Archive

Author Archive

Nota Kecil di Buku Baru

{ Sunday, January 3, 2010 } Maisarah Shukri Leave a comment

Kerdip cahaya-Mu sejenak

melunak gersang atmaku

sepercik hidayah-Mu singgah

terangi denai kehambaanku

yang tumpah pada kesegalaan-Mu.

Ya Kekasih yang hampir, temanilah aku

dalam renungan yang menyamankan amalan

betapa inilah pelajaran penuh rahsia

mengajar menimbang sekeping dunia

dan sebutir tasbih

pada neraca maknawi yang sama.

Tuhan,

izinkan kuhirup dinginnya

rezeki ruhi yang harum dalam hijrah ini

kutulis asma-Mu pada lidah

moga ihsan menjalar di segenap urat nadiku.

Srikandi Abu Bakar,

17 Muharam 1431H

Categories: ~Current Affairs~

PERMAI 2010 =)

{ Thursday, December 24, 2009 } Maisarah Shukri Leave a comment

PERMAI 2010 akan membuka tirainya tidak lama lagi. PERMAI 2010, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2010 adalah kesinambungan dari PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tahun 2008. Mungkin ada sahabat-sahabat yang belum tahu atau mungkin kurang jelas dengan kewujudan PERMAI ni. PERMAI merupakan program berbentuk seminar keagamaan dan motivasi yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari seluruh pelosok Indonesia. InsyaAllah, PERMAI 2010 Januari ini akan diadakan di Bandung dan mendatangkan wakil-wakil dari Bandung sendiri sebagai tuan rumah, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Malang, Makassar, Medan, Palembang, Padang, Solo, Indramayu dan ada juga wakil dari Malaysia yang sangat bersemangat untuk ikut serta dalam PERMAI kali ini.

Sejarah PERMAI

Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar tentang PUISI di Ireland (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland), PERISTIWA di Australia (Perhimpunan Remaja Islam dan Tautan Insan Western Australia), IPIJ di Jepun (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) dengan program-programnya atau JASSI di India (Jalinan Sahabat Seluruh India), ISK (Ini Sejarah Kita) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) dan banyak lagi program-program di luar Negara yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiwa Malaysia yang belajar di sana.

Dan di Indonesia, PERMAI merupakan program yang kurang lebih sama dengan program-program tersebut, mungkin sahaja cara dan isinya yang sedikit berbeza, sesuai dengan kondisi mahasiswa di sini. Idea untuk mewujudkan PERMAI dicetuskan oleh saudara Isa Azzaki dan sahabat-sahabat dari Jogja dan juga Bandung dengan harapan dapat mendekatkan mahasiswa-mahasiswa muslim di Indonesia terhadap ilmu agama disamping mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa dari berbagai universiti seluruh Indonesia. Sebelum nama PERMAI digunakan, berbagai nama-nama lain telah dicadangkan, antaranya PEMIMPIN, (skemanye..) PERMAIDANI (huhu) dan PUISI (tinggal tukar Ireland ke Indonesia je.hehe)..dan akhirnya nama PERMAI dipilih, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (walaupun tak berapa sesuai kat hujung dia).

Permai ‘08

PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tanggal 23-25 mei 2008 adalah program Islamik pertama yang menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. PERMAI’08 dianjurkan oleh UPIMI (Ukhuwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia) dari Jogjakarta dengan kerjasama IMAN (Islamic Malaysian Association) dari Bandung dan PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia). Saudara Isa Azzaki bin Zainal dari Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta merupakan pengarah PERMAI’08 dan dibantu oleh sahabat-sahabat lain dari UGM.

PERMAI’08 diadakan selama 3 hari 2 malam, merangkumi seminar, ceramah motivasi dan ‘games’ dalam beberapa slot berdasarkan modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, seorang ustaz, motivator dan juga artis (hehe) yang popular di kalangan mahasiswa Malaysia, terkenal dengan slogannya berbunyi “Erti Hidup pada Memberi“. ‘Details’ tentang Ustaz Hasrizal telahpun di kupas dalam artikel yang lepas (sila rujuk) atau layari blog beliau, http://www.saifulislam.com. Modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin membicarakan tentang 7 aspek yang harus dimilik oleh seorang mukmin, dan diambil dari buku karangan Stephen Covey bertajuk “The 7 Habits of Highly Effective People”, membincangkan tentang:

