanyakan soalan yang di tanya ialah ‘kamu datang ni bawa surat walimah ke?, bila tarikhnya?‘ dalam hati saya, nak jawab betul ke main-main..hehe..takpelah senyum je lah..semoga mereka mengerti..aduhai..nasib baik saya tidak menyarung baju yang berbunga pink..=) Apapun saya tahu mereka sayangkan saya dan Ilyani..ingin tahu perkembangan gadis remaja keluaran sekolah puteri katakan..=) 

 Saya gembira kerana usikan cikgu-cikgu menandakan kemesraan bertaut di hati kami..sekadar memaniskan sebuah pertemuan..rindunya zaman sekolah muda-muda dolu..hehe..semakin meningkat umur, semakin bertambah kewajipan dan amanah..subhanallah..kita tidak akan sunyi dari peranan sebagai khalifah dan hamba Allah..=) Alhamdulillah kami sempat bertemu dengan guru kesayangan, Cikgu Kamarudin Deraman..dia tersenyum lebar melihat kehadiran kami..alhamdulillah..cikgu nampak semakin banyak kedutan..tapi tetap manis senyuman cikgu spt dulu..=) wajahnya seolah bercahaya..itulah cikgu yang saya anggap spt ayah..dia selalu memberikan kata-kata nasihat, kdg-kdg melalui senda guraunya yang saya agak dpt tangkap maksudnya..=) Alhamdulillah persekitaran hidup saya di permukiman sekolah menengah memberikan saya erti kehidupan..adanya menyanyangi dan disayangi..sempat bertemu dengan isteri Cikgu Kamarudin, seorang ustazah, tidak mengajar kami tetapi agak rapat sebab ustazah dah naik pangkat jadi Pk HEM..alhamdulillah..eratnya tautan ukhwah kami..mahabbah fillah..manisnya!

 sebelum pulang, ada cikgu yang mahu membelanja kami makan di kantin tapi segan juga..cikgu lelaki nak belanja..jadi kami ambil keputusan minum air sahaja..alhamdulillah..cikgu minta no phone kami, katanya mahu jemput datang sekolah lagi bagi motivasi utk adik-adik..dalam hati saya, tahun ni saya akan menghadapi exam besar..insyaAllah masa untuk adik-adik akan cuba diluangkan.. saya tersenyum mungkin saya boleh mengajak sahabat2 di kolej turun membantu after exam may nanti..insyaAllah..apa salahnya kan walaupun sekolah semua perempuan..=)

 Saya rindu mengimbau kenangan lama..ianya menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan..sejarah tidak menipu..di situlah kita belajar mengenal kehidupan dan adanya cabaran yang mengajar tidak semuanya mengikut aliran kita namun tidak semuanya mustahil..

Saya doakan kejayaan adik-adik dan guru-guru juga..indahnya mengenang sebuah memori kerana

tiada yang lebih indah melainkan apa yang telah terjadi  =) 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s