1)      Be proactive – Principles of personal vision

2)      Begins with the end in mind – Principles of personal leadership

3)      Put first things first – Principles of personal management

4)      Think win/win – Principles of interpersonal leadership

5)      Seek first to understand, then to be understood – Principles of empathetic communication

6)      Synergize – Principles of creative communication

7)      Sharpen the saw – Principles of balanced self-renewal

Alhamdulillah, PERMAI’08 berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari peserta-peserta. Di harapkan ilmu yang diperoleh dapat menggerakkan para peserta daripada TAHU, terus berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.=) (juga slogan Ustaz Hasrizal)

Maklumat lanjut tentang PERMAI’08 boleh didapati di sini

PERMAI 2010

Kesinambungan dari PERMAI’08, PERMAI 2010 meneruskan jejak langkahnya dan untuk PERMAI kali ini, Bandung diamanahkan untuk menjadi tuan rumah, dan kami masih mengekalkan Ustaz Hasrizal sebagai ‘main speaker’. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiada PERMAI 2009? Untuk pengetahuan semua, memang rencananya PERMAI berikutnya selepas yang pertama akan diadakan pada tahun ini tapi disebabkan Ustaz Has tak dapat memenuhi jemputan ke luar negara untuk tahun 2009 atas sebab-sebab tertentu, kami memilih untuk menundakan tarikh program ke tahun 2010, dan tidak bercadang menggantikan penceramah yang lain. Diharapkan penundaan dan penantian ini ada hikmahnya, insyaAllah,

Pengarah untuk PERMAI 2010 adalah saudara Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim, pelajar perubatan ‘batch’ 2006 (tahun 4) dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada sahabat-sahabat dari UNPAD. Tema kali ini ialah Islam & Muslim; Dulu, Kini dan Masa Depan dan modulnya berasaskan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Fathi Yakan, membicarakan tentang 6 Perspektif menjadi Muslim yang Efektif, diolah mengikut ‘style’ dan versi ustaz hasrizal. Modul yang sama dipakai untuk PUISI 2007 tapi ditambah dengan sedikit intro tentang sejarah Islam dari awal kebangkitannya hinggalah kejatuhan turki uthmaniyyah, sehingga kini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Ustaz Hasrizal merupakan bekas graduan master dalam bidang sejarah Islam dan peluang ini kami ambil untuk mengadakan slot khas membincangkan tentang sejarah Islam dan Muslim. ‘Details’ tentang tema dan modul ini akan dihuraikan lebih lanjut dalam artikel berikutnya insyaAllah =). Berikut merupakan butir lengkap dan padat tentang PERMAI kali ini:

PERMAI 2010 (Bandung)

Tempat: Politeknik Pos Bandung, Indonesia

Tarikh: 22-24 Januari 2010

Penceramah: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Tema: Islam dan Muslim; Dulu kini dan Masa depan

Modul: 6 Perspektif Menjadi Muslim yang Efektif


Categories: ~Events & Programs~

Ada rasa yang tak biasa

{ Tuesday, December 1, 2009 } Maisarah Shukri 3 comments

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh,

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, puji dan syukur setingginya saya panjatkan kepada Allah swt, di atas segala kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Mengingatkan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan hanya mampu membendung air mata kesyukuran tidak terhingga. Alhamdulillah punya kesempatan untuk menulis di sini setelah  blog ini dibiarkan lama sekali tanpa perutusan untuk teman-teman dekat di hati.

Dengan segala peristiwa terangkum di dalamnya, sungguh saya kelu untuk berkata-kata. Hidayah Allah jualah tempat sandaran segala kekuatan, kesabaran dan ketenangan dalam menempuhi cabaran yang telah berlalu dan bakal mendatang. Bi iznillah, semoga sentiasa terpahat kukuh di sanubari untuk melihat sudut yang paling terang cahaya Ilahi di setiap yang terjadi.

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik dari pada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik dari pada takwa. Aku merenungkan segala jenis amal baik, namun tidak dapat yang lebih baik dari pada memberi nasihat yang baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar (Khalifah umar)

Apa khabar sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui dan dalam doa rabithahku? Semoga hidayah Allah sentiasa menaungi kehidupan kalian walau di mana kalian berada. Rindu pada kalian tidak pernah luntur malah semakin menebal dan mengharum. Syukur dapat jumpa Hazirah time Ramadhan lalu, alhamdulillah :D . (Missing dear friends in Eire & UK so much!!!) Syukran jazilan untuk ole2 yang sangat chumel dan bermakna dari enti. Semoga Allah memberikan ganjaran yang tak terhingga kepada enti. Ameen. :)

Eid Adha baru saja berlalu, kesedihan tidak dapat meraikan bersama keluarga sangat dirasakan. Mungkin kerana Eid Fitri telah diraikan bersama keluarga dan cuti yang panjang bersama keluarga menjadikan ikatan cinta, kasih dan sayang antara saya dengan mama, ayah, adik-beradik serta keluarga semakin kuat dan kukuh tidak terpisah dan terleraikan. Benarlah hati ini separuh sentiasa bersama mereka di sana! :) Apabila teringatkan mama dan ayah, selalu sangat hati berdoa, ‘ya Allah, jadikanlah diriku anak yang solehah buat mereka berdua, ameen”.

Semalam telefon ke sana, rupanya sekeluarga (kecuali abg Die dan zaujahnya) sedang dinner di hotel ‘merasa’ duit gaji pertama abg Mie  yang sekarang HO di HRPZ II.  Sayu. Bukanlah sedih kerana tidak turut merasakan duit gaji abg saya, sebelum ini pun abg Mie telah banyak berbelanja untuk adik-adiknya. Saya cukup bersyukur dengan hadiah SE W715 Vodafone sekembalinya dari Eire di samping hadiah2 lain :D . Sayu kerana sejak kedua-dua abang saya pulang ke tanah air, apabila berkumpul bersama sayalah yang tidak pernah hadir :( . InsyaAllah, akan tiba masanya untuk kita berkumpul bersama-sama lengkap semuanya! Ameen, insyaAllah.

Semenjak saya kembali ke bumi Makassar ni, ada banyak perkara yang menyebabkan saya ‘tersentuh’ samada di hati mahupun akal. Dalam rasa yang tak biasa itulah saya sering memuhasabah diri sendiri;  menyebabkan kembali terserlah betapa seorang hamba Allah itu harus meletakkan Allah swt di tempat yang tertinggi dalam keyakinan dan pengharapannya. Apakah rasa yang tak biasa itu??  Bagi yang tidak pernah bermaustautin di mana-mana bahagian bumi walisongo ini agak sukar membayangkan kehidupan di sini, agak jauh bezanya dengan keadaan di Msia. Hazirah insyaAllah dah dapat gambaran sedikit sebanyak dengan apa yang kita bincangkan sepanjang bersama, kan? :) Dania pun maybe dah faham sedikit sebanyak masa kita ber’ym’ tempoh hari ;) . Makassar akhir-akhirnya ini mengalami shortage of water and electricity. Hampir 3 minggu rumah sewa saya keputusan bekalan air dan setiap hari elektrik akan turn off selama 2-3 hours. Ya, ia perkara biasa bagi sesetengah orang. Selalunya mandi 3x sehari terpaksa mandi 1x hari sekali, atau 1x dua hari, selalunya berwuduk air mengalir terpaksa secawan sahaja. Alhamdulillah, semuanya telah kami belajar dan sedang belajar serta lalui untuk membiasakan diri dan semakin membiasakan diri,alah bisa tegal biasa ;) . Rasa ini banyak mengajar kami erti kehidupan. Hidup itu penuh keunikan, tidak selalunya senang dan adakalanya susah itu perit untuk dibiasakan (with deep hikmah to be ponder upon). Kepada siapa segalanya disandarkan jika bukan kepada Allah swt? :) Alhamdulillah. Allah always be there for us!

Waktu sekarang menghampiri jam 1 pagi. Mohon undur diri dulu, ada urusan lain yang perlu dibereskan untuk dunia dan juga akhirat. :) Sekian saja coretan ringkas ini. InsyaAllah jika diizinkan untuk menitip berita, akan muncullah posting baru tatapan kalian. nanti.  Terubatkah rindu kalian? :D

Ya Allah, Ku memohon kepadaMu agar hati ini terus tegar dan tsabat di atas JalanMu sehingga ke akhir nyawaku. Satukanlah hati-hati kami demi agamaMu Ya Allah.

Wallahu’alam.

Salam sayang.

Categories: ~My Journey~

Eid Adha

{ Thursday, November 26, 2009 } Maisarah Shukri 2 comments
Categories: ~Current Affairs~

Pengharapan

{ Monday, November 23, 2009 } Maisarah Shukri 2 comments

Tanpa malu
kuseluk poket-Mu, Rabb;
“berikanlah sekepeng rahmat
moga reti kubeli semangat
bila rohaniku sedang membejat.”

Nasriah Abdul Salam

Categories: ~Close to My Heart~

Perjalanan bermula

{ Tuesday, October 27, 2009 } Maisarah Shukri 1 comment

Perjalanan lembaran baru bakal bermula. Doakan saya ya sahabat2 yang dikasihi. I will update soon with better writing insyaAllah. Kepada sahabat2 yg telah menempuhi alam clinical years,no matter where on earth, wishing you all the best. Yes,good skills are learning process,indeed clinical yr is a good start.

And i leave you to Allah swt as He always knows best.

Wallahu’alam.

Categories: ~Current Affairs~

Al-fatihah buat si kecil, Nur Fatimah

{ Friday, October 23, 2009 } Maisarah Shukri Leave a comment

Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem,

Hanya Allah yang mampu memberi kekuatan kepada Ustazah Khadijah & Ustaz Ramadhan atas dugaan yang hebat ini. Al-fatihah buat Almarhumah Nur Fatimah binti Muhammad Ramadhan Fitri.

Sama-sama kita doakan mudah-mudahan Ustazah Khadijah & Ustaz Ramadhan terus diberi kekuatan dan tabah menghadapi dugaan ini. Dan semoga dengan ujian ini martabat mereka lebih mulia disisi Allah. InsyaAllah.

Categories: ~Current Affairs~

Istiqamah

{ Wednesday, October 7, 2009 } Maisarah Shukri 1 comment
 Seringkali kaki melangkah
 Hati berdetik
 Akal menyangka dan mentafsir
 Bukan pada akhirat-Mu
 Malah berkisar dunia dan nikmatnya
 Mata yang dikurnia
 Seringkali tersasar melata
 Memandang yang cantik
 Tapi berdosa
 Akal sering menaksir
 Yang tak patut ditafsir
 Hati mendetak memikir cinta
 Cinta dunia
 Tapi bukan Cinta-Nya
 Seringkali kaki melangkah
 Tak sedar jalan penuh gelisah
 entah kemana arahnya
 sering saja menuju neraka
 tapi terasa seakan syurga
 tiada dunia itu selamanya
 entahkan esok entahkan lusa
 atau mungkin tiba-tiba
 Nyawamu berserakan dan kembali pada-Nya
 Berbuat segala
 kelak kan tahu azabnya
 mungkin dapatkan berlari kini
 tapi tak mungkin esok
 di hari tiada rayuannya
Categories: ~Current Affairs~

Ketika cinta bertasbih

{ Saturday, September 12, 2009 } Maisarah Shukri Leave a comment

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, sesungguhnya tiada kata yang lebih menenangkan dan menyenangkan dengan mensyukuri setiap nikmat kurniaan Allah swt dalam kehidupan saya sehari-hari. Masih diberi kesempatan untuk menitip sesuatu di sini setelah sekian lama tidak menaip, menjadikan kata-kata sedikit kaku. Apapun, saya memohon kemaafan kepada sahabat2 yangsentiasa sabar menanti khabar, sesungguhnya kalian sentiasa dalam doa rabitahku, insyaAllah :) seperti yang pernah kita patrikan suatu masa dahulu untuk saling mendoakan jika tidak berjumpa di dunia ini mudah-mudahan di syurga kelak.  Ameen.

Persahabatan yang ditunjangkan kerana nilai iman dan taqwa ternyata memberikan kekuatan ketika kelemahan melanda, mengalirkan air yang lesu di tasik hati, mengubah musibah jadi muhibbah indah. Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen. Kepada Allah jua saya panjatkan kesyukuran atas segala yang terjadi. Sesungguhnya tanpa kasih sayang Allah swt, saya tidak mampu untuk kuat dan tegar seadanya!

Perjalanan kehidupan sentiasa berputar di atas paksi takdir yang ditetapkan Tuhan. Dalam tempoh kesepian ini, begitu banyak yang telah saya lalui; saya ingin mencatatkan segala pengajaran dan pembelajaran yang saya perolehi dari setiapnya namun tidak begitu mampu menitipkannya, mungkin kerana pena terlalu tergesa-gesa menghamburkan bimbang kata-kata menjadi puing-puing akhirnya. Yang dituju tidak pernah kesampaian malah mungkin tersasar dari destinasi. Maka, ada yang lebih baik disimpan hanya antara hamba dan Al-Khaliq sahaja. :)

Saya sudah berada di Malaysia sekarang, menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Moga ada manfaatnya untuk percutian kali ini, insyaAllah. Dengan berkah Ramadhan, ternyata begitu asyik sekali menikmati saat-saat bersama mama, ayah, abang, kakak ipar serta adik-adik di rumah. Alhamdulillah. Tiada yang lebih membahagiakan berada di samping keluarga. Menatap wajah orang tua menghadirkan rasa tenang. Berada di perantauan ternyata punya kerinduan yang tidak terubati.

Dalam segala hal yang telah, sedang dan akan terjadi,  saya panjatkan doa sedalamnya kepada Allah swt, moga saya mampu menjadi anak yang solehah buat mama dan ayah setiap saat dan ketika kerana tiada hadiah lain yang lebih istimewa dari itu ya Allah buat mereka berdua. Ameen, insyaAllah.

Ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka.


Sekalipun cinta telah ku uraikan

dan ku jelaskan dengan panjang lebar

namun jika cinta ku datangi

aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan

namun tanpa lidah

cinta ternyata lebih terang

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya

kata-kata pecah berkeping-keping

begitu sampai kepada cinta.

Dalam menguraikan cinta

akal terbaring tak berdaya

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

cinta sendirilah yang menerangkan cinta

dan percintaan.


Jalaluddin Ar-Rumi



Categories: ~Close to My Heart~

Rawatan & prosedur yang tidak membatalkan puasa

{ Saturday, September 12, 2009 } Maisarah Shukri Leave a comment

Jazakallahu khairal jazaa’ atas perkongsian ini. :)

Petikan dibawah di ambil dari 100 Persoalan Puasa, oleh Us Hj Azhar Hj Yahya & Utz Fadilah Hj Yaacob
Petikan adalah nota persendirian


Keputusan Seminar Feqh Perubatan ke 9, yang diadakan di Casablanca, Maghribi pada 8-11 Safar 1418, bersamaan 14-17 Jun 1997

dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan Perubatan Sultan Hassan II
dengan kerjasama Akademi Fiqh Islam serta WHO (World Health Organization)

Ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

1. Ubat tits mata, titis telinga dan basuh telinga

2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung). [contoh: sublingual Gliceryl Trinitrate]

3. Memasukkan ubat melalui faraj, memasukkan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin) [contoh: vaginal examination, speculum examination, cervagem]

4. Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray. [contoh: cystoscopy]

5. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut. [contoh: Dental procedure]

6. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah. [makanan i.e Total Parenteral Nutrition regime. Not sure about IV drips, vitamins, glucose, but if needed for therapeutic purposes, then it is Harus]

7. Penderma atau menerima pemindahan darah

8. Oksigen dan gas bius

9. Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat

10. Mengambil sampel darah untuk ujian makmal

11. Sesalur dan bahan perantara untuk arteriography (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain. [contoh: Angiography, contrast for imaging]

12. Teropong dalam rongga perut (endoskopi) untuk mencari punca penyakit.

13. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut. [contoh: Ear Nose Throat examination]

14. Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya, (contoh: Intra Uterine Contraceptive Device)

15. Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.

Sementara iu majoriti peserta (terdapat minoriti yang tidak bersetuju ) menambah perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA [No 16 to 20]

16. Ubat titis hidung, semburan hidung dan ubat sedut
–> additional except from page 62-63: Bagi penyakit asma atau lelah, amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasanya kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa kebanyakan ulama masakini seperti Sheikh Ben Baz dan merupakan pendapat majoriti ulama yang bersidang di Seminar Feqh Perubatan ke 9.
Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit asma juga harus berdasarkan fatwa umum dalam masalah ini oleh Syeikhul Islam Ibn Taymiyah. Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka diharuskan.
Imam Ibn Hazm al-Andalusi (Kitab al-Muhalla) juga berpendapat tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.

17. Sutikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

18. Pembedahan yang melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa

19. Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut [i.e: Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis]

20. Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut [tidak pasti: saline for washout]

Categories: ~Gate Of Ilm~

Last-10 Nights

{ Monday, September 7, 2009 } Maisarah Shukri 1 comment

Maisarah, Ultimate Last-10 Nights Dua

Step 1: Go somewhere really beautiful, where no one can disturb you
Step 2: Imagine Allah says to you, “Ask whatever you wish and I shall grant it to you.” Think of everything good you would ask for from this life and the next.
Step 3: After thinking of everything you can, sit down and write it out.
Step 4: Pick 5 things, your favorites, and consistently ask Allah for these 5 every night in the last ten. Your dua will be guaranteed to have landed on Laylatul-Qadr! How cool is that?

With best wishes to see you succeed at the highest level!
- Muhammad Alshareef www.PostRamadan.com

Categories: ~As-Syifaa~

Happy Fasting

{ Saturday, August 22, 2009 } Maisarah Shukri Leave a comment

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, Ramadan tiba lagi.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua sahabat yang dikasihi.

Moga kedatangannya kali ini meninggalkan sesuatu yang bermakna dalam lipatan sejarah mukmin kalian.

Kullu ‘am wa antum bil khayr!

Salam ramadan,

Maisarah Shukri

Categories: ~Current Affairs~

When days passed

{ Thursday, June 11, 2009 } Maisarah Shukri Leave a comment

rose

إذا مر يوم ولم أتذكر
به أن أقول صباحك بسكر
فلا تذهلى من سكوتى وصمتى
ولا تحسبى أن شيئا تغير
فحين أنا لا أقول أحب
فمعناه أنى أحبك أكثر

Iza marra yaumun walam atazakkar
Bihii an aquula sobahuki bisukar
Fala tazhali min sukuuti wa somti
Wala tahsabii anna syai’an taghayyar
Fahiina ana la aquulu uhibbu
Fama’nahu annii uhibbuki akthar


I’ll be away for some time, insyaAllah after everything is settled for me here, I’ll spare time for you; dear sahabah. Do make du’as for me  :)

Indeed, Allah knows best for you and me, may the blessing always be with us.

Rahsia itu hanya Kau yang tahu, hanya pada-Mu kubertanya lewat setiap sujudku ini… ighfirly ya Allah, ana faqir ilayka!


Inni akhafullah wa ana uhibbukum fillah, insyaAllah.

THE 11TH FIMA INTERNATIONAL CAMP FOR MEDICAL STUDENTS

{ Thursday, June 11, 2009 } Maisarah Shukri 1 comment

From:

Secretariat PPIM Student Chapter (secretariatppimsc@gmail.com)

To:

President, EXCO & Members, IMAM-PPIM Student Chapter representatives of each
region/locality/university

*OFFICIAL CALL FOR PARTICIPATION : THE 11TH FIMA INTERNATIONAL CAMP FOR
MEDICAL STUDENTS*

As-Salamua’laykum,

On behalf Secretariat PPIM Student Chapter, we would to extend our
invitation to any interested PPIM Student Chapter members to represent
Malaysian delegation to *THE 11TH FIMA INTERNATIONAL CAMP FOR MEDICAL
STUDENTS.*

For the time being, registration is open for *only 14 participants* from
Malaysian medical students. Thus, we have decided to allocate the quota for
each IMAM-PPIM Student Chapter as follow;

IMAM UK – 2

IMAM EIRE – 2

IMAM Russia – 2

Egypt – 2

Jordan – 2

Indonesia – 2

PPIM Malaysia SC – 2

Any submission of participation can be submitted to Secretariat PPIM Student
Chapter through President of IMAM-PPIM SC of each
region/locality/university.

The participation fee is *RM 200/person.* The confirmation of attendance and
representative list must be made before *Thursday, 25 June 2009. *The
selected participants will be contacted later for a meeting on *16 July 2009
*.

Apart from 14 allocated places, there might be another spaces open for PPIM
Student Chapter members if the international participation quota is not
fulfilled. We’ll update the members soon after getting confirmation from the
committee. Each chapter may submit *additional name for the waiting list.*

Any inquiries, confirmation and submission of participant’s list, kindly
email secretariatppimsc@gmail.com or
http://www.fimastudentcamp.blogspot.com/

Thank you. Wassalam.

Secretariat PPIM Student Chapter.

* *

*THE 11TH FIMA INTERNATIONAL CAMP*

*FOR MEDICAL STUDENTS***

24th – 31st July 2009 (2 – 9 Shaaban 1430H)

KAMPUNG TOK SENIK RESORT,

PULAU LANGKAWI, MALAYSIA

ORGANIZERS:

Islamic Medical Association in Kingdom of Saudi Arabia (IMAKSA)/ World
Assembly of Muslim Youth (WAMY)

HOST & COLLABORATORS:

• Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)

• Islamic Medical Association, Malaysia (IMAM)

• Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

VENUE:

• Kampung Tok Senik Resort, Pulau Langkawi, Malaysia

THEME:

“Medical Students and Volunteerism”

One of the prominent features of the doctors in FIMA is the spirit of
volunteerism. Her doctors have volunteered in virtually all of the
humanitarian and medical activities in the many disaster zones. This
altruistic spirit of our IMAs and our medical professionals has been
recognized by many international agencies. The latest being the award by the
American College of Physicians in April 2009 to our FIMA SAVE VISION, a
project of FIMA Relief, started in 2004 to address the need for ophthalmic
services in 8 different countries.

It is this spirit of volunteerism, which we hope to infuse among our younger
generation of doctors, allied health professionals and medical students.
Often absorbed in the acquisition of knowledge (cognitive domain); our
students are often found lacking in the affective domain, which is equally
important in the nurturing of a passionate, compassionate and caring health
care professional.

This International Student Camp in Malaysia presents as another opportunity
to focus on yet another important aspect in the holistic training of a
health care professional i.e. the realm of VOLUNTEERISM.

This would be achieved through a well-designed training module with special
emphasis on the practical aspects of volunteerism. There is wealth of
experience within our institution, which can be shown cased to all our
students at the camp.

The program will be performed in the format of a series of brief talks
followed by group workshops on the same topics over the few days time of the
camp.

Complementary programs will be given in form of lectures, discussion
meetings and debates on Islamic and professional issues. Eminent local and
international speakers are invited for participation in the camp activities.

OVERVIEW OF THE CAMP:

• An annual gathering of Muslim medical students from all over the world.

• The students participate in a comprehensive program of educational,
cultural, social, sport, tourist and recreational activities.

• The operations follow closely the scouting camp system.

• The students themselves under supervision by senior doctors primarily run
the administration of the camp and its activities.

• The duration of the camp is full 6 days.

Time Schedule:

• Registration time Any time from now till Deadline Date.

• Deadline date for Registration 30 June 2009

• Last Date of Arrival to camp site 24 July 2009

• Period of camping 25 – 30 JULY 2009

• Date of departure 31 July 2009

OBJECTIVES:

• To foster brotherhood among Muslim students of various Islamic Medical
Associations (IMAs) and countries.

• To enhance mutual understanding and cooperation.

• To exchange information and experiences.

• To provide leadership training and organizational skills.

• To strengthen the involvement of students in IMA activities.

• To promote communication and networking among the student chapters of IMAs
and other countries.

WHO SHOULD ATTEND:

• Students of Medical and Health Colleges who are affiliated to and/or
nominated by Islamic Medical Associations.

• “Students” can be extended to include first year house officer or newly
graduate.

• Both males and females may be accepted for participation in this camp.

• “Medical and Health Colleges” could be college of medicine, dentistry,
pharmacy, health sciences or any other health-related college.

• “Islamic Medical Associations” (IMAs) should be active, associate or
pending members of FIMA.

*Dr. Atallah Al-Ruhaily*

*Chairman, FIMA Students Affairs Council (FIMASAC)*

*Supervisor General, 11th FIMA Students Camp.*

*E. Mail: aruhaily@gmail.com <aruhaily@hotmail.com>

Categories: ~Events & Programs